#edi arjuna – SEBERANG PUMPONG

1992 di sebuah kampung bernama Seberang Pumpong, Allloq Staq. Nak mai tegedik gedik nak balik teketaq ketaq.

Uniknya kampung ni pasai hang nak sampai sini kena naik perahu tambang menyeberang sebatang sungai yang diberi nama Sungai Pumpong. Mungkin tempat lain pun ada tapi ni 1st time pengalaman aku naik perahu tambang. Besa dok naik free ja pi merawai kat laut.

Tambang perahu tu sekupang one way ticket. Return flight 2 kupang sekali dengan luggage dan segala tok nenek gajah rimau atau apa saja barang bawaan hang. Murah kan? Tinggal tadak service makan makan atas sampan ja lagi sebab perjalanannya dekat sangat. 5 minit dah sampai seberang.

Perahu tambang bukan satu-satunya jalan nak masuk ke kampung ni. Ada satu lagi jalan hang kena cross titi (jambatan) dan kena tempuh parit ban di tengah bendang. Jauh yakmat bagi penduduk yang tiada kenderaan persendirian.

6 hari aku mereput di kampung ni sebab dipaksa kawan aku teman dia balik kampung. Kampung Tok dia. Alasan kawan aku bernama Zaidi ni ialah, adik pupu dia lawa. Disebabkan aku mudah terpedaya di usia muda jelita begitu, maka aku pun memaksakan diri ikut dia balik. Kira dipaksa jugak la kan?

Pada hemat aku waktu tu, sekali sekala lepak tempat orang syok jugak. Dan dia tak berbohong pun. Adik pupu dia memang lawa baq ampa. Orangnya putih tak, hitam pun tak, sawo matang gitu. Rambutnya panjang mengurai ke pinggang. Senyumannya manis bagai coq keria terlebih gula. Pendek kata sedap mata memandang.

Jangan suka sangat pasai aku bukan nak cerita pasai adik pupu kawan aku ni. Aku nak cerita pasai satu kejadian seram masa aku berkampung di situ.

Rumah Tok kawan aku ni duduknya dekat dengan sungai. Tok dia tauke kedai runcit. Bahagian depan rumah dah jadi macam supermarket. Bahagian belakang dan tingkat atas tempat menginap depa anak beranak. Yang menghuni di situ tak ramai pun. Tok dia, Tok Wan dia dan pak menakan dia yang digelar Paksu Mat. Adik pupu dia tu dok kat rumah sebelah.

Selama dok situ, tiap tiap hari aku makan cekelat dan keropok free. Tok dia kata ampa nak makan apa ambik ja kat kedai. Nak duit belanja pi amik dalam laci. Punya la pemurah.

Hari pertama dan kedua dok situ aku suka bangat. Maklumlah makan free buat macam kedai bapak sendiri. Agak boring boleh pi sungai, ushar marka kampung, terjun bendang. Mai hari ketiga aku jadi cemuih. Masuk hari keempat, aku m**i kutu. Kawan aku ni pulak bukan reti nak bawak aku makan angin kat pekan Aloq Staq nu. Dia suka melingkup dalam kampung ja.

Dah kerana boring tak ketahuan, aku bagitau kawan aku yang aku nak balik Penang. Tok dia tak bagi aku balik sorang. Dia suruh dok gak situ sampai hujung minggu. Sekolah dok cuti panjang nak kalut apa katanya.

Tapi aku menolak dengan baik. Aku bagi alasan orang tua aku tak sihat. Kena balik jugak. Mau takmau dia dengan Tok dia terpaksa mengalah. Tok dia bagi 5 ringgit buat bekai aku balik Penang. Walaupun aku memang ada duit tapi dah dia huloq aku sapu gak la.

Petang tu jam 3 aku berangkat pulang. Kawan aku hantaq sampai jeti perahu tambang ja. Punya la baloq liat, nak hantaq kawan pi pekan pun takmau.

Dah cross sungai, aku naik bas menuju ke pekan Aloq Staq. Dulu stesen Shahab Perdana tu takdak lagi. Hang kena naik bas kat stesen Jalan Langgar. Orang Kedah sebut Langgaq.

Sampai di stesen bas, aku relax dulu minum sirap sambil tunggu bas ekspres UTC untuk balik ke Butterworth. Bas masa tu 2 jam sekali kalau tak silap. Aku terpaksa tunggu bas pukoi 6 petang pasai bas jam 4 petang blah pi dah.

Seperti janji Melayu, jam 6.30 petang bas pun sampai. Aku pun beratoq depan bas nak beli tiket. Time nak bayaq, selup ja poket…poket aku kosong baq hang. Dompet aku hilang. Aku taktau la kena rembat ka berteraboq ka yang pasti dompet tu dah ghaib. Segala duit, IC semua dok dalam tu. Aku korek poket depan ada belen singgit ja. Elok…elok sangat.

