Dimensi Hijab

Hi all. Bersua lagi kita. Thanks admin sudi siarkan cerita aku. Nama aku Ahmeng. Sebelum ni aku ada luahkan pengalaman serabut aku melalui Mata Batin dan Sumpah Mimpi. Asalnya aku buat writing sekadar untuk luahan sebab aku tak berani nak cerita pada orang secara verbal. Nanti kena kecam boleh murung dibuatnya. Namun atas permintaan ramai, aku terpaksa buat comeback dengan another pengalaman. Cerita yang aku akan tulis ni mungkin berguna kepada anda-anda sekalian yang gemar mengembara terutama yang suka ke kawasan kampung. Ada beberapa perkara di sebalik kejadian yang korang boleh perhatikan dan ambik precautionary. Sila cakna. Here we go. Be seated and ready for take off.

Aku ni suka pergi travel ke tempat-tempat yang mana aku boleh belajar tentang kebudayaan sesuatu masyarakat seperti di kampung-kampung atau kawasan pergunungan. Tempat yang paling kerap aku kunjungi setakat ni ialah Indonesia dan Thailand. Umum mengetahui kepelbagaian budaya di sana. Ada beberapa budaya yang hampir sama dengan negara kita secara zahir tapi tidak secara batinnya. Nanti aku bilang korang apa yang tersiratnya dengan budaya diorang. Kejadian ini aku sendiri melihat dan merasainya tanpa aku sengajakan. Berlaku pada August 2018. Tempat yang aku pergi ni sejauh 12 jam perjalanan dari Jakarta melalui jalan darat. Harga tiket bas 150k rupiah termasuk makan. Aku pergi berdua dengan sorang kawan perempuan juga dari Malaysia. Kitorang menginap di rumah keluarga kawan di sana. Ni lah yang bestnya backpacker. Kau ada kawan di mana-mana so tak payah risau pasal penginapan.

Hari pertama, kawan aku dah tiba dari KLIA sedang menantikan aku dari Changi. Aku namakan beliau ni Mek sebab dia orang kelantan. Geng dari indon pula terdiri daripada 2 orang iaitu Mas, kaki jalan macam kitorang yang aku jumpa kat Padang. Seorang lagi aku panggil Pak, bapak kepada Mas selaku tour guide. Kitorang set meet point dekat stesen bas kampung apa tah namanya. Tanpa membuang masa, kejadian pertama berlaku ketika aku menunggu grab di airport untuk ke stesen bas, aku disapa oleh seorang pakcik. Dia hulurkan tangan seraya memberi salam tapi bunyi sebutannya lain. Curiga dengan tindak-tanduk dia, aku perhatikan lagi dengan ekor mata. Dia tak keseorangan. Ada ‘budak’ bersembunyi di belakangnya. Aku elak untuk berjabat tangan dengan acah-acah sibukkan diri mengurus bag yang berisi nikon d90. Pakcik tu bagi salam banyak kali sampai dia fed up. Then dia blah pegi kat orang lain.

Aku nampak dia menuju ke arah seorang wanita yang aku syak dari Malaysia juga. Entah kenapa aku tak sedap hati jadi masa pakcik tu nak salam dengan kakak ni, aku datang greeting kakak tu kononnya aku ni kawan dia. Pakcik tu blah lagi. Akak tu blurr. Aku pon tak tau macam mana nak terangkan kat dia kenapa aku tiba-tiba menyemak kat situ. Kemudian aku dengan kakak tu perhatikan pakcik ni pergi kat orang lain. This time target dia mengena. Seorang lelaki menyambut salam dan berjabat tangan. Terus pakcik tu tepuk bahu dia dan bawa ke tempat lain. Aku dengan kakak tadi ikut memerhati apa akan berlaku seterusnya. Seperti yang aku jangkakan, pakcik ni sebenarnya ada ilmu pukau. Lelaki yang dia pukau tu dengan selamber muka suci je serahkan wallet,camera dan beberapa barang lain kat pakcik tu. Aku malas ambik port. Aku ajak kakak ni pergi minum jap kat kedai berhampiran sambil tunggu grab.

