Erotomania: Bahana KPOP

EROTOMANIA : BAHANA KPOP

-Terima kasih FS jika cerita ni disiarkan-

Hai. Aku seorang pencinta muzik. Berilah lagu apa sekalipun aku akan layan tidak kiralah lagu dangdut ke, jiwang karat  sampai meleleh air mata, lagu english,  lagu arab, tagalog just name it,  semua aku  layan as long as lagu tu mengena di  jiwa aku.

Cuma satu je aku memang takkan layan sampai tahap alergik dengan lagu  ni, korang mesti tahu jawapannya.. yess KPOP!! Aku tak tahulah kenapa, mugkin sebab aku tak suka sebab artis kpop ni full of fake,lips sync time live lah, lepas tu yang lelaki acah-acah macho, yang perempuan pula buat-buat comel bagai, menyampah aku tengok tambahan lagi aku jeles sebab muka mereka flawless sangat! Pfftt.. nak muntah hijau aku! Maaflah kepada kpopers yang ada dalam FS ni, aku memang kecam habis artis kpop ni, macam tipikal non-kpopers yang lain. Tapi semuanya berubah sehinggalah….

Benda ni berlaku ke atas diri aku pada tahun 2018 iaitu tahun lalu. Aku masih study lagi, tapi memandangkan time tu hujung minggu, jadi seharian aku Cuma habiskan masa goyang kaki atas katil, buka hadphone layan utube.

Semua channel aku buka,layan tutorial makeup. dah rasa nak muak tengok mekap2 aku cubalah scroll utube tu mana tahu ada channel menarik. Sedang aku ralit scroll down tu tiba2 tangan aku berhenti dekat satu  channel ni, aku perasan tu mv kpop. Aku abaikan sebab bukan taste aku.  Tapi aku rasa tak puas hati umpama hati aku ditarik-tarik untuk tengok mv tu.

Lepas bersusah payah cari balik channel tu, akhirnya jumpa juga. Masa tu aku dah berdebar, tak  pasti sebab apa walhal aku sebenarnya just tertanya-tanya apa yang special sangat dengan mv tu sampai mencecah ratusan milion viewers dalam masa beberapa bulan. Serius, aku tak kenal mana-mana kpop group tak kiralah group girls or boys termasuklah group yang aku tengok masa tu.

First aku agak kaget juga sebab ramai sangat ahli kumpulan dalam satu group.hahaha. jujur aku katakan, masa tu aku agak tertarik dengan mereka, mereka tak macam artis kpop yang lain,mereka berbakat, ada style tersendiri, muzik mereka pun best, tambahan pula mereka comel(terjebak).

Bila dah suka, aku rasa tak puas lagi. Aku try dengar lagu2 mereka yang lain pula. Setiap mv yang aku tengok buat aku speechless habis. Dalam hati tak habis-habis aku mengomel,  kenapa bagus sangat mereka ni haihh..

Bermulalah detik hitam dalam hidup aku. Sesuatu yang tak pernah aku lalui, atau mana-mana manusia yang ada di  muka bumi ni. Kalaupun ada yang senasib dengan aku, tapi tak ramai yang alaminya. Semakin hari aku jadi obses dengar lagu2 mereka.

Setiap lirik disebalik lagu mereka aku akan translate dan aku fahami. Dalam masa singkat aku jatuh hati, aku rasa rindu, aku tak boleh tidur sebab fikiran aku berkecamuk,asyik fikirkan mereka tengah buat apa dan di mana. Semua perihal mereka aku nak tahu termasuklah background life mereka.

Hidup aku dah tak tentu arah. Dalam sehari aku tak boleh kalau tak dengar lagu2 mereka, dah macam dadah untuk aku. Perkara ni jadi lebih ekstrem bila aku start berhalusinasi, berilusi,delusi or whatever it  is. Mana-mana aku pergi, bayangan mereka sentiasa memburu aku tak kira masa dan tempat. Tiap kali aku nampak mereka, aku rasa sebak sebab  aku rindu. Mereka ada depan mata tapi tak boleh nak dekat.

Lebih parah bila aku tahu orang disekeliling aku minat mereka. Hati aku sakit dan marah. Tak ada siapa yang boleh sukakan mereka melainkan aku, mereka milik aku sorang, dan  aku yakin mereka pun sukakan aku. Hmm, yakinnya aku.

Perkara ni aku tak cerita dengan siapa-siapa termasuk kawan rapat aku sendiri. Aku takut dicop gila dan dikira tak munasabah langsung. Lagipun aku ego sebab sebelum ni aku kan anti sangat dengan kpop. Disebabkan tu jugalah aku jadi murung, selera makan aku berkurang, sehari kalau boleh tak nak makan nasi langsung (baik puasa sunat).

Lepas tu aku teringin sangat ke pantai lebih-lebih lagi masa sunset. Ada sebab kenapa aku suka sangat ke  pantai. Perkara ni lagi misteri susah untuk akal waras aku nak rungkai. Kalau korang pernah tengok cerita Inception lakonan Leo diCaprio tu, benda tu berlaku kat aku, tapi tak 100% sebiji macam cerita tu.

Tiap kali aku terlelap, aku berada di tempat lain, tepat sekali mereka ada bersama aku. Serius  aku katakan benda ni macam real,aku boleh rasa makanan, hidu bau,rasa sakit dan teriknya panas matahari, macam kehidupan seharian kita.

Macam-macam yang aku hadapi masa terperangkap kat mimpi tu, rasa takut, gembira, sedih marah dan konflik antara aku dan mereka. tapi aku tak nak cerita kat sini nanti cerita nii laagii panjang, tak sampai nanti feel tu. Itupun kalau korang berminat, aku akan buat yang terbaik susun ayat cantik2 untuk korang faham.

Aku bukanlah pandai mengarang sangat nak bagi pembaca fahami content yang aku nak  sampaikan, sebab benda  ni susah nak faham dek akal fikiran.

Berbulan aku menderita penyakit misteri ni, memakan masa yang lama untuk sembