Doktor Diagnos Depression, Anxiety, Psikosis. Ini pengalaman berubat Ustaz Darussyifa

Terima kasih kepada admin sudi menyiarkan perkongsianku yang tak seberapa ini. Aku adalah Gee (semestinya nama samaran) berusia 33tahun, seorang ibu tunggal kepada putera terhebatku satu-satunya. Anak sulung daripada 5 beradik, dan perempuan satu-satunya (ya adikku semua lelaki, nasib ada geng, mak).

Berubat.

Aku tiada pengalaman dan penceritaan sehebat teman-teman yang lain. Di sini aku hanya ingin berkongsi tentang pengalamanku berubat baru-baru ini. Sebelum aku bercerita ke isi utama, ingin aku gariskan serba sedikit tentang diriku yang kerdil dan serba kurang ini. Aku adalah seorang wanita yang punya penyakit yang tidak kelihatan; kemurungan. Doktor telah mendiagnosis ku dengan depression, anxiety, dan psikosis (tapi aku tahap mild lagi..aku siap stop ambik ubat dah sebab aku tido m**i sampai tak dengar anak aku nangis mintak susu.huu..). Dengar suara-suara dan ‘bersembang’ sendiri tu perkara biasa bagi aku. Tapi semua tu dalam kepala aku je. Cumanya kadang-kadang aku rasa suara tu bukan sekadar dalam kepala, namun aku husnuzon jela yang aku just terbawa-bawa dengan overthinking aku.hurmmm.. (pasal suara-suara ni nanti ada ceritanya, mostly masa malam last berubat).

Nak dijadikan cerita, dalam 2minggu yang lalu tepatnya sabtu malam ahad 21 September 2019 yang lepas, mak aku ada ajak aku pergi berubat free. Sebabnya aku dah start pitam-pitam lagi kat rumah (aku memang selalu pitam di mana saja aku berada sebab panic attack aku.huhu..). So kerana aku kesian mak asyik risaukan aku je dan tak nak kecikkan hati mak aku, aku pun ikutkan aje la.. Aku fikir ala bukan ada apa pun, aku sakit je..dah pergi nanti lega la sikit hati mak aku ni. Tak susah and tak berat mana pun nak buat ye tak. Jadinya lepas je solat isyak cepat-cepat la kami bersiap. Anak aku yang baru 5tahun ni tak nak ditinggal, so aku angkut la sekali. Nasib baik adik bongsu aku yang jugak berumur 5tahun tak nak ikut sebab nak tengok Tv. Kami sampai tempat tu belum ramai orang lagi, so kami terus duduk la tunggu Ustaz-ustaz yang bakal buat rawatan Islam secara percuma seperti yang digembar-gemburkan. Sekitar pukul 10 malam, bermulalah sesi rawatan tu. Aku steady je macam orang lain (tapi dalam hati ade la nervous sikit). Dah lama sangat dari sesi berubat-berubat zaman aku bujang dulu.

Aku nak selitkan sikit la pasal aku 1st time berubat dulu. Asbab inilah aku jadi macam senang kena, contoh kalau orang nak kacau or tuju keluarga aku mesti aku yang kena punya la (orang kata laluan tu dah ada, tapi aku rasa sebenarnya sebab aku ni lemah semangat). Masa tu sekitar tahun 2012 tak silap aku. Ada pakcik tu beria nak buat aku menantu. So mak ayah aku ada story la kat dia pasal aku selalu pitam-pitam ni (aku start pitam tahun 2006 macam tu la.siap pergi berubat dekat hkl sampai kene rujuk ke ijn sebab dorg tak dapat detect sakit aku apa, semua normal kot..kne rujuk ijn sebab aku mengadu selalu sakit dada, tapi aku pergi sekali je rentetan masalah kewangan masa tu. Time tu tak cek under klinik psikiatri lagi.ops..dah melencong plak cerita aku.ok back to the story..).
Berikutan tu pakcik a.k.a tok imam surau tu pun rekemen la kat bapak aku untuk bawak aku berubat dekat kawan dia yang juga ustaz darussyifa.

