Dik Kim Diganggu Belaan Abah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Nama pena aku nurs(bukan nama sebenar). Ni kisah pertama yg aku nak kongsikan . Kisah yang aku nak cerita ni berdasarkan apa yang terjadi pada adik last aku . Aku gelarkan dik kim masa tu umur 6 tahun .

Intro. Abah aku suka menuntut benda-benda kurafat . Tapi masa benda tu jadi dekat keluarga aku, abah tak bagi tahu pun dia bawa pulang benda kurafat tu dan dia gantung dekat stor luar rumah. Terbongkar selepas dik kim kena kacau selama seminggu setiap hari. Biasa lah budak umur 6 tahun takkan menipu dan dia boleh lihat benda tu dengan jelaskan. Jadi mak aku tanya abah dan abah mengaku ada bawa balik benda kurafat tu.

Ceritanya macam ni. . . .

Abah dengan kawan dia seramai 4 orang jumpa seorang bomoh dekat pahang rumah dalam kawasan hutan. Abah serta kawan dan bomoh tu masuk dalam hutan tersebut dalam pukul 3pagi .

Bomoh : Aku nak panggil benda tu turun berdamping dengan korang semua. Tapi, kalau dengar ada benda jatuh korang boleh pergi ambil. Tapi benda jatuh yang pertama korang tak boleh ambil. Yang kedua dan seterusnya baru boleh ambil. Faham?

Abah dan kawan cuma mengangguk .

Berlepuk . . .

Terdengar benda jatuh . Kawan abah seorang terus lari ambil . Bomoh dan semua biarkan aja. Selepas tu terdengar suara kawan abah menjerit meraung minta tolong.

Bomoh : Aku dah cakap tak nak dengar. Semua yang ada jangan pergi ke dia . Selepas selesai korang ambil barang berdamping dengan korang baru kita tengok kawan kau yang sorang tu.

Semua mengangguk tanda setuju.

Belepuk . . .

Terdengar lagi benda jatuh . Abah terus lari ambil benda tu . Rupa benda tu yang abah ambil macam botol minyak attar tapi ada benang kuning di penutup botol dan dalam botol tu ada nampak mcm patung . Selepas semua selesai mengambil pendamping untuk masing-masing. Bomoh berpesan .

Bomoh : Balik nanti masukkan dalam labu botol yang warna coklat , salutkan dengan kain kuning baru kain hitam. Lepas tu gantung ditempat yang orang lain tak boleh nampak atau jangan ada sesiapa tegur. Selepas 3 hari datang sini balik untuk serasikan.

Selepas tu, semua pergi ke kawan sorang lagi. Kawan tu dah terbaring pengsan. Jadi mereka memapah bawa masuk kereta dan balik KL.

Abah sudah terlupa untuk berjumpa dengan bomoh tersebut . Jadi pada hari ke 4 bermulalah dik kim kena kacau dengan benda tu.

Dalam rumah ada 3 bilik. Bilik pertama bilik aku dan kakngah, bilik kedua abg, dik kim dgn dik yen, bilik ke 3 bilik mak dan abah. Rumah aku tu rumah kampung ada tangga. Masuk rumah akan nampak dapur dan tandas dulu naik tangga baru nampak bilik dan ruang tamu . Stor di sebelah tandas.

Malam pertama pukul 3pagi:

Abg aku terbgn nak lepas hajat. Tertiba dia nampak dik kim berdiri depan tangga tengok ke dapur.

Abg: Kau buat apa ni dik kim ?
Dik kim : Tengok tu bang . Ada puteri menari dekat dapur.
Abg : Mana ada . Abg tak nampak pun
Dik kim : Ada bang. Dia tengah menari sambil pakai baju sari kuning dgn pakai sanggul kepala besar. Dia ajak dik kim menari juga. Tapi dik kim tengok dia je.
Abg : Dah la . Pergi masuk tidur.
#abg tak jadi buang hajat.

Malam ke 2 pukul 3pagi:

Dik kim: Abg. . . Bangun bang. Ada orang.
Abg: (Mamai-mamai buka mata) mana ada orang.
Dik kim : Ada la bang.
Abg : Rupa dia macam mana ?
Dik kim : Lelaki tinggi sampai pintu, dia pakai baju putih, ada jambang, muka dia tak jelas sangat sebab cerah macam lampu.
Abg: Haishhh . . . Tutup mata tidur.

Malam ke 3 pukul 3pagi:

Dik kim: Bang . . . Bangun bang. . .
Abang: Hmm . . . Apa dia ?
Dik kim: Lelaki semalam datang dia suruh dik kim ikut dia . Tapi dik kim geleng kepala . Lepas tu dia buat magic. Dia tembus bilik kakngah dgn akak. Mana boleh lelaki masuk bilik perempuan. Abang pergi marah dia
Abg: ?????. . . . . Esok abg marah dia ye . Sekarang dik kim tidur .
Dik kim: Baik bang.

Malam ke 4 pukul 3pagi :

Abg terbangun tengok dik kim tak ada dalam bilik. Abg tengok dekat dapur dik kim baru buka pintu dapur berjalan keluar rumah. Abg terus tarik tangan.

