Disembunyi Sang Puteri Bunian

Sekarang viral dan kecoh pasal ketukan bertalu talu di Sabak Bernam. Maka kenangan kenangan yang takde kena mengena menerjah kembali untuk aku imbau semula. Nostalgia weh hahaha. Ingat balik satu kes masa aku kecik kecik dulu. Begini kisahnya…

SHORT STORY.

Aku dalam darjah dua ketika ini. Masa ni cuti sekolah seminggu. Seminggu tu aku dan saudara mara yang lain macam biasa akan serbu rumah nenek aku. Nakal tu jangan kau cakaplah. Memang cukup nakal.

Aku ingat lagi masa tu petang, terang dia lain macam. Tapi sebenarnya dah senja. Dah dekat 7:20 dah. Aku dengan sepupu aku (Isa) dok syok main pasir kat belakang rumah nenek aku.

Belakang rumah nenek aku ni kemain banyak lagi pokok kelapa sawit. Ada kebun tak jauh dari tu. Kat situ la kitaorang dok main 5 orang selalu kalau balik kampung. Tapi masa ni aku dgn Isa je ada. Yang lain dah selamat ke pangkuan mak masing2.

“Weh Isa jom balik. Yang lain dah takde tak syok lah nak main.”

Aku jeritkan Isa yang sepatutnya ada tak jauh dari aku. Tak silap aku dia tengah main beberapa meter dari aku. Dia dok kutip biji biji sawit manakala aku sedang mereput di pangkin usang yang ada kat kebun tu.

Saat menantikan jawapan dari Isa yang tak kunjung tiba, aku menoleh ke kiri ke kanan ke depan dan ke belakang. Kelibat Isa dah takda. Dalam hati aku sah la aku dah kena game dengan Isa. Dia balik tinggalkan aku sorang dekat sini.

Aku apa lagi rembat selipar terus pecut balik rumah. Balik tu aku kena hambat dengan mak aku yang super garang. Mana taknya sedara aku yang lain semua dah wangi wangi.

Mak ayah aku bising dah nak maghrib baru reti nak balik. Soalan kedua yang ditanyakan pada aku mana Isa?

“Aik bukan dia dah balik dulu ke? Orang tengok dia dah takde orang terus balik lah.”

Telinga aku pun kena piat lama dengan mak aku. Mak aku membebel kata kat aku kalau takde orang baru reti nak balik ya? Memang mendapat lah aku. Sambil tu fikiran aku jauh memikirkan mana pulak si Isa ni.

“Pah. Isa tak balik kah? Hah Faz mana Isa? Hang balik dengan dia ke tadi?”

Mama Isa. Aduh satu hal pulak aku nak menjawab. Aku betul betul tak tahu keberadaan Isa masa tu. Aku fikir dia dah balik dulu. Rupanya…

“Aku nampak Faz balik sorang je tadi. Takde pulak aku nampak Isa.”

Kata pak cik aku. Ramli nama dia. Masa aku balik pak cik Ramli dok ambil tong gas kat depan rumah bawak masuk dalam.

Apa lagi menggelupur lah ibu bapa Isa pergi mencari Isa kat kebun. Aku? Hah aku pulak kena soal jawab kat bilik mandi dengan mak aku.

Sampailah isyak rumah nenek aku dikerumun ramai orang kampung yang datang membantu mencari Isa. Selain Isa yang popular ketika itu, aku pun boleh tahan popular sebab acap kali ditanya itu ini pasal Isa.

Memang aku suspek utama la dalam kehilangan Isa hari tu. Aku malas nak layan aku buat buat tidur kat pangkuan nenek aku. Sampai aku betul betul tertidur.

Pukul 1:30 malam.

Aku dan sepupu aku yang lain beramai ramai tidur di ruang tamu. Malam tu sejuk yang luar biasa. Takde hujan takde angin apatah lagi ribut. Pakcik2 aku dan yang lain steady tak tidur lagi. Ada yang masih berborak kosong. Aku terjaga nak terkencing dan susah nak membuta balik lepastu.

“Tuk! Tuk! Tuk!”

Tiada salam tiada sahutan. Perlahan sahaja bunyinya tapi boleh buat orang lain tersentak seketika. Ayah aku mak aku dan especially mak ayah Isa berpaling ke arah pintu utama. Mak Isa apa lagi meluru ke muka pintu tapi sempat ditahan oleh nenek aku.

“Aisyah. Jangan..”

Relax je nenek aku mengunyah popcorn. Tapi dia tak pandang pun kat mak Isa tu. Nenek aku ni pun 2 kali lima jugak tak reti reti nak tidur.

