DORM KEMBOJA

OK, Hai and Assalamualaikum, sebelum Dee mulakan cerita ni Dee nak cakap terima kasih sebab publishkan cerita ni (kalau dipublish). Dee dah lama minat dekat blog seram ni, tak pernah terfikir nak hantar cerita dekat sini sampailah kawan bagi idea ni. Dee kenalkan diri sikit eh? Nama Dee binti Dool (bukan nama sebenar), umur 18 – 1, belajar di sekolah berasrama penuh di perlis, adik beradik 9 orang, anak yang ke 3 and Dee antara seorang hamba Allah yang hijabnya dibuka. Tapi tak full. Dengan izin Allah baru Dee boleh nampak. Dee mula melihat benda tu umur 3 tahun. Ok lah, Dee mula ni.

Sebelum apa-apa Dee nak cerita pasal pengenalan Dorm Kemboja ni. Baru Dee cerita apa yang dah atau pernah terjadi dekat Dee sendiri atau kawan-kawan Dee.

Asrama ni punya 2 Blok perempuan dan 2 Blok lelaki, Blok A, Blok B, Blok C dan Blok F. Setiap satu blok ada cerita diorang sendiri. Tapi yang ni Dee nak cerita Blok Flora(F) yang ada satu dorm yang dinamakan Dorm Kemboja terletak di tingkat 2 dari 3 tingkat Blok tersebut. Dorm tersebut dibina khas untuk pelajar bukan islam yang menetap di asrama. Boleh memuatkan sehingga 12 orang pelajar. Beberapa tahun dulu sebelum dorm itu ditutup sepenuhnya, terdapat 8 orang pelajar Cina dari yang paling senior dan yang paling junior.

Kenalkan, Wei Youn (Ketua dorm), Xiu Ling (Pen. ketua dorm), Sia Win, Panda, Rachel, Rei, Cheng Lee dan Ree Lan.(Bukan nama sebenar)

Masa freetime mereka berkumpul bersama seperti kebiasaan yang mereka lakukan, dan pada hari itu mereka menonton cerita hantu (tak pasti cerita apa tapi yang pasti cerita yang membuatkan diorang teringin nak main Spirit of The Coin).

Pada mulanya Wei Youn tak setuju tapi didesak oleh anak-anak buahnya untuk mencuba permainan tersebut, akhirnya Wei Youn terpaksa mengikut kehendak majoriti untuk mencuba permainan itu.

Kebetulan minggu itu merupakan minggu balik kampung, Sia Win yang meng’offer’kan dirinya untuk membawa permainan tersebut kerana dia ada kenalan yang ada permainan tersebut (tak silaplah. Lupa-lupa ingat sikit bahagian macam mana permainan tu boleh ada dengan diorang). Naik saja dari cuti 3 hari mereka berbincang bila mahu bermain permainan itu.

Khamis malam Jumaat menjadi pilihan mereka, kerana esoknya mereka cuti khas.

Pada malam tersebut angin sejuk menyapa mereka membuat mereka hampir tidak mahu bermain. Permainan tersebut bermula seperti biasa sehingga Rachel penat dan mahu tidur tetapi benda tersebut tidak mahu menamatkan permainan sehingga mencabar keegoan Rachel, lalu Rachel menarik jarinya tanpa menamatkan permainan. Pada mulanya tiada apa yang berlaku sehingga keesokkan harinya dorm mereka teramatlah panas tetapi bila malam kesejukkan yang teramat.

Benda yang sama menjadi selama seminggu dan tiada yang berasa pelik membuatkan benda itu marah. Pada hari seterusnya, disitu terjadinya histeria yang amat mengerikan di sekolah tersebut. Rachel hampir sahaja m******h diri atas desakan suara yang membisik (katanya ada benda yang menyuruhnya m******h diri.)