Abg: Kau nak pergi mana ?
Dik kim: Atok panggil suruh ikut dia
Abg : Atok mana ?
Dik kim: Atok dekat kampung puah (arwah atok meninggal tahun 1986 dekat kubur kampung puah)
Abg : Atok kau dah lama meninggal lah.
Dik kim : Kalau dia meninggal kenapa dia boleh senyum ?
Abg: (dah meremang bulu) baik kau masuk tidur . Kalau tak aku panggil abah pukul kau.
Dik kim: Baiklah. . .

Abg dah tak tahan mengadu dekat mak yang dah 4 hari dik kim nampak benda bukan-bukan . Mak marah abg sebab baru bagi tahu hari ke 5. Lepas tu mak suruh dik kim tidur dgn mak dan abah.

Malam ke 5 pukul 3pagi

Dik kim : Mak . . . Mak . . .
Mak : Apa dik kim . Puteri tu panggil dik kim. Dia tunjuk abah. Siapa dia tu mak ?
Mak : Siapa puteri tu ?
Dik kim: Puteri yang dik kim tengok dia menari dekat dapur tu la. Dia datang balik.
Mak: Tak pe . Nanti mak tanya abah siapa puteri tu ye. Dik kim tidur dulu.
Dik kim: Ye mak. . .

Malam ke 6 pukul 3 pagi:

Dik kim: Mak . . . Bangun mak. . .
Mak : Kenapa dik kim ?
Dik kim : Puteri tu menari-nari dekat luar(ruang tamu). Mak tak tanya abah ke siapa puteri tu ?
Mak : Mak tutup pintukan ?
Dik kim : Dik kim nampak dia menari-nari dekat luar(ruang tamu) . Lepas tu lelaki tu masuk dari sebelah mak (dinding luar rumah) lepas tu masuk bilik abg dgn dik yen lepas tu masuk lagi bilik akak dengan kakngah . Mana boleh masuk bilik perempuan. Mak marah lelaki tu.
Mak : Tak baik buat bising malam-malam . Esok mak marah ye ?
Dik kim : Baik mak.

Esoknya hari ke 7.

Mak : Abah ada menuntut apa-apa tak ?
Abah: Adohhhh !!!!! Aku terlupa jumpa bomoh tu balik la !!!
Mak : Benda apa abah bawa balik ?
Abah : Tak tahu la apa rupa. Abah tak tengok lagi apa rupa dia.
Mak : Tahu tak dik kim dah seminggu kena kacau dengan puteri la, dengan atok kampung puah la, dengan lelaki masuk semua bilik la.
Abah : Jap . . . Abah g ambil barang tu jap. . .
Mak : Hmm . . . .

Abah bawa barang yang abah ambil dekat pahang tu . Duduk berhadapan dengan mak. Abah buka kain dan terus mengucap

Abah: Astafirullah !!!! (labu botol yg busuk ada ulat dan ada kesan warna merah macam tompokan d***h dan kain kuning macam terbakar)
Mak : Bau apa ni ? Busuk betul macam bau bangkai manusia !!! Abah bawa balik apa ni ?
Abah: Dalam botol ni sepatut ada patung . Mana patung ni hilang ?
Mak: Masa abah balut tu rupa dia sama tak mcm sebelum abah buka ?
Abah: Sama . Posisi pun sama mcm tak ada orang usik. Tapi macam mana patung tu boleh hilang ?
Mak : Mana tahu !!!! Tak tahu pun abah simpan benda-benda macam tu dekat dalam stor. Abah pergi hantar balik benda tu.
Abah: Okey-okey. . . Abah call kawan yang pergi tempat hari tu.

Rupanya lagi 2 kawan abah yang berjumpa bomoh hari tu pun terlupa pasal syarat tu. Tapi, dia orang yang terkena gangguan mistik tu . Tak macam abah. Yang abah, anak terakhir yang terkena.

Selepas sampai ke rumah bomoh

Bomoh: Sampai pun korang.
Kawan 1: Maaf tok. Kami terlupa syarat yang tok bagi tahu.
Bomoh: Nasib baik sempat korang datang dalam hidup. Kawan korang satu lagi dah m**i kena rasuk dengan benda tu.
Kawan 2: Eyh, bila tok ?
Bomoh : Dua hari lepas . Benda yang berdamping dengan dia tu kuat . Sebab tu masa ambil dia pengsan. Lepas tu tak reti jaga. Bagi d***h sehari dua je. Hari ketiga dia marah benda tu balik mengamok la benda tu dekat dia . Tu yang benda tu b***h dia .
Kawan 1 : Macam mana tok boleh tahu ? Sedangkan kami kawan dia pun tak tahu dia dah meninggal.
Bomoh : Benda tu ada datang dekat aku suruh cari tuan baru untuk dia.

Semua takut termasuk abah.

Abah: Macam mana nak buang benda tu tok ? Kesian tengok anak kecil saya hari-hari kena kacau ni.
Bomoh: Puteri kau dah lari dari kau.
Abah : Alhamdulillah .

Selepas selesai perbincangan semua orang. Semua balik ke KL . Tu kali terakhir abah menuntut . Biasanya kalau abah menuntut benda tu cuma berdamping dengan abah dan cuma komunikasi melalui suara sahaja . Takkan tunjukkan rupa sebenar.

Setakat sini je la kisah dik kim aku. Kalau ada sambutan . Aku akan ceritakan lagi kisah seram yang berlaku ye . Terima kasih.

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submint

Nurs

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

3 thoughts on “Dik Kim Diganggu Belaan Abah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.