La ni nak balik Penang dah tak boleh pasai tak cukup duit tambang. Takdak jalan lain dah melainkan patah balik pi rumah Tok kawan aku. Takkan nak balik Penang jalan kaki? Mau cirit aku tengah jalan.

Dek kerana tadak pilihan lain, aku kena balik ke Seberang Pumpong. Tambang ke sana 5 kupang. Belen lagi 5 kupang lepaih la nak bayaq duit sampan.

Tunggu punya tunggu sampai berakaq juboq, bas Seberang Pumpong pun mai jam 7.30 malam. Tara nak tunggu bas penuh, jam 8 malam baru tayar dia golek. Lepas redah trafik dan jem bagai, jam 8.30 malam aku tiba di jeti perahu tambang. Lega haih. Mujoq ada singgit belen dalam poket. Kalau tadak singgit tu pakai aku merempat la kat pekan Loq Staq. Nak telepon rumah Tok kawan aku pun aku tak ingat nombor.

Tapi kelegaan aku tak kekal lama bila jeti tu gelap. Tadak pakcik pilot macam biasa. Sampan pun dok tambat elok ja kat tiang. Tengah sungai pun sunyi sepi. Ni bala besaq ni. Tadi ketegaq sangat nak balik. Orang tua tua cakap hang takmau dengaq. Mendapat la aku malam ni.

Aku teringat titi dan jalan parit ban yang kawan aku bawak pi ronda masa hari pertama sampai situ. Kena pi teruih lagi setengah jam dari jeti ni, kona naik titi lepaih tu baru jumpa jalan bendang.

Tengah malam buta jalan kaki sorang diri kot situ bukanlah satu tindakan yang bijak. Tapi apa lagi pilihan yang aku ada? Mau takmau menapak la aku kot tepi sungai sorang sorang. Masa tu pulak, jalan tu tak sibuk lagi. Kereta motor pun tak banyak.

Sampai kat kepala titi aku stop sat. Dok pikiaq pasai depan nu aku dah kena lalu jalan bendang. Gelap gelemat. Jauh plak tu. Betoi ka nak pi jugak? Ofcoz la kena pi. Takkan nak tidoq situ?

Dah cross titi, aku mula menapak di tanah merah parit ban. Tiada lagi jalan tar. Lampu tadak apa pun tadak. Yang ada kiri kanan aku pokok pisang, sawah bendang dan bulan mengambang di langit hitam.

Pelan pelan aku jalan kot bendang tu sambil menyanyi nyanyi lagu Air Mata Jernih BPR. Mulanya tadak apa pun. Sampai setengah perjalanan aku dengaq sora aku menyanyi jadi double. Macam eco dia punya gema. Gema pala bana apa kalau jalan kot situ. Bukan dok dalam bangunan tapi tengah bendang kot. Tapi itu la yang aku dengaq. Serupa macam ada orang ikut menyanyi.

Bila aku diam, sora tu diam. Bila aku tukaq lagu Pelamin Anganku Musnah, sora tu ikut lagi. Tang ni aku dah start menggelabah. Tapi dok buat relax kontrol jiwa takmau jadi gelabah tahap bewak. Peluh ni dok menitik abih dari kepala, celah ketiak celah kangkang semua lencun dah.

Tengah dok kontrol tu dok tak dok dia tiru bunyi aku berjalan plak dah. Gamaknya sora aku sedap sangat kot dia tak bleh follow high pitch, dia buat dejey folow bunyi tapak kaki aku. Dok tup tap tup sat kat belakang sat kat tepi sat sat kot celah pokok pisang. Popelaq betoi la.

Tang ni aku tak tahan dah. Semangat bewak yang dari tadi aku simpan dah tak dapat ditahan tahan. Tak cakap banyak dah aku blah berdesup tengah bendang tu. Kelepap kelepap kelepap bunyi slipar jepun aku membelah keheningan jalan parit ban. Sampai tang part ada kona aku tak tekan brek dah. Banyak kali gak nak bersepai masuk parit.

Ada kot 10 minit sprint sampai nak hilang nyawa, lidah pun dah tejelen tejuntai meleleh leleh ayaq hinguih (hingus) barulah aku sampai kat kepala simpang masuk kampung.

Aku berenti lari pasai jantung tak bleh pi dah. Kalau aku lari jugak jantung tu bleh tekeluaq dok ataih jalan. Jadi aku stop sat amik nyawa. Dah sampai situ pun kira lega banyak dah.