Dorm tersebut telah ditutup sejak itu dan beberapa tahun kemudian ada pelajar nakal yang berlagak berani dan tidak takut yang bernama Qillah, Maya, Ani dan Echa (bukan nama sebenar) telah mencuri kunci dorm tersebut. Isnin malam Selasa menjadi pilihan kerana pada masa itu ada ceramah dari Unit Kaunseling Asrama, mereka mengambil kesempatan untuk ponteng ceramah tersebut dan melakukan perkara yang berani m**i. Saat mereka membuka palang dorm tersebut, angin sepoi-sepoi bahasa yang mengerikan menginap di badan mereka tapi diendahkan oleh ego masing-masing.

Disaat kaki mereka memasuki dorm tersebut tanpa sempat melihat keadaan dorm tersebut, salah seorang dari mereka telah histeria, mereka cuba memujuk Maya tapi Qillah pula dirasuk. Ketua Warden dan Ustaz sampai (tak tahu macam mana dia boleh tahu) menyelamatkan mereka. Sejak dari itu kunci Dorm Kemboja disembunyikan di tempat yang tidak akan ada sesiapa yang tahu.

Itulah pengenalannya. Ni kita cerita apa yang pernah atau dah terjadi pada diri Dee dan kawan-kawan.

Pertama kali Dee masuk Blok tu, Dee dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Tapi Dee buat tak endah, sehinggalah kawan-kawan Dee cerita kat Dee apa yang dorang dengar pasal sejarah hantu kat Blok ni dari senior. Baru Dee perasan yang apa yang Dee rasa masa mula-mula masuk dulu tu betul. Lepas dah tahu tentang cerita tersebut, esoknya Dee nak pergi ke tandas (waktu prep malam), Dee pergi sendiri tak mahu kacau kawan-kawan lain yang sedang sibuk.

Dee terperasan perempuan yang berbaju merah pekat macam warna d***h tu. Dia tengah nangis menghadap dinding yang buat Dee tak perasan muka dia. Dee biarkan dia sebab Dee tak kenal dia. Masa Dee cuci tangan baru Dee perasan benda tu sebernanya bukan manusia sebab tiada reflection perempuan menangis tu dekat cermin. Hati Dee rasa syukur sangat Dee tak tegur dia tadi.

Tiga hari mata Dee tertutup tiba malam tu dekat dorm Dee nampak ada benda melayang tanpa badan (kepala sahaja yang ada). Dee terkejut juga tiba-tiba benda tu lalu depan mata. Malam tu dalam pukul 2.45 pagi kawan Dee, Alia (bukan nama sebenar) ajak Dee pergi tandas, sebab dia dah tak tahan. Dee ikutlah. Masa Dee tunggu di luar tandas Dee terdengar tapak kaki berlari-lari (tandas yang palind dekat dengan dorm Dee ialah tandas bawah Dorm Kemboja).

Kawan Dee keluar dan Dee tanyalah dia ada dengar tak bunyi tersebut dan dia kata dia tak dengar apa. Nak masuk dorm Dee tiba terdengar suara lelaki menjerit minta tolong macam dia tengah diseksa dengan teruk. Esoknya kawan Dee marah dekat Dee sangat-sangat. Dia tak bercakap dengan Dee, dia jeling Dee. Bila Dee tanya kenapa marah sangat dia tengking Dee cakap Dee tinggalkan dia sendiri dekat tandas.

Dee terdiam terus. Dee tanya dia, dia buat apa dalam tandas dia kata dia buang air besar dan lagi sekali Dee terkejut. Sebab malam tu Dee dengar bunyi air dekat sinki 2 minit lepas Alia masuk tandas jadi Dee ingatkan dia dah siap. Dee cerita apa yang terjadi dekat Dee malam tu. Kami semua terdiam tak tahu macam mana nak cakap. Nasib baik kawan Dee faham.

Esoknya baru kami tahu pantang Blok F ialah jangan keluar dari dorm start pukul 2.30 pagi sehinggalah pukul 3.30 pagi. Nak keluar boleh, tapi kena tahan dengan beberapa suara seperti bunyi kanak-kanak ketawa, bayi menangis, bunyi lelaki minta tolong dan bunyi tapak kaki berlari-lari (yang Dee kena malam tu). Sejak tu kitorang tak akan keluar dari dorm walau tak tahan macam mana sekalipun.

