DIA MAIN SELAK PINTU PULA

Assalamualaikum semua

Aku nak ceritakan pengalaman yang aku tak dapat lupakan sepanjang bergelar sebagai seorang wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen. Untuk pengenalan, aku adalah bekas wartawan untuk sebuah rancangan terkenal suatu ketika dahulu dan terdapat satu slot segmen yang memerlukan kami para wartawan untuk keluar mencari kawasan dan tempat pelancongan yang menarik di seluruh negara. Nampak menarik kan? Bunyi menarik, tapi sebenarnya tak? Sebab apa? Sebab pergi untuk bekerja dan bukanya berfoya – foya.

Selesai mukadimah, berbalik kepada kisah seram aku bermula apabila penerbit mengajak aku untuk turut sama pergi ke Langkawi. Pada mulanya aku menolak, tapi entah macam mana terus terlibat pula ke sana. Kejadian tersebut telah berlaku pada tahun 2016 kalau tak silap. Ketika itu, aku, kak f (penerbit) dan Abg K bertolak dari Subang ke Langkawi dan sampai di sana kami disambut oleh agensi pelancongan yang akan melayani kami selama 3 hari 2 malam. Untuk pengetahuan semua, lokasi kejadian berlaku di hotel dimana kami menginap pada hari pertama.

Kisahnya bermula apabila kami ditempatkan di sebuah motel/ hotel murah yang terletak di Pantai Cenang. Pada masa tu, motel/hotel ni masih lagi dalam proses baik pulih memandangkan bangunan dia dah berusia, sekali pandang keadaan motel/hotel ni agak seram dengan wayar berselirat, jalan tidak berturap dan suram (gelap). Untuk penginapan ni seperti dirancang, Kak F bilik sendiri dan aku berkongsi dengan Abang K sebilik. Namun ketika check in, bilik yang menempatkan kami berdua hanya mempunyai katil Queen dan bukannya single bed. Aku pada mulanya tak kisah, tapi memandangkan Abang K bising, maka beliau ditempatkan di bilik extra yang berjauhan dengan bilik aku dan Kak F. Getus dalam hati, demand sangat abang ni, satu bilik jelah tak payah nak membazir hahaha. Mungkin juga abang tu tak selesa sebab aku ni gemuk, dia kurus, dan kemungkinan kalau sekatil aku mungkin akan hempap dia.. tu je yang bermain dalam fikiran masa tu.

Selesai check in dalam lebih kurang 9 malam macamtu. Dan aku macam biasalah di dalam bilik hotel tengah berfikir dan research tentang lokasi yang akan pergi esok sebagai persediaan awal. Sambil leka buat research, tiba – tiba pintu bilik diketuk berulang kali. “Eh siapa pula yang datang malam – malam ni” fikirku lantas membuka pintu. Terkejutnya aku apabila Abang K muncul di depan pintu berselubung dengan selimut, membawa sebiji bantal dan terus masuk ke dalam bilik dengan hanya berkata “Jangan tanya, esok aku cerita”. Aku yang bodoh – bodoh alam ni pun pelik kenapa dia datang bilik sedangkan tadi bukan main nak bilik lain kan. Tanpa banyak tanya, aku iakan sahaja (sebab dapat agak sesuatu) dan abang K terus baring di katil Queen yang sepatutnya aku sahaja yang conquer pada mulanya.

Jam menunjukkan jam 11 malam dan siaran TV masih lagi terpasang. Aku yang ketika itu sudah khatam untuk penggambaran esok mula mengantuk dan melihat Abang K sudah terlena, mau tak mau, aku terpaksa ‘berkongsi’ katil dengan beliau. Sengaja aku buka TV sebagai peneman dikala kesunyian malam itu. Untuk pengetahuan, bilik aku dan Kak F mempunyai balkoni dan kami berada di tingkat 2. Di balkoni tersebut tersedia satu meja kecil dan 2 kerusi kayu menghadap pantai dan laut. Kena ingat ni ye kerusi kayu. Ya, kerusi dan meja nilah watak utama dalam kisah aku ni, hahaha.