Malam tu aku pergi jela paksa rela (1-sebab aku taknak kawen ngan anak pakcik tu, 2-sebab memang aku rasa taknak pergi. Yang ni aku tak faham jugak kenapa mula-mula tu. Yelah jumpa ustaz je pun, bukan gi nikah terus ye dak..). Kat sana ustaz tu pun rawat la aku macam biase (ala korang pun taw kan..duk atas sejadah, mengadap kiblat, selunjur depan ustaz tu). Ustaz tu baca la surah-surah dan ayat-ayat sambil aku berzikir dalam hati (mase ni pun aku buat terpaksa je.yela, berat hati la katakan..). Tiba-tiba aku pitam beb. Bermulalah sesi jerit meraung aku mase tu. Ada la sesi soal yang aku dah lupa, tapi aku tak boleh lupa yang aku menangis beria-ia masa tu. Aku tak taw kenapa, tapi hati aku rasa betul-betul sedih. Sayu sangat. Menjejeh-jejeh air mata dan hingus aku (bila teringat em malu nya lahai). Ustaz kata jin asyik yang duk ada kat aku tu. Dahla degil takmau keluar sebab dia kata sayang aku (kenapa la bukan manusia yang sayang aku gitu wehh..). Walaupun aku tak pernah taw kewujudan dia bersamaku selama ini, tapi terase jugak sedihnya perpisahan itu. Kesian jugak la, dia tak jahat atau agresif pun cuma duk degil je, tapi sebab degil tu la die kene sembelih taw (hurmmm..nak buat macam mane kan.kami dari dua dunia yang berbeza.tak boleh bersama).

Berbalik kepada cerita asal tadi, bila sampai turn aku kena scan tu, tak ku sangka tak ku duga aku pitam jugak! (like what…aku ‘berteman’ lagi ke??!). Aku tak agresif pun mase tu, tapi aku duk tepis-tepis ustaz tu. Itu jela. Naseb bukan tumbuk ye dak.. tapi rasanya sakit jugak la ustaz tu kot (maaf ye ustaz..). Lepas ustaz dah scan dan buat ape yang patut tu, aku ada kena minum air bacaan (lebih kurang air syifa gitu la). Aku macam biasa, steady je ambik and minum sambil baca selawat ape semua. Lepas tu aku sibuk tengok orang lain kena scan, tibe-tibe aku rasa something kat tekak aku. Macam tercekik gitu. Aku dehem-dehem la ingatkan sebab aku batuk (memang aku tengah batuk selsema masa tu). Malangnya tak elok pun, malah makin perit. Aku terus tak senang duduk, dah macam cacing kepanasan aku dah. “Air apa ni ma? Kenapa kakak rasa macam ada benda kat tekak kakak ni?” aku cakap kat mak aku kat sebelah. Then aku terus terbatuk-batuk macam nak terkeluar anak tekak. Nasib aku baik la kot, sebab takde bende pelik-pelik ape pun yang keluar cuma setakat lendir-lendir atau kahak gitu.

Tapi perit tetap perit (pedih tekak makkk..). Menitik airmata mak aku tengok aku macam tu (haihhh..rasa bersalah aku). Aku pulak speechless la. Tak sangka aku ada peneman lagi. Mungkin sebab aku ni jahat, jiwa kosong and iman senipis kulit bawang kot (hurmmm..). Di sebalik itu, yang aku peliknya tu, dalam hati aku ni macam ada satu perasaan yang lain. Aku macam puas (serious puasssss…). Selalu aku bingung, suara yang hadir itu asbab mental illness aku ke, atau bisikan syaitan ke. Yang pasti otak aku sebok suruh aku m**i, and hati aku pulak suka kalau aku sakit or m**i. Dan yang pasti, hati aku seronok dengan semua ni (macam ‘aku’ duk enjoy dengan apa yang aku alami). Hati aku gelak ketawa tengok orang (termasuk mak aku) sebok nak merawat and risaukan aku. Aku ke ‘aku’ yang lain macam ni ye. Rasa macam ada banyak sangat aku. Hati aku suka berdetik untuk aku buat macam-macam, then otak aku akan bayangkan perbuatan tu. Tinggal lagi badan aku menurut atau biar je. Susah nak jelaskan, tapi itulah serba sikit apa yang aku rasa.

Jumaat malam sabtu 4 oktober baru ni, aku pergi lagi dengan mak aku untuk rawatan susulan. Aku cuak jugak la malam tu ape akan jadi pulak kat aku (aku akan buat ape pulak). Dan malam tu, ketua ustaz (aku gelar pak ustaz la ye senang) yang start scan budak-budak dulu. Masa dia lalu dekat-dekat aku tu aku rasa tak tentu arah taw. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi aku cuba wat taktaw jela, and continue baca zikir dalam hati. Padahal aku rasa nak bangun and lari pergi dari situ (hati aku la rasa tak keruan and macam suruh-suruh aku blah).

