Dihalau Balik Oleh Momok Berpendidikan II

Assalamualaikum admin dan pembaca-pembaca setia FS. Aku Madam Nel, kembali dengan kisah ketiga (dengan andaian kisah kedua aku telah diterbitkan dengan jayanya). Hehehe.

Dalam post pertama aku pasal Budak Kecik Naik Basikal tu, aku ada bagitau nak cerita pasal rumah parents aku ni. Tapi… aku masih cuti bersalin dan sentiasa di rumah ni. Hahaha. Nanti aku teringat-ingat. So aku akan cerita bila aku masuk kerja balik, insyaAllah tengah bulan May ni.

Kisah ketiga ni pasal kejadian roommate aku yang disakat oleh “roommate” tak diundang kami.
Sukacita nak bagitau, bilik kitorang bersambung dengan bilik mesyuarat kecik yang digunakan oleh students dan kadang-kadang oleh lecturer untuk small classes. Aku guna bilik tu jarang-jarang sangat, selalunya untuk small scaled presentations (di mana bilangan pelajar tak ramai).

Nak dijadikan cerita, nak dekat sebulan lebih aircond bilik kitorang rosak dan selalu on and off sendiri, and finally dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di kala cuaca hari-hari panas dan sangat jarang hujan. Rasa macam duk dalam sauna je bilik kitorang tu. So apa yang kitorang bertiga buat, kitorang bukak pintu bilik mesyuarat kecik tu (pintu tu depan meja aku) dan pasang aircond bilik tu supaya at least adalah rasa sejuk sikit bilik kitorang.

Kejadian aircond rosak ni selepas kejadian aku kena kacau dengan ketukan di pintu utama bilik kitorang. Jadi bila terpaksa bukak pintu bilik mesyuarat kecik tu, aku macam phobia lah sikit. Tapi mana tahan paneh, udahle tingkap tak boleh bukak. Menangeh le ketiak teman, bau masam pegi kelas. Terpaksala jugak bukak, dan aku memang make sure, aku bukan orang terakhir dalam bilik tu yang balik. Hahaha.

Dalam dua minggu lebih aircond tu rosak, aku dah tak solat kat gap between meja aku dan tingkap tepi meja aku tu. Sebaliknya aku solat dalam bilik mesyuarat kecik tu sebab sejuk. Honestly, bila solat kat situ pun kadang-kadang aku akan rasa tak sedap hati dan meremangggg je bulu hidung. Rasa macam ada orang perhati. Tempat solat kat luar pulak kongsi perempuan lelaki (gilir-gilir guna ruang solat tu). Kadang lecturer lelaki ni tak pi surau, dia solatlah kat situ. Main terjah je kadang. So tempat paling selamat untuk lecturer perempuan solat, kat bilik memasing. Bila solat, kitorang kuncilah pintu sat, suruh student tunggu kat luaq.

Anyways, back to my story… Selama dua minggu lebih tu aku solat kat bilik mesyuarat kecik tu. Dan selama dua minggu tu, terutamanya waktu Asar, aku rasa paling menyeramkan. Kadang-kadang masa solat tu terasa macam ada bunyi orang mendengus-dengus marah. Aku tak pernah cerita kat roommates aku pasal benda ni sebab takut dorang seram pulak. Bila terdengar bunyi macam tu, aku anggap je bunyi aircond dalam bilik tu yang dah lama tak service. Semua aircond jenis lama pun.

Satu petang tu, aku dengan roommate aku yang sorang ni dah balik. Tinggallah roommate kitorang yang lagi sorang ni. Meja dia dekat dengan pintu masuk bilik kitorang, dan dia non Muslim. Dia pun pernah kena kacau jugak sebelum ni, tapi setakat bunyi-bunyian je. Aku ingatkan sebab dia non Muslim, dia terkecualilah daripada disakat. Ghupenye kene jugeeee demeee.

Petang kejadian, dia baru balik daripada kelas, dan dia tengok kitorang dah takde kat bilik. Dia macam biasa, memang selalu balik lambat. Baru balik daripada kelas kan, so dia restlah kejap kat bilik, lepak-lepak sambil tengok Youtube, headphone kat kepala. Entah macam mana, dia terlelap. Mungkin sebab rasa hangat. Mungkin jugak sebab dia penat sangat. Cik kak ni pulak, bila tengok Youtube memang suka gelapkan bilik. Yang terpasang lampu bilik mesyuarat tu je.

Masa roommate aku terjaga, dia tengok jam dah nak dekat 7pm. Dia terkejut, macam mana dia boleh terlelap lama sangat. Tapi yang buat dia paling terkejut tu, dia nampak ada lembaga hitam tinggi mengintai daripada pintu bilik mesyuarat tu. Tengah tenung dia. Dengan raut wajah yang nampak marah.

