“EMOSI”

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai penggemar FS semua, nama saya aira (bukan nama sebenar) , maaf kalau cerita saya ini macam terabur ke, maaf ye … cerita saya ini berbunyi macam ini, amboi berbunyi ye … Pada semester akhir saya banyak juga benda yang berlaku cuma yang beri kesan impak dekat diri saya adalah saya mengalami kesedihan yang teruk sehingga menganggu urusan harian saya sebabkan masalah tersendiri, bukan masalah apa pun sebenarnya masalah datang dari orang sekeliling dan kawan sama-sama belajar juga.

Macam down juga lah emosi itu … Ada satu malam itu, rasa down sangat jadi saya keluar ambil angin masa itu dalam pukul 12 lebih juga menangis kau depan rumah, untuk pengetahuan korang ini rumah sewa tau, semester akhir kan so kena campak duduk luar la cerita nya. Kawasan sekeliling dah jiran – jiran semua dah tidur kot kiranya kawasan itu dah sunyi, lepas itu nangis lah depan rumah itu puas – puas nak nangis dalam rumah, kawan – kawan ramai penuh.

Tup Tup tengah nangis ada perasaan macam diperhatikan, tapi ignore je, sibuk layan perasaan down sangat, sampai terbawa – bawa perasaan itu, lepas itu intai tengok jiran depan rumah tengah sidai kain, cakap dalam hati ” fuhh nasib ada orang, kalau tak takut lah juga ” , penakut juga tu. Dah puas menangis masuk dalam, tutup kunci pintu apa semua masuk dalam bilik tidur, sebelum tidur tu, rasa dah badan ini macam tak sedap, macam rasa something lah. Then ignore jelah tidur macam biasa. Keesokan hari nya, pergi kelas macam biasa tapi macam tak ada mood tau, muka ketat je. Hari seterusnya pun sama juga perangai itu muka ketat je, lepas itu tiba – tiba sejak kejadian malam itu, saya rasa macam tak suka dengar orang azan lah, lepas itu tak boleh dengar orang mengaji, jadi macam baran marah – marah.

Masa hari sabtu dan ahad pergi rumah abang dekat kuala lumpur, tidur rumah abang, lepas itu, malam itu abang dekat ruang tamu dengan bini dia tengok movie tiba – tiba kak ana ( nama bini abang ) dia dengar bunyi dari bilik saya, abang saya pun dengar, minta kak ana pergi tengok lepastu, kak ana cakap saya macam mengigau. Jadi mereka pun anggap perkara biasa lah, biasa lah tidur tak cuci kaki main tidur je. Abang suka pasang ayat alquran maksudnya buka speaker lah, tiba – tiba saya macam marah – marah mengigau dalam tidur tak pasal – pasal bini dia terkejut, kak ana senang bangun kalau dengar bunyi, kiranya kuat juga lah bunyi tu. abang saya ini ada ” sixth sense ” macam dia dapat tangkap lah perangai saya itu.

Seminggu kemudian saya hadap benda dan situasi macam itu, tapi lama kelamaan badan jadi sakit, perangai 100% berubah, berubah menjadi bukan diri saya yang sebenar. Kalau keluar dengan tunang saya, tunang saya  pun cakap saya ini macam lain, tunang saya pun ada ” sixth sense ” juga bukan kumpulan sixth sense yang penyanyi itu tau, ini macam supernatural itu tahu tentang kehadiran entiti macam itu lah. Tiba ada hari itu, hari kejadian … jeng jeng jeng … saya bergaduh dengan kawan – kawan saya sama belajar, zaman belajar saya ini ada jenis yang suka berkumpulan jadi saya gaduh dengan kumpulan saya ini lah, semuanya ada 6 orang termasuk saya, maka saya gaduh dengan mereka, mereka pun duduk serumah dengan saya, dah lah esok saya ada kelas “midterm”.

