Disantau Lelaki Psiko Bahagian 2

Hai assalamualaikum. Terima kasih yg sudi baca kisah aku. Sorry sangat sangat buat korang tertunggu tunggu. Aku akan sambung apa terjadi dengan aku. Oh btw cerita ni adalah kisah benar yg aku sendiri alami. Tiada rekaan semata mata. Bagi korang yg terlepas cerita ni, aku letak link dia kat sini tau. https://fiksyenshasha.com/disantau-lelaki-psiko/

Ma aku ada panggil seorang ustaz ni untuk tengok tengok kan aku. Sampainya ustaz kat rumah aku dia cakap nk tengok aku. Aku keluar dan tiba tiba aku rasa lemah sangat sangat dan ya aku pengsan. Aku sedar je badan aku dah sakit sakit dah merah merah. Ya Allah masa tu aku cakap kt ma..

“Ma sakitnya, chit tak larat sangat ma nak bangun”

Masa tu ma aku nangis tengok keadaan aku yg lemah. Ustaz tu ada lah baca ayat al quran kat aku lepastu aku dah betul betul sedar aku tertanya tanya apa dah jadi dengan aku tapi ustaz tu cakap kena ubatkan aku lagi dua minggu. Tak boleh nak habiskan dalam masa sehari sebab aku dah sebati katanya. Ustaz tu cakap ada orang dah berkenang dengan aku tapi cuma nak main main je dengan aku. Saja nak test “ayat” dia tu power ke tak. Haritu aku rehat seharian sebab aku letih sangat sangat dan tiba tiba aku dapat mesej dari abg fiz.

“Asma okay ke? Tadi abg nampak ramai org rumah asma”

Aku balas mesej abg fiz

“Asma okay je sekarang ni cuma asma letih sangat. Asma nak rehat japni”

Dia pun diam. Sekitar pukul 1pagi aku tersedar. Aku perasan angin kuat sangat dalam bilik aku. Langsir aku bergerak gerak mungkin angin kuat sangat kot. Aku cuba untuk pejamkan mata tapi aku perasan ada bunyi macam someone tengah main guli kt blakang bilik aku. Aku dah cuak. Aku baca ayat kursi tapi makin aku baca makin kuat bunyinya. Aku paksa mata aku untuk pejam tapi tetap tak boleh dalam masa yg sama bunyi makin kuat. Aku doa

“ya Allah kau lindungi lah aku dari syaitan dan iblis yg direjam ya Allah dan kalau betul ini mainan syaitan kau tunjukkan lah ya Allah samada dalam aku sedar ataupun aku lena ya Allah” Aku pejam mata dan aku pun tertidur. Aku tak tahu aku betul betul sedar atau pun tak atau pun aku lena, dalam aku tak sedar tu aku nampak muka abg fiz! Separuh muka abg fiz separuh lagi muka harimau yg tajam gila taringnya. Dalam mimpi tu dia tajam je tengah tengok aku. Aku pun tersedar. Pagi tu aku tak cakap pun kt ma yg aku mimpi macam tu. Aku macam biasa lah bangun pagi aku sarapan dan pagi tu jugak lah aku tak sedarkan diri. Aku sedar je masa tu ma peluk aku erat erat sambil nangis. Aku sedar dan ma cakap aku ambil pisau nak tikam dia. Aku sedih je tengok ma macam tu aku cakap aku mintak maaf sebab aku memang tak ingat apa apa. Ma ada contact ustaz tu dan ustaz tu cakap dia akan datang rumah 2hari lagi sebab dia ada nak selesaikan hal lain. Pagi sampai petang aku rehat. Abg fiz pulak berkali kali miscall aku tapi aku tak angkat. Dia mesej aku..

“ASMA JANGAN BUAT BENDA YG ABG TAK SUKA. ASMA MILIK ABG SORG”

Entah dari mana aku dapat kekuatan tu aku terus tunjuk mesej tu ke ma dan ma ambil telefon aku dia simpan. Dia ada cakap ma ada rasa lain dengan jiran kita abg fiz tu.

Ma

“Ma¬† tak sedap hati dengan jiran kita abg fiz tu. Ke dia ada guna gunakan chit” aku terdiam.

Aku

“Takpelah ma kalau dia ada buat benda yg tak baik kat chit. Allah kan ada”

Ma pandang aku semacam. Dia ajak aku untuk solat maghrib dengan dia. Aku solat macam biasa sampai lah raakat ketiga aku rebah dan aku tak ingat apa dah jadi dekat aku. Abah aku ada hembuskan ayat ayat suci al quran tapi abah kata muka aku dah jadi macam muka orang lain. Aku mengilai aku ketawa. Ma aku ada cerita yang aku dirasuk. Aku cuba tulis dlm dialog kelantan.

