Disumpah Pohon Kedondong: Misteri Bangkitnya Orang Kayong

“Setiap yang bernyawa akan merasakan m**i. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.”
Al Ankabut 57

“Apabila matinya manusia, maka putuslah amalannya melainkan tiga hal: Sedeqah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya.”
Riwayat Muslim

Setiap dari mereka yang telah berpergi ke negeri yang kekal, maka tiadalah ianya mampu kembali kepada dunia yang akan fana ini. Terputus segala amalan dan urusannya di dunia ini seperti perkhabaran dari Nabi. Namun, ada satu kisah yang diriwayat di Tanah Darul Hana yang mana ada satu masyarakat yang mampu kembali hidup dari m**i. Kisah ini hanya pengajaran buat dikongsi, hiburan bagi hati dan bukan iqtiqad buat diri.

Hayatilah kisah misteri, disumpah Pohon Kedondong yang sudah m**i hidup kembali.
.
.
.
.

Hantu Bangkit atau Orang Kayong ialah satu kisah mistik yang popular di kalangan masyarakat Melayu di Sarawak terutamanya di bahagian Kuching terutamanya di Kampung Seberang. Kisah hantu bangkit ini bermula dengan kisah Orang Kayong yang berasal dari Kabupaten Ketapang Kalimantan Barat Indonesia yang berhijrah ke tanah Sarawak ini lalu membuka penempatan. Dikatakan dalam rombongan ini ada dari mereka yang telah disumpah oleh pohon kedondong. Oleh sebab kerana menebang pohon kedondong keramat itu maka disumpahlah si penebangnya akan bangkit dia dan tujuh keturunannya dari m**i.

Kampung Gersik dikaitkan dengan lagenda popular ini namun dikatakan masyarakat yang mendiami Kampung Gersik ialah masyarakat Bawean jadi tiada kaitanlah ia dengan Hantu Bangkit Orang Kayong kerana Orang Kayong mendiami Kampung Boyan dan tiada Hantu Bangkit di Kampung Boyan. Namun begitu, bukanlah niat di hati nak membahaskan isu ini sebaliknya hanya berkongsi informasi untuk kita berkenal-kenalan dengan apa itu hantu bangkit. Bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta.
Dikatakan Hantu Bangkit ini akan pergi ke kediaman keluarganya atau kenalannya. Dipercayai juga Hantu Bangkit ini akan ke rumah mereka yang pernah dia berikan barang sewaktu hidupnya untuk memintanya kembali. Masyarakat Melayu percaya untuk mengenal keturunan yang akan bangkit ini ialah mereka tidak memakan buah kedondong, apabila berjalan kaki berjinjit dan ada juga yang mengatakan mereka ini tidak ada alur hidung. Sebahagian lain pula mengatakan mereka kebiasaanya mengelak untuk mempunyai zuriat. Sumpahan Hantu bangkit ini hanya dapat diubati dengan jarum emas dan ada pula yang mengatakan dengan Daun Kilo.

Cukup ini sahaja untuk pengenalanya, ayuh kita dengar kisahnya pula
.
.
.
.

Kisah Hantu Bangkit ini aku dengar sendiri dari yang mengalaminya iaitu Pak Tua. Pak Tua menceritakan kepadaku pengalamannya menemani sepupunya ke rumah tunang sepupunya di Kampung seberang. Pada satu malam rabu di tahun 80an, Pak Tua tiba-tiba didatangi oleh sepupunya Edel selepas solat maghrib di rumah.

“Ooo Jenal (Pak Tua)… kau dapat neman aku nisik malam tok? (Ooo Jenal…Ko dapat teman aku tak malam ni)” tanya Edel.

“Neman ke sini kau udah bahari tok? (Teman ke mana dah malam ni)” tanya Pak Tua.

“Ke Kampung Seberang lok. Bapak Tunang aku ninggal tek. Ngabas kejap bah. (Ke Kampung Seberang jap. Bapa tunang aku meninggal tadi. Kita ziarah kejap lah.)” terang Edel.

“Aihh…Innalillahi Wa Inna Ilahirajiun…Bah…Lan lah kita. (Dah…Jom lah kita)” kata Pak Tua

Tanpa basa basi Pak Tua pon mencapai baju melayu dan songkoknya serta pamitan dahulu dengan ibunya sebelum terus ke jeti untuk mengayuh perahu ke Kampung Seberang. Sesampai sahaja mereka di Kampung Seberang mereka kehairanan sebab kampung tersebut sunyi sepi tidak seperti kebiasaan. Kebiasaannya ada sahaja anak muda yang melepak di jeti atau golongan berusia yang memancing. Sepanjang jalan ke rumah tunang Edel pon tak kelihatan batang hidung manusia. Sunyi sepi sekali kampung pada malam itu.

“Kali ari nak ujan kali. Ya semua dudok di rumah jak (Mungkin hari nak hujan kot tu yang semua dok rumah je)” bisik hati Pak Tua.

