Di Uji Makhluk Halus

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca tegar fiksyen shasha..
Nama aku Muhammad dan berasal dari Muar,disini aku nak kongsi kan pengalaman seram aku dan pengalaman aku dalam dunia perubatan islam.. Aku akan kongsi kan 2 kisah yang aku lalui sendiri, aku berkecimpung dalam dunia mistik ni lama dah dari umur belasan tahun lagi, pada tahun-tahun awal nya tidak ada pekara apa-apa pun tapi selepas aku menjangkau umur 20’an bermulalah pekara mistik..

Sebelum itu, mohon maaf jika ada kekurangan dalam penceritaan yang aku sampaikan dan maaf juga jika ada kesalahan dalam penulisan.

kisah pertama-

Pada satu hari aku bertugas untuk shif malam, aku masuk kerja pada malam itu jam 12. Masa perjalanan tiada sebarang masalah atau perkara yang seram, di pendekkan cerita semasa sampai di persimpangan tempat kerja aku lebih kurang 500 meter begitu memang terdapat bangunan kerajaan yang ditinggalkan, masa lalu jalan tu lebih kurang 200 meter kepala aku di lintasi sesuatu, pada mula nya aku tidak perasan apa-apa tapi bila di lihat dari sudut cermin sisi motor, barulah aku nampak yang lintas tadi adalah puntianak…ya PUNTIANAK!!!!!…. Waktu tu aku dah mula meremang, aku terus kan jalan hingga ke tempat kerja, dengan amalan doa yang aku pelajari dari guru, aku pulih kan semangatku yang kian mula takut dan menjalankan tugas seperti biasa..

Kisah kedua

Kisah kedua yang aku nak kongsi kan ini pula berlaku di rumah, pada 1 malam lebih kurang jam 11pm, ayah aku meminta aku untuk membuang sampah di kawasan kilang lama ( maklum la rumah kampung tak ada tong sampah sebab lori sampah tak ada masuk kampung)..

Masa tu aku tak dapat tolong ayah aku sebab anak kurang sihat, jadi ayah aku lah terpaksa keluar pergi buang sampah sorang. Lebih kurang 15 minit begitu ayah aku balik selepas buang sampah, aku terhidu bau yang sangat busuk macam bau bangkai.. aku pun panggil ayah sebab nak tegur kenapa busuk sangat, aku pun pekik la AYAH… AYAH… KENAPA BUSUK SANGAT NI, SAMPAH TU BOCOR KE.?? Tanya aku… Tapi pertanyaan tu tak di jawab, aku pun keluar la untuk lihat ayah.. rupanya ayah masih di luar rumah kata adik2 ku, lebih kurang 1 minit ayah pun masuk baru lah ayah jawab soalan ku tadi..SAMPAH TAK BOCOR PUN, OK JE… KO TU KENAPA JERIT JERIT…. kemudian di iringi suara anjing menyalak panjang.. Aku pun jawab OKAY.. TAK DA APE LA.

Ayah seperti tahu ape yang sedang berlaku masa tu, aku kembali ke bilik melihat anak dan isteri yang sedang berehat… Tiba-tiba terlintas 1 benda yang tidak sedap di hati aku, aku pun mula la berdoa untuk melihat ape yang firasat aku bisikkan.. Rupanya seekor pocong datang tanpa di undang di tingkap bilik, nasib anak dan isteri tak boleh nampak kalau tidak melalak la jawab nya… pocong tu ikut ayah balik masa pergi buang sampah tadi, Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku pada malam itu…

Semua pengalaman seram yang aklu lalui ini masih segar diingatan…

Bagi aku semua yang berlaku ini adalah sekadar menguji tahap keberanian dan menguji keimanan seseorang muslim…Sekian perkongsian yang tak seberapa ini..Minta maaf kepada semua sebab cerita ini aku terpaksa ringkaskan…
Terima kasih… Assalamualaikum…Jumpa lagi…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Muhammad

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.