Aku
“Bakpo mu nok pisohkan aku dengan dio? Mu tahu dok aku dengan anok mu ni lamo doh duduk sekali!! ”

“Aku suko ko anok mu. Tiap malam aku jago dio. Dio tido sekali dgn aku. Mandi sekali. Makan pun sekali. Aku dengan budok ni tokleh sapo sapo pisoh kecuali kiamat jah”

Abah terkumat kamit bacakan ayat al quran tapi apa yang ma cakap aku ludah berkali kali. Sampai lah ma aku panggil tok imam masjid yang dekat dengan kawasan rumah aku. Aku masa tu mengilai je. Kadang menangis mcm orang gila kadang ketawa terbahak bahak. Tok imam tu datang tolong ubatkan aku. Tok imam tu cakap aku kena ubatkan cepat cepat sebab dah nampak teruk sangat dah.

Malam harinya aku tidur macam biasa tapi kali ini ma yang temankan aku tidur. Aku tidur membelakangi ma dan aku tersedar. Aku nampak ma duduk dekat tingkap aku sambil betulkan langsir. Aku tegur

Aku

“Ma tak tidur lagi?”

Ma

*Diam seribu bahasa.

Aku

“Takpelah chit sambung tidur dulu ni.”

Aku pusing ke belakang dan aku nampak ma sedang lena tidur dibelakang aku. Ya Allah ya rabbi.. Aku tak kuat. Aku dah lemah semacam. Aku peluk ma erat erat aku baca ayat kursi tak henti henti minta dalam hati semoga Allah lindungi aku dari syaitan yg direjam. Keesokkan hari badan aku panas. Ya, aku demam. Aku letih. Aku lemah. Aku tak kuat dah nak hadap benda ni. Telefon aku memang ma off terus. Dalam masa aku hadap benda ni apa yg aku perasaan, perasaan aku kat abg fiz makin berkurang. Aku pun tak tahu apa yg aku rasa. Aku ada syak dia yg gunakan aku tapi aku tak ada bukti nak tuduh dia macam tu.

Aku pergi ke sekolah macam biasa tapi peritnya Allah je yg tahu apa yg aku hadap. Aku ada cerita dekat kawan aku tapi semua tak percaya. Yelah mana taknya masa tu aku baru form4. Kawan aku ingat aku ni saje jelah reka reka cerita. Balik je sekolah aku baring baring aku pejam kan mata. Tiba tiba aku rasa badan aku berat sangat macam ada sesuatu tindih aku. Dalam sedar tak sedar aku nampak satu lembaga warna hitam duduk betul betul atas aku macam dia nak perkosa aku. Aku betul betul dapat rasa yg benda tu sedang ceroboh kemaluan aku. (maaf ya korang kalau aku agak mencarut sedikit)

“Ya Allah!!!! Allahuakbar!! Aku laungkan sekuat hati aku tapi benda tu langsung tak bergerak seinci pun.

“ALLAHUAKHBAR!! Aku laungkan banyak kali sampai lah aku tersedar. Aku rasa benda tu dah tak ade. Aku tertanya tanya aku ni mimpi ke? Aku rasa ada something wrong dgn kemaluan aku. Aku sentuh dan ada d***h. D***h yg banyak sangat macam korang tengah period. Aku istigfar. Mungkin kebetulan aku period tapi d***h aku panas sangat. Macam air yg mengelegak. Aku sakit. Aku buka pintu bilik aku cari ma tapi rumah aku sunyi semacam je. Satu rumah aku bertukar jadi gelap. Suasana rumah aku jadi suram semacam je. Tiba tiba aku terpandang tepi aku. Aku tersentak. Dia bukan lah ma tapi satu lembaga yg menyerupai ma dengan tajamya taring gigi, mata yg agak merah, rambut yg kusut masai dan wajah yg agak lonjong! Aku rebah.

Aku sedar abah sedang renjiskan air kat muka aku. Aku peluk abah erat erat.. Aku cakap aku takut. Dia cuba tenangkan aku. Dia cakap ustaz yg ubatkan aku minggu lepas akan datang malam ni. Aku sedikit lega. Abah suruh aku mandi dan solat sementara menunggu kedatangan ustaz. Kali ni ustaz datang bersama kawannya yg lain. Ramai jugak lah. Dia suruh aku pakai kain sembahyang untuk ubatkan aku. Dia memulakan bicara.

Ustaz

“Assalamualaikum. Harini ustaz nak ubatkan asma. Apa apa pun benda yg terjadi ustaz nak asma baca 4qul dan ayat kursi. Ingat Allah sentiasa. Ustaz cuba apa yg mampu dan selebihnya kita serahkan kpd Allah s.w.t

Aku mengangguk tanda faham.

Ustaz memulakan sesi perubatan di ikuti dengan yg lain dengan tiba tiba aku rasa aku dah tak berdaya. Aku dah rasa lembik.

