Dibawa Makhluk Ulu Yam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Disini aku ada sebuah kisah yang terjadi pada diri aku sendiri pada tahun 2003 waktu itu aku tingkatan 3. Kisahnya bermula sewaktu aku menyertai perkhemahan pengakap sekolah di Ulu Yam Wood, Selangor.

Kami bertolak pada waktu pagi, rombongan bas sekolah beramai-ramai. Setelah sampai, kami memasang khemah dan “para” (seperti khemah juga aku tak tahu nak panggil apa) dan diseberang sungai tempat kami pacak khemah ada kumpulan lain (sedikit bilangannya) juga berkhemah disana (orang dewasa sekitar umur 20an).

Selesai memasang khemah kami ada aktiviti jungle tracking, penat juga naik turun hutan Ulu Yam Wood itu. Di pertengahan jungle tracking kami ternampak b**i hutan yang baru sahaja beberapa hari m**i berdasarkan keadaannya yang berulat, sangat busuk dan peliknya, b**i itu m**i berdiri menyandar pokok buloh.
Selesai jungle tracking kami ada beberapa aktiviti lain seperti mandi sungai, cari buloh dihutan (untuk buat tiang) dan cari kayu-kayu(untuk dibuat unggun api dimalam hari).

Menjelang maghrib, kami semua pergi membersihkan diri untuk solat maghrib dan isyak beramai-ramai sebelum waktu kemuncak yang dinanti-nanti iaitu “Malam Persembahan” dimana setiap kumpulan harus membuat persembahan.

Selesai solat maghrib dan isyak, kami semua berkumpul di dataran Ulu Yam Wood sambil menghidupkan unggun api daripada kayu-kayu yang kami kumpulkan pada siang hari. Diwaktu inilah “kesilapan” yang aku buat pada malam itu, dimana aku telah menyuluh (menggunakan lampu suluh yang aku bawa) keatas pokok sambil ditegur oleh rakan baik “kau jangan main suluh je” dan aku membalas “ha, tu pocong… Tu pontianak!!” untuk menakut-nakutkan rakan baik aku itu.

Sewaktu “Malam Persembahan” berlangsung, aku dan kumpulan selesai membuat persembahan sambil menunggu persembahan kumpulan lain, tiba-tiba aku terasa kepala ini terlampau berat sangat dan aku memberitahu rakan baik aku yang tadi, aku nak menyandarkan kepala ke bahu dia dan dia sambil ketawa “kau buang tebiat ke?“ tetapi aku tak hiraukan terus sandarkan kepala aku ke bahu dia kerana aku tak tahan kepala berat sangat waktu itu (aku tak pernah sweet-sweet seperti ini dengan semua orang kerana aku lelaki sejati).

Tanpa aku sedar, aku tertidur terus selepas aku menyandarkan kepala ke bahu rakan baik aku tadi dan apa yang “TERJADI”??? JENG.. JENG… JENG..!!! Tanpa sesiapa pun sedari, aku tiba-tiba berada di seberang sungai berjalan seorang diri dalam gelap menuju ke tempat perkemahan kumpulan lain (yang aku beritahu pada awal cerita). Dan sewaktu aku sedar, aku membuka mata waktu aku berjalan itu, kedua tangan aku kedepan (seperti hantu cina melompat tapi aku berjalan).

Bayangkan aku berjalan dengan tangan kedepan sambil tutup mata… Yang membuat aku membuka mata waktu itu ialah jeritan abang di kumpulan khemah itu “WOI KAU NAK KEMANA DIK??!!“ itu yang membuatkan aku sedar dan terus aku ternganga tak tahu apa dah terjadi. Abang itu sudah tahu apa terjadi pada aku terus dia dan rakan-rakan membacakan surah Qursi dan memberi aku minum air mineral kecil (3 botol juga habis tak tahu apesal haus sangat masa tu) dan paling best kalau korang nak tahu, jambatan nak menyeberang sungai tu gelap dan jauh dalam 100meter!!!. Macam mana aku boleh berjalan kesana dengan mata tertutup? Dan jalan untuk ke jambatan itu bukan rata!! Banyak akar-akar pokok besar berselirat di tanah dan jam waktu abang-abang tu jumpa dan tegur aku ialah jam 1 pagi!!

Tanpa membuang masa terus abang-abang tu bawa aku ke tapak perkhemahan kami, dan waktu itu keadaan sangat riuh sebab aku hilang dari jam 10.30malam!!! Bayangkan “makhluk” itu bawa aku kemana anggaran masa 2jam 30minit tu…? Aku sendiri tak sedar dan tak tahu apa aku buat..! Cikgu-cikgu pengakap kami terus berterima kasih pada abang-abang tadi selepas mereka menceritakan apa yang terjadi pada aku waktu itu. (agak malu jugak la aku waktu itu boleh pulak “hilang”). Dan aku terus dibawa oleh cikgu untuk tidur 1 khemah bersama mereka bagi menjaga aku waktu itu takut terjadi perkara-perkara tak di ingini dan mereka bergilir-gilir berjaga untuk menjaga kami semua.

Dan keesokannya selepas balik dari perkhemahan, kami berada di sekolah dan cikgu bertanya apa yang terjadi pada aku waktu itu, yang aku boleh beritahu ialah aku tak sedar apa-apa, rakan baik memberitahu yang aku ada berkata ingin pergi ke tandas untuk buang air kecil, tetapi aku langsung tak sedar aku berkata itu pada dia, dan saat itulah “makhluk” tak dikenali membawa aku berjalan-jalan. Alhamdulillah nasib aku baik kerana dipanjangkan umur ditemukan dengan kumpulan abang tadi. Start dari itu setiap kata-kata aku jaga dengan baik..

MORAL OF THE STORY: MULUT JANGAN CELUPAR!!!
Sekian terima kasih.

*nota kaki: Ulu Yam yang aku dengar memang tempat keras dan banyak kes b***h dan pembuangan mayat disana. Allahualam…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Si Pendosa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

1 thought on “Dibawa Makhluk Ulu Yam”

  1. Teori aku apa yg berlaku kat kau – lepas kau lena kau rasa nk kencig, (tu yg kau ckp nk pegi tandas) kau bangun tengah mamai, baru bgun tido lena. kau jalan tak jumpa jamban, kau penat kau tido kat batu atau mgkin kau mmg jalan sepanjang masa (tu yg hilang lama tu, dan haus). tp sebab kau nk kncing sangat kau pun dlm mamai pegi kat jambatan tu, kencing (kau blh buat apa yg biasa kau buat wlupun tk sedar). pastu gelap tak jumpa jln balik tu yg kau teraba-raba (tangan kat depan). Masa kena jerkah tu kau sedar. Memang ada berlaku kes orang buat sesuatu tp tk sedar sbb otak dia tido. Mujur kau tak b***h orang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.