Aku teruskan plan aku ke meet point dengan grab. Selepas aku berjumpa dengan Mek dan Mas, kami teruskan perjalanan 12 jam kami ke destinasi seterusnya. Bulan tersebut merupakan bulan kebudayaan di negeri berkenaan. Kami ke sana selama 4 hari 3 malam. Kejadian yang aku nak highlight lepas ni semuanya berlaku di sekitar kampung dan lokasi festival. Selepas 12 jam perjalanan, kami tiba di destinasi. Kami bertemu dengan Pak dan rancang tentative selama kami di sana. Aku bagi clue sikit lah, kampung ni berada di tanah tinggi. Ekonominya bergantung sepenuhnya pada pertanian dan ternakan di kawasan situ sahaja. Yang bestnya bila pagi buka pintu kau akan nampak awan karpet berada di paras bawah kaki kau. Indah kan? Sejuk gila tempat ni. Suhu pada waktu tengahari dalam 5-7 degree celcius. Mandi konfem berjoget punya lah.

Hari kedua, kami teruskan pengembaraan kami ke sebuah danau kawah gunung berapi. Tempat-tempat yang kami pergi ni semuanya belum viral pada masa tu. So tak ramai pengunjung. Sedang aku asyik ambil gambar, mata aku terspot sorang wanita yang aku tahu. Obviously bukan Mek lah. Mek tak secantik wanita ni hahaa. Silapnya aku kat situ apasal lah aku tak terfikir nak snap gambar wanita tu adoiyai. Aku turunkan camera, dia masih di sana dan menghampiri aku. Dia pesan supaya hati-hati dan ada memberikan bayangan beberapa situasi (lebih kurang sama konsep macam Murad buat kat aku – Refer Sumpah Mimpi). Belum sempat aku nak tanya dia kat sini makan apa yang sedap. Dia dah hilang. Camni lah, aku namakan dia sebagai Yan supaya mudahkan aku nak cerita. Mek dengan Mas pandang aku pelik seakan mengetahui aku sedang berkomunikasi dengan sesuatu.

Then kitorang pergi ke sebuah candi. Kat sini aku nampak beberapa sami sedang sembahyang. Pada mata Mek, dia cuma nampak sami. Tapi aku nampak depan sami tu ada tiga orang dalam keadaan berlumuran d***h macam baru lepas kena bantai. Aku buat tak tau je. Yan ada bagi bayangan apa akan berlaku kalau aku kantoi yang aku sedang tengok makhluk-makhluk ni. Malam tu Pak bawa ke satu kedai makan tradisional. Sedang makan tu aku secara tak sengaja tertentang mata dengan satu makhluk di bahagian belakang. Tersedak aku kat muka Mek. Sorry Mek. Makhluk tu badannya keding, membongkok bertongkat, rambut panjang sampai ke lantai dan matanya terbuntang merah. Jantung aku jadi laju. Menggigil lah kejap. Tapi cover lah sikit. Aku dengan Mek kott. Terus takde selera aku nak makan dah. Balik tu Pak datang kat aku tanya aku nampak apa tadi. Aku diam je. Pak bagitau yang dia tahu aku ada kebolehan ni. Dia perasan both kejadian kat danau dan di kedai makan. Pak inform esok kita akan ke festival. Kat sana lagi macam-macam aku akan nampak. So aku perlu lebih berwaspada.

