DORM KILAT: Entah Apa yang Merasukimu

Hai! Assalamualaikum, Dee kini kembali.. kalau korang ingat, Dorm Kemboja.. sebelum apa-apa, Dee nak minta maaf sebab lama menunggu untuk sambungan cerita yang berikutnya.. ada sedikit masalah kesulitan yang tak dapat dielakkan.. tapi Dee cari juga masa untuk buat kisah yang seterusnya..

Sebelum mulakan cerita, Dee nak berterima kasih dekat kawan-kawan yang menyokong Dee.. bagi komen yang buat Dee rasa dihargai.. bagi yang tak berapa nak minat dengan cerita Dee yang sebelum ni, Dee minta maaf. Dee masih lagi dalam fasa mencuba.. Dee akan cuba perbaiki lagi gaya penulisan Dee.. untuk yang markah tu Dee akan usaha untuk dapat 10/10..

Seperti yang korang baca dekat tajuk, kali ni kisah tentang Dorm Kilat, untuk pengetahuan semua, ni dorm dekat blok a, iaitu blok lelaki.. dorm ni masih digunakan untuk penginapan para aspura.. Dorm ni mungkin masih digunakan.. tetapi terdapat banyak pantang larang yang perlu dijaga.. sebelum korang tahu pantang larang yang perlu dijaga baca lah sikit kisah macam mana pantang larang ni boleh berlaku.

Dee kenalkan 8 orang putera yang pernah tinggal di dorm tersebut..sebelum pantang larang tu muncul.. Firdaus (ketua dorm), Farez, Bob, Izz, Iskandar, Helmy, Adam dan Khai.

Semua nama diatas tu adalah atlet ragbi sekolah Dee.. Senior Dee kata diorang memang kacak-kacak, sado-sado.. bijak-bijak.. tapi ada kisah disebaliknya yang menyebabkan kem4tian 3 putera diatas iaitu, Abang Helmy, Abang Adam dan Abang Khai..

Seperti semua tahu, orang melayu memang tak boleh hidup tanpa racist.. berpuak-puak.. dan puak dia atas 5 dan 3.. Firdaus, Farez, Bob, Izz dan Iskandar memang sekepala.. tetapi tidak dengan Helmy, Adam dan Khai.. Ada sahaja salah yang dicari mereka berlima untuk alasan memukul, menerajang mereka.. yang Dee tahu, selalu yang paling teruk kena adalah abang Khai, mereka memang tak puas hati dengan abang Khai.. dengki, dendam, sabotaj semua mereka bertiga kena.. setakat kena cucuh dengan puntung rokok tu buli paling ringan yang mereka pernah kena.. banyak lagi yang teruk..

Antara sebab dengki, dendam adalah punca kekalahan dalam perlawanan friendly permainan ragbi yang menyebabkan maruah pasukan mereka jatuh, mereka menuduh yang kononnya mereka bertigalah punca kekalahan dalam permainan tersebut.. disebabkan malu dengan kekalahan, mereka berlima membuli bagi kepuasan ego yang tercalar..

Satu hari, mereka belima kononnya nak berbaik balik dengan mereka betiga dan Firdaus nak belanja makan di suatu warung yang terpencil sambil tengok bola.. mereka telah berborak sehingga larut malam.. saat Adam dan Khai pulang, mereka membawa Helmy ke rumah usang yang terbiar, katanya nak tunjuk sesuatu yang hanya Helmy sahaja yang perlu tahu, bukan Adam dan Khai.. tapi sampai sahaja disitu, mereka menutup muka helmy menggunakan plastik hitam dan mengikat tangan Helmy ketat sehingga Helmy tidak dapat mempertahankan dirinya, ikatan plastik yang ketat menyebabkan dia tidak boleh bernafas dengan baik.. kem4tian Helmy disorak gembiranya dengan tawa syaitan durjana.. tiada sedikit pun rasa bersalah dihati hitam milik mereka berlima..

Kehilangan Helmy mengundang persoalan kepada orang disekelilingnya, ibu bapa Helmy menyalahkan Adam dan Khai setelah dihasut oleh Bob yang mengatakan punca kehilangan Helmy disebabkan mereka berdua.