Saya ambik keputusan, malam itu juga saya terpaksa lari pergi ke rumah abang saya dekat KL, sebab saya dah sakit sangat masa itu, sakit sampai saya lost control, tunang saya hantar kan saya dekat rumah abang saya dekat KL malam itu juga. Saya tidur macam biasa dekat bilik saya, esok nya memang saya tak datang kelas lah, saya Whats’app pensarah saya mengata kan saya demam tak dapat datang untuk jawab ” midterm ” saya. Esok itu abang saya kerja, kak ana cuti, jadi abang saya minta kak ana jaga saya sepanjang hari itu. sepanjang hari itu serius tak tahu kenapa saya tidur memang tak bangun, lepas itu, kak ana buat kerja rumah, masak dan sekian nya lah, pintu bilik saya itu, kak ana memang buka ialah nak tahu keadaan saya, lepas itu isteri abang saya kejap – kejap dengar saya terbangun merengek. lepas itu dia cuba kejutkan saya tapi saya tak bangun. sepanjang hari saya macam itu, lepastu maghrib itu abang saya rushing otw balik sebab isterinya beritahu tentang diri saya, abang saya sampai je dekat rumah tengok saya dalam bilik dah macam teruk, macam saya cakap sebelum ini, abang saya kan ada ” sixth sense “.

Lepas sahaja azan maghrib saya tak sedarkan diri, abang saya minta tolong kak ana bawa saya ke ruang tamu dan abang saya berlawan dengan benda itu hampir 3 jam sahaja, dengan kak ana kena sekali tempias nya, sungguh kuat kudrat abang saya ini lawan dengan benda itu, tidak lama kemudian tunang saya sampai, sewaktu abang saya balik dari kerja itu dia call tunang saya, tolong abang saya sekali, semasa berlawan itu abang saya cuba tanya kenapa benda itu ganggu saya, masa itu keluar suara jantan kau, lepas itu , benda atau entiti itu cakap ada orang dengki dan marah dengan saya, maksudnya ada orang bermusuh dengan saya. Kesian kak ana kena tempias nya sekali kejap benda atau entiti bertukar – tukar kejap masuk dalam badan saya, kejap badan kak ana tapi bertukar entiti, Lepas 3 jam berlalu saya dan kak ana pun muntah teruk, abang saya minta saya pergi mandi dengan mandian limau yang abang saya sediakan. Selesai mandi, badan saya terlalu lemah dan menjadi sakit – sakit, maka abang saya ceritkan dekat saya apa yang berlaku, rupanya benda itu ada dua duduk dalam badan saya, mengatakan satu bertuan maka satu lagi tidak bertuan allahualam lah macam mana kan.

Jadi saya cerita lah pada malam kejadian itu, yang saya menangis puas – puas itu, memang benda itu mendampingi saya, sebab saya telah buka 1 ruang untuk benda itu masuk dan menguasai diri saya, dan satu lagi yang bertuan itu saya tak tahu lah siapa dengki dengan saya dan abang saya cerita dekat saya yang saya muntah mengeluarkan, d***h, paku, rambut dan jarum. Saya terkejut dan muntah itu hanya abang saya dan tunang saya sahaja boleh nampak, macam saya mata kasar nampak macam muntah berwarna hitam . Kalau nak tahu dekat rumah saya itu ada non muslim indian jadi dia kuat juga bermain ilmu, kadang – kadang ada benda ikut dia, jadi saya tak tahu lah dari dia ke, saya taknak menuduh masih jadi tanda tanya kenapa ? macam saya cerita masalah saya down itu bukan apa – apa pun datang dari orang sekeliling juga .

Jadi the moral of story dekat sini, jangan terlampau ikutkan perasaan atau emosi nangis, walau kecewa macam mana pun sekali, atau menangis macam mana pun sekali, mengadu dengan Allah S.W.T, atau pun tuhan masing – masing kepada yang berlainan agama, sebab sewaktu kita sedih dan keseorangan dalam gelap, secara automatik kita membuka ruang kita sendiri membuat benda atau entiti itu masuk dalam badan kita, maka kawal emosi itu jangan terlampau ikutkan emosi itu, kalau boleh kalau nak berkawan itu berhati – hati ya, kadang – kadang orang yang baik pun ada maksud tesirat tersembunyi tersurat ye, saya minta maaf kalau cerita saya ini tidak menarik atau sebagainya, saya bercerita ini atas pengalaman saya sendiri, terima kasih kerana sudi meluang kan masa anda semua untuk membaca nya 🙂 . Have nice day 🙂

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.