Haari ketiga, kami tiba di lokasi festival. Segalanya bermula normal. Kami melewati booth gerai makan. Sedap dan murah weh.. lagi aku cakap jawa lagi murah aku dapat. Pak ada pesan kat aku, kalau nampak apa-apa jangan ditegur, jangan mengaji atau baca apa-apa. Just step back. Kini waktu yang dinantikan sudah tiba, jam 2 petang waktu tempatan. Persembahan tarian kuda kepang dimainkan di tengah-tengah jalan. Takde specific tempat untuk para pengunjung. Kami cuma berdiri di tepi jalan tu je. Kalau nak masuk belai-belai kuda tu pon boleh. Ada pengunjung siap try main tarian bersama dgn penari lain. Macam biasa mula-mula ada ritual mengasap topeng. Then penari akan pakai topeng tu dan mula menari. Sebelum ni aku pernah dengar tarian ni boleh terbang-terbang. Kat sini, depan mata aku benda ni terbukti.

Masa tarian dimainkan, ada satu penari ni meracau. Menggigil dia kat situ sehingga ada sorang pawang memegang jerami datang kat dia. Pawang tu pukul jerami pada badan penari. Pukulannya lembut je. Tapi kuda tu melompat dah macam kena api. Pukul punya pukul sekali nahh dia melompat sampai roof top bangunan 7 tingkat. Tercengang aku tengok. Orang lain cool je. Mek terus seram kat situ ajak aku blah. Masa tu aku ada terdetik dalam fikiran ni kalau aku baca ayat kursi ni apa jadi. Sekali pawang tu datang kat aku seakan terdengar bisikan hati ini. “minggir lo!” Aku kena sound. Pak dan Mas datang untuk tarik aku pergi dari situ. Baru terdetik je, belum baca lagi. Kalau baca tu mungkin semua kuda kepang jadi kuda ferrari agaknya. Dah kena halau kitorang pon pergi lah tengok jauh sikit dari situ. Orang ramai tengok aku dengan muka geram. Tak tau lah kenapa. Musykil aku apa sebenarnya dah terjadi ni. Tarian kuda kepang dah habis kami pergi ke next event, wayang kulit.

Sini part paling aku terkesan. Sampai sekarang aku masih teringat dan seriau bila terkenang. Masa ni Mas pergi tempat lain. Aku duduk dengan Mek dan Pak. Asalnya kami hanya menonton dari tempat duduk umum. Disebabkan Pak ni agak dikenali, kami dapat pass vip yang membenarkan kami duduk di sebarang area. Wayang dimulakan dengan paluan muzik. Semakin lama semakin rancak, kemudian berubah mendayu-dayu. Wayang dimainkan dengan pengenalan watak dan bersambung ke penceritaan. Aku tak dapat tangkap macam mana jalan ceritanya. Bahasa lagu yang digunakan adalah jawa halus, aku kurang mahir. Next story dia mainkan dalam bahasa minang. Yang ni aku boleh layan sebab aku faham (refer intro Mata Batin). Tengah syok layan aku tersentak masa dia sebut perkataan ‘taragak awak pancuang kapalo niniak mamak’ maksudnya ‘aku nak b***h penghulu’. Aku curious dan minta izin dari Pak nak pergi ke backstage. Tujuannya untuk mendengar dengan lebih jelas apa yang dilagukan. Sekali lagi Yan munculkan diri di dalam keramaian orang. Kali ni dia bagi signal supaya aku jangan pergi. Nampak macam dia menghalang sekerasnya untuk aku ke belakang. Dia suruh aku stay, kat belakang bahaya. Tapi aku degil, aku ke belakang jugak.

Di pintu stage ada sorang pengawal. Aku tunjuk pass dan jalan. Dia senyum je. Setibanya aku di balik pentas, seriously aku terkejut bila tengok muzik ni hanya dimainkan oleh lima orang sahaja dalam keadaan dirasuk. Setiap seorang bermain tiga alat muzik membuatkan lagu tersebut seakan dimainkan oleh 15 orang. Ada yang main sambil menjerit bersorak, ada yang pandang je aku sambil tangan dia ligat bermain alat muzik. Yang mainkan patung wayang tu lagi mengerikan. Rambutnya kusut masai, muka ganas sampai naik bulu roma tengok dia ni. Usai lagu kedua habis dimainkan, mereka memandang aku dengan senyuman yang menakutkan.