Satu lagi pantang larang yang senior bagi amaran ialah jangan sandar dekat balkoni malam-malam. Yang ni Dee tak tahu kenapa sebabnya, sebab senior tak nak buka cerita. Tapi ada yang kata kalau tak nanti ada benda sandar dekat kita pula.

Itu cerita Dee, banyak lagi sebenarnya tapi Dee nak berhenti dekat sini. Yang ni apa yang terjadi dekat kawan-kawan Dee pula.

Alia yang haritu waktu Dee teman dia malam tu, dia cerita dia keluar je tandas lampu tertutup dengan sendirinya. Bila dia buka lampu tandas semua sinki air terbuka dia jadi takut tapi dia beranikan diri untuk menutup pili air supaya tak membazir. Dia dapat rasakan ada benda yang memerhatikan dia. Dia pandang je belakang pintu tandas yang tertutup, terbuka seluas-luasnya. Itu yang buat dia marah sangat pada Dee esoknya.

Yang ni nama dia Sarah (bukan nama betul) masa balik kampung ayah dia lambat ambil dia membuatkan dia meneroka satu Blok F dari tingkat 3 sehingga ke bawah sekali. Dia kata saat dia lalu dekat kawasan Dorm Kemboja dia ternampak air mengalir dari dorm tersebut (masa ni dia dekat tangga nak turun ke bawah). Bau dia sangat busuk macam bau bangkai membuatkan dia tak tahan dan dia naik tangga semula untuk hindari bau tersebut. Masa dia nak naik dia tiba-tiba terdengar suara bayi menangis. Tanpa memikirkan apa-apa dia berlari meninggalkan kawasan tersebut.

Kali ni pula Summayyah (bukan nama sebenar), dorm Summayyah terletak betul-betul ditepi dobi yang bersebelahan dengan Dorm Kemboja. Masa dia terpaksa stay up untuk mengulang kaji pelajaran kerana esok ada kuiz, dia terdengar satu bunyi palang jatuh dari dorm tersebut. Bunyi palang tu tak berhenti membuatkan niat Summayyah terbantut.

Dah setakat sini sahaja dapat Dee ceritakan. Nanti bila-bila Dee cerita pasal Blok lain pula.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Dee binti Dool

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

dee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

14 thoughts on “DORM KEMBOJA”

  1. Hah… sorang lagi… takyah dah la cerita bila bila nati… pening baca cerita berterabur ni… sekejap nak berenti.. sekejap sambung..asyik ulang ayt “bukan nama sebenar”…
    Overall aku bagi markah 10 jugak
    (Full 1000 markah)

    Reply
  2. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : 5/10 je lah boleh kasi. First, gaya bahasa yg agak tunggang langgang. Penyampaian okay, dah ada kat situ, boleh faham. Tapi, ulang banyak kali bukan nama sebenar. Klau nama sebenar pun, KESAHHH. Bukan kenal pun kawan kau tu. Whole story aku kasi la markah sikit. Walaupun tk gemar, bnyak2 cerita mcm ni. Tak feel. I can say, nak menulis lagi ok. Improve. Kalau tknak menulis pun tkpa. Tq

    Reply
  3. kepada penulis, please ignore comment2 bodoh daripada bahalol2 yang cakap kemain macam expert nak bercerita tapi taik habuk pun takda. keep up the good content. nice story btw.

    Reply
  4. ok ja. bleh fhm. content nice. cuma bg aku pendek. aku interested psl half hijab terbuka tu, tp kau cerita yg tu sikit ja. klu ada lg pls continue

    Reply
  5. korang ni pun budak ni baru umur 18 da dikecam macam-macam. baca sudah la. nak bagi komen bagi yang membina sikit tak boleh ke? menyampah komen acah2 good konon bagi markah tu. annoying gila beb.

    Reply
  6. Aku stay perlis , Aku sekolah dekat satu sekolah dkt perlis ni n tapak dia dulu markas tentera jepun , n ada satu part dkt skolah aku ni kapal terbang jpn pernah jatuh . Dorm kemboja tu aku dah pernah dengar , and ada yg lg dahsyat dari dorm kemboja tu .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.