Sampai la masa ustaz yang hari tu mulakan rawatan pulak. Bila sampai turn dia scan aku tu aku rasa biase je, tak rase pelik-pelik pun (aku pun fikir oh aku ok dah ni..). Dia scan sambil aku terus berzikir dalam hati. Steady je mula-mula tu. Sampai tang dada je aku mula rasa sempit (ah sudah..dia buat dah..). Dari perut ustaz tarik naik ke dada terus ke leher, sampai je kat leher aku terus rebah. Situasi jadi sama macam hari tu jugak. Aku tepis-tepis ustaz tu. Aku rasa rimas. Benci ustaz tu duk scan-scan aku. Bezanya masa ni aku perasan aku ada senyum meleret@sinis (aku rasa and taw semua yang aku buat, tapi aku tak boleh kawal tubuh aku). Nak kata aku menyerah and tak melawan, tak pastilah. Tapi aku tak berhenti pun berzikir dalam hati. Aku cuba kawal diri aku dari buat ape yang hati aku rasa nak buat. Kadang aku boleh elak, kadang aku terbuat jugak. Bila ustaz tu dah selesai scan aku, and aku dah sedar tu ustaz kata nanti dia mai rawat aku untuk sesi kedua pulak. Dia nak pi selesaikan rawat orang-orang lain dulu. Biasanya kes macam aku memang akan dirawat kemudian, selepas para ustaz selesai scan semua hadirin (special case punya rawatan la..).

Tiba la saat untuk sesi rawatan rawatan kedua aku.. Ustaz pun mulakan dengan scan, dan macam tadi aku rebah bila sampai part dada ke leher. Lepas tu aku pun tepis-tepis ustaz tu. Then aku ada gelak-gelak taw (mak aku kata takut dia mase dengar aku ketawa-ketawa tu.erkkk..). Aku macam menyindir ustaz tu. Dalam hati aku, aku rasa apedehal ngan ustaz tu. Dia tak mampu (kerek gila kan bunyi.tapi itu la ape yg terdetik kat hati aku yang hitam ni). Sebelum ustaz tu teruskan rawatan, dia ada bercakap dengan mak aku pasal rawatan susulan mandian pulak malam esok. Korang taw apa aku buat?! Aku jerit suruh ustaz tu diam wehhh..oh ye mata aku still tertutup hokayyy..(aku tak sedar pun lagi. aku masih terbaring di pangkuan mak aku). Terus ustaz and beberapa pembantu dia handle aku. Sebab aku start meronta-ronta and memekik-mekik. “Diammm!!!”, “Jangan ganggu aku!!!” itula antara jeritan-jeritan aku (mak aku kata satu kampung la boleh dengar suara aku menjerit tu.hmmm..padan sakit tekak aku lepas tu.suara pun jadi garau-garau basah). Maka dengan itu, pak ustaz pun masuk campur..adela diorang berdialog dengan ‘aku’ tapi aku tak ingat la ape, yang aku taw ‘aku’ tak jawab ape pun. ‘Aku’ just cakap benda sama; diam and jangan ganggu. Pak ustaz suruh ‘aku’ keluar tapi dia degil, melawan tapi cuma banyak diam (tak menjawab ape pun). Tapi aku ada meronta sampai terkangkang-kangkang and terselak-selak palazo and blouse aku.

Namun setelah di push-push oleh pak ustaz untuk keluar, tiba-tiba aku rasa macam tercekik. Terbatuk-batuk aku. Makin lama makin teruk. Aku tak boleh bernafas, macam ada benda tersekat kat leher aku. Serious rasa seksa masa tu wehhh (sampai aku terfikir, dah nak m**i ke aku ni..dah sampai masa ke..huu…). Menggelupur aku macam kene cekik, dah nak m**i tu. Dah aku terseksa untuk beberapa ketika tu, tiba-tiba aku menjerit dengan nyaring and terus terkulai. Pak ustaz pun suruh mak panggil-panggil nama aku untuk sedarkan aku. Tak lama aku terus tersedar (semua tu jadi masa aku pitam). Badan aku serious penat and lembik. Perit sangat tekak aku. Kesian mak aku nangis-nangis tengok aku terseksa (sorry mama..kakak pun taknak jadi gini.huu…).

Malam semalam last rawatan aku, tapi tak larat dah nak menulis. Maaf admin dan kawan-kawan. Aku sambung esok pulak ye. Maaf kalau cerita aku ni berterabur and tak seram. Ni 1st time aku menulis karangan dan berkongsi cerita dalam bentuk penulisan macam ni. Terima kasih bagi yang sudi baca story aku yang tak seberapa ni.

HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit

GeeKay

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

5 thoughts on “Doktor Diagnos Depression, Anxiety, Psikosis. Ini pengalaman berubat Ustaz Darussyifa”

  1. Saya pun pernah hadapi mcm akak alami. Hahaha tapi part ‘saya’ dia byk menangis then merayu2 taknak kuar bila kena rawat dengan ustaz darussyifa’. Mula2 duduk lps tu bila mula je baca ruqyah terus tumbang, pengsan. Lps habis adegan nangis2 ustaz pegang area mata sye dr tepi urut smpai ke tgh dahi smbil baca ayt kursi dan tarik smbil dibaca ‘Allahuakbar!’ Terus sye sedar huhuhu

    Reply
  2. Bila senang sambung lgi sis. Memang details penulisan ketika berubat ni. Bagi saya kalau 1st time menulis mmg dah cukup bagus dah ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.