Erotomania: Bahana KPOP (Mimpi)

Erotomania: Bahana KPOP (MIMPI)

Part 1 Di sini
P/s : cerita ni adalah sambungan dari cerita sebelumnya, so bagi sesiapa yang tak suka cerita ni cepat2 tekan EXIT before you read the story down below.
Hai!
First of all, aku nak berterima kasih kepada admin FS sebab siarkan cerita aku sebelum ni walaupun cerita tu boleh tahan banyak kecamannya juga. Hahaha.. Aku tak yakin juga sama ada cerita ni disiarkan atau tidak sebab Agak kelaut sikit teanya. Maaflah pembaca FS, cerita aku ni bukannya seram atau pasal hantu. Ianya lebih kepada pengalaman aku dan aku nak kongsikan untuk kalian. Ada yang rekomen suruh aku hantar cerita ni ke page iiu confession kalau tak silap, actually aku tak tahu pun page tu wujud sebenarnya. Ye lah aku ni tak minat nak karang2 cerita atau confess perasaan kat laman web. Kiranya ni adalah pertama kali aku tulis karangan nak share ke public. By the way, thanks bagi rekomen. Kalau ada masa aku jenguk2 lah page tu nanti yee.

Ada juga pembaca kata aku ni patut jumpa doktor sebab banyak halusinasi, bukan aku tak nak tapi aku takut. Jangan tanya kenapa okey. Selagi aku boleh kawal aku akan bertahan. Ada juga yang kata aku ni terlebih obses dengan kpop walhal orang lain pun minat juga dengan kpop tak lah sampai macam aku ni. Sis, manusia ni tak sama tau, rambut sama hitam tapi hati lain2. Harap fahamlah yee. Fuhhh panjang mukadimah..

Baiklah, ada beberapa pembaca komen nak tahu pasal mimpi di mana aku diberikan satu bayangan tentang kebenaran yang mereka sembunyikan disebalik topeng yang mereka pakai.

‘Satu malam tu aku mimpi sejak sekian lama aku tak jejakkan kaki ke ‘dunia mimpi’ tu lagi. Aku mimpikan sesuatu yang menakutkan umpama mengetahui kebenaran yang mereka sembunyikan disebalik ‘topeng’ yang mereka pakai.’

Aku mimpi bertemu mereka, macam sebelum2 ni. Cuma kali ni Agak berbeza sebab suasananya begitu suram dan sunyi. But still aku diamkan diri untuk tanyakan soalan2 tu kepada mereka. Tambahan lagi mereka seolah-olah sedih, kecewa, tak happy langsung. Tapi aku masih kekal bersama mereka, susah senang tetap bersama-sama. Cehhh.. One of the member,Jay(BUKAN NAMA SEBENAR) tiba2 bawa aku ke suatu tempat. Berdua. Bila dah jauh dari member yang lain. Aku tarik nafas, then tanya dia kenapa bawa aku datang situ tanpa member yang lain. Dia just tunduk dan diamkan diri.

Aku tak puas hati aku tanya dia lagi. Lepas adegan paksa-memaksa tu, at last dia tiba2 menangis sambil tunjukkan badan dia penuh dengan kudis2 bernanah. Aku terkejut bukan kepalang masa tu sampai terundur ke belakang. Dia kata kudis2 tu dah lama ada kat badan dia cuma dia tak bagi tahu dekat member lain. Aku tak tahu dia sakit apa sampai berkudis satu badan.

Tak obvious sangat sebab masa tu dia pakai tshirt long sleeve. Aku tak tau nak cakap apa masa tu, dia menangis teresak-esak sambil batuk2 teruk. Bila dah teruk aku datang dekat dia bantu dia bangun dan bawa ke hospital sebab dah teruk aku tengok. Aku datang dekat je tetiba dia pegang lengan aku kuat2.

