‘Dia’ membelakangi kiblat

Okey, okey. Kali ni aku serius. Serius dan pasti benda tu betul-betul depan mata aku. Yes aku faham kalau blackout masa kau tengah solat dekat dewan kem, mestilah masih boleh nampak warna telekung orang kan?

Tapi yang aku hairan. Ada someone dekat baris saf depan aku, dia solat membelakangi kiblat.

Aneh kan?

Kejadian ni berlaku enam tahun lepas, masa sekolah aku anjurkan kem pusat sumber dekat sebuah tempat area Selangor (aku tak nak cakaplah dekat mana, tapi dekat Selangor). Kem aku pergi ni gabungan dengan sekolah lain – Empat sekolah menengah (termasuk sekolah kita orang) dan dua sekolah kebangsaan.

Nak dijadikan cerita, kita orang dah sampai tempat berkumpul kem, abang dan akak fasi akan bagi taklimat tentang masa untuk kita orang semua berkumpul semula pukul berapa. Habis bagi taklimat, kita orang yang budak-budak sekolah menengah pergi dekat dorm (budak SK dorm lain). Dorm perempuan kita orang bersebelahan dengan dorm sekolah lain (tak adalah sebelah-sebelah, sebab dorm kita orang berpisah dengan tandas dan lorong lokar). Petang sebelum kita orang turun, jiran dorm kita orang ni bergaduh. Tak tahu la gaduh apa tapi sampai nangis-nangislah. Budak sekolah aku ni jenguk-jenguk la sebab nak tahu apa jadi. Lepas tu cikgu sekolah sebelah tu datang dekat dorm kita orang bagitahu ;

“Maaf ya. Biasalah bergaduh.”

Aku pun angguk je. Ya lah, nak komen apa kan, bukannya aku kenal. Lepas tu senior aku pun kata “Tak apa cikgu. Cuma kita orang terkejut je.”

Pukul 5 petang macam tu kita orang kumpul dataran dan masa tu ada ice breaking (biasalah kem. Nak kenal teammate kan). Budak team aku pun tak ada seorang pun dari sekolah aku, jadi memang pishang habislah. Masuk pukul 6.30 petang macam tu, kita orang kena balik dorm dan bersiap-siap nak ke dewan, solat berjemaah.

Lepas bersiap, ramai pelajar mula bergerak masuk dewan. Ada yang dah duduk dalam saf, ada yang siap-siap pakai telekung dan ada juga tengah cari siapa nak azan, siapa nak jadi imam. Saf perempuan jangan ceritalah. Semua main ‘chop’ tempat sampai aku tak tahu baris saf mana yang kosong. Sebelum masuk waktu Maghrib tu, tiba-tiba satu dewan gelap. Ada yang melatah la, ada yang buka flashlight dan yang panggil cikgu pun adalah.
“Elektrik kena tendang ni,” kata kawan aku. Aku gelak sikit.
“Jenuhlah solat dalam gelap.”
Dalam kecoh-kecoh, abang fasi pun bagitahu elektrik kena tendang. Jadi terpaksalah siapa jadi imam, kena suara kuat samalah dengan azan, pun suara kuat. Jadi kita orang pun tak fikir apa-apa, so go on jelah solat dalam gelap.

Kita orang pun bangun, siap-siap nak solat. Imam angkat takbir, diikuti dengan makmum lain. Aku cuba untuk khusyuk solat dalam keadaan panas. Ekor mata aku menangkap saf depan dekat belah kiri. Masa tu mata aku tak lekang tengok.

Jemaah tu pakai telekung hitam. Dia solat membelakangi kiblat.
Yang menakutkannya, muka dia hitam legam. Memang hitam, mata tak nampak, warna bibir pun tak nampak.

Aku ingat aku salah tengok, so nevermind la. Aku kembali khusyuk dekat solat, tapi tak lama. Jemaah yang membelakangi kiblat still ada lagi walaupun masuk rakaat kedua. Lama aku curi-curi tengok (kecuali masa rukuk dan sujudlah, nak tengok macam mana) sampailah bagi salam. Masa tu aku syak, ‘benda’ tu memang ikut solat sekali. Dari keadaan dewan gelap, terus dewan jadi terang benderang dan rata-rata ucapkan syukur sebab tak perlu solat Isyak bergelap lagi. Masa tu aku lupa nak pandang jemaah telekung hitam tadi sebab lepas lampu menyala terus ada dua tiga budak menjerit. Aku pun pusing, kot-kotlah nampak.

Dah habis budak-budak tu keluar, aku tengok depan dan aku baru teringat fasal jemaah tadi.
Jemaah pakai telekung hitam tu elok je tengak borak-borak dengan kawan dia yang pakai telekung biru (kalau tak silap). Aku pun usha satu baris saf depan belah kiri tu. Budak tu je pakai telekung hitam,yang lain warna merah, putih, kuning. Masa tu dah pelik. Aku nampak jemaah yang membelakangi kiblat tu pakai telekung hitam, dia berdiri masa tu sama tempat dengan budak pakai telekung hitam tu.
Masa tu juga lah aku fikir lagi. Macam manalah keadaan budak yang berdiri depan jemaah telekung hitam tu. Entah dia nampak ke tak, tiada siapa yang tahu.

Macam mana aku boleh tahu dia solat belakang kiblat? Entah-entah telekung dia je sebenarnya, cuma dari pandangan belakang.
Well, kalau kita solat, mesti kepala kita tunduk sikit kan (sebab mata kita pendang tempat sujud). Aku memang nampak kepala dia tunduk masa tu. Belakang kiblat. Kedua, masa angkat takbir sebelum rukuk tu, memang jelas aku nampak. Dia bonggok badan sama dengan kita orang yang dah nak rukuk ni.

Masa solat Isyak aku tak nampak dah jemaah yang membelakangi kiblat tu.

Balik dari kem, classmate aku yang pergi kem datang tanya aku.
“Ada nampak benda pelik-pelik tak masa kita solat maghrib first day tu?”
Aku angguk, lepas tu aku tanya dia orang ;
“Saf lelaki tak ada apa-apa ke?”
“Ada, hantu rambut panjang berdiri sebelah imam. Itupun budak sebelah kita orang kata jangan pandang sebelah imam. Ada benda.”
Aku angguk, dan aku pun ceritalah apa aku nampak dekat saf perempuan.

Terpulang pada anda mahu percaya ataupun tidak. Sekian saja dari saya, cerita pendek untuk hari ini.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

fiena

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 64 Average: 4]

1 thought on “‘Dia’ membelakangi kiblat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.