Ditumpangi makhluk halus ke Kuala Terengganu

Kisah ini berlaku pada tahun lepas 2022 semasa kami dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Perhentian Terengganu.

Nama saya Bella ( Bukan nama sebenar ). Percutian kami ni telah dirancang 2 bulan awal dan hari yang ditunggu2 telah tiba. Excited tu jangan tanya sebab sepanjang perjalanan, hati berbunga2 kerana tak sabar dan membayangkan aktiviti snorkeling yang bakal kami nikmati sepanjang cuti 4 hari 3 malam. Ini merupakan kali pertama saya memandu jauh. Check pada waze, perjalanan memakan masa 5 jam ikut Lebuhraya Pantai Timur. Ok la sambil berkata dalam hati. X la jauh sangat masih boleh memandu. hahaha..

Sepanjang memandu ni, saya agak pelik kenapa terlalu banyak kera yang dilanggar m**i. kebanyakan berada di tepi jalan. Mulut saya ni pula asyik keluarkan perkataan ” ehh kesiannya kera2 ni. Kenapa la tak hati2 di jalan besar. Dah tau banyak kenderaan, jangan la bermain di tepi jalan”. Masa perjalanan tu, hujan renyai2. Kenderaan pun kurang. Hanya ada beberapa kenderaan sahaja yang lalu kawasan tersebut. Tiba2 ada sebuah kereta lama ni, memotong line kami. Tapi saya perasan..mana pemandu ea? yang tu saya tak nak tegur. Saya cuba abaikan sahaja.

Setelah beberapa jam memandu, kami berhenti di RNR Ajil. Hujan panas, renyai2. Kami berehat sebentar, singgah ke tandas awam. Saya perasan, kenapa tandas ni macam tak dijaga. Agak kotor dan tak berapa ramai orang yang masuk. Saya pula da keletihan memandu, jadi tak ada masa untuk memikirkan perkara lain.

Selesai sahaja rehatkan badan, kami masuk ke dalam kereta untuk memulakan perjalanan. Masuk gear reversed, sensor berbunyi nyaring menandakan ada seseorang di belakang kenderaan kami. Saya dengan sahabat saya terpaksa keluar memeriksa keadaan kereta kerana risau disebabkan perjalanan kami ni jauh lagi. Check punya check, tak ada apa2 yang mencurigakan. tetapi sensor masih berbunyi nyaring seolah2 ada benda yang menghalang. Saya nekad teruskan perjalanan sambil berfikir, sampai di kuala terengganu nanti baru hantar kereta ke bengkel.

Memandu dalam setengah jam, saya ternampak kereta lama yang memotong line kami sebelum ni tersadai di tepi jalan tanpa ada pemandu. Dalam hati saya berkata, owh mungkin mereka da dibantu oleh orang lain. Setelah hampir 10 jam memandu (waze tunjuk 5 jam ye, tapi 10 jam saya drive), akhirnya kami sampai di kuala Besut sekitar pukul 6 petang.

Setelah selesai check in, kami mula membawa barang2 masuk dalam hotel yang ditempah. Kedudukan bilik hotel pula alahaiii mcm kat hujung dunia. Keletihan punya pasal, kami da malas untuk meminta staff tukar bilik..

Saya bercadang untuk alihkan kereta ke lokasi yang berbayar memandangkan kami akan masuk ke Pulau Perhentian untuk 4 hari. Sekurang2 nya keselamatan terjamin..sy reversed kereta ehh..tak bunyi pula sensor kali ni. Back to normal..hahaha. Dalam hati berkata, syukur tak perlu hantar kereta ke bengkel..boleh la saya berehat dengan tenang.

Malam tu, setelah makan malam kami berehat sambil melayan handphone masing2. Keadaan bilik hotel yang agak tak selesa bagi saya, cadar seperti tak ditukar, Tv lama ( bukan Flat TV). Seolah2 da berapa lama tak berpenghuni..jam menunjukkan sekitar pukul 11 malam. TV lama tiba2 terpasang dengan sendiri. Saya dengan member ni berpandangan sesama sendiri..hahaha. cuba untuk mematikan tv tersebut. Tekan punya tekan, masih tak boleh di off kan. Member ni agak berani sedikit, dia tarik plug TV pun senyap. hahaha..ok tu satu hal. kami tak bercakap apa2 pun mengenai TV yang terpasang sendiri. Orang kata, faham2 la sendiri. jangan tegur..

Kami mula lelapkan mata. Saya ni memandu 10jam, agak keletihan tetapi mata susah nk lelap. Tidur2 ayam sahaja. Kedudukan saya menghadap area TV tadi. member saya ni da terlelap keletihan, saya masih tak selesa tidur. Samar2 saya ternampak susuk wanita duduk di kerusi menghadap TV. jangan ditanya macam mana cuaknya saya masa tu, tetapi gagahkan juga mata ni untuk lelap. Aisehhh, ‘ Dia ‘ kacau aircond pula..Saya rasa Full Blast aircond 16 darjah tahap beku. Menggigil kesejukan dalam bilik tetapi tak berani nak buka mata. Finally saya terlelap juga cuma tak tau pukul berapa saya berperang dengan rasa sejuk sampai ke tulang.

Keesokan harinya, saya ceritakan pada member saya ni. katanya dia pun ternampak bayangan wanita tu tengah duduk menghadap TV..cuma dia tak berani nk kejutkan saya.

Untuk pengetahuan korang, entah macam mana scroll FB, ternampak pula story tentang RNR Ajil yang banyak misteri sebelum ni. Sebelum saya lupa, tujuan saya singgah di RNR Ajil tu sebab nak isi minyak. nampak signboard ada stesen minyak tetapi sebenarnya tak ada ya kawan2.

Korang boleh baca juga review RNR Ajil..kemungkinan makhluk halus tersebut menumpang kami sehingga kuala besut. Pengalaman pertama kami memandu selama 10jam daripada melaka ke terengganu untuk kami kongsikan pada pembaca.

Maaf la sekiranya tak berapa seram..actually ada banyak lagi nak dikongsikan kerana kami kaki travel, setiap tempat yang kami lawati mesti ada pengalaman mistik. Next time saya share pengalaman di Hotel Cameron Highland pula..terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

RaffyBella

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.