Masa tu muka dia dah penuh dengan urat2 biru kehitaman, muka dia dah pucat lesi macam mayat hidup. Aku punya terkejut tu sampai tak boleh gerak, kepala rasa pening dan bulu roma aku tegak macam dawai, nafas aku tahan dalam2 dah tak boleh nak hembus. Mulut dia bergerak-gerak macam nak cakap sesuatu tapi aku tak faham sebab dia rasa sakit yang amat.

Aku start menangis bila tengok keadaan dia melawan rasa sakit tu. Dia rebah ke lantai, perlahan-lahan genggaman tangan dia terlepas dari lenggan aku. YA, dia dah m**i! Aku terduduk tak tau nak buat apa. Terdiam. Air mata aku dah berapa baldi dah masa tu. Dia dah tak ada depan mata aku.

Otak aku dah kejang nak berfikir. Saat2 aku kalut dengan perasaan sendiri, tiba2 dia bergerak. Aku lagi tambah cuak. Aku perasan ada asap warna merah berkepul-kepul masuk ke dalam badan dia sampailah asap tu masuk sepenuhnya.

Dia celikkan mata, but mata dia dah berwarna merah menyalah. Like a demon. Dia berdiri pun aku dah tak perasan. Kudis2 kat badan dia tu pun dah tak ada! Dia pandang aku dengan mata menyala dia tu, masa tu aku tak boleh gerak dah macam patung terduduk atas lantai tu. Dia tak buat apa2 pun dekat aku malah tinggalkan aku sorang2.

Masa tu aku dah fikir, dia manusia tunggangan syaitan? Aku betul2 tak tahu nak cakap apa. Terkejut, panik, takut, seram sejuk semua aku rasa. Aku cari member2 yang lain, takut c Jay tu buat something kat mereka yang lain pula. Tup2 bila aku jumpa member yang lain, elok je Jay duduk sembang2 macam tak ada apa berlaku. Kaki aku automatik berhenti sambil telan liur sendiri.

Mereka semua berdiri dan bergerak ke suatu tempat. Bila mereka perasan kehadiran aku kat situ mereka ajak aku sekali. Kaki aku jam tak boleh gerak. Aku pandang Jay. Dia bukan manusia kot! Boleh pulak Jay datang dekat aku sambil pegang lengan aku ajak jalan2 sekali. Time tu aku dah blank dan takut sebab aku dah tahu siapa dia sebenarnya, walaupun muka dia dah normal macam biasa tapi aku masi nampak mata dia yang menyala-nyala tu.

Aku ambil keputusan jalan dibelakang mereka, bagi mereka jalan di hadapan aku. Masa ni aku perasan salah sorang dari mereka hilang! Pulaaa mana dia pegi? Aku namakan dia Joshua. Dia tak ada dalam kolompok kami. Member yang lain tak perasan pun, buat hal sendiri je. Lepas tu mata aku terpandang lah satu bangunan besarrr sangat. Bayangkan 10 buah bangunan digabungkan sekali, hah macam tu lah besar dia. Dan tiba2 pula aku dah ada dalam bangunan tu.

Aku tak ada idea macam mana boleh ghaib masuk dalam bangunan tu pula. Bangunan usang, bumbung runtuh sana sini, nak melangkah pun rasa takut sebab lantai konkrit tu dah fragile sangat, bangunan ni ada basement. Kalau jenguk ke bawah melalui lubang2 kat lantai fuhh boleh tahan gelap kat bawah tu.

Sambil aku jenguk2 ke bawah tiba2 mata aku tertangkap satu objek, macam manusia. Tengah terbaring tak bernyawa di atas longgokan kayu2 runtuh.

YA manusia! Bila aku perhatikan betul2, manusia tu Joshua. Sekali lagi aku terkejut. Badan dia basah lencun disebabkan air takungan entah dari mana. Dannn tiba2 pula datang dua orang perempuan entah dari mana mereka datang. Mereka pun cari Joshua juga. Tapi cara mereka tu macam tak nampak pun ehadiran aku kat situ, macam aku ni halimunan.

