Assalamualaikum para pembaca FS, sebenarnya aku pernah menulis satu cerita tentang tak silap aku 1 atau 2 tahun lepas. Kali ni aku nak berkongsi satu cerita yang baru awal tahun ni terjadi.
Ayah aku orang Malaysia, ibu aku pula asalnya orang indonesia dan dia masih ada ramai saudara mara dekat dan kami pun setahun sekali akan balik ke Indonesia di sebab atuk dan nenek kami masih tinggal di sana.
Keluarga aku ada 4 adik beradik dan yang paling bongsunya adalah aku. Akak sulung aku, kak Diana(bukan nama sebenar) . Jadi kak long punya rezeki hujung tahun 2018, dia dapat naik pangkat. Pangkat dia kira agak tinggi dan ramai dalam office berlumba-lumba nak dapatkan jawatan ni. Alhamdulilah akak aku yang berjaya dapat pangkat ni.
Jadi kami sekeluarga pun memang gembira untuk kak long, jadi kak long pun sambil menangis kongsi cerita dan dia bawa kami sekeluarga makan malam. Jadi masuk awal bulan 2. Kak long aku tiba-tiba pengsan waktu tengah berbual. Kami pun bawa hospital, ayah aku suruh doktor check dengan detail. Bila check semua tak ada masalah dan doktor cakap akak aku ni mungkin terlebih bekerja dan kurang rehat. Jadi bila kak long sedar dia cakap dah seminggu dia kurang tidur cuma sebab banyak kerja. Jadi kami pun rasa lega.
Sampai lah waktu nak balik, aku ayah dengan mak datang nak bawa akak balik. Aku duduk belakang mak pula duduk depan. Jadi bila akak dah masuk dalam kereta dan ayah pun hidupkan kereta dan bergerak. Sampai dekat traffic light, tiba-tiba akak aku gerakkan kepala dan tenung mata aku. Aku waktu tu memang sangat terkejut dan memang bulu terus meremang. Aku pun tanya ” Along okay tak ” tapi kak long aku tiba-tiba dia senyum dan terus pandang luar tingkap kereta.
Jadi mak aku yang duduk depan pula tanya dan kak long aku cuma jawab “baik” mungkin bagi ayah dengan mak aku jawaban “baik” tu tak ada masalah. Tapi bagi aku jawapan tu sangat menakutkan. Takut kenapa? Sebab cara sebutan baik tu ada bercampur indonesia dan ada campuran suara asing. Aku bila dengar macam tu terus duduk jauh dari akak aku. Dalam hati memang tiba-tiba aku takut dengan kak long aku.
Jadi malam tu dalam bilik aku tak dapat tidur dan sangat tak tenang. Dari masuk rumah aku asyik pandang kak long aku dari belakang. Dan aku rasa macam ada satu benda yang sangat tak kena. Tapi aku tak boleh nak sebut. Padahal aku dapat rasa benda tu dekat hujung lidah. Jadi malam tu aku tak dapat tidur. Bolak-balik atas katil. Tak silap aku dalam pukul 3 pagi. Akak nombor 3 aku telefon. Dia cakap lupa bawa kunci. Akak aku yang nombor 3 dia kerja dekat wayang jadi memang balik lambat.
Aku pun keluar bilik, bila keluar bilik aku nampak kak long aku duduk dekat tangga dan pandang aku. Punyalah aku takut sampai aku masuk balik dalam bilik dan kunci bilik. Jadi aku sebabkan takut, aku telefon ibu. Aku suruh mak aku datang bilik aku sebab aku takut. Jadi mak dengan ayah aku punya panik diorang pergi bilik aku. Jadi aku pun terangkan hal kak long. Lepas kami bertiga turun bawah dan bukak pintu untuk akak aku. Mak dengan ayah pun check kak long aku. Bila buka pintu tengok kak long elok tidur.
Jadi mak dengan ayah aku cakap yang aku ni “bermimpi” . Lepas seminggu aku pun lupa benda tu dan anggap sebagai mimpi sebab aku tengok kak long dah okay dan kembali macam biasa. Sampailah masuk bulan 4. Angah aku balik kerja dalam pukul 11 malam. Tengah dia drive dalam kawasan perumahan kami ni. Dia nampak ada wanita duduk dekat tepi jalan. Dalam hati memang akak aku anggap wanita tersebut adalah “benda” tersebut jadi dia abaikan. Tapi bila makin dekat bila dia tengok “benda” tersebut sangat serupa wajah kak long aku. Jadi kak ngah aku agak terkejut dan baca doa dalam hati.
