Disorok bunian
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia FS. Pertama sekali, aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada admin FS sekiranya kisah aku ini disiarkan. Ini kali pertama aku berkongsi kisah seram di sini, selama ni aku cuma jadi pembaca setia je. Walaupun kisah ini tidaklah seram mana namun apa yg aku nk kongsikan disini adalah kisah yang benar-benar berlaku kat aku masa aku kecik.
Mak aku cakap, aku ni dari kecik hijab terbuka. Kira aku boleh nmpk benda2 ghaib yg org biasa xboleh nmpk. Mungkin ada yg akan ckp, ala biasa la budak2 klu nmpk benda-benda halus ni. Tapi aku masih boleh nampak benda-benda tu sampai umur aku meningkat remaja, lebih kurang 17-18 tahun macam tu. Bila aku meningkat dewasa, aku xpernah nmpk lagi benda-benda halus tu tapi menurun kat anak aku pulak. Klu nak diikutkan, byk sebenarnya kisah yg aku nak kongsikan, tapi aku cerita satu-satu dulu la.
Ni kisah yg berlaku masa aku umur 6 tahun. Al-kisah, aku ni nama je perempuan. Tapi lasak macam budak jantan. Mana tidaknya, adik beradik atas aku tiga orang semua lelaki. Aku ada sorang adik perempuan, tapi jarak usia aku dgn dia agak jauh, 10 tahun. Dan masa kisah ni berlaku, adik aku belum lahir pun lagi. Rutin harian aku waktu petang, ikut abang-abang aku gi main. Macam-macam permainan la aku join. Lastik burung, main layang-layang, mandi parit, main askar-askar. Bukan mak aku tak pernah jeritkan aku ckp aku nk jadi apa ikut budak-budak jantan gi main. Abis tu aku nak main dgn siapa. Bukan ada kakak yg boleh layan aku main anak patung ka, main tengteng ka. Ayah aku garang gila, selalu dia libas aku dengan tali pinggang time aku tgh join abg-abg aku panjat pokok rambutan, berkubang dalam parit. Tapi aku tak serik. Ayah aku ni ada satu tebiat klu dia marah kat anak-anak sebab kenakalan kitorg, dia akan kurung kitorg dlm bilik air kat luar rumah sebagai hukuman. Bilik air kitorg tu mmg boleh dikunci dari luar. So, dia akan kurung kitorg sampai berjam-jam, smpi pernah satu tahap aku tertidur dalam bilik air. Kalau terkena dia kurung kau sampai pukul 10 malam, bergelap la kau dalam tu, takkan dipasangnya lampu. Begitulah garangnya ayah aku dulu. Dan yang selalu kena ialah abang aku yang sulung sebab dia memang paling degil, hati kering dan tak pernah serik. Setakat kena belasah dengan tali pinggang tu, dah kebal dah dia.
Nak dijadikan cerita, satu petang tu cam biasa aku ikut abang-abang aku gi main kat area kampung kitorg. Tak jauh mana pun dari rumah kitorg dan selalunya kitorg akan balik sebelum senja. Hari tu abg-abg aku wat projek melastik burung. So, masing-masing dah siap dgn lastik tergantung kat leher. Aku tak pernah lastik burung, sekadar ikut diorg je. Tgh abg-abg aku usha line, tiba-tiba Abg Mi (abang aku yg sulung), bisik kat kitorg, βshhh…korg jgn bising. Aku nmpk burung raja udangβ, sambil jari dia tunjuk kat satu pokok tu. Burung tu kaler dia mmg rare. Kepala merah, badan dia warna biru.
Aku, Abg Lan (nombor dua) dan Abg Man (nombor tiga) angguk-angguk tanda faham. Lagak cam askar nak serang hendap musuh. Kitorg jalan perlahan-lahan meredah semak tapi entah macamana tiba-tiba kaki aku tersepak tunggul kayu. Apa lagi, aku pun menjerit la kesakitan. Tak semena-mena burung raja udang tu pun terbang lari gi tempat lain.
Apa lagi, Abg Mi bukan main marah lagi kat aku. Dia luku kepala aku, kemain sakit lagi sampai meleleh2 air mata aku masa tu. Abg sulung aku tu mmg suka sekeh kepala org. Yg slalu jadi mangsa aku ngan Abg Man sbb Abg Man ni cam blur-blur ubi sikit. Selalu bertindak tak mengikut arahan. Masa tu muka Abg Mi mmg bengis gila sebab aku dah buat burung tu terbang lari.
