DUA KISAH SERAM SEKURITI

Assalamualaikum dan hai pembaca sekalian.. kalini aku nak share dua kisah berkaitan sekuriti yang aku dapat dari kawan kawan aku.. jom kita layan
JAGA BANGUNAN TERBENGKALAI
– Kisah dari kenalan aku , namanya nazri.. dia ni pesara tentera , kalau setakat nak kerja sorang2 , shif malam.. no hal lah bagi dia.. pernah jadi askar kut

Dia pernah kerja malam sorang diri jaga bangunan terbengkalai.. kalau korang tengok mana2 kondo , mesti tingkat 2 – 3 bahagian bawah adalah tempat parking kereta betul tak ? haa bangunan yang dia jaga tu baru proses duk buat bahagian parking ja.. tu pun dah bertahun delay.. dah lah rapat dengan kaki bukit lepastu terbiar sampai naik segala anak pokok dalam bangunan tu dah macam highland tower pulak tempat dia

Nazri ni dia berani orangnya.. dia cakap masa duk kerja tu bunyi mengilai , sayup2 menangis , senandung dah jadi benda biasa bila pukul 3 – 4 ke atas.. kadang bunyi tu macam jauh lepastu tiba2 je bunyi tu macam dekat sebelah dia pulak.. kalau bunyi menangis biasanya dia dengar juga suara “tolonggg..huuuuuu.. haaaaa” , “saaakiiitt….hmmmm” nangis siap tersedu sedu.. tapi kalau bunyi mengilai atau ketawa dia akan dengar “cindaii…ciinnnndaiiii” , “sinii lahhhh… sinii” , “kekekkekeek..bunyi macam budak ketawa”

Dia cakap jarang boleh nampak benda tu tapi kat situ selalunya pontianak takpun pocong , kadang hantu tu berdiri diam je di sebalik tiang , takpun macam terbang slow slow.. duduk meratap sayu nangis2 kat tangga , kadang terpacak depan dia dalam jarak beberapa meter.. selalunya bila dah ternampak je , benda tu akan terbang macam kain buruk.. pernah tengok kain terbang ditiup angin ? haa begitulah dia

Yang lawak seram nya , dia suka tidur kat situ.. sambil duduk kat kerusi biru bertemankan selimut & pasang ayat orang mengaji , tapi dia cakap tak lut pun.. kadang2 bila pasang ayat mengaji , tak lama lepastu handphone dia kena off sendiri.. pasang lagi kena off lagi.. selimut pulak kena tarik2.. muka & telinga dia kena tiup kena bisik.. kadang dengar suara halus woii.. woii.. dekat2 tempat dia duduk tu

begitu lah rutin dia sampai lah dia dah berhenti kerja sebab bosan sangat kerja sorang.. dia offer kat aku kalau nak kerja gaji boleh lah setakat nak rm1800.. hahaha taubat lah aku nak.. lalu siang hari pun aku tak berani masuk ini kan pulak kerja situ waktu malam

JAGA PERUMAHAN BANGLO
– Kisah dari sekumpulan kenalan aku , masa kawasan tu baru je siapkan perumahan banglo.. dorang adalah sekuriti terawal yang jaga kat situ.. perumahan tu asalnya kawasan hutan berbukit lalu diratakan menjadi kawasan elit.. taukey developer menjadikan suasana “hutanbukit” sebagai tema banglo di situ.. sesuai untuk orang kaya yang inginkan banglo di kawasan bandar tapi nak dekat dengan alam menghijau.. tenang dan mendamaikan..

Kat situ ada bekas lombong atau kuari yang digali sejak sekian lama sampai dah bertukar jadi tasik luas & sedalam bangunan 23 tingkat.. pekerja buruh indon & sekuriti suka mandi kat tasik tu petang2 sambil mengail talapia.. dorang siap buat rakit lagi

Kisah seram ni bermula pada suatu malam masa dorang duk melepak sambil borak kosong di pos dalam 2 – 3 orang.. lepastu ada sorang lagi sekuriti datang join lepak , kami panggil dia “panjang”.. malam tu takda apa yang aneh pun.. cuma malam tu si panjang tak banyak bercakap pulak , suka memerhati saja sambil mundar mandir tak lama lepastu dia pergi tempat gelap sikit kat luar pos tu , berdiri tegak main jeling2 orang kat situ , dengan senyum menyeringai nya sambil lentokkan leher macam gaya nak patahkan leher.. tengok macam pelik dah ni tapi dorang malas nak layan mungkin dia duk merapu.. tak lama tu si panjang pergi ke jamban di belakang pos.. dan sejurus lepas tu ada dua lagi sekuriti lain sampai & parking motor depan pos

Tahu apa yang pelik ? dua orang yang baru sampai tu salah sorang nya si panjang.. tapi berbaju lain.. sambil bercakap merapu macam biasa.. orang kat situ yang tadinya rancak borak kosong terus naik heran.. “kau buat magik apa ni panjang ? “.. “tadi kau ada kat sini dengan kitorang tiba2 datang dari depan naik motor pulak “.. si panjang & sorang lagi mamat tu apa lagi , beriya iya bagitahu yang dorang berjam jam duk lepak kedai mamak.. masing2 macam tak percaya siapa yang betul siapa yang menipu.. si panjang lagi lah tak percaya.. entah orang situ duk mainkan dia ke apa ke..

Jadi dorang pun pakat check cctv nak tengok apa yang dah berlaku kat dalam pos tu.. dan memang terbukti si panjang memang ada datang lepak2 di pos lepastu keluar pergi jamban belakang.. dan muncul si panjang ori dengan motor dari arah jalan raya depan..start dari tu dorang duk bahan si panjang dah ada kembar baru.. ada hantu berkenan nak jadi hensem macam dia.. dari kisah seram bertukar jadi bahan lawak.. tapi sebenarnya dorang masih duk teringat masa “si panjang” duk merenung dorang dari gelap sambil senyum menyeringai tu.. bila tengok ulang ulang balik cctv kejadian malam tu memang “si panjang” tu berkelakuan aneh..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Izz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 84 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.