Bila balik rumah ni angah aku ketuk bilik aku suruh teman dia makan dekat dapur. Jadi dia pun ceritakan dekat aku kejadian tadi. Akak no.3 aku alang pun ada sekali. Jadi bila tengah sedap “bergossip” tiba-tiba ada orang bagi salam dekat pintu rumah kami. Tepat pukul 12:13 padahal rumah aku ada pagar kot tapi tiba-tiba bunyi ketuk pintu. Kami 3 beradik ni terus lari kejutkan ayah. Bila tengok cctv luar rumah tak ada orang. Tapi memang jelas dengar bunyi ketuk dan bagi salam.
Sebelum aku nak kasi tahu, yang kak long aku dia duduk rumah dia sendiri. Dalam rumah ni kami 5 orang je angah,alang,aku, mak dengan ayah. Jadi bila dah ada kejadian ngeri macamtu. Alang dengan angah terus tidur dalam bilik dengan mak. Aku pula tidur dengan ayah. Tengah aku nak tidur ni ayah aku cakap dia rasa “tak sedap hati” . Tapi sebab takut dan penat aku pun tertidur.
Tahun ni memang kami sekeluarga dah rancang nak balik kampung dengan Indonesia sempena raya. Sepatutnya, semua pergi tapi kak long tak join dia cakap ada masalah tempat kerja. Jadi dah lagi seminggu nak raya tengah berbuka puasa ni. Nenek aku yang dekat Indonesia telefon. Dia cakap rindu dekat kak long aku. Dia cakap dah seminggu mimpi. Jadi bila nenek dah cakap macamtu. Mak pun telefon along ajak balik. Tapi tiba-tiba along aku mengamuk dia marah dan maki mak. Mula-mula kami sekeluarga macam tak percaya. Tapi telefon mak aku ada call recorder jadi dia boleh record setiap call tu.
Jadi bila dengar balik call recorder tu memang akak aku mencarut dan maki mak. Semua memang terkejut sebab kak long aku ni memang jarang mencarut. Bukan jarang memang dalam rumah kami tak pernah dengar dia mencarut. Jadi esok kami datang rumah kak long. Bila tekan lonceng tak ada yang jawab. Telefon pula tak angkat. Tengah kami sibuk tekan lonceng jiran sebelah datang. Dia cakap malam-malam selalu dengar barang pecah dekat rumah akak aku dan lagi satu akak aku tak pernah buka lampu rumah. Pernah sekali dia nampak kak long aku balik rumah pukul 11 malam muka memang marah dan dia tutup pintu memang kuat sangat. Bila jiran tu tegur kak long aku tak layan. Bila dia pandang rumah tu lama-lama langsung lampu tak menyala.
Tiba-tiba dari tingkap tingkat atas dia dengar kak long aku menjerit “kamu pandang apa?” Dengan suara indonesia sekali. Yang paling jiran aku pelik, dia nampak akak aku sekarang dah tak pakai tudung. Kami satu keluarga ni memang terkejut bila dengar jiran aku kongsi cerita. Call tak angkat, sekali petang tu akak mesej “jangan telefon aku lagi” dekat telefon mak. Mak memang dah risau, sekali bila call tak angkat.
Malam tu kami semua datang lagi rumah akak tapi rumah gelap dan kereta tak ada. Tiba-tiba kak long telefon. Kali ni memang jelas suara indonesia. Dia siap sebut nama penuh mak aku dan cakap jangan ganggu aku. Jadi ayah aku telefon kawan dia. Kawan dia ni kira hebat dalam rawatan traditional. Jadi malam tu kawan ayah aku pun datang rumah. Dah sampai dan cerita semua dia minta dua gelas air dan secawan garam. Air pula, air sejuk yang dalam petik sejuk satu gelas dan air panas yang baru siap masak dalam satu gelas dan gelas pula kena lutsinar. Jadi aku dengan akak yang lain bergegas ambik semua barang tersebut.