Aku jadi makin lega bila depan aku ada orang kampung dok lepak isap kokdown (rokok daun) ataih tunggoi (tunggul) nyok. Dari jauh dia dok perati aku. Bila sampai dekat dia, rupa-rupanya Paksu Mat. Pak menakan kawan aku. Heran gak aku apa rongtua (orangtua) ni buat kat situ? Dia tegoq aku.

“Tak jadi balik ka?”
“Tak jadi paksu, dompet saya hilang kat pekan. Duit semua hilang.”
“Hmm. Aku agak dah.”

Agak? Apa yang dia agak aku pun tak paham.

“Paksu buat apa sini?”
“Sap kok dam sat. Hang pi la balik dulu.” Katanya. Kawan aku ada habaq hari tu Paksu Mat ni kaki isap dam (ganja). Tu pasai dia kerja kuat. Bendang serelung tu dia boleh menyangkoi dua tiga jam ja siap. Nanti malam dia bantai paipon lima enam dapoq.

Aku biaq Paksu layan ganja dia kat situ. Lantak dia lah. Aku pun berjalan teruih masuk kampung. Kat jam 10 gak baru sampai rumah Tok kawan aku. Gila b**i punya jauh pengembaraan aku malam tu.

Sampai depan pintu, Tok kawan aku dok kat luaq. Tekejut dia tengok aku. Dia tanya apa jadi? Aku bagitau la dari mula sampai habih. Dia suruh aku masuk mandi makan semua paihtu suruh tidoq.

Aku masuk rumah, naik ataih nampak kawan aku dok tebongkang dalam bilik. Lena dah dia. Bila aku keluaq nak mandi, aku lintaih kot bilik Paksu Mat. Pintu bilik dia tak katup rapat. Memang boleh nampak la apa ada dalam tu.

Tau apa aku nampak? Paksu Mat. Yaa.. Paksu Mat tengah dok balon paipon berdapoq dapoq. Asap bekelun dalam bilik sampai aku naik pening. Tapi dalam dok pening bedengung tu aku jadi pelik la jugak. Tadi dia kat simpang kampung. La ada kat rumah plak siap dengan tak pakai baju, gulung kain pelikat sampai ke dada. Masa bila dia p****g aku? Ka sebab isap ganja dia jadi hebat dan kuat? Aku tanya dia.

“Lajunya paksu balik. Paksu p****g saya tang mana?”

Paksu panggung kepala tengok aku. Hidung dia keluaq asap serupa naga nak semboq api.

“Balik? Balik mana? Aku tak pi mana pun dari tadi. Dok tang ni ja. Hang bedengung ka apa?”

Dajey dia ni. Dia yang paipon pasai apa aku pulak yang bedengung? Aku kira dia saja nak pedajey aku. Aku buat taktau ja, teruih turun pi mandi.

Sampai kat bilik ayaq, Tok kawan aku tanya macam ni.

“Tadi jumpa sapa kat bendang?”

“Paksu.” Jawab aku.

“Tu bukan Paksu. Paksu tak keluaq rumah pun dari tadi. Hang jumpa benda lain tu.” Begitu jawab Tok.

Aku tak terkata apa. Huk dak hek dak. Teruih masuk mandi paihtu naik tidoq. Badan ketaq. Kepala biul. Asap paipon masih berkelun masuk ke hidung aku. Stim baq hang.

Dari nak balik Penang, terus aku melingkup kat kampung tu lagi 2 hari. Dan sampai hari ni aku taktau apa benda yang tegoq aku rupa macam Paksu tu. Silap malam tu aku tak telepon pulis. Sepatutnya aku kena report …

“Helo pulis. Ada hantu isap ganja kat hujung kampung. Tolong mai kutip sat.”

Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Edi Arjuna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 4.8]

13 thoughts on “#edi arjuna – SEBERANG PUMPONG”

  1. Best baca cerita hang ni mat oii…. teringat dok bendang di Padang Gunung Padang Hang dekat Gunung Keriang nuuuu…… nostalgia betui baq hang……

    Sambung len no….

    Reply
    • PopoleQQQQQ!!!!
      Lepas baca cherita hng teruih ada rasa “rindu” wehhhh!! Hareeey la weh!!! Apapun cherita best wehhhh! LAsTLy, #SalamRindu utk semua!!!!!!!!!!!!!!!!!
      β–ͺ︎Rindu serindu rindunya

      Reply
  2. serius lawak sangat2..orang kedah ja paham ni… tang selipar bunyi tu berayaq mata baca cita hang.. rasa mcm nak suruh tulis novel

    Reply
  3. boleh krem mulut weh baca cter edi ni..seram campur lawak.. duk gelak sengsorang ni haa.. duk selam perasaan sekali bila baca tu.. haha

    Reply
  4. apa pun Edi kalau tulih, tak tersedak saja lah, tak gelak sampai sakit telinga pipi semua memang tak sah la…terbaik EDI Arjuna

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.