βNi semua ko punya pasal! Ingat senang ke nak jumpa Raja Udang? Lepas ni ko takyah ikut kitorg lagi la. Ko tu dah la pompuan. Ni dah tersepak tunggul pulak. Balik kang aku yg kena tibai ngan abah psl tak tengokkan ko!,β Abg Mi jerit kat aku.
Aku dah start menangis masa tu. Dah la kaki sakit tersepak tunggul, tambah pulak kena luku sedas. Abg Lan ngan Abg Man pun sama jeling kat aku. Abg Mi suruh aku aku balik. Tapi sempat dia ugut aku.
βKo ngadu kat mak abah pasal kaki ko tu, siap ko. Dah, gi balik!,β Abg Mi bagi amaran.
Aku pun apa lagi, dengan kaki terhincut2 jalan balik rumah sambil nangis teresak-esak. Sedih wei masa tu, yela budak kecik baru 6 tahun.
Aku pun jalan meredah semak belukar. Masa tu hari terang lagi, lagipun kami anak-anak kampung dah biasa lalu celah2 belukar semak semua tu. Klu korg anak kampung, paham la apa aku cakap ni. Aku pun jalan sampai la kat satu kawasan rumah ni. Rumah Tok Ali. Kitorg mmg selalu lalu belakang rumah dia time balik dari bermain. Tok Ali ni baik, klu stakat buah2 kat pokok2 yg dia tanam kat keliling rumah dia tu, ambik je la klu nak makan. Tak payah mintak izin pun. Klu musim buah, situ la salah satu port aku dgn abg-abg aku selalu main.
Masa aku lalu tu, tiba-tiba aku nampak sorg budak lelaki. Umur dalam lingkungan 7-8 tahun lebih kurang. Budak tu pakai baju dan seluar pendek warna biru. Mmg aku tak pernah tengok budak tu sebelum ni. Dia duk kuis-kuis tanah dengan ranting kayu. Masa dia nampak aku, dia senyum. Tak ada apa yang pelik pun kat budak tu. Aku pun tegur la dia. βBaru pindah sini ke?β
Budak tu angguk. Pastu aku tanya dia duduk mana. Dia tunjuk kat satu tempat tu. Aku tak nampak apa pun, belukar ada la. Maybe rumah dia masuk ke dalam sikit kot celah-celah semak tu. Biasa la kawasan kampung. Belakang rumah aku pun ada belukar, apa nak pelik. Aku pun angguk je la, aku mana kenal semua org kt kg tu. Budak tu namanya Adi. Dia ajak aku main dengan dia. Biasa la main pondok-pondok. Wlupun baru kenal, tak tau nape kitorg cepat serasi, mcm dah lama kenal. Masa tengah main tu, dia tanya kenapa dengan kaki aku. Aku cakap la tersepak tunggul kayu.
Adi pun ambik ranting2 kayu pastu dia tepuk2 kat kaki aku, cam main doktor-doktor tu, acah2 rawat pesakit. Pastu dia tiup kaki aku. Peliknya, kaki aku tak rasa sakit dah masa tu. βWah Adi, hebat la. Boleh jadi doktorβ, aku tepuk tangan. Biasa la budak2, pada aku benda tu tak ada apa yg luar biasa pun masa tu. Adi sengih je. Hari beransur gelap, aku pun minta diri nak balik.
Sejak dari hari tu, aku selalu main ngan Adi. Setiap kali aku sampai kat port tempat aku main ngan Adi selalu tu, memang Adi dah ada tunggu aku kat situ. Abg-abg aku ada gak tanya, aku gi mana petang-petang. Ye la, aku dah xikut diorg lagi tapi asal petang je aku keluar gi main. Diorg risau gak tambah2 aku perempuan. Tapi bila aku selalu balik elok je, diorg pun dah tak tanya aku gi main kat mana, dgn siapa. Asalkan aku selamat balik sudah. Kiranya cam pandai makan pandai simpan la. Diorg pun sibuk dgn aktiviti diorg. Malas nk layan aku agknya.