Tup2 lagi Joshua dah ada kat depan mereka, aku pun tak tahu macam mana mereka angkat Joshua tu naik atas. Apa lagi mayat Joshua diratap, ditangisi dan dihiba sepenuh hati. Aku tahu mereka sayangkan Joshua, aku pun sayangkan dia. Tapi masa tu otak aku blank nak hadam semua benda berlaku masa tu. Apa semua ni? Aku terduduk sambil melihat mayat Joshua yang dah ditutup guna jaket leather warna hitam.

Masa tu aku dengar perempuan tu kata bahawa mereka nak minta tolong hidupkan semula Joshua. What the heck! Dia dah m**i kot mana boleh hidup semula. Jangan cakap mereka minta tolong dengan ‘devil’ yang ada dalam badan Jay tu, Asap merah. Susah aku nak fikir. Aku terlalu stress sampai lahh aku tak sedar aku pengsan. Sedar2 lagi aku dah atas katil dengan badan perpeluh-peluh, jantung berdegup kencang macam dah nak terkeluar dari badan.

Serius lepas aku mimpi macam tu, otak aku dah tak betul asyik fikirkan mimpi tu. Pada masa yang sama aku ada baca satu statement yang menggelar mereka ni Syaitan. Statement tu dinyatakan oleh seorang pendakwah islam Malaysia. Lepas je aku baca statement tu aku menggigil.

Macam mana boleh jadi satu kebetulan, aku pun tak tahu. Sebab tu aku cakap, benda ni boleh jadi fitnah seolah-olah mimpi aku tu meng’iya’kan statement pendakwah tu pula. Berita ni sampai kat korea tau, peminat2 mereka kecam sangat ustaz yang gelar mereka sebagai Syaitan tu. Tak kurang juga artis2 Malaysia pun turut kecam sama sampai buat live lagi. Haihhh.

Apa kata kalian?
Aku sedih bila benda ni berlaku dekat aku. Aku tak minta pun semua ni jadi. Aku manusia biasa, mereka pun manusia biasa. Masing2 ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Aku harap semuanya ada hikmah. Baiklah, sampai sini sahaja story aku kali ni. Aku dah terangkan pasal mimpi tu kat sini. Harap dah terjawap lah ye. Maaf kalau tak Best. Tak apa korang boleh je komen apa2 pun, aku tak kisah. Lain hari aku akan karang cerita lain pula dan aku pastikan cerita tu pasal benda2 mistik dan pasal jin dan syaitan. Thanks Fs!
-Gloomie-

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Gloomie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

15 thoughts on “Erotomania: Bahana KPOP (Mimpi)”

  1. Frankly, aku rasa ni cuma over obsessed dengan kpop sampai kau cipta dunia sendiri dan watak-watak sendiri, because at the end of the day diorang ni cuma mimpi je bagi seorang peminat. You’ll never have them, never be with them.

    Aku dah baca juga part one sebelum ni.

    But sharing is good, at least ko terima fakta ini cuma fan and idols relationship.

    Reply
  2. Pertamanya, terima kasih berkongsi dgn pembaca pasal mimpi tu. Sebenarnya pada pandangan saya, apa2 hiburan yg melalaikan dan menjadikan peminatnya terlalu taksub sehinggakan manjadikan artis itu idol dalam masa singkat pasti ada ‘sesuatu’ disebaliknya. Perkara seperti ini biasanya banyak berlaku di kalangan penyanyi USA dan mereka digelar sebagai ejen ‘reptilian’ oleh orang putih. Pada saya mereka ini adalah pengikut/ejen Dajjal sebenarnya. Di mana mereka diberikan populariti, kekayaan dan pengaruh luar biasa. Untuk apa mereka begitu, sudah pastilah persediaan mengumpul pengikut utk menyambut kemunculan Dajjal nanti. Wallahualam.

    Reply
  3. Sis rasa group yg penulis mimpi ni BTS kot, sebab group pendakwah malaysia ckp demon tu kan BTS.. Teori MV diorg pun ada kaitan dgn devil and evil. Bagi sis nak minat boleh tak salah tapi jangan obses sgt. Stop berimaginasi tentang diorg. Jalani hidup macam manusia biasa.