Setelah berjalan kaki beberapa ketika, maka sampailah mereka berdua ke rumah si m**i. Tapi peliknya rumah si m**i seperti biasa sahaja tidak seperti ada kematian. Sunyi tanpa diziarahi manusia dan keluarga bahkan semua pintu dan tingkap ditutupnya.

“Mena cerita ko tok Del. Nakpa macam nisik ada orang tok. Mauk orang tua ya lom m**i nak? (Betul tak ko ni Del? Kenapa macam tak ada orang ni? Entah-entah orang tua tu belom m**i lagi)” tanya Pak Tua.

“Tadik Tahot ke rumah aku madah nya baruk m**i, kali ari dah malam kali. Esok-esok bok orang ngabas sekali ngereja kali. (Tadi Tahot ke rumah aku bagitahu yang dia baru meninggal, mungkin dah malam kot. Esok-esok baru orang ziarah kot sekali uruskan sekali.)” balas Edel.

Suasana di rumah tersebut amat sunyi sekali. Terletak agak jauh dari rumah jiran-jiran serta tidak kelihatan seperti rumah yang ada kematian. Kebiasaanya jika ada kematian pasti rumah penuh dengan keluarga yang bertandang dan berjaga serta suara bacaan quran sedeqah buat si m**i. Setelah memberi salam, pintu pun dibuka dan terlihat Besot tunang si Edel keluar. Besot pon menjemput kami untuk duduk di luar sambil memanggil abangnya dan mngambil kerusi buat kami.

“Aih…kenak duduk di luar agik kita tok? Nisik mauk maca yasin pake orang ninggal ka kita tok?(Ehh…Kenapa duduk kat luar pulak ni? Tak nak baca yasin kat arwah ke?) ”tanya Pak Tua.

“Kali daknya lagik ngemas tempat pake mayat kali. Ya nyuruh dok luar dolok.(Mungkin dorang tengah siapkan tempat untuk mayat kot. Tu suruh duduk luar dulu)” balas Edel.

Perbualan mereka berdua terputus bila abang kepada Besot keluar untuk menyapa mereka. Mereka berdua kebingungan bila pula mereka berdua nak dijemut masuk untuk memberi penghormatan pada jenazah dan menyedeqahkan yasin. Dari tadi abang si Besot ni asyik bawak berbual di luar macam tak bagi masuk rumah je. Tengah mereka berbual-bual secara tiba-tiba hujan pon turun dengan lebat nya.

“Bah…Masuk jak kita tok. Ada lebo oleh tempias ujan ya kelak. (Dah…Masuk rumah je kite ni. Basah kene tempias hujan nanti)” Pelawa Abang Si Besot.

Setelah mereka masuk ke ruang tamu rumah maka terlihatlah sekujur tubuh terbaring sambil ditutupi kain batik lepas sambil seorang wanita tua duduk disebelah jenazah. Hujan lebat di luar menyebabkan suasana agak menyejukkan dan rumah dipenuhi bau setanggi yang kuat yang dibakar sebelah jenazah. Baru Pak Tua dan Edel nak melabuhkan p******g mereka bersebelahan jenazah terus perbuatan mereka dihentikan oleh wanita tua tersebut.

Wanita tua tersebut menyuruh mereka berdua agar bersandar sahaja di dinding jangan dekat sangat dengan jenazah sebab bau setanggi yang dibakar terlalu kuat takut mereka berdua tak selesa. Sebagai adab kepada tuan rumah mereka berdua pun akur. Baru mereka berdua nak duduk alangkah terkejutnya mereka berdua apabila jenazah tadi tetiba angkat dan duduk. Pak Tua waktu tu semacam seakan dah ‘jem’ tak tahu nak buat apa. Nak lari tinggalkan Edel kang dikata sepupu tak guna. Nak ditunggu pula, imannya tak kuat nak melihat yang terjadi. Tengah Pak Tua dalam dilema nak lari atau tunggu sahaja wanita tua sebelah jenazah itu ‘menekol’ atau menahan mayat itu dengan kakinya agar mayat itu baring kembali. Setelah ‘ditekol’ dengan kaki maka mayat itu baring kembali.

Kata Pak Tua mayat itu bukan sekali dua angkat duduk, tetapi berkali-kali. Setiap kali dia duduk isterinya akan ‘menekol’ mayat tersebut dengan kakinya. Edel yang kat sebelah muka memang dah pucat lesi. Sebab dah tak tahan tengok aksi ‘tekol-menekol’ mayat. Mereka berdua pon berpamitan sambil berlari pulang menuju ke sampan.
.
.
.
.

Kisah ini pula diceritakan oleh Pak Kojek padaku. Kisah ini terjadi padanya sewaktu dia masih lagi bersekolah rendah. Katanya pada satu malam tengah dia dan adik beradiknya nak tido beramai-ramai di ruang tamu. Tiba-tiba pintu utama rumah mereka berbunyi ketukan yang kuat berkali-kali.