Mak ngan abah tak pernah syak pelik-pelik kat aku. Aku pun tak pernah alami benda pelik2 sepanjang kawan ngan adi. Kitorg selalu main pondok2, kutip biji getah, main batu seremban. Tapi satu benda aku perasan kat Adi ni, dia takkan makan jajan atau apa2 makanan yg aku bawak. Kdg2 time aku nk kluar main, mak aku tgh wat kuih utk minum petang. Sempat la aku tibai 3-4 ketul wat bekal konon nk bagi member skali. Tapi harem dia nk makan. Cuma Adi selalu sebut, klu aku sedih, sebut la nama dia berulang kali sbb dia anggap aku kawan baik dia. Aku pun tak berapa paham sgt masa tu, budak-budak kan. Yang pasti, aku ada satu perasaan sayang yang teramat kat Adi ni. Bila aku jumpa dia, aku rasa happy. Susah nak explain cemana.
Sampai la satu hari tu, aku dok ralit main ngan si Adi ni sampai la hari dah maghrib. Aku punya kalut masa tu, takut kena belasah ngan abah. Cepat2 aku lari balik tp Adi sempat pesan kat aku, jumpa lagi esok. Aku angguk2 je sbb aku dah terbayang2 muka abah yg bengis dgn rotan buluh tgh tggu aku kat depan pintu.
Ternyata, ramalanku benar belaka. Abah dah tercegat depan pintu dgn tali pinggang. Lagi best, kantoi dgn abah yg selama ni rupanya aku bukan pegi main dgn abg-abg aku. Masa tu aku nmpk abg aku tiga-tiga dah tersedu-sedu menangis sampai tak keluar suara. Belakang masing-masing berbirat kesan kena libas dgn tali pinggang.
βKo pergi mana!β Tengking Abah.
βAaa…β,
Belum sempat aku jawab, kelepapppp tali pinggang hinggap atas belakang aku. Bukan sekali, tapi berkali2. Pedih gila rasa nak tersiat kulit aku masa tu. Aku nangis sampai tak keluar suara.
βMana ko pergi ha? Aku ingat ko ikut abg2 ko, rupanya ko pergi main entah kat mana. Klu terjadi apa-apa, siapa yg susah!β, Abah mcm dah hilang pertimbangan. Aku pulak dah rasa mcm nk pengsan kena belasah. Tiba-tiba, Abah jinjing aku ke bilik air luar. Oleh sebab aku ni kecik je orgnya, Abah jinjing sebelah tangan je. Abah tolak aku masuk bilik air dan dia kunci aku dari luar.
Aku menangis macam nk putus urat tekak masa tu minta abah bukak pintu. Korg bleh bygkan tak keadaan aku masa tu? Baru umur 6 tahun, kena kurung dlm bilik air kat luar rumah dlm keadaan gelap?
Abah aku ni dia punya garang tak boleh bincang wei. Klu dia dah berbunyi, mak aku pun tak berani bersuara. Apatah lagi klu dia dah naik βsyeikhβ.
Kena kurung waktu malam. Perasaan aku masa tu tak dapat aku bayangkan. Ketakutan yg amat sangat. Walaupun aku dah pernah kena kurung sebelum tu, tapi masa tu waktu siang. Aku menangis semahu-mahunya sampai tersedu-sedu. Entah kenapa, masa hati aku tengah sayu tu, aku teringat Adi. Aku sebut2 nama dia berulang kali. Mungkin sebab kami kawan rapat.
Tiba-tiba aku dengar bunyi kunci mangga pintu bilik air tu dibuka. Masa tu hati rasa lega sebab Abah tak kurung aku lama2 dlm tu. Bila pintu bilik air tu terbuka, dalam samar2 cahaya lampu dapur rumah aku tu (kedudukan bilik air tu betul-betul belakang dapur rumah aku), aku terkejut sbb bukan abah yg bukak pintu tu, tapi Adi!
Anehnya aku sikit pun tak rasa takut tapi suka sebab nampak Adi. Adi tarik tangan aku dan bawak aku keluar.
βJom ikut Adi balik rumah Adi. Cepat sebelum abah Ima nampak kita!,β Adi berbisik kat telinga aku. Aku pun angguk. Kalau korg tanya apa perasaan aku masa tu, seingat aku masa tu aku cuma rasa yg mak abah dan abg2 aku dah tak sayang aku. Aku teruja gila nak ikut Adi.
Mengikut cerita mak aku, masa tu memang kecoh satu kampung yang aku hilang. Masa aku kena kurung tu kan waktu maghrib. Asalnya, Abah nk kurung aku sampai waktu isyak je. Lepas dia solat isyak, dia nk keluarkan aku. Lagipun abg2 aku pun dah biasa kena macam tu jugak. Tak ada apa yg pelik. Tapi apa yg berlaku kat aku mlm tu mmg luar biasa. Lepas solat, Abah keluar gi bilik air. Pintu mmg elok je bermangga dari luar, tp bila dia bukak tengok aku tak ada kat dalam tu!
