EMOSI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sebelum ni aku dah pernah hantar cerita SUMPAHAN TINGKAP, terima kasih atas komen yang positif dari pembaca-pembaca yang lain. Lepas kejadian tu memang aku jarang sekali la nak tidur menghadap tingkap, atau kalau sorang-sorang dalam bilik aku nak tutup lampu, dah berteman dalam bilik baru aku berani tutup lampu. Sape-sape yang belum baca cite sebelum ni, boleh ler pegi baca ye.

Cerita kali ni aku nak cerita pegalaman aku selepas kahwin, awal tahun 2000-an. Baru-baru kahwin memang aku selalu panas dengan suami aku. Orang cakap biasa lah baru-baru kahwin baru nampak perangai yang sebenar dan seangkatan dengan nya. Tapi bila diingat balik, macam tak logik penyebab kenapa aku panas dengan suami aku. Warning: cerita panjang, taknak baca boleh skip eh. So, let’s goo..

Rumah aku ada dua bilik, satu bilik tidur, satu lagi bilik aku jadikan bilik baju. Maklumlah rumah flat baru-baru nak hidup berdua masa tu. Kejadian ni jadi waktu malam, lepas masak dan makan malam, aku jadi serabut, nak marah, aku macam nak pukul suami aku. Ya Allah berdosa nya rasa HAHAHA. Tapi suami aku macam dah faham, kalau aku dah berubah, dia dah standby sama ada kena marah atau bergaduh malam tu. Jadi, suami aku suruh aku duduk rumah dulu, dia keluar kejap bagi masa untuk aku. Lepas dia keluar, aku ni jadi sejuk takde nak marah-marah, tapi ada sesuatu yang jadi kat aku. Aku dengar ada bunyi orang bersembang dekat sebelah bilik tidur aku which is dalam bilik baju aku.

Aku dah terdiam, sebab aku tau tu bukan suami aku, sebab aku nampak sendiri suami aku keluar pakai helmet, jadi sape dalam bilik baju tu? Aku dekatkan telinga aku, lama-lama aku dengar, macam bunyi orang bersembang tapi dalam bahasa SIAM. Lama-lama bunyi sembang tu bertukar kepada bunyi macam orang meratib. Terus kembang semua bulu roma aku. Aku tak fikir panjang, aku terus fikir nak capai tudung aku nak keluar rumah. Sementara aku berjalan nak capai tudung dalam bilik aku, aku dengar bunyi tapak kaki belakang aku. Terus aku pusing nak tengok kot-kot suami aku dah balik tapi, bukan ye. Aku cepat-cepat sarung tudung, nak keluar bilik. PAP! Lampu terpadam, ah sudahhhh!!

Kaku terus aku depan pintu bilik, masa tu aku pakai telefon nokia yang tekan-tekan tu je, nasib baik telefon aku ada lampu, aku pun pasang lampu dari telefon tu, aku nak suluh jalan ke pintu sebab nak keluar, slow2 aku jalan sambil suluh, yes! dah jumpa pintu, bukak je pintu, aku terus nak bukak gril luar, alamak! Lupe bawak kunci gril, kunci dalam bilik tidur aku. Rumah aku jenisnya dari pintu rumah, ad gap sikit untuk ke pintu gril, maknanya gril aku tak rapat terus kat pintu rumah. Maknanya bila buka gril dari luar, masuk dalam, terus kunci gril, baru buka pintu rumah, so kiranya lagi selamat la macam tu. Ha boleh bayangkan tak? Okay sambung. Hati aku terus berbelah bahagi nak masuk balik ke tak ambik kunci gril, masuk semula, gelap dan ada bunyi suara siam tadi, nak tunggu kat luar, memang tak boleh lepas ke mana dengan keadaan gitu.

Jadi aku nekad, patah balik ambil kunci laju-laju lari keluar. KONON. So sebelum aku patah balik, aku suluh dalam rumah, smpai ke siling aku suluh nak kepastian punya pasal. Dah yakin, aku pun melangkah masuk balik rumah, pintu aku biarkan terbuka. Baru beberapa langkah, DUMM! Pintu rumah tertutup dari luar. Dalam hati memang nak mencarut, kena main-main macam ni. Aku pun suluh lantai sebab nak tengok jalan ke bilik, masuk je dalam bilik, ak terus capai kunci, tiba-tiba ada suara belakang aku, “nak tengok?” dengan suara halus berbisik serak-serak. Dalam kepala aku, ape benda dia nak bagi aku tengok ni. Aku malas nak layan, aku suluh lagi jalan nak keluar bilik, tengah suluh-suluh, aku terkaku. Aku tersuluh sepasang kaki tak jauh dari aku! Dalam hati tunggang langgang dah bacaan aku. Itu bukan kaki suami aku ye, tu kaki pucat! Lama-lama aku perasan kaki tu macam makin ke arah aku, tapi dia tak melangkah, cuma bergerak perlahan. Macam ada roda bawah tapak kaki dia. Aku berdoa macam-macam dah, masa ni lah aku rasa menyesal sangat sebab biarkan suami aku keluar rumah. Tiba-tiba..