Jadi pakcik yusof nama dia. Dia pun berdiri dekat penjuru rumah aku. Dia letak cawan berisi garam dekat penjuru ruang tamu. Cawan berisi air sejuk dekat hujung penjuru daput dan cawan berisi air panas dekat depan pintu masuk. Lepastu dia suruh kami bertiga tutup cawan tu pakai kain putih yang di perah dengan limau. Lepas dah siap semua dia duduk dekat tangga rumah aku dan tiba-tiba telefon mak aku berbunyi lagi. Tengok nama kak long aku, kali ni kak long aku telefon sambil ketawa. Mak aku berkali kali tanya “along okay tak, along tolong jawab mak, along istigfar nak” tapi along cuma ketawa. Along end je call terus cawan dekat 3 penjuru tadi pecah.
Jadi pakcik yusof ni geleng kepala. Dia cakap yang akak aku ni kena rasuk penunggu yang agak kuat. Jadi malam tu kami buat solat semua dan panggil ustadz baca yassin dan doa dalam rumah. Dalam masa yang sama minta bantuan polis cari akak. Tapi itulah tak berhasil juga. Sampai lah subuh, nenek aku dari Indonesia telefon. Nenek aku cakap dia mimpi. Mimpi yang kak long aku ni dekat dalam rumah dia kena kena kepung 4 orang wanita berjubah merah.
Jadi atuk aku ni pula dia suruh bawa segenggam beras dan bertih beras letak dalam kain, cili kering yang dah di rendam letak dalam kain. Jadi ayah aku pun buat benda tu. Dia sekali telefon pakcik yusof dan ceritakan semula apa yang nenek aku mimpi. Jadi aku mak ayah akak dan pakcik yusof pula bawa anak perempuan dan adik perempuan dia ikut. Bila sampai depan pagar rumah ni pak yusof tu terus cakap “benda tu ada depan pagar” tapi aku dengan keluarga tak nampak. Family pak yusof ni je nampak siap dia angguk. Jadi lepas dia buat “ritual” kami pun masuk dalam rumah tu. Tapi akak aku tak ada. Yang ada cuma cawan pinggan pecah berterabur atas lantai. Memang dah hancur lebur rumah tu. Kerusi habis patah.
Jadi pak yusof dengan keluarga dia pun buat benda sama dekat rumah aku iaitu 3 penjuru garam,air sejuk dan panas. Dah dalam 15 minit. Dengar suara akak aku penjuru dapur panggil nama mak dengan ayah. Mak dengan ayah apa lagi lari pergi dapur. Tengok muka kak long calar rambut dah habis pendek menangis dekat tepi penjuru dapur. Sebelum keluar rumah adik pak yusof ni siram akak dengan air bunga dan kak long terus pengsan dan pak yusof suruh bawa dia pergi hospital sebab rumah kak long ni kena “kuarantin” buat masa sekarang dia tak boleh nak bersihkan. Dan pak yusof ni nasihatkan akak duduk jauh dari rumah “dia” lebih dari 100 KM.
Jadi kak long pun duduk dekat rumah keluarga ayah aku dekat batu pahat. Nenek dengan atuk aku dari Indonesia pun datang nak lawat akak. Jadi dah akak agak stabil, akak pun ceritakan apa yang terjadi dari awal tahun lagi. Dia ceritakan, hari yang dia pengsan tu. Sebelum dia pengsan tu, dia ada nampak 4 orang wanita berjubah merah berdiri dekat setiap belakang kami. Mak aku,ayah aku, kak lang aku dan kak ngah. Dekat belakang aku pula tak ada. Jadi dia agak terkejut dan pengsan. Lepas dia dah sedar dekat hospital dia cakap masih nampak 4 orang jubah merah belakang keluarga aku.
Sehari sebelum akak keluar dari hospital, ada wanita berjubah putih datang dekat sebelah dia dan cakap “kamu sekarang milik aku” dalam bahasa Indonesia. Sejak haritu setiap kali dia bangun pagi dia akan lupa apa yang terjadi waktu malam. Malam pula nenek aku yang dari Indonesia ni ajak akak aku tidur dengan dia. Esoknya, nenek aku kongsikan yang “hantar benda” tersebut kawan baik akak. Mula-mula kak long macam tak percaya. Sebab diorang kenal dari sekolah menegah, dan lagi 2-3 tahun akan genap 20 tahun dia berkawan.