Apa lagi, Abah masuk rumah terus panggil abg2 aku dan mak aku. βImah tak ada dalam bilik air. Cakap cepat siapa yang bukak pintu bilik air tu? Mana budak tu?!,β tengking Abah.
Serius masa tu Abah masih tak terfikir lagi benda bukan-bukan. Abg2 aku sorang pun tak mengaku. Abah tak puas hati, habis satu pelusuk rumah dia cari aku sbb dia ingat abang-abang aku yg bawak aku keluar senyap2 dan sorokkan aku. Lepas dekat sejam Abah aku dok cari aku, dari bawah katil sampai la dalam almari tak jumpa-jumpa2, tiba-tiba mak aku nangis. Ye la, naluri ibu selalu dapat rasa kalau ada sesuatu jadi kat anak dia.
βAwak pasti ke Ima tak ada? Jangan-jangan jadi benda lain kat budak tu,β mak aku dah start meraung2 time tu. Abah diam. Muka Abah start berubah. βAllah…,β tu je ayat yg keluar dari mulut Abah.
Tak lengah lagi, Abah capai motor terus gi rumah Hj Omar, merangkap Tok Imam kat kg kitorg. Lepas Abah cerita serba serbi apa yg berlaku, Tok Imam ikut abah balik rumah. Sampai je, diorg naik rumah, tok imam terus baca ayat-ayat suci al-quran. Tok imam tenung muka mak dan abah aku. βAnak kau kena sorok,β
Mak aku dah meraung2 mcm nak gila. Abah aku pun menggelabah gila masa tu.
βHabis nak buat macamana ni Tok?,β
βMacam ni la Din, kita ikhtiar. Kalau ada rezeki, kau akan jumpa balik anak kau tu nanti,β
Abah makin tak sedap hati, tambah2 bila tok imam sebut βklu ada rezekiβ. Klu tak ada, tak jumpa lagi la maknanya?
Tok imam macam faham apa yang Abah aku rasa time tu. βTak apa, kita ikhtiar. Kau pergi panggil Pak Hassan ke mari,β
Pak Hassan mmg terkenal kat kampung kitorg, pandai mengubat orang sakit yang terkena sihir dan gangguan makhluk halus. Abah pun tak lengah terus panggil Pak Hassan datang dan masa tu lah Pak Hassan bagitau Abah aku yang aku kena sorok dengan bunian.
βSatu je aku nak bagitau kamu, anak kamu tu dia (bunian) dah berkenan. Klu dia nak pulangkan, dapatlah kamu jumpa balik anak kamu, kalau tak, anak kamu tak dapat balik sini lagi. Apa pun, kepada Allah la kita berdoa dan berserah. Kita semua hanya makhlukNya. Tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Allah,β kata Pak Hassan.
Buat pertama kali menurut mak aku, malam tu dia nampak Abah aku menangis. Banyak kali Abah aku sebut nama aku. βImah, balik la nak. Abah mintak maaf,β
Sementara tu, berdasarkan memori ingatan aku, Adi bawak aku ke rumah dia. Dalam gelap malam tu aku ikut dia, yg pelik ada cahaya menerangi perjalanan kami, mcm lampu jalan cuma cahayanya samar2. Rumah Adi besar dan cantik sangat. Adi bawak aku jumpa mak dan ayah dia. Mak dia mmg cantik kulit putih mulus dan ayah dia pun kacak. Diorg layan aku dengan baik. Cakap pun lemah lembut. Dalam rumah tu bukan hanya ada Adi dan mak ayah dia, tapi ada beberapa orang lagi, semua berpakaian cantik dan rupa diorg pun cantik-cantik. Yang lelaki kebanyakannya berjubah dan berjanggut. Muka bersih je. βImah suka tak duduk sini? Kalau suka, duduk la terus di sini. Boleh bermain-main dengan Adi,β kata mak Adi. Aku angguk2. Gila tak suka wei, cantik gila kot rumah dia. Besar pulak tu. Nak banding rumah aku, atap pun selalu bocor, tidur selalu himpit2 dgn abang2 aku, belum lagi berebut selimut time tidur malam2. Serius, aku terus lupa kat family aku time tu.