Bang Bang Bang…
Bang Bang Bang…

Baru sahaja abang tuanya mahu berdiri membuka pintu untuk melihat siapakah yang diluar terus ayah Pak Kojek keluar dari bilik sambil menjerit pada abang tua nya agar jangan dibuka pintu. Pintu itu masih lagi dengan bunyi ketukan kuatnya seakan-akan memaksa penghuni rumah untuk membuka pintu. Rumah pon tertiba dipenuhi dengan bauan yang tidak menyenangkan seperti bau mayat reput. Ayah Pak Kojek pon terus ke dapur seakan-akan mencari sesuatu dan keluar kembali ke ruang tamu dengan membawa parang. Ayah Pak Kojek mengarahkan agar Pak Kojek adik beradik serta ibunya yang ketakutan agar masuk ke dalam bilik. Dari pintu bilik Pak Kojek menilik ayahnya yang membuka pintu sambil menempik.

“Nakpa dimauk kau datang sitok ngaco kamek orang malam-malam tok? Kau mauk parang kau balit kah? Nah…Ambik kau tok… (Apa yang kau nak datang sini mengaganggu kami malam-malam ni? Kau nak parang kau balik ke? Nah…Ambik balik ni.)” kata Ayah Pak Kojek sambil melempar parang ke luar rumah.

“Iboh kau datang sitok agik. Aku nisik mauk berkawan ngan kau agik. Pulang ko sinun. Mun kau datang agik siap kau. (Jangan kau datang sini lagi. Aku tak nak berkawan dengan kau lagi. Balik tempat ko. Kalau kau datang lagi siap kau aku kerjakan.)” kata Ayah Pak Kojek kasar lagi.

Setelah itu ayah Pak Kojek pun menutup pintu sambil seakan-akan membaca sesuatu. Sebab ketakutan mereka semua tidur di dalam bilik ayah mereka pada malam itu dan keesokkan harinya didapati luar rumah mereka dipenuhi seakan tanah kuning kubur yang berbau.

Inilah sedikit sebanyak kisah Hantu Bangkit yang dapat akan kongsikan yang aku dengar dari mereka yang membesar sewaktu Hantu bangkit ini dikatakan meliar pada tahun 70an 80an dahulu. Banyak teori berkenaan hantu bangkit ini selain sumpahan pokok kedondong iaitu sebab saka keturunan yang digunakan untuk berubat pada zaman dahulu. Ada juga yang mengatakan Kisah Hantu Bangkit Orang Kayong ini hanya momokan sahaja untuk melarang orang luar dari menggangu kampung mereka.

Apapun penulis lebih memilih untuk tidak mengatakan sesuatu keturunan yang tidak makan sesuatu itu mempunyai legagi hantu bangkit kerana seakan-akan nak menuduh moyang-moyang mereka dahulu berlaku syirik dan khurafat. Bagi penulis yang sudah m**i tak mungkin kembali ke dunia ini. Itu mungkin hanya jin yang menyerupai untuk memesongkan aqidah kita. Sama ada ianya benar-benar sumpahan, saka warisan atau momokan sahaja hanya Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui.

Apa-apapun kita ambil pengajaran dari kisah ini moga Allah jauhkan kita dari ganguan Iblis dan bala tenteranya.

Sebelum penulis mengundur diri, Terima Kasih pada admin sebab sudi terbitkan kisah penulis yang keempat ini. Pada para pembaca terima kasih kerana meluangkan masa dan sokongannya. Bagi yang baru membaca, jangan lupa tiga kisah lainya.
1. Teman Yang Tak Diundang
2. Kucing Putih Penunggu Batu Besar Taman Negara Gunung Gading
3. Pengalaman Seram Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ) UNIMAS.

Akhir kalam, apa kata anda? Adakah ianya sekadar lagenda atau nyata?

Assalamualaikum….

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

A.M.I

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Disumpah Pohon Kedondong: Misteri Bangkitnya Orang Kayong”

  1. Semasa saya mengajar di Kuching dahulu, kisah Hantu Bangkit ni selalu menjadi perbualan cerita hantu antara pelajar2 saya dahulu. Ada antara pelajar saya sendiri pernah melalui saat2 hantu bangkit ni tengah berleluasa di kampung dia.. antara saya ingat dia cerita, sebelum pukul 5 petang mak2 dan ayah2 di kampung dah bising suruh semua budak masuk orang dah. Waktu malam pula, dia ingat ada orang ketuk pintu rumah dan mengeluarkan bunyi “ommm.. ommm”. Kalau takda orang buka, benda tu pergi pulak ke rumah lain buat benda yang sama. Wallahualam.

    Reply
  2. Area matu daro pun famous juak kisah dak kayong tok. ada keturunan sidak classmate adik ku di SMK Agama Igan tahun awal 20an. Adik ku madah tedah juak lah nangga sidak. jarang org maok rapat & bkawan gilak

    Reply
  3. nice story,,nicerlah,,ayat pon sedap..tp sha prnah dgr tntg mat rempit yg m**i hidup blik,,dn dia mnceritakn azabnye ketika di kubur,,bnda ni brlaku thun 90 an..sape prnah gr,,

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.