Disantau Lelaki Psiko

Hai assalamualaikum. Sebelum aku mula menulis, terlebih dahalu aku ingin memohon maaf kalau penulisan aku agak berterabur maklumlah baru first time menulis. Jika disiarkan cerita ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin. Okay jom kita mulakan!

2013

Aku perkenalkan diri aku secara ringkas. Aku asma Berasal dari pantai timur. Ma dan abah orang thailand tapi kami sekeluarga menetap disini. Aku orangnya agak pendiam dan ya aku tak mesra dengan orang disekeliling aku.

Ceritanya bermula apabila kami sekeluarga terpaksa berpindah kerana ada hal yang tak di inginkan berlaku. Alhamdulilah kami dapat rumah sewa yg bagus. Hari pertama aku menjejakkan kaki ke rumah baru tu alhamdulilah semuanya okay sampai lah satu hari tu time aku dengan ma duk mengemas ada sorang lelaki ni datang bagi salam. Dia memperkenalkan dirinya sebagai fiz (bukan nama sebenar) dan dia jugak merupakan cucu kepada rumah yang aku sewa. Dia bagitahu kalau nak mintak tolong ke apa cakap je dengan dia. Okay lah kan aku tengok dia pun macam bagus je.

Keesokkan harinya dia datang lagi untuk tolong bersih kan rumah padahal aku takda mintak tolong pun suruh bersihkan ke apa. Bermula haritu dia selalu datang rumah aku and dia ada tanya aku nama apa umur berapa, aku jawab lah apa yg dia tanya dan dia cakap “cantiknya asma, manis senyuman asma”. Aku diam je time tu. Pastu nak di jadikan cerita aku tak tahu mana dia dapat number phone aku (masa tu kita sms biasa je sebab takda lagi whatsapp) dia mula mesej aku dan sumpah aku memang tak layan sebab aku tak berminat (walaupun rupa dia agak hensem di mata aku haha) tapi dia tak putus asa.

Dia cuba dan terus mencuba. Dia tak putus asa call aku mesej aku tanya khabar padahal benda sama je dia tanya aku. Hari hari kalau aku pergi sekolah ke balik sekolah dia memang akan perhatikan aku dan aku mula rasa tak selesa. Ada satu malam tu dia mesej aku dan dia cakap “abg fiz suka sangat sangat kat asma, asma taknak ke jadi cinta hati abg fiz” aku terkejut jugak dapat mesej macam tu dan aku tergerak hati nak balas. Aku cakap lah aku tak suka dia ada feeling kat aku sebab aku pun masih sekolah umur pun setahun jagung dia pun reply tapi kali ni aku rasa mesej dia lain macam. Dia cakap takpa asma, asma jangan menyesal kalau abang buat asma nanti sayang abang je asma tak pandang dah lelaki lain. Stop sampai situ aku dah rasa something dan aku tak reply apa apa dah.

Abg fiz tetap datang ke rumah aku tapi kali ni dia siap bawa makanan. Katanya dia masak lebih so boleh bagi kat family aku sikit. Ma aku tak pernah miss apa yg abg fiz bagi. Semuanya ma ambil. Aku pun apa lagi balik sekolah lapar terus makan lah. Kalau tak silap aku seminggu lepas tu aku rasa macam ada perkara agak pelik berlaku yang aku kena hadap. First, aku tiba tiba rindu dia sangat sangat sangat sangat dan sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Perasaan ni kalau aku tak tengok dia aku jadi tak boleh nak fikir apa apa means aku kena tengok dia. Tiap kali maghrib aku menangis. Menangis sebab terlalu rindukan dia. Kau boleh bayang tak bertapa seksanya aku rindukan. Aku mesej dia tapi satu pun dia tak reply weh. Aku keluar rumah dan tengok atap rumah dia aku jadi happy sangat sangat weh. Aku mula terbayang muka dia hmm indahnya. Tak cukup rindu, perasaan cinta dan sayang pula hadir. Aku rasa memang aku cinta m**i weh kat dia sebab aku memang sanggup buat apa je.

Satu malam tu aku tak tahan sangat rindu aku call dia. Dia angkat lepastu dia diam je. Aku macam orang gila panggil dia abg fiz abg fiz asma rindu abg sangat sangat ni dia boleh letak. Kau rasa? Aku menangis macam orang gila talak weh time tu. Aku sedar apa yg jadi cuma entah lah aku tak boleh nak control diri aku. Aku dari 48kg susut ke 35kg haha sebab dia ignore aku dan tak layan aku. Lepas je kejadian tu aku suka menyendiri. Aku suka duduk dalam bilik aku, aku tutup semua langsir. Lagi gelap lagi aku suka. Sekolah pula aku dah jarang pergi. Aku dah takda semangat. Abg fiz pula jarang datang rumah aku dan sentiasa mengelak dari aku. Aku tak makan, aku cuma minum je. Aku tak mandi dan ya aku tak solat (ya Allah bodohnya aku) Tiap kali aku dengar orang azan aku akan jadi mengantuk dan tak senang duduk. Aku tinggal solat aku tinggal mengaji al quran. Semua aku tinggal. Yang aku tak tinggal telefon sentiasa di tangan aku.

Aku dah tak suka sembang2 dengan family aku. Dan akhirnya abg fiz mesej aku hehehe happy sangat sangat aku time tu. Dia cakap dia terima kalau aku jadi kekasih dia tapi aku kena janji aku kena ikut apa je dia nak dan dia suruh. Aku macam lembu kena cucuk hidung aku iya kan semuanya. Aku pun official lah dengan dia dan tiap tiap malam kami bergayut. Mula mula aku happy sebab aku sayang abg fiz sangat sangat dah macam nyawa aku sendiri. Lama kelamaan abg fiz dah mula tunjuk belang dia. Dia dah pandai guna unsur 18sx tiap kali bercakap. Dia guna perkataan yang agah lucah dan dia melepaskan nafsu dia setiap kali dia on the phone dengan aku. Tapi aku bodoh paling bodoh aku langsung tak boleh marah dia. Aku takut kehilangan dia. Orang yg perasan perubahan aku adalah ma aku. Dia perasan aku dah lain macam. Aku dah tak macam dulu. Rupanya diam diam ma aku panggil seorang ustaz untuk tengok apa yg dah tak kena dengan aku.

Okay lah korang, nanti aku sambung part II ya sebab aku tengah kerja ni. InsyaAllah aku sambung. Sebab cerita aku ni agak panjang aku tak boleh habiskan harini. Jumpa lagi gais.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hasmawati pauzi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 3.5]

5 thoughts on “Disantau Lelaki Psiko”

  1. panjang jadah habiskan jela sengal. xsuke la cite separuh2 ni. lain kali ko save dlu dekat desktop. pastu ade mase ko type lgi. dah habis cite baru submit. paham?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.