“Nak tengok?”
Ahhh sudah, suara tadi lagi, datang dari arah belakang aku. Kaki tadi masih depan aku. Aku dah menangis sebab rasa terkepung dari arah depan dan belakang.
“Nak tengok?” lagi sekali suara dari belakang tanya, tiba-tiba.. “krekkk…” aku tau tu bunyi pintu bilik baju aku, sebab pintu tu engsel macam dah karat sikit jadi bila buka memang akan berbunyi. Ah sudah apa benda nak keluar lagi dari bilik tu. Tak lama kemudian aku dengar suara garau dari arah bilik baju, Bahasa siam. Aku terus terduduk, tunduk ke bawah, tangan dah menutup muka sambal mengenang nasib bakal kena makan agakanya dengan benda-benda tu. Tiba-tiba
“Yang! kenapa awak tak bukak lampu ni, kenapa awak duduk kat situ macam tu!”

Terus aku dongak muka aku suluh depan pintu aku. Rupanya bukan suami aku, tapi ada satu lembaga berbulu besar, hitam. Terus aku menangis meraung. Aku mintak sangat masa tu aku pengsan sebab tak sanggup dah aku nak hadap. Aku kena tipu rupanya, memang kurang ajar. Kemudian lampu menyala, pintu rumah dibuka dari luar. Muka suami aku. Serta merta aku campak telefon yang ada kat tangan ke arah suami aku. Bukan apa, takut kena tipu lagi. Suami aku tangkap telefon tu.
“Awak kenapa ni? Menangis bukan main kuat sampai keluar dengar nya. Ada apa-apa ke? Kalau ye stress pun jangan sampai macam ni”

Eh eh aku kena marah balik. Kemudian aku diam je tak gerak-gerak, tak tahu la suami ak turunkan ego atau memang rasa serba salah,, dia datang peluk aku sambil mintak maaf sebab tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. Aku pun menangis la macam budak kecik, tapi ego tetap taknak mintak maaf HAHAHAHA. Jangan tiru aksi ini okay. Dah bertenang semua aku cerita semua kat suami aku. Dia terkejut. Rupanya dua malam sebelum tu dia ada dengar suara yang sama, seakan-akan meratib tapi tak kena ganggu macam aku. Cuma dengar suara je. Agaknya sebab aku nakal sangat kot dia kacau aku sampai macam tu sekali.

Lepas kejadian tu aku kadang-kadang was-was dengan suami aku, buatnya yang aku peluk tu bukan suami aku, naya pak karim.. tapi tak adalah teruk sangat keraguan aku tu. Dan aku pun kurang dah nak marah melulu, sebab lepas kejadian tu, suami aku ajak solat dan mengaji bergilir tempat. Contoh malam ni kat ruang tamu, malam esok kat bilik baju, malam esok kat bilik tidur sampai la gangguan tu aku rasa betul-betul hilang. Aku rasa kalau arwah nenek aku masih ada, mesti dia akan cakap, “ HA TULA KAU NANG, DERHAKA LAGI DENGAN SUAMI” kompom dia akan ucapkan ayat tu. Huhu.

So kesimpulan nya, jangan lawan suami selagi tak salah di sisi agama okay? Aku bukan derhaka cuma emosi je. Pasal kejadian-kejadian kat rumah tu kami ada tanya dengan ustaz, katanya benda tu cuma lalu, ada menyinggah sebab nampak macam ada aura negatif, dari aku la tu, sebab asyik emosi je dengan suami aku. Kemudian ada kaitan dengan benda-benda lama dari belah suami aku. Mesti tak faham kan? Maknanya mungkin tok nek wan belah suami aku ada membela, takde bertuan ke apa, nak cari tuan baru, kiranya tengah cuba nasib la, tapi nasib baik suami aku jenis solat juga, kalau tak memang hubungan kami berterusan panas. Cuma sampai sekarang kami tak ada rezeki untuk zuriat, doakan kami ya. Okay sampai sini dulu cerita aku. Peace yow!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

NANANG

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 97 Average: 4.7]

4 thoughts on “EMOSI”

  1. fuhhh seram giler.. meremang baca. nyaris aku egt bergaduh tu sbb kena sihir siam, ada peminat yg jeles sbb dah kahwin… 😆😅

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.