DITINDIH MAKHLUK BERKUKU TAJAM

Pengalaman ni terjadi semasa aku melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA yg agak terkenal di pantai timur, hostel yang disediakan kepada kami adalah rumah teres, kedudukan perumahan kedalam sikit berdekatan dengan muara sungai dan semak-samun. Kata orang tua² muara sungai adalah tempat buang benda² yang tak elok. Kejadian penampakan makhluk halus ni kerap jugak berlaku dekat kawan² aku apabila masuk semester dua.

Tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi terserampak dengan makhluk² ni tapi disaksikan oleh kawan² aku, kebanyakan yang mereka jumpa adalah pocong dengan pontianak. Untuk pengtahuan para pembaca, hostel yang aku diami ni agak ‘keras’ sebab kawan serumah aku ni pernah kena kacau.

Sebelum ni aku hanya mendengar kisah² kawan aku diganggu dan sekarang tiba masa aku pulak yang kena ganggu, waktu kejadian tu aku dah semester akhir dan hanya tinggal 2 orang ja termasuk aku, budak² lain dah balik ke kampung halaman masing². Malam kejadian tak silap aku hari khamis malam jumaat aku macam biasa tidur kat dalam bilik tapi bukan bilik aku, aku tidur kat bilik depan dan antara bilik yang ‘keras’ masa kawan aku kena kacau dia tutup lampu dan letak sejadah disebelah dan makhluk tu main2 dengan dia dengan cara jatuhkan sejadah tu.

Masa aku dah baring dan nak pejam mata tiba² badan aku rasa kebas bermula dari badan hingga ke kaki satu badan aku rasa kebas kecuali kepala sahaja, masa tengah rasa kebas tu aku rasa dekat lengan aku ni macam ada satu makhluk berkuku tajam sedang pegang lengan aku dalam masa yang sama boleh pulak dia cakap dekat aku ‘budak ni senang je’ lepastu dia gelakkan aku ‘hahahahahahaha’ aku dengar dengan jelas sebab rasa dekat dengan telinga aku

Aku dah mula cuak, yelah first time kena himpit selama 22 tahun hidup, seperti orang lain masa tengah kena himpit tu aku tak dapat buat apa² mata aku terbukak dan semua anggota badan aku xdapat brgerak, aku pun apa lagi cuba baca ayat kursi tapi malangnya bacaan aku berterabur dan aku baca surah alfatihah aku cuba sedaya upaya aku nk lafazkan surah² yang aku baca tapi lidah aku jdi keras, macam orang bisu cuba bercakap hanya bunyi ‘aaaaa aaaaa aaaaa aaaa’ macamtu la keadaan aku bila baca surah alfatihah.

Aku cuba tenangkan diri dan mula mengumpul tenaga, bila aku sebut Allahuakhbar dan aku tolak ‘benda’ tu aku dapat bangun dan nafas aku tercungap, kemudian aku cuba untuk tidur semula dan mereka pun datang skali lagi nak kacau aku bila badan aku rasa nak kebas balik aku cepat² bukak mata dan terus pasang surah² yg ada dalam laptop.

Alhamdulillah bila aku pasang surah², gngguan tu tak ada dan bila aku terlupa nak pasang ayat² alquran mesti kejadian himpit ni terjadi. Sejak dari hari tu bermula la gangguan himpit ni smpai harini ni tapi x la kerap sangat kadang² tu ada jugak.. Sekian, pengalaman aku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Amyrul Hadi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 3.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.