“Panas pula malam ni” , monolog dalaman aku walaupun penghawa dingin sudah dipasang sambil badan berselimut. Disebelah ku Abang K nampak nyenyak tidur, aku pula yang iri tengok dia tidur dengan selesa. DURGHH … DURGHH.. bunyi hentakan di luar balkoni mematikan monolog dalamanku. “Aduhh, bunyi apa pula tu” fikirku. Dan ianya berbunyi beberapa kali dan selepas itu terdengar seretan bunyi kerusi yang dialihkan pula. Aku dapat rasakan sesuatu tidak kena, dan ianya bukan nampak bunyi normal. Aku cuba positifkan diri, mungkin ianya bunyi angin daripada laut yang menyebabkan perabot beralih, tapi daripada positif aku ternegatif dengan sendirinya. Mana taknya, tiba – tiba aku teringat keadaan Abang K yang meluru masuk ke bilikku sebentar tadi tanpa berkata apa – apa. ‘”Aduh, aku kena ganggu ke ni ? Untuk kurangkan rasa takut, aku kuis kaki Abang K, sengaja nak buat dia tersedar daripada tidur. Malangnya dia tidur m**i.. hahaha, aduh dah menumpang bilik, tidur m**i, lepastu bawa pula hantu dari bilik dia ke bilik aku, betul – betul pakej ni Abang K bagi. Dalam panas – panas tu, aku berselimut sebab takut sangat, mana taknya, ini pengalaman pertama diganggu. Terkumat – kamit mulut aku baca segala surah dan doa, dan sebab terlalu takut aku tertidur. Tammat … eh!

Alhamdulilah malam pertama tu adalah gangguan yang pertama dan terakhir berlaku sepanjang beberapa hari aku di Langkawi, mungkin ‘dia’ nak kenalkan diri kot. Nasib lah dia buat bunyi sahaja dan tidak menunjukkan rupa. Mesti ada yang tertanya – tanya apa jadi lepastu kan? Bagi meredakan gejolak hati aku semalam, aku terus ke balkoni luar bilik dan terus memegang kerusi dan meja yang ada di luar. Jangkaan aku salah, kerusi dan meja tersebut BERAT. Ya berat dan teori aku malam semalam mengatakan angin yang buat perabot ni bergerak ternyata salah. Tapi bunyi apa yang aku dengar tu? Masih lagi menjadi misteri sampai sekarang. Berbalik kepada kisah Abang K yang secara tiba – tiba datang ke bilikku, rupa – rupanya beliau diganggu. Menurut Abang K, semasa beliau di dalam bilik barunya itu, gangguan dimulakan dengan selakan pintu tandas. Ya, pintu tandas. Tak ada angin, tapi ianya perlahan – lahan terselak dan tertutup. Pada mulanya Abang K hanya buat tak tahu, dan beberapa ketika pintu tandas tersebut pula dihempas, terus Abang K keluar daripada bilik tu ke bilikku. Oh patutlah dia kata jangan tanya, esok pagi dia cerita, rupanya dia tak nak aku tahu. Tapi masalahnya hantu tu tahu bilik aku, so aku pun termasuk juga diganggu haha. Tapi untung pula Kak F yang bilik seorang, pada malam tu dia tak diganggu, cuma dalam jam 12 ke 2 pagi macamtu bunyi anjing menyalak bersahut – sahutan, Dan kalau ikutkan timeline aku diganggu, adalah waktu yang sama, tapi aku langsung tak dengar salakan anjing dan yang peliknya bilik Kak F adalah selang satu billik daripada bilikku. Mana mungkin kalau logiknya aku tak dengar kan?

Nasib malam tu je bunyi gangguan dan aku serta Kak F dan Abang K selamat menjalani penggambaran makan beronok dan lokasi menarik di Langkawi. Tulah pengalaman aku bergelar seorang bekas wartawan yang tak berapa seram. Maaf kalau tak seram ye, sebab aku tak reti nak tulis cerita seram tanpa visual ni, maklumlah kerja TV kan , kena ada sound effect baru best dengar dan hayati hahah. Tapi ada lagi satu lagi kisah seram dan pelik aku pernah kena masa praktikal pada tahun 2011, dengan pejabat masa tu adalah bekas bilik mayat (eh mesti ada yang tahu aku kerja mana ni kan dulu) , tapi nantilah aku nak cerita kalau kisah atas ni dapat sambutan aku cerita ya. Terima kasih yang sudi membaca, kalau yang tahu siapa aku tu, jangan komen tag aku tau hahah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

EPALBULAT

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3]

2 thoughts on “DIA MAIN SELAK PINTU PULA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.