Dodoian Senandung

Tempat : Sebuah sekolah asrama penuh

Sudah berbulan-bulan tempat tidurnya dibiar sepi tanpa tuan. Siti sememangnya penakut dan imaginasi liarnya sememangnya tidak membantu, dengar cerita sahaja boleh buatnya tidak dapat tidur malam.

Kisah seram wajib sekolah asrama haruslah tentang ‘Katil 1 dah tidur, katil 2 dah tidur, katil 3 pura-pura tidur’. #kisahseramsatuayat.

Tidak cukup dengan imaginasi liarnya, Siti juga mempunyai satu lagi masalah. Insomnia, susah nak tidur. Disebabkan Siti ni penakut dan susah nak tidur dia akan tidur berteman. Memang lah satu dorm mempunyai ramai penghuninya, tapi Siti selesa tidur dengan rakan-rakan yang senang terjaga dari lena, kalau apa-apa terjadi rakan tu boleh bangun.

Satu dorm mempunyai 18 penghuni, satu bahagian 9 orang. Ada 4 katil bertingkat dan satu katil ‘single’. Katil Siti ialah katil yang tengah-tengah, bahagian bawah. Dorm Siti merupakan dorm hujung yang dengan tangga, sebelahnya pula tandas.

Selama berbulan-bulan lamanya Siti tidur dengan rakan-rakannya di tingkat lain. Tingkat dorm sendiri telah lama tidak dijejakinya melainkan untuk mengambil barang di loker.

Kenapa Siti tak tidur dorm sendiri?
1) Tiada rakan rapat disitu, adapun jenis tidur m**i. Kalau ada firedrill belum tentu bangun, letak nasi lemak depan muka baru bangun mungkin. Katil Nasi Lemak ini bersebelahan katil Siti. Perfect ??

2) Penghuni katil atas katil Siti, berambut panjang mencecah pinggang. Masa tidur biasanya dia akan lepaskan dan kadangkala rambut dia terjuntai ke bawah. Manusia pun menakutkan.

3) Siti selalu terasa seperti diganggu, diperhatikan. Paranoid mungkin. Pintu-pintu loker dormnya seringkali buat performance tatkala Siti tak dapat nak tidur. Performace apa? Pintu loker bergerak-gerak melanggar sesama sendiri, kadang kala kuat. Macam orang tolak, lebih dari sekadar angin. Ianya terjadi hanya bila Siti tak dapat tidur.

Ogos. Penghuni-penghuni dorm Siti mengajak Siti untuk tidur didorm. Rindu katanya. Ini penghuni manusia yang dimaksudkan tau. Siti nekad, untuk beri satu ‘peluang’. Kalau Siti tidak diganggu selama 3malam berturut-turut maka Siti akan pulang ke dormnya. Lagipun tinggal beberapa bulan persekolahan, selepas ini Siti tidak akan bersekolah disitu lagi.

Malam pertama, Siti mengajak rakan yang sering menemaninya tidur untuk tidur sekali di katil Siti. Malam itu, ada 2 rakan yang tidur atas katil Nasi Lemak (sebelah Siti), iaitu Nasi Lemak sendiri dan Alia.

‘Awalnya semua orang tidur!’ fikir Siti. Biasanya rakan-rakannya akan berborak dahulu sebelum tidur, malam ni semua tidur awal. Walaupun kemungkinan itu rendah, Siti cuba juga untuk tidur. Nampaknya semua penghuni tingkat Siti tersebut sudah lena, tiada orang lagi yang lalu di hadapan dorm Siti untuk ke tandas. Pintu loker pun tak buat concert malam ni.

Beberapa minit kemudian Siti terdengar, satu suara bersenandung (humming) sat lagu, siti cuba untuk mendengarinya. ‘Asmaradana ke ni?’….’Eh bukan…lagu apa ni?’ fikir Siti. Suara itu datang dari arah belakang Siti (Siti tidur mengiring, menghadap pintu dorm. Belakang Siti hanyalah tingkap-tingkap).

Tidak mungkin boleh ada manusia yang humming tengah-tengah malam ni dari arah sana…melainkan benda bukan manusia.

Siti tidak mampu memejam mata lagi, Siti memerhatikan Alia. Baru Siti sedar, pintu dormnya terbuka luas, ‘Eh dorang ni asal tak tutup pintu. Mengalu-alukan betul.’ fikir Siti.

