Dunia mistik

Assalamualaikum,hai kepada para pembaca FS. kalini tergerak hati aku nak kongsi cerita setelah digelar silent reader lebih kurang 4 tahun. Aku nak memperkenalkan diri aku, nama aku faiz, berusia 16 tahun dan menetap di semenanjung tanah air (takut kantoi bosku tulis negeri). Cerita ni adalah pengalaman dari orang sekelilingku (pengalaman aku ada tapi setakat usik manja je, takde sampai tayang baju kurung model copy original). Cerita ni 100% aku jamin benar cuma takde warranty je.

Sebelum baca ni, aku nak bagitau watak sebenar yang mengalami, aku dah ubah sebab nak bagi mudah faham dan aku nak mintak maaf kalau bosan atau merapu. Okay jom baca

Kisah pertama ni terjadi pada bulan 1, 2020 (tahun ni). Nek Kiah(samaran) cakap pada 5 orang anaknya iaitu Syakila, Atikah, Asif, Syahmi dan Amir (samaran) untuk pembahagian harta. Hasil dari perbincangan, Nek Kiah membuat keputusan untuk memberi hampir kesemua daripada harta tersebut kepada Syakila (sebab Syakila ni baik orangnya, sanggup jaga maknya (Nek Kiah) dan segala susah senang hidupnya langsung tak lepas tangan terhadap maknya). Keputusan itu diterima oleh anaknya walaupun agak keberatan. Seminggu selepas tu, Syakila anak kepada Nek Kiah mula jatuh sakit (sebelum ini Syakila sangat cergas walaupun umurnya menjangkau 60-an tapi tenaganya seperti awal 30-an) secara drastik. Raut wajah Syakila yang 60-an mula bertukar menjadi nenek yang berumur sekitar 80-an (jauh lebih tua dari Nek Kiah) dan berat Syakila susut menurun (tinggal kulit dengan tulang je geng).

Lebih mengejutkan, hasil rawatan hospital mengatakan Syakila sihat dan tanggapan doktor mungkin Syakila demam saja dan takde selera makan. Selepas itu, Kehidupan Syakila berubah dari pergi mengajar sebagai guru di sekolah, mula bertukar part time di hospital setiap minggu (ambil ubat la dey!). Selepas 8 bulan berlalu, Kehidupannya tetap sama tetapi Syakila perlu sambung bekerja. Jadi anak Syakila yang menghantar Syakila setiap hari. Yang paling pelik adalah Syakila akan sakit bilamana dia dirumah dan sihat bila keluar bekerja. Keadaan itu tidak lama, Syakila mula cuti seperti sebelum ini kerana sakit tersebut bertambah.

Dipendekkan cerita, semua guru sekolah lain hadir ziarah Syakila dan ada seorang guru ni bilamana masuk rumah Syakila, guru tersebut merasakan macam ada sesuatu mahu masuk dalam badannya (cikgu ni memang ada kelebihan boleh rasa sesuatu tapi dia tidak pandai ubat orang…hanya boleh rasa). Jadi guru ini menasihatkan kepada anak Syakila untuk bawa maknya pergi mencuba berubat dengan rawatan islam. Dipendekkan lagi, jumpa seorang ustaz area berdekatan. Hasil dari rawatannya, Ustaz tersebut beritahu kepada anak Syakila yang maknya terkena sihir tetapi ustaz itu tidak mampu melawan sihir ni kerana terlalu kuat. Jadi ustaz tersebut mengesyorkan berubat dengan perawat di luar negeri namun tidak dapat dipersetujui oleh anaknya kerana susah untuk bawa maknya yang terlantar itu.

Dipendekkan lagi dan lagi dan lagi, Syakila meninggal dunia pada hari isnin bulan 10 tahun 2020. Pada hari tersebut, 2 orang abang Syakila tak hadir pengebumian jenazahnya iaitu Asif dan Syahmi. Sampai sekarang masih menjadi persoalan, Siapakah yang sihir Syakila!.tidak baik juga bersangka burukkan. jadi husnudzon jela dan jangan lupa sedekahkan surah Al fatihah pada simati. Untuk pengetahuan semua, Syakila nama samaran yang direka ni adalah kawan rapat ibu penulis. Masih terngiang kata kata difikiran ibu (penulis) sampai harini iaitu “ha..nanti pencen kita buat umrah sama sama eh”.kemana pun kita, akan kembali ke liang lahad jua.

Kisah kedua terjadi pada tahun 2016. Pada Masa tu Pakcik (samaran) disuruh Makcik (samaran) mengopek buah kelapa untuk masak. Jadi Pakcik duduk la bawah bangsal belakang rumah sambil mengopek kelapa. Tengah ralit mengopek kelapa tu, tiba tiba Pakcik ternampak seekor kura kura berjalan perlahan seakan akan menuju kerumahnya. Jadi terbenggalailah kerja Pakngah mengopek kelapa tadi (sebab apa? sebab kura kura tu pelik. Apa yang pelik? (fuh macam wartawan tv3 dah korang temu ramah) kura kura tu berwarna emas satu badan tapi bukan warna emas biasa tau, dia macam emas gelang tu (berkilau lip lip).

Dipendekkan cerita, Pakcik lepaskan balik dekat paya area semak tu (takut kura kura tu tersalah jalan). Tak lama tu lepas, datang balik kura kura tu dekat rumah Pakcik dan Pakcik lepaskan lagi dekat paya kali kedua (tapi jauh sikit menyeberang). Petang tu macam biasa la, Pakcik siram pokok bunga kepunyaan Makcik berdekatan bangsal tadi dan terserempak lagi kura kura emas tadi. Tersentak la Pakcik jumpa balik kura kura yang lepas jauh tu, jadi Pakcik pun ambil akuarium ikan yang tak guna dan letak kura kura tu dalam akuarium(jadi Pakcik bela la kura kura tu). Seminggu lebih kurang lepas pada tu,setiap hari mesti ada duit terselit bawah karpet, lubang angin (tandas), celah sofa, peti dan lain lain (macam macam tempat, senang citer tempat yang tak logik dek akal nak simpan duit dekat situ).