    Reply
    • Alhamdulillah. Hidup saya dah kembali normal macam dulu2. Tapi ada masanya perasaan tu datang balik. Susah nak recover dari erotomania disorder ni. Mungkin sebab saya rasa sunyi. Jauh dari family. Boyfriend pun tak ada. Nak kata saya obses dengan kpop tu tak juga sebab saya cuma tau grup ni je.Kalau yang lain, ZERO! Taknak ambil tahu pun grup idol lain selain mereka ni. Apapun, thanks baca ^^

      Reply
  4. Akula, saya stuju ngan statement anda. Kat USA rihana, madonna, Lady Gaga semua tu agent2 dajjal la tu. Rasanya mmg Ada sstgh Korean artist jgk di beri kelebihan mcm Ni mamdangkan ramai kpoppers yg bercambah. Apa pun, selagi namanya manusia usahla terlalu taksub follow deme. Allah marah andai Kita mengidolakan makhlukNya berlebihan. Alhamdulillah penulis diberi ptunjuk awal2. Blh tgk ceramah ustaz auni utk lbh details ttg Hal hiburan yg related ngan dajjal ni

    Reply
  5. Bukan nak backup BTS tapi rasa ni masalah penulis je sebab frankly me and my friends are avid kpoppers from second generation lagi. And kitorang pun follow BTS since their early days, tapi sekarang tak minat dah and tak dengar lagu diorang dah sebab diorang jadi mainstream (army jangan bash). Anyway, statement diorang tu setan mengarut lah

    Reply
    • Lepas kejadian ni, saya dah berubat dengan sorang imam kat kampung saya. Kononnya mak saya nak pulihkan semangat saya ni. Dan lagi satu mak nak suruh imam tu tengok2 kan keadaan saya sebab tapak tangan dan tapak kaki saya jenis berpeluh. Entahlah penyakit ni rare ke tidak sebab ada juga manusia jenis berpeluh tapak tangan tapi saya ni mak aihh.. Time2 tongkat dagu boleh pula peluh tu mengalir ke siku. Memang teruk Sampai tak boleh menulis. Lepas kena rukyah, imam kata ada makhluk halus suka kat saya. Benda tu dah lama suka sejak saya baby lagi. Kiranya sya dan benda tu dah ada ikatan sebab dah terima something dari dia. Kesimpulannya, tahulah saya asbab kepada erotomania ni. Benda tu sengaja manipulasikan perasaan saya sampai terjebak dalam kpop ni .

      Reply
  6. Aku kembali ke ruangan komen ni. Saja nak bagitahu kot2 masih ada yang baca page ni. Lately, mereka dah buat comeback album. Mereka dah released lead single yang mana mv lagu tu dilakukan dalam sebuah bangunan terbiar ataupun mall terbiar. Mereka tak ada dalam mv tu, tapi suasananya cukup membuat aku tercengang. saya tak perasan lagi tapi lama kelamaan saya tersedar bangunan tu hampir sama dengan bangunan yang saya mimpi. Tapi bangunan yang mereka gunakan nampak elok sikit yelah sebab buat mv kan kenalah elok sikit. Tapi almost the same! Lepas mv tu di released mereka bertolak ke USA untuk menghadiri grammy award dan beberapa lagi rancangan TV kat sana .Dan lagi memeranjatkan Joshua pakai leather jaket persis macam leather jaket yang menutupi dia dalam mimpi saya tu! Saya tak boleh moveon T_T saya nampak gambar grup ni time scroll ig. Masa tu mereka dah tiba di lapangan terbang US. Masa tu mata saya dah tertacap kat jaket yang Joshua pakai. Mimpi ni saya alami tahun lalu. Dan mereka released album ni pada tahun ni. Tak ada clue atau bayangan yang mereka bagi kat media tentang new album mereka ni. Mereka ni memang suka buat fans tertanya-tanya dan memikirkan teori-teori logik dan kaitkan dengan album mereka. So semua ni berlaku hanya kebetulan? :'(

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.