‘Alia, alia’ panggil Siti. Tolong lah jangan tidur m**i atau pura-pura tidur. Tanpa disedari Siti, suara senandung itu makin sayup tatkala ini dan terus hilang.

‘Apa?’ jawab Alia, matanya masih terkatup rapat.
Alhamdulillahh! (bagus Siti ingat Allah) Hati Alia terus rasa lega. Sekurang-kurangnya ada peneman disaat-saat macam ni.

‘Teman aku tutup pintu dorm’

‘Mmm’. Alia pun bangun sekali dan tutup pintu dorm.

Mereka berdua sambung tidur. Tapi tak sampai 3minit mereka tutup mata. Bunyi senandung tersebut bermula lagi.

‘Shit!’ fikir Siti. Mana mungkin penakut ni mampu nak mencarut kuat-kuat.

Siti tahu dia tak mampu nak pura-pura tidur lagi. Takkan lah dia nak pura-pura tidur sepanjang malam? Apa jadi jikalau lagu itu selepas ini berakhir dengan suara?

Siti tahu, tidak mungkin Alia sudah lena. Dengan suara perlahan Siti memanggil,
‘Alia?’ perlahan, tapi cukup kuat untuk didengari Alia.

‘Apaaa?’

‘Kau dengar tak apa aku dengar?’

Alia mengangguk perlahan.

‘Diamlah bodoh’ jawab Alia.

Siti tidak cukup kuat untuk menahan dan bersabar lagi. Orang cakap hati kering.

Tidak, Siti tak pergi baca yasin/ayat kursi kuat-kuat dibucu bilik tersebut. Siti lari keluar dari bilik. Ya, Siti sangat ‘bijak’.

Siti ingin lari ke dorm rakan-rakannya di tingkat bawah. Tapi dia rasakan laluan disana lebih menakutkan. Siti lari ke tingkat atas. Mungkin rakan-rakannya masih belum tidur, ‘stay up’ untuk SPM.

Siti lari menggunakan tangga dihadapan biliknya. Terkejut Siti, setibanya di tingkat atas. Pintu dorm yang gelap & kosong dihadapannya terbuka. Atas sebab keselamatan, pihak bomba mengarahkan dorm tersebut dikosongkan.

‘Apasal malam ni semua orang tak pandai tutup pintuu??’ fikir Siti.

Shit, lampu koridor tingkat ni pun tak buka. Dan, shit semua pintu dorm ditutup rapat!
(Maafkan Siti kerana mencarut di dalam hati)

Siti berlari ke pintu dorm bahagian rakannya. Kunci! Takkan lahh nak patah balik ke katilnya!

Siti mencuba pintu kedua dorm tersebut, Alhamdulillahh terbuka.

Sebaik saja Siti melangkah kaki masuk ke dorm tersebut, ‘Kak Siti?’

Siti tergamam, dia melihat ada susuk hitam duduk dikatil. Suara itu memang dikenalinya.

‘Tasnim? Macam mana tahu ni akak?’ tanya Siti. Yang tanya dia ni manusia ke tidak?

‘Dengar bunyi seluar akak haha’

‘Erma dah tidur? Akak nak tumpang tidur dengan dia’

‘Baru je, pergi lah’

Tanpa bersoal lebih, Siti terus meluru ke rakan-rakannya. Erma terjaga, ‘Siti?’

‘Peluk aku sampai pagi esok’ jawab Siti.

Siti masih tidak tahu, jika Alia dan Tasnim benar-benar mereka sendiri. Ataupun jika suara senandung tu berhenti acapella nya sebaik sahaja Siti memecut keluar dari dormnya sendiri.

Tapi ada penghuni dorm Siti yang dikacau dengan lebih teruk lagi. Entiti tersebut yang disangkakan Siti, tiba-tiba bersuara garau. Hendak memecah masuk ke dorm Siti, siap ambil hanger untuk menolak penghalang pintu ke atas. Dan secara agresif menolak dan mengetuk pintu dengan suara garaunya.

Jikalau tidak diizinkan oleh tuan rumah, mana boleh tetamu masuk kan?

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

18 thoughts on “Dodoian Senandung”

  1. Apakah…?????
    Hakak dahler struggle marathon nk kejor admin yg tgh ghajen apdet bertalu2 ni…
    Pastu nk memahamkan jalan citer ko ni mmg terganggu momentum pembacaan hakak dik…
    Adeeehhhh…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.