Jadi nenek aku pun ceritakan “kronologi mimpi” dia waktu tidur dengan akak. Kak long aku ni baru 1 tahun beli rumah dia. Waktu beli dan selesaikan tu semua ialah kawan baik dia. Nenek aku tanya akak, yang betul tak kawan dia pernah datang rumah setiap bulan tarik dia 12 haribulan dan dia akan datang dalam pukul 12 malam. Lama juga kak long aku diam dan akhirnya dia angguk. Dia cakap mula-mula macam kebetulan jadi dia tak ambil kisah. Lagipun kawan dia memang ada kunci rumah spare jadi dia percaya penuh. Rupanya, setiap 12 bulan dan pukul 12 malam ni dia akan tinggalkan “benda” dalam rumah akak aku. Akak aku memang kecewa sangat dia hantar mesej dekat kawan dia. “Ira(bukan nama sebenar) kenapa kau buat aku macam ni, aku percaya kau”
Sekali rupanya sebab utama adalah cemburu. Dia cemburu akak aku dari sekolah sampai bekerja asyik berjaya dapat beli kereta dan rumah. Gaji besar pangkat pula tinggi dan dia pula setakat kerja office biasa. Terus terang lepas kejadian tu kak long aku kecewa sangat. Dia percaya Ira ni, dia sanggup beli motor dan bayar cash untuk ira sebab motor dia kena curi nak kasi dia senang kerja. Kereta pun dia kasi je pinjam. Dekat rumah baru dia pun siap kak long sediakan bilik khas untuk Ira. Tapi sebab cemburu terus dia kecewa sangat. Kak long aku pun akhirnya berhenti kerja dan dia nak berehat. Dalam masa yang sama dia cari kerja lain.
Kak long aku cakap dia masih ada rasa takut. Post dekat media sosial dia pun semua dia padam sebab takut orang cemburu lagi. Memang kesan dari kejadian tu ubah kak long aku. Kak long aku ni orang dia introvert dan agak awkward dalam sosial jadi Ira tu sorang kawan rapat dia. Jadi bila kawan dia sendiri hantar “benda” lagi takut dia nak cari kawan dekat luar. Ira pun entah kemana. Cuma baru-baru ni aku nampak satu tweet ni. Dalam gambar tu ada 4 orang dan caption dia “my bestfriend bla bla bla” aku nampak gambar si Ira ni dalam tu. Jadi aku pm tuan punya twitter ni. Aku taip elok-elok. Aku nasihatkan dia hati-hati dengan perempuan nama Ira. Dari luar nampak friendly nerd dan baik.
Dan aku siap bagi peringatan dekat dia. Jangan sesekali kasitahu apa yang aku ceritakan dekat dia dan suruh dia sebarkan dekat kawan dia diam-diam sebab aku takut apa yang jadi dekat akak aku terjadi dekat orang lain. Aku harap Ira tak baca post ni, sebab akak aku ada cerita yang rupanya keluarga Ira ni bomoh. Takut pula kena apa-apa nanti. Oh lagi satu, dekat atas tu aku ada mention pasal “dekat hujung lidah” sebenarnya dari haritu aku tak ingat apa dia. Tapi minggu lepas aku baru ingat apa dia. Jadi minggu lepas aku tengok video dan gambar kami bercuti dalam tu ada si Ira ni sekali. Jadi dalam video tu ada satu part Ira ni jawab “baik” yang bunyinya sama waktu akak aku dalam kereta dan lagi satu. Aku baru perasan dan ingat yang si Ira ni ada lesung pipit yang dalam dan akak aku pula tak ada. Jadi bila akak aku senyum dalam kereta dengan lesung pipit tu semua. Baru aku perasan yang dalam kereta bukan akak aku tapi Ira.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
banyak dh dgr kawan makan kawan…. bkn kawan biasa2, tp kawan baik… berhati2 bila bersahabat semua…. moga kakak adik sembuh 100%, dan berhati2 dalam memilih sahabat….
Pelik lah manusia yg dengki mdengki ni sanggup buat kawan mcmtu. Guna² kan. Aku xsuka org or menyampah habis² meroyan kat fb or blah je jauh².
Mula baca cerita ni aku ingatkan penulis perempuan. Sehinggalah part tidur dengan ayah baru aku tahu penulis ni lelaki rupanya.
Mana ada pompuan nama Adam?
Sumpah best, ini baru betul kisah seram..bukan mcm penulis lain banyak syok sendiri merapu je memanjang, isi cerita ade la dlm dua baris..pui