Pakcik pun tanya la anak anak dia, ada ke tak tercicir duit tapi yang peliknya takde sorang pun yang mengaku. Jadi setiap hari la duit ada di merata tempat dan Pakcik simpan je duit tu. Lepastu ada satu hari ni, Pakcik teringat la dekat kura kura emas yang dia bela belakang rumah tu (Masa ni Pakcik ingat kura kura ni yang misteri la). Pakcik keluarkan kura kura tu, ketuk cengkerang kura kura tu guna batu lesung (yang lumatkan lada tula). Pakcik pun simpan balik kura kura tu dalam akuarium (ikan). Esok pagi tu, Pakcik nak bagi makan la dekat kura kura tu tapi hilang! habis digeledah satu rumah Pakcik cari kura kura tu (sebab akuarium tu 3 kaki tinggi dan dalam keadaan berkaca. Macam Mana boleh panjat tuan tuan dan puan puan??).Kura kura tu hilang sampai sekarang tak jumpa dan sejak tu jugak duit yang merata tempat tu tak ada lagi muncul.

Jom next, 2017 cucu Pakcik kena rasuk, jadi macam biasa la panggil perawat (perawat ni ada jin islam). Lepas selesai rawat, macam biasa sembang kopi dulu la. Pakcik pun teringat la pasal kura kura tu, Dia pun cuba tanya pada perawat tersebut (part ni aku lupa la. maaf. Tapi yang aku faham dari apa yang diceritakan “Pakcik” adalah Pakcik sendiri bersembang dengan jin islam tanya pasal kura kura emas. Lama jin tu berdiam diri lepas diajukan soalan, “ADA , DIA DARI ALAM BUNIAN, TAPI AKU TENGOK KURA KURA TU SEDIH…KAU ADA BUAT APA APA KE DEKAT DIA?”tanya jin.”oh, aku ada ketuk cengkerang kura kura tu guna batu lesung” jawab pakcik.”KAU NAK AKU PULANGKAN KURA KURA NI? tanya jin.”eh takpela, biar jela dia tinggal kat sane”jawab Pakcik ringkas). Untuk pengetahuan semua, duit yang keluar merata tempat tu, tak tentu jumlahnya (kadang RM10, kadang RM50) tapi setiap hari mesti jumpa duit, kura kura emas tu sebesar telapak tangan orang dewasa je, kiranya dia tak besar dan tak juga kecil (ni penerangan dari Pakcik la, aku pun tak tau). Dan setiap kali kura kura tu nak makan mesti Pakcik akan dengar ketukan, kura kura tu la yang ketuk dekat akuarium kaca. Ada soalan? boleh comment bawah

2014 tahun dimana atok sebelah ayah aku meninggal dunia, jadi macam biasa la, semua adik beradik kumpul rumah atok ni (rumah atok ni boleh tahan dia punya besar sebab dulu rumah ni pernah jadi restoran kedai makan (separuh saja), Masa hari atok meninggal ni, kedai makan dah tutup lama dan disambung buat jadi rumah keseruluhannya). Skip terus la sampai part kacau kan. Jadi Seminggu juga la buat tahlil dan makan makan sikit. Hari pertama berjalan lancar, masuk hari kedua, geng halus dah mula susun strategi untuk start game piwwit.

Mula mula Mak aku yang kena main tarik tarik selimut (macam sukaneka tarik tali). Hari ketiga lagi syok, hampir semua yang tido kat situ kena geletek kaki. Hari keempat, main susuk barang pulak dah (kunci, pengecas telefon, benda kecik kecik gitu je, takkan nak angkut tayar kereta kot, pegang spana pun tak pandai, kalau dia pandai tu dah boleh mekanik kereta pencen awal). Masa akhir akhir nak balik, DIA kacau kawkaw punya, dah berani tayang muka yang cantik tu. Muka dia hitam, mulut melopong macam budak lelaki berlatih buat asap rokok ‘O’ , rambut mengerbang dan mata merah datang mengilai je lepastu hilang dari pandangan. Esok pagi bangun satu rumah bersepah jatuh barang, beg pakaian semua berterabur. Untuk pengetahuan semua, rumah ni jarang guna waktu tu sebab anak dah besar semua dan cerita yang aku dapat ni dari sepupu sepupu,kakak dan Mak aku. kalau dorang tipu, maka tipu jugak lah cerita aku sampai ni. Rumah atok aku ni sekarang 2020 bersemak samun dah (pintu hilang, pagar pun takde…Pokok bermaharajarela dah kat situ), takde sape nak uruskan sebab semua adik beradik dia pindah dekat selatan tanah air

Kalau ada tak paham, boleh tanya kat komen

Terima kasih andai cerita ni lepas ujian peperiksaan SPM. Tak lupa juga, terima kasih pada penulis otai yang banyak didik aku tentang agama walaupun diri jahil ini masih tk berubah….andai ada silap atau terkasar bahasa, aku nak mintak maaf. Yang mana berkarya, teruskan usaha ecehh…sekian dari aku BUDAK MUNAFIK, Assalamualaikum selamat tido walaupun siang , kau paksa diri untuk tido…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Budak munafik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

8 thoughts on “Dunia mistik”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.