Apa yang pasti, hati kanak-kanak aku rasa gembira sangat masa tu. Adi pun aku tengok happy semacam, sengih je.
Di dunia nyata pulak, Pak Hassan dengan bantuan tok imam, Abah aku dan beberapa penduduk kampung tengah struggle cari aku. Menurut Pak Hassan, benda tu dah tutup habis-habisan pandangan mata kasar kita. Selalunya Pak Hassan dapat petunjuk agak mudah kalau berdepan kes macam ni, tapi kali ni nampaknya yg sukakan aku bukan calang-calang.
Misi mencari diteruskan sampai la diorg tiba kat kawasan rumah Tok Ali (yang aku bagitau di awal cerita tadi). Tengah kecoh-kecoh tu la Tok Ali bukak pintu, terkejut dia tengok orang ramai kat laman rumah dia. βAda apahal ni?,β
βAnak si Din ni ha, hilang. Kena sorok,β kata Pak Hassan.
βAllahuAkbar…anak kamu yg mana Din?,β
βImah…anak perempuan saya yang bongsu tu tok,β
Muka Tok Ali tiba-tiba berubah. βEh, anak kamu tu selalu main kat sini, dengan sorang budak. Selalu aku nampak diorg main kat sini. Tu kat bawah pokok mutan (rambutan) aku tu haaa. Petang tadi pun aku ada nampak diorg main kat situ. Dah maghrib baru diorg balik,β
Bila dengar je Tok Ali cakap camtu, Pak Hassan seolah-olah dapat petunjuk baru. βTok nampak tak budak sorang lagi tu balik lalu mana?,β
βDia lalu ikut situ ha,β Tok Ali menunjuk ke arah semak berhampiran pokok rambutan tempat kitorg selalu main.
Pak Hassan pandang abah. βAnak kau dah tak jauh dah,β kata Pak Hassan sambil menggenggam tanah bercampur rumput yang diambil dibawah pokok rambutan, tempat aku dan Adi selalu bermain. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Tiba-tiba, angin bertiup kencang macam nak ribut. Petir dan kilat sabung menyabung macam nak hujan. Pak Hassan bagitau Abah suruh balik rumah dengan segera dan cari sehelai baju kesayangan aku. Baju yang betul-betul aku suka pakai. Kalau dapat baju tu belum dibasuh lagi bagus. Tapi kalau dah basuh pun tak apa asalkan baju tu memang aku suka pakai. Pastu Pak Hassan suruh cari pokok kelapa gading yang paling tinggi kat kampung tu. Kebetulan ada sebatang berhampiran rumah Pak Hamid.
Lepas Abah aku berjaya dapatkan baju kesukaan aku, diorg semua terus gerak ke rumah Pak Hamid. Masa ni angin masih bertiup kencang seolah-olah ada benda yang cuba menghalang mereka. Pak Hassan suruh abah aku panjat pokok kelapa tu sambil pegang baju kesukaan aku. Serius wei pokok tu memang tinggi gila. Dengan angin ribut, tengah malam pulak tu Abah aku terpaksa panjat pokok kelapa. Tapi demi nak cari aku, Abah redah jugak. Pak Hassan pesan, sampai ke bahagian paling atas, dia suruh Abah jerit nama aku sekuat-kuat hati sebanyak tiga kali. Kalau aku menyahut, in sha Allah peluang untuk jumpa aku tinggi.
Sementara tu, keadaan aku kat dunia sebelah sana, tiba-tiba aku dapat rasa ada angin kuat. Pokok-pokok disekeliling rumah Adi bergoncang kuat macam nak tercabut. Masa tu aku tengah dihidangkan dengan makanan seakan bubur kacang. Apa yang aku ingat, beberapa orang kat rumah Adi termasuklah Adi dan mak ayah dia berlari-lari macam nak selamatkan diri. Tiba-tiba sayup-sayup aku dengar suara orang panggil nama aku, macam suara Abah. Aku seakan tersentak dan tiba-tiba aku teringat Abah. Pandangan aku jadi kelam dan tiba-tiba gelap, lepas tu aku dah tak ingat lagi dah apa yang berlaku kat aku selepas tu.