Ustaz

“Asma. Teruskan baca ayat quran. Jangan berhenti”

Aku

“Ustaz saya tak kuat. Saya rasa saya lemah sangat sangat”

Belum sempat ustaz habiskan ayat yg dibaca aku dah tak sedar. Aku tak ingat apa yg jadi. Aku sedar je aku rasa nak muntah. Aku muntah dan aku geli tengok apa yg aku keluarkan dari perut aku. Aku nampak satu benda yg agak panjang (aku tak tahu apa benda tu) yg berwarna kuning dan yg lain lainnya ada d***h dan rambut segumpal. Dia ada jelaskan kat aku apa sebenarnya yg dah jadi.

Ustaz

“Asma ada rasa apa apa tak sekarang ni?”

Aku

“Saya tak rasa apa apa dah ustaz. Badan saya pun dah tak sejuk sejuk dah. Fikiran saya pun dah tak serabut sangat”

Ustaz

“Macam ni lah ustaz nak cakap sikit. Sebenarnya ada orang yg sihir asma. Sihir ni dia nak asma sayang dia, asma ikut cakap dia dan dia dah ikat perasaan asma hanya untuk dia sorang. Asma tak boleh sayang org lain selain dia. Dia ada letakkan ‘benda’ dalam makanan untuk ikatkan perasaan asma dan satu lagi dia gunakan angin untuk sayang rindu dan ingat dia. Benda halus tu datang dekat asma ikut arah angin dan terus masuk dlm bilik asma. Dia dah tinggal sekali dgn asma.”

Aku

“Saya tak tahu ustaz kenapa dia buat saya macam ni. Saya dah boleh rasa sapa yg sihir saya”

Ustaz

“Sebaiknya asma maafkan dia seikhlas hati. Benda ni Allah yg izinkan. Maafkan lah dia seikhlas hati asma. InsyaAllah asma akan sehat. Ustaz doakan asma kembali sehat.”

Selepas kejadian tu aku dah tak tinggal apa yg ustaz dah pesan kat aku. Aku mula solat awal waktu. Dan Alhamdulilah hari demi hari aku dah mula ada selera makan. Aku dah mula sehat, alhamdulilah. Aku bersyukur sangat. Abg fiz pulak sejak dari ustaz ubatkan aku, aku dah tak nampak kelibat dia. Abah pun dah cari rumah lain dan tak lama lagi kami akan berpindah. Masa kami sibuk duk kemas kemas barang aku dengar ada org bagi salam. Aku amat kenal suara tu. Itu suara abg fiz. Tapi ma dengan abah memang tak bagi lah aku keluar. Abah je yg keluar. Lama jugak lah abah duk sembang dengan abg fiz. Entah sembang apa.

Aku

“Bah, lama sembang. Sembang ape je?”

Abah cakap tadi abg fiz datang dan tanya betul ke kami ni nak pindah abah cakap lah ya kenapa. Abah cakap dia dah macam org tak betul dengan rambut kusut masai muka agar tak bermaya. Dia cakap kat abah yg dia datang ni sebab nak mintak maaf banyak banyak dekat family kami kalau ada salah silap sepanjang kita orang berjiran. Abah dah tahu dah tapi abah buat buat macam tak tahu apa apa. Banyak kali jugak lah dia ulang ayat mintak maaf tu. Aku cakap kat abah

“Bah, chit memang maafkan dia tapi tipu lah chit boleh lupa apa yg dia dah buat kat chit. Chit sakit sangat sangat bah tapi chit tak salahkan takdir sebab mungkin Allah nak uji. Takpelah bah. Chit harap semoga dia tak khawin sampai bila bila.”

Abah

“Tak baik doakan orang macam tu. Dia pun manusia biasa jugak.” Aku endah tak endah je masa tu sebab aku pun main main je.

7tahun berlalu. Sekarang dah 2020. Aku sekarang berusia 23 tahun. Alhamdulilah aku sehat sepenuhnya dengan izin Allah s.w.t. Aku pun dah lupakan apa yg dah terjadi. Oh ya abg fiz macam mana? Aku ada lah dengar adik aku cakap yg dia tak kahwin sampai ke harini. Kalau ikutkan sekarang umur dia dah 34 tahun. Hidup dia pulak tak tentu arah. Aku dapat tahu yg family dia pun mengamalkan ajaran sesat terutamanya ayah dia. Ayah dia tak solat cuma ayah dia berzikir. Orang ramai jugak lah bercakap yg ayah dia tu tak waras.

Jadi itu lah serba sedikit aku kongsi dengan korang tentang aku sendiri disihir lelaki saiko tu. Semoga korang dalam jagaan Allah sentiasa dan berhati hati lah dengan orang sekeliling korang sebab hati orang lain lain. InsyaAllah di lain hari aku akan tulis lagi tanda tanda aku terkena sihir macam apa yg aku mimpi dan sewaktu dengannya. Semoga bertemu lagi. Assalamualaikum, asma.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hasmawati pauzi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 16 Average: 4.4]

2 thoughts on “Disantau Lelaki Psiko Bahagian 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.