“Ishhh. Diam. Jangan tuturkan sebarang kata kata. Pintu itu pun jangan disentuh atau sesekali membukanya.” Kata nenek sambil relax menjamah popcorn.

Habis je nenek aku cakap, tak lama tu ketukan bertalu talu yang sangatlah kuat sampai nak roboh pintu rumah nenek aku dibuatnya. Celaka betul terkejut aku dibuatnya.

Sepupu aku yang lain? Hahaha. Mereka tidur m**i umpama seperti hari esok tiada lagi. Ketukan tersebut memang sangat dasyat seperti beberapa orang perompak mengganas nak masuk.

Aku merapatkan diri kat mak aku yang super garang tu. Hilang sikit rasa takut tu bila dalam pelukan mak.

“Maafkan dia tuan puteri. Kanak kanak tidak mengerti apa apa. Terima kasih bawa dia pulang. Tinggalkan dia sahaja di situ. Jangan kau berani masuk di sini. Apa engkau mahu aku pagar kawasan engkau?”

Senyap. Jadi senyap tiba tiba. Rumah nenek aku kembali bahang dan tiada lagi ketukan bertalu talu di luar rumah.

Mak Isa aku tengok dah meroyan lain macam mengenangkan Isa. Aku tiba tiba bersalah tinggalkan Isa. Aku bangun dan mendapatkan mak cik aku. Aku mintak maaf kat dia sebab aku tak tahu yg Isa sebenarnya tak balik pun. Dia tak tinggalkan aku pun.

Mak cik aku dok peluk cium kepala aku kata tak apa. Aku tak salah. Dia tak salahkan aku pun. Mata aku apa lagi bergenang terus lah.

“Ramli bukakan pintu dan baca surah yang bonda ajarkan. Pergi ke rumah Ustaz Aman dan panggil sekali anak terunanya untuk ikut sekali mengambil Isa di hujung kebun. Aisyah. Kau duduk sahaja di sini. Kerah orang kampung yang lain untuk ikut sekali.” (Ni aku interview nenek aku balik sebab memang tak la aku nak ingat. Budak2 kan.)

Aku takut weh saat saat pak cik Ramli membuka pintu tu kot ada benda lain aku nampak. Bukan aku sorang je takut. Rata rata wanita yang ada kat dalam rumah tu semua takut kecuali nenek aku.

Pakcik aku bukak je pintu tu….alhamdullilah tak ada apa yang luar biasa dari itu selain motor capuk pak cik aku steady parking kat halaman rumah. Ayah gue, pakcik2 gue dan penduduk kampung pergi ke kebun pada pagi buta tu.

Tak lama tu Isa didukung balik oleh ayahnya. Isa tidur lena ketika itu. Kata ayah orang kampung jumpa Isa terlentok tidur di balik batang kelapa sawit. Alhamdullilah. Tiada apa yang tak elok jadi kat diri dia.

Dari apa yang aku ingat Isa sebenarnya terkacau kawasan bunian kat situ. Paling best dia berkawan dengan kanak kanak bunian kat situ sampai lupakan aku. Itu pun nenek tak nak cerita punca Isa hilang.

Dua bulan macam tu baru lah nenek aku yang baik hati tu nak bercerita kat cucu cucu dia dengan alasan ingin menakutkan kitaorang. Sepupu kitaorang yang lain semua berteka teki sesama sendiri. Ye la dah tidur m**i kan? Siapa suruh tidur m**i. Mengalahkan buat kerja rumah dia punya penat. Aku jugak sorang yang ada pengalaman yang aku tak akan dapat lupakan sampai bila bila.

Aku tanya Isa betulke apa nenek cakap tapi harom. Sepatah hatta sekilas pandangan apa pun dia tak ingat. Isa tak ingat sebab kata nenek memori dia sudah dihapuskan kalau kembali semula ke dunia asal dia.

Macam tu lah apa yang nenek aku cerita kat aku. Wallahualam.

“Weh betoi ka aku hilang malam tu? Hang prank aku kah?”

Pala bana dia prank. Sampai sekarang Isa tak ingat apa apa dan masih percaya yang diri dia sebenarnya kena prank dengan nenek aku, mak ayah dia apa semua. Aku tanya nenek aku apa jadi kalau Isa ingat balik pasal kejadian tu?

“Nanti dia nak dok sana balik. Tak nak balik sini langsung. Hang kalau nakal nenek hantar kamu ke sana. Tak jumpa kakak tak jumpa abang, tak jumpa mama dan ayah terus. Mahu? Dengar cakap mama tu. Balik sebelum 6:30. Ada faham?”

“Faham bos!”

Sekian. #fazahmad

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

#FazAhmad

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.7]

6 thoughts on “Disembunyi Sang Puteri Bunian”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.