disihir bekas tunang

assalamualaikum pembaca fiksyen shasha nama aku chal (bukan nama sebenar) aku akan bahasakan AKU supaya jalan cerita mudah difahami pembaca . Ini kali pertama aku menulis aku harap jangan ada yang kecam .

pada tahun 2019 aku bertunang dengan seorang lelaki ni berasal dari perlis dan dia tua 10 tahun dari aku sebenarnya aku sememangnya kenal dia . Aku tak tahu samaada aku mempunyai tarikkan tersendiri ataupun tak sebab lebih 10 kali aku dirisik lelaki yg aku kenal dan tak kenal sepanjang tempoh tahun 2017-2019 .

Okay ceritanya macam ni , setahun awal perkenalan aku dengan bekas tunang (AKU NAMAKAN DIA AM) bukan nama sebenar hubungan kami baik2 saja . Tetapi selepas setahun perkenalan am mula menunjukkan perangainya yang sebenar , kalau dari segi rupa am boleh dikatakan lelaki yang biasa-biasa sahaja .

Untuk pengetahuan pembaca , kami mengikat pertunangan awal sebab aku bekerja di KL 2 tahun kami bertunang macam-macam aku lalui termasuklah disihir am sendiri . Sebenarnya aku dapat tahu yang aku disihir am selepas aku berubat dekat seorang ustaz ni .

Sepanjang tempoh aku tak sedar yang aku disihir aku selalu diganggu makhluk halus yg berani menunjukkan rupa . Masih ingat lagi ketika aku nak tidur aku ternampak makhluk yang macam seorang lelaki tetapi tiada wajah sedang menghadap badannya ke arah aku di tingkap sliding bilik aku betul-betul di sebelah katil aku , waktu ni memang kerap sangat diganggu sampaikan aku dah malas nak layan hantu-hantu tu .

Pernah jugak makhluk yang menyerupai budak perempuan kecik berdiri betul-betul di hujung katil sambil menyeringai melihat aku mukanya buruk sangat bebola mata terkeluar nanah dan d***h penuh di muka . Tak tahan sebenarnya bila selalu diganggu makhluk laknaktullah ni , dengar bayi menangis , dengar perempuan menangis , dengar cakaran dan ketukkan di tingkap dan macam-macam lagi .

Waktu ni aku selalu jugak nangis sorang-sorang dalam bilik gelap sampai tertidur sehinggakan satu hari tu aku rasa selesa bila ada SESEORANG teman aku aku tk pernah nampak SESEORANG tu tapi aku yakin dia jin dan aku suka bila waktu malam menjelma sebab dia akan teman aku .

Satu hari tu am video call aku selepas maghrib tengah sembang-sembang tiba-tiba dia marah aku cakap aku bawak jantan masuk bilik padahal dalam bilik aku tak pernah ada sesiapa yang masuk , tiap kali kami deting dia akan bagi aku minum air yang warna macam syrup tapi rasa bukan syrup tak tahu nak cakap rasa dia macam mana , am jugak selalu bagi dekat aku perfume yang dia kata dia special dia suruh pakai hari-hari , bodohnya aku kan ? waktu ni aku tak terpikir lansung yang dia dah sihirkan aku untuk tak tinggalkan dia .

3 tahun berlalu , aku ada seorang sepupu yang rapat sangat dengan aku dia cakap aku dah banyak berubah , aku dah macam tak boleh hidup kalau am takdak aku jugak selalu kena pukul dengan am macam-macam dia buat dekat aku tapi aku tak kisah lansung dia nak pukul aku , family aku tak tahu lansung pasal ni kalau ada kesan lebam2 dan ada orang tanya aku tipu cakap aku terjatuh .

Sebenarnya ramai yang tegur aku bukan macam aku yang dulu sebab aku kurus gila waktu ni muka serabut tak terurus tak suka bergaul hidup aku cuma nakkan am sahaja tapi aku rasa aku sihat sangat aku tak rasa yang aku sakit . Pada raya ketiga sepupu aku bawak berubat dekat sorang ustaz ni aku berkeras taknak pergi tapi sepupu aku paksa aku sangat-sangat dia cakap aku SAKIT , sebab aku taknak kecewakan dia aku ikut ja dia pergi berubat .

Proses merawat aku mengambil masa selama 2 jam lebih untuk pulihkan dalaman aku , ustaz cakap aku terkena sihir pengasih dan pada masa yang sama ada jin sukakan aku . Takut , terkejut sedih semua bercampur sekali lepas dari merawat tu seminggu aku menghilang dari am selepas seminggu aku call dia tanya tentang sihir tu dia diam dan nangis dia cakap taknak hilang aku .

Waktu ni aku betul-betul sakit hati dengan apa yang dia buat dekat aku , aku bincang dengan family untuk putuskan pertunangan dengan am family ada tanya aku kenapa nak putus pertunangan aku cakap kami dah tak serasi alhamdulillah Allah permudahkan semua .

Lepas dari kejadian ni aku tak pernah tahu apa yang jadi dekat am dan bertahun jugak aku cuba move on dan tutup pintu hati untuk lelaki . Tapi Allah tu maha baik sangat dia temukan aku dengan suami aku yang sekarang suami dari latar belakang yang baik-baik dan sekarang aku sedang mengandungkan anak pertama kami , Alhamdulillah terima kasih ya Allah .

Maaf kalau cerita aku tak menyeramkan aku cuma nak nasihatkan kepada wanita di luar sana jangan cepat percayakan lelaki yang anda kenal , selalulah dekatkan diri dengan tuhan supaya diri kita terlindung dari pekara yang tak baik .

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

chal

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 27 Average: 3.8]

1 thought on “disihir bekas tunang”

  1. Struktur ayat berselerak sebab tiada tanda koma atau noktah. Serabut juga baca. Next time, sila letak punctuations elok2 ye.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.