dengki rezeki

Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Hari ini aku nak kongsikan sebuah kisah yang diceritakan oleh mak kepada aku.

Kisah ni berlaku kira-kira 19 tahun lalu, ketika aku berusia lebih kurang 2 tahun.

Mak dan abah duduk di sebuah kampung yang rumah-rumah di situ berada bersebelahan dalam jarak yang agak dekat dan hanya dipisahkan oleh kawasan semak semak sahaja.Mak dan abah merupakan pasangan suami isteri yang suka hidup dalam suasana tidak bercampur dengan orang ramai,erti kata lain mereka suka kehidupan yang privasi. Mereka hanya sekadar kenal sahaja dengan orang kampung,mak tak suka berjalan ke rumah orang dan bergosip, mak lebih suka mengemas halaman rumah dan menguruskan anak-anak.

Kehidupan keluarga kami ketika itu masih di peringkat yang sedang membangun, abah pun baru sahaja dapat kerja tetap dalam sektor kerajaan, mak ambil keputusan nak meniaga kecil kecilan di hadapan rumah sambil menjaga kami yang masih kecil, aku ketika itu berusia 3 tahun dan adik aku berusia 1 tahun lebih.

Alhamdulillah perniagaan nasi lemak mak pada sebelah pagi amat laku, mak tak kedekut dalam meniaga, selalu memberi lauk lebih, petang pula mak meniaga burger seringgit, perniagaan mak laku sangat, budak budak kampung suka beli makanan pada mak, ingat lagi aku, bangun ja tidur dengan rambut yang kusut dan hanya pakai pampers, aku akan tengok mak dan mintak nasi sebungkus pada mak, padahal mak dah letak siap siap di dapur, suka betul aku tengok mak dan abah ketika itu,memori yang indah bagi aku.

Tetapi kebahagiaan kami tak kekal lama, ada orang yang berdengki dengan kami, mak dan abah cuma bersabar sahaja, jiran di sebelah kanan kami yang paling tidak suka dengan perniagaan mak. Jiran di sebelah kanan rumah ni merupakan suami isteri, isterinya bernama mak wan dan suaminya pak ali ( nama samaran ).Mereka mulanya okay sahaja dengan kami tapi mungkin kerana dengki semuanya berubah.

Di kampung kami ada seorang bomoh yang dikenali sebagai pak kob ( nama samaran), anak pak kob ni berkawan baik dengan mak aku, satu hari anak pak kob datang ke rumah dan bersembang dengan mak aku, beliau pesan pada mak aku, “hati hati lah mah oi, ada orang tak puas hati dengan perniagaan kau, dia datang jumpa ayah aku suruh sihir kau, kalau kau jumpa telur di kawasan rumah kau jangan sentuh, takut terkena sihir”. Mak aku hanya angguk dan tak ambik kisah sangat, dia lebih percaya dengan kuasa Allah.

Nak dijadikan cerita, abang aku ni seorang budak yang agak nakal dan suka mengeksplorasi kawasan, dia terjumpa sebijik telur ayam di belakang rumah, dia tunjuk kepada mak, mak suruh buang dan masuk, tak lama selepas tuu kami sekeluarga terkena demam campak. Lepas sorang sorang yang kena, naik biji biji nanah banyak pada muka dan badan. Alhamdullilah, selepas berubat dengan ustaz kami sekeluarga sembuh.

Tak hanya di situ, perniagaan kami mula merosot, jiran kami iaitu mak wan merupakan guru mengaji, dia sering memberi amaran kepada budak budak kampung yang membeli makanan dari mak, dia tk mahu mengajar mengaji jika beli makanan dari mak, dia juga cakap makanan mak kotor, ada najis budak dalam makanan, padahal mak dan abah sangat pembersih orangnya.

Kemudian, orang kampung juga cakap mak tak bukak gerai, padahal setiap hari mak bukak, orang kampung tak nampak gerai mak, mak dan abah buat keputusan untuk berubat dengan ustaz. Rupanya di hadapan rumah kami, ada orang telah menanam serpihan nisan yang diperbuat dari kayu ( kayu nisan lama ), disebabkan itulah mak abah jadi bergaduh dan perniagaan merosot.Ustaz pun membantu mak memulihkan semangat dan membantu memagar kawasan rumah.

Mak buat keputusan nak berhenti meniaga, dia tak mahu disebabkan dengki, anak anak jadi sakit. Tak lama selepas tu, kami dapat khabar pak ali suami mak wan meninggal, dia meninggal dunia disebabkan muntah d***h. Mak tak pergi mengunjung sebab mak menjaga kami yang kurang sihat secara tibaa tiba.

Sebulan selepas tu, suasana semakin baik dan kami kembali tenang. Suatu hari ketika abang sedang bermain di kolam ikan kapi nya, dia ditegur oleh mak wan, mak wan tnya pada abang aku, “Aman, kau rasa kalau aku minta maaf pada mak kau, dia nak maafkan tak?”. Abang balik dan tanya pada mak, mak tak cakap apa pun, mak cuma diam sahaja.

Tak lama dari tu, dengar khabar mak wan meninggal dan cara meninggal sama dengan suaminya pak ali. Orang kampung sebar cerita bahawa mak yang sihir pasangan suami isteri tu disebabkan mak tak pergi mengunjung. Mak kurang gemar mengunjung jenazah waktu kami kecil kerana takut terjadi apa apa kepada kami.

Keluarga kami pindah dari situ selepas kmpung tu dilanda banjir beberapa kali.

Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

cik meow

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 86 Average: 4.6]

3 thoughts on “dengki rezeki”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.