Pemain patung buka bicara “ngapain kau ke sini? Kau lihat dia sudah lari dilihat oleh kau” sambil menunjuk ke arah sesuatu. Suara dia nyaring gila macam budak perempuan. Harap muka je ganas. Aku berpaling ke arah yang ditunjuk, terdapat seorang perempuan tua sedang duduk melunjur kaki menangis mendayu-dayu. Kejap kang dia gelak. Pastu nangis balik. Seriau doh dia punya nangis. Rambutnya putih, kulitnya berkedut sangat macam dah berusia ratusan tahun, gigi takda, hidung jatuh dan dia sangat pendek macam satu meter je tinggi dia. Lirikan mata dia pehhhh. Aku tak berani nak bersuara.

Dalam fikiran aku masa tu fikir bila lah nak balik ni. Aku terkaku tak tau nak buat apa. Aku cari pintu untuk kembali ke tempat duduk. Tak jumpa. Nak baca kursi pon jadi iftitah. Ni first time aku tengok nenek kebayan. Aku tak pandai handle situasi berdepan makhluk yang jaraknya sehampir begini. Tiga langkah je dari aku. Pemain tadi bagi warning, apa-apa berlaku aku dilarang bersuara. Hanya boleh menonton. So diorang mulakan semula ritual dari awal. Asapkan semua alat muzik dengan kemenyan, seru sesuatu entah apa yang dibaca dan pengsan. Kemudian nenek ni baca seruan apa benda pulak tah. Aku rasa macam nak pitam. Telinga aku berdesing. Mujur aku nampak Yan. Aku pergi ke arah dia terhuyung-hayang then terus keluar dari situ menerusi pintu backstage. Aku baru perasan selama aku kat backstage tu aku tak nampak orang lain. Pengawal, orang production atau event organizer sekali pun. Semua aku tak nampak. Dah macam berada di dimensi lain.

Masa keluar tu aku nampak kesemua mereka mengangkat kepala serentak dan jerit sekuat-kuatnya seraya mulakan permainan. Betul-betul kena rasuk diorang ni. Setiap dari mereka ada pendamping bersama. Semua pendamping berpakaian persis pendekar siap sampin dan tanjak. Bila diamati lirik lagu tu, ianya bukan sebuah lagu tapi mentera. Liriknya menyeru satu semangat untuk membalas dendam. Lebih kurang macam tu lah. Patut lah ada beberapa audience bagaikan terpukau mendengar. Dengan Mek ni sekali terdiam kaku masa menonton. Aku ajak ke belakang pon dia buat tak tahu je. Pak cuma mengangguk masa aku mintak izin tu. Aku ke belakang sorang diri. Cari pasal namanya. Aku jumpa semula Mek dan Pak lepas Mas pergi dapatkan diorang.

Malam tu Pak dan isterinya mengajak aku ke rumah kawannya. Berhidangkan kopi tuak, Pak dan Mbah pujuk aku supaya jangan layankan sangat mata. Rupanya Mbah pon ada mata seperti aku. Mbah share macam mana dia kawal bila dah tertentang mata macam yang berlaku kat kedai makan dan backstage. After that lebih kepada parents-son talk.

Hari keempat, sebelum subuh aku kembali ke Jakarta. Aku sampai sana dalam pukul 5pm. Aku duduk sebelah pakcik indon. Pakcik tu greeting nak salam tapi aku buat tak tahu je hahahaa. Trauma. Aku kembali ke tanah air dengan selamat pada malam tu. So kepada yang suka travel, aku harap korang lebih berhati-hati. Jangan terlalu mudah percayakan orang. Pastikan kita kaji dulu tempat tu betul-betul sebelum pergi. Kalau boleh belajar lah sikit pendinding diri. Dalam kes ni aku bukan kena gangguan tapi aku melihat kejadian yang berlaku di persekitaran. Benda tu pon taknak kita nampak diorang sebenarnya. Lagi satu kalau kau nampak then terus ruqyah, bukan setakat target kau je yang panas. Sekeliling dia pon terasa. Be careful. Jangan sampi kena serang balik.