Cik kak ni apa lagi, terus capai handbag dia dan meluru lari turun bawah, tak kunci pintu, tak tutup aircond dengan lampu bilik mesyuarat tu. Laptop dia pun dia tak shut down. Aku rasa pintu utama kat depan tu dengan pintu utama kat bawah pun dia tak kunci sebab ketakutan. Nasib baiklah pintu bawah tu, kitorang share dengan ketua-ketua program kat wing belah lagi satu. Dan selalunya dorang ni antara yang paling lambat balik jugak. Pernah kena kacau atau tak? Aku tak pernah bertanya.

Esoknya aku sampai bilik dulu. Aku tengok pintu bilik tak berkunci, aircond, lampu bilik sebelah tu tak bertutup, dan laptop roommate aku atas meja dia tak bertutup. Aku sampai masa tu dalam 7.45am. Selalunya antara bertiga dalam bilik tu, aku tak pernah sampai dulu. Hahaha. Masa tu aku anggap roommate aku dua-dua sampai lebih awal sebab ada kelas kul 8 pagi. Tapi peliklah jugak, minah ni laptop dia terpasang pulak. Tak bawak pi kelas ke…

Around 11am, roommate aku yang kena sakat tu mai masuk bilik. Nampak serabut je dia hari tu. Aku dengan cerianya pun sapa dia… (conversation selepas ni in English/BM ye. Maafin daku).

Aku: Good morning dear! Why do you look sooooo… tired?
Roommate: Heyyyy… (suara lemah dan macam takde mood). I slept late last night…
Aku: Oh. What happened? Couldn’t sleep? By the way, did you arrive very early today? The lights and air condition was on, and your laptop was left on your table. The door wasn’t locked either.
Roommate: Aiyooo. I kena kacaulah semalam. Sampai tak boleh tidur (muka risau gila).

Roommate aku mula ceritakan kisah dia kena sakat tu, macam apa yang aku cerita kat korang ni. Aku pun cakap kat roommate aku ni…

Aku: I think kan, this thing marahla I solat kat bilik tu. Because whenever I pray in there, I have this eerie feeling.
Roommate: Could be lah. After this, I don’t think I akan balik lambat for a while lah. I rasa dia memang marah kita kat bilik ni.

Aku dah tak nak rasa seram lagi. Sebab Cik Kak tu ada kelas satgi sampai petang. Roommate lagi satu pun sama. Hari tu aku je yang takde kelas seharian. Satgi aku tinggal sorang sampai petang, dia jongol kepala hitam dia kat aku pulak benda tu. So aku pun ubah topik pasal kahwin sebab Cik Kak tu tengah dalam preparation nak berkahwin.

Lepas-lepas tu aku bersyukur sangat sebab kitorang dah tak kena kacau. Dengar bunyi pun dah takde. Mungkin sebab aku dengan roommate yang lagi sorang tu keraskan hati jugak solat macam biasa kat bilik tu. Tapi lepas aku pindah ke bawah, aku tak taulah kalau ada sambungan gangguan pulak.

Kisah lain kat block XYZ ni selalunya cleaner yang kena. Block kitorang ni sekali dengan bilik kuliah. Ada bilik-bilik kuliah yang sebelum ni stor, jadi faham-faham jela bila lama tak dibukak, beranak-pinaklah benda tu kat dalam bilik-bilik tu. Ada sekali tu, akak cleaner ni kemas bilik kuliah A. Dorang selalu akan mengemas berdua, sorang monitor dan kena amek gambar before and after. Dahsyat tak? Sebab nak kena buat report kerja dorang kat boss dorang.

So kat bilik kuliah A ni, Kak Ina dengan Kak Marr (dua-dua nama samaran hahaha) kemaslah macam biasa. Kak Ina tukang amek gambo. Kak Marr tukang kemas. Lepas amek gambar before tu, Kak Ina tak tengok gambar tu. Lepas dia snap, dia simpan phone dia balik. Dah sudah kemas, dia snap gambar lagi sekali. Pun dia tak belek gambar tu.

Balik daripada mengemas tu, tengah rehat, dorang berdua belek-belek balik gambar dalam galeri. Betapa terkezutnya Kak Ina dengan Kak Marr sebab kat gambar sebelum kemas dorang nampak kelibat warna putih kat hujung kelas tu. Dorang berdua ingat lighting ke apa. Tengok gambar selepas kemas, kelibat tu takde. Haaaa. Dua-dua meremang bulu roma dan lepas tu dorang assign cleaner lain kemas bilik kuliah tu. Hahaha. Kalau aku pun ngelat nak kemas… Ngeee. Gambar tu pun dorang dah delete, sebab takut ada yang menumpang balik.

P/S: Block ABC, next story na. Post ni saja pun dah panjang. Till then, toodles!

Madam Nell

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Dihalau Balik Oleh Momok Berpendidikan II”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.