Disebabkan tuduhan tersebut, mereka berdua dipulaukan, tidak sahaja para pelajar, malah, para guru juga turut mengabaikan mereka..

Sebulan sudah berlalu, kehilangan Helmy masih menjadi buahan mulut orang..

Strategi kedua telah dibina oleh mereka berlima untuk menyingkirkan lagi seorang ahli dorm mereka..

Izz telah menipu Adam dengan mengatakan bahawa dia menyesal berkawan dengan pembuli tersebut dan mengaku telah mengaku telah m******h Helmy…

Adam terkejut, Izz memaksa Adam merahsiakan pembunuhan mereka dan berjanji akan menunjukkan tempat mayat Helmy dibiarkan..

Hari Rabu malam Khamis, Izz membawa Adam ke sebuah hutan terpencil, katanya disitu mayat Helmy dibuang.. saat Adam mencari mayat rakannya, Firdaus, Farez, Bob dan Iskandar masing-masing muncul dengan tangan memegang kayu besbol.. hayunan kayu besbol pada badan Adam yang tak berhenti membuat Adam berdarah dan akhirnya jatuh pengsan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di situ, berita kem4tianntya disorak dengan gembiranya, mereka yang berhati gelap merasa bangga dan meraikan dengan tegukan air kencing syaitan..

Cuti sem telah berlalu, tiada khabar berita dari Adam membuatkan Khai berasa risau.. Adam dikatakan telah lari dari rumah seminggu sebelum cuti sem bermula.. dan sehingga kini tiada siapa yang tahu bahawa Adam dan Helmy telah d*****h oleh syaitan yang bertopengkan manusia..

Di hutan yang menjadi saksi pembunuhan Adam,Iskandar telah menggali lubang untuk menjerat Khai..

Khai telah dipaksa meminum air yang telah diisi ubat tidur oleh mereka.. Semasa Khai bangun dari pengsan dia mendapati dirinya telah diikat dan berada di hutan yang tidak dapat dikenalpasti dan kelihatan lelaki bertopeng seramai lima orang.. Khai telah ditumbuk, ditendang dan diketuk dengan penukul sampailah hati mereka berlima puas.. Khai dicampak ke dalam lubang yang digali oleh Iskandar.. berkali-kali dia mohon dan merayu agar melepaskan dan menyelamatkan mereka, tetapi bila hati yang berlubang, rayuan diendahkan, topeng dibuka menunjuk rupa mereka berlima yang sebenar tanpa rasa gerun atau takut malah ketawa seperti jenaka yang kelakar..

Khai ditanam hidup-hidup.. tanpa kesan, tanpa jejak.. mereka meninggalkan kawasan tersebut dengan hati yang puas dengan pekara yang terkutuk itu..

Setahun berlalu, pelajar baru diterima masuk di sekolah, kehilangan Helmy, Adam dan Khai kini tidak lagi menjadi bualan..

Mereka berlima menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah suatu hari, Farez bermimpi perkara yang tidak elok pasal mereka bertiga.. diceritakan kepada rakan-rakannya, tetapi tiada yang percaya.. dia jumpa dengan guru, ustaz, tiada satu pun yang berjaya buat dia tenang sehinggalah didapati dia menghilangkan diri..

Seminggu berlalu, berita dikejutkan dengan perjumpaan mayat Farez di rumahnya sendiri akibat b***h diri.. ramai tertanya, kenapa? Saat semua risau, mereka berempat seperti tidak kisah, seperti bukan kawan..

Akhirnya, mereka berlima m4ti satu persatu… sebab semuanya sama.. m4ti akibat b***h diri dengan pelbagai gaya.. gantung diri, telan racun, tikam perut, sedut gas dan lemaskan diri..

Ramai terkejut, kerana perkara ini jadi dengan secara mendadak..

Ni.. Dee nak kenalkan watak baru.. Ammar Asyraf.. dia ni anak yang telah dididik kerana keupayaannya yang sama dengan saya.. hijab yang terbuka.. tapi senior kata dia ni lebih istimewa..

Dia dapat berhubung dua alam.. Nak pendekkan cerita, dia telah berhubung dengan Helmy, Adam malah dengan Khai..