Lepas trip tu, aku ada pergi jumpa ustaz-ustaz untuk berubat. Takda apa-apa pon berlaku masa aku di ruqyah. Ustaz jelaskan ni bukan gangguan. Cuma mata aku je yang tak normal. Kata ustaz, hijab ni tak boleh ditutup tapi boleh dikawal. Alhamdulillah aku dah jumpa cara untuk aku kawal supaya aku kurang nampak benda-benda ni. At least tak sekerap dulu. Aku tak mintak dapat penglihatan macam ni. Tapi kadang-kadang mata batin ni lah yang menyelamatkan aku. Mimpi tu je yang aku tk boleh nak kawal. Perkara terbaik yang aku boleh buat adalah buat tak tau je bila dapat clue berkenaan mimpi-mimpi tu. Apa-apa pun aku bersyukur. Semoga ada kebaikan yang aku dapat lakukan dengan sumpahan ni. Pray for me. Sekian Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ahmeng

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 4.9]

22 thoughts on “Dimensi Hijab”

  1. Sebuah Nukilan terbaik yang pernah aku baca …naratif,detail,pengembangan watak dan kekuatan cerita sungguh membuai dan mengasyikkan ..memang tidak rugi dan seronok membaca bagaikan turut sama mengembara bersama penulis ke Bukit Tinggi mungkin …Sumatera …

    Reply
    • Aku takpernah la alami teruk macam yang dia ni kena. But, tiap kali aku mimpi benda tu mesti jadi kenyataan. Sometimes, aku akan dapat mimpi benda yang lepas, benda yang aku pernah lalui. Normal ke benda tu?

      Reply
    • fuyooooo…ni memang nama Fan Ahmeng ke Peminat Ahmeng? punca dia jadi camni sebab ……………………………………………………………………………….

      rahsia..kikikikiiiiii

      Reply
  2. Bro. Kau pakai baju biru gelap ke masa kena halau? Aku nampak jugak kuda kepang tu melompat sampai roof top. Aku rasa tempat yang aku pergi ni sama dengan kau lah

    Reply
  3. Aku pun selalu mimpi je.. aku pun nk juga tengok.. tapi takut juga tk tertanggung.. koma pula tiba2 kang.. tapi tu lah.. teringin. Aku mmg minat bab2 mistik ni..

    Reply
  4. assalam ahmeng,nanti add fb sy boleh?titipkan skeping mesej di mesenger sy ye. tq atas perkongsian awk. moga dilindungi Allah selalu,inshaa Allah. Nurul Tie nama fb sy.

    Reply
  5. Ben Rahmat,

    Bukan. Tempat ni lagi kuno dari Bromo. Train pon takde kat sini. Kalau aku cakap kang orang taknak datang dah hahahh.

    Reply
  6. Salam, encik amir, macammana encik kawal “mata” tu ya?

    Yg mimpi tu memang susah nk kawal. Saya selalu di beri petunjuk dari mimpi. Kadang tak dapat beza mimpi dan realiti. Sebab ada seorang perawat ni cakap, yg saya sebenarnya sedar dalam mimpi cuma tak reti kawal.

    Tapi yg paling PENTING saya nk tau macammana cara nk tepis bila nampak bayangan makhluk tu dari minda? Contoh kawan saya tengah cerita adik dia kena rasuk dan saya boleh describe rupa benda yg ganggu adik dia tu. Dalam masa tu juga, kena amaran dari benda tu. Padahal takda niat apa pun, cuma nampak imej tu seiring dengan penceritaan kawan saya tu.

    Dan sebab tu juga, kalau ada yg nk cerita hal gini, saya tanya dulu, dh settle belum, sebab kalau belum nanti bila ternampak bayangan makhluk tu masa tengah cerita, nanti secara auto, benda tu ingat saya nk cari pasal pula.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.