Yang pasti masa aku sedar, aku dah ada kat rumah. Menurut kata mak aku, aku dijumpai betul-betul bawah pokok rambutan tempat aku selalu main dengan Adi. Masa tu aku memang tak sedarkan diri tapi kat mulut aku penuh kesan lumpur warna hitam. Mungkin tu la βbubur kacangβ yang aku dok makan kat rumah Adi kot. Aku pun tak tau. Ayah aku cerita, masa dia seru nama aku kat atas pokok kelapa tu, kali ketiga baru dengar aku menyahut tapi aku pun tak ingat entah bila aku menyahut sebab aku cuma dengar suara Abah sayup-sayup je panggil aku masa tu.
Seminggu jugak la aku demam dan Pak Hassan ada beberapa kali datang jengah aku kat rumah. Pak Hassan bagitau mak aku yang βbendaβ tu mungkin akan datang lagi cari aku sebab dia memang berkenan sangat kat aku. Cuma βmerekaβ ni jenis yang baik. Masa tu la mak aku bukak cerita, masa dia mengandungkan aku, dia kerap mimpi ada sepasang suami isteri datang nak ambik aku. Dia punya takut sampai tiap-tiap malam sebelum tidur dia akan baca quran supaya Allah sentiasa melindungi bayi dalam kandungan dia.
Selepas kejadian tu, mak ngan Abah dah tak bagi aku keluar bermain lagi. Aku duduk rumah je tolong mak aku buat kerja-kerja rumah. Time sekolah pulak, abang-abang aku over protected kat aku. Kira sejak kejadian tu, memang aku dijaga macam Intan payung la hehehe. Abah aku pun dah tak garang sangat dah. Takat pukul-pukul manja ada la. Seingat aku, lepas kejadian tu ada 2-3 kali aku mimpikan Adi. Dia cuma pandang aku sambil tersenyum. Aku sebenarnya memang tak pernah lupa kat dia pun wei sampai la satu kejadian berlaku masa aku umur 17 tahun. Yang tu nanti aku cerita di episod yang lain pulak. Sekian saja cerita aku kali ni, yang mana rasa tak seram tu maaflah, mungkin gaya penulisan aku masih kurang baik dan perlu diperbaiki lagi. Sehingga bertemu lagi dikisah-kisah yang akan datang, Assalamualaikum.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Memang best kisah laa ni….
Saya bagi βββ
Mcm sesuai nak buat cerita.
Lama xbaca cerita mcm ni. Mmg btl la jin ni dia bagi nampak apa yg dia nk kite nampak je. Kalau baca cerita detektif, khabarnya dieorg ni tak berjasad jd dia boleh menyerupai apa yg dia nk. Makan lumpur jadi bubur kacang ya. Seb baik tak tibai kfc. π€£. Mohon sambung lg.
Kfc xpe lg.. nasib baik diorg x hidang mee goreng.. mau bila jmpa, mulut penuh dgn cacing.. eeee
mengarut je crita ni
knapa pakai nama org lain ni..
Bila masa pulak aku pakai nama org lain.
Nama aku SYED dan aku bukan PEMBOHONG.
Bestnya cerita ni. Nanti sambunglah lagiii
Best lah cerita ni buatlah lagi
Boleh la. Dr cerita bdk skolah yg byk mengarut tu. Skit2 hijab tbukak.
Uuhuhuuu..memang best la, kak.. sambung lagi, please..ππ nak tau jugak apa yang berlaku lepas tu. Bila baca cerita akak ni, barulah saya teringat kenapa saya suka baca cerita kat sini. Saya bagi πππππ!!
Sambung cerita umur 17 tahun . best cerita
Best citer kau dik dah lama tk baca kisah mistik mcm ni. Sambung lg yer!
Tetiba teringat kisah kwn disorok hantu kubur masa kecik dulu. Ada kesempatan nti saya tulis kisahnya. Insyaallah..
Tulislh
Xsbr nk baca ni
Best , jangan lupa sambung lagi yerr !
Puteri bunian cintuk tau
Best sgt2 !!…. Make sure sambung Tau !π€£πcara penulisan Pon bagus… Senang paham… Mmg best lahh.. β
Sambung lg plis… suke sgt..
Besttt smbung la lgy
Penulisan paling best bagi makcik.
Sebab penulis ni bercerita dari dua sudut pandang berbeza. Perspektif Si Pencari mangsa sorok dan perspektif Si Mangsa sorok sendiri..
Sangat puas hati dan tak terbuku persoalan baca cerita ni.
Keep up the great work!
Tak kisahlah mengarut ke tidak. Yang penting cerita anda menghibutkan saya.
Dah ada smbungan?
Dah ada smbungan?