Pada mulanya, dia diganggu.. dan apabila dia memaksa diri untuk bertanya kenapa roh mereka masih disini.. cerita yang mengejutkan itu membuatkan dia berasa sangat simpati dengan mereka.. Ammar telah memaksa guru disiplin membuat laporan polis tentang kematian mereka.. biasalah.. mula-mula siapa yang nak percaya.. lepas didesak akhirnya, guru disiplin tersebut membuat laporan..

Ammar dipaksa cerita semua benda di balai.. seperti dirasuk.. Ammar sekejap berkelakuan seperti Helmy dan menceritakan semuanya.. sekejap menjadi Adam, meluahkan kesakitannya.. dan akhirnya menjadi Khai.. meluahkan kesengsaraannya di dalam tempat yang gelap..

Perkelakuan Ammar dikatakan memang itu mereka..

Mula-mula Helmy, Ammar telah menunjukkan rumah usang yang menjadi tempat dia menghembus nafas yang terakhir..

Adam di dalam badan Ammar telah menunjukkan hutan yang mayatnya dibuang dan kayu besbol yang ada kesan darahnya di situ..

Tanya yang bewarna merah digali, kelihatan muka tenang Khai saat digali.. badan Khai berlumuran dengan d***h.. kaki, tangan serta jarinya patah.. lebam yang sangat teruk.. bekas-bekas puncung rokok yang banyak.. bukti pembulian yang kejam sebelum ditanam hidup-hidup..

Mereka telah dikebumikan dengan selamat.. sejak itu, tiada lagi Ammar yang menjadi Helmy, Adam atau Khai..

Ammar ada mengatakan bahawa.. roh Firdaus dan konco-konconya tidak tenang dan berkeliaran di dalam Dorm Kilat.. ada pantang larang yang Ammar telah bagi dan sampai sekarang masih diterapkan..

Antaranya, larangan mana-mana pelajar baru yang menetap di situ yang bernama Khai, Helmy atau Adam.. Jangan budak ragbi.. jangan keluar dari dorm start pukul 2.00 pagi sehingga 4.00 pagi melainkan kecemasan seperti kebakaran.. dan banyak lagi yang Ammar bagitahu..

Pada mulanya.. memang Dee tak percaya langsung tapi sampailah Dee nampak dengan mata kepala sendiri.. dekat blok A ada lelaki sado-sado melayang-layang dekat keliling blok tu time Dee keluar nak ke tandas.. bukan Dee sorang je nampak time tu.. kawan Dee yang teman Dee pun nampak..

Kitorang tak pernah berani lalu mana-mana kawasan blok A, B, C mahupun F sebab masing2 ade sejarah Dorm yang tak boleh dilupakan..

Tapi siapa yang ak pernah terpaksa lalu kan? Dee ade kelas tambahan malam-malam.. habis hampir pukul 1.30 pagi.. Dee dan kawan-kawan lalu dekat kawasan Blok A sebab paling dekat dan mengantuk gila.. masa Dee lalu.. Dee dengar ketawa mengilai milik lelaki.. seram wehhh.. Dee nampak benda melayang.. Dee nampak yang kemungkinan tu adalah Firdaus.. tengah gantung diri dekat luar blok.. kawan Dee pula nampak macam ada orang tengah merana mulut berbuih-buih.. sejak tu.. kami taubat lalu situ.. sanggup lalu jauh.. dari lalu blok a.. Dee pernah lalu Blok B dan juga Blok C.. semua ade cerita sendiri.. OK.. BYE!!

Yang benar,

DEE BINTI DOOL

dee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

5 thoughts on “DORM KILAT: Entah Apa yang Merasukimu”

  1. Serious la mayat after a year being buried still adankesan d***h, still ada bekas lebam2.. mayat after a month tanam pon dah most probably tingg tulang. Sistur… Please do some research. Cuba lagi ye. Too good to be true. 😏

    Reply
  2. Nonsense..nak menipu pun agak2 la bodoh tu sorok sikit..xde pun kejadian sebegini dilaporkan setakat ni walaupun dh lama berlaku..

    Ni prngaruh Kaki DVD la ni..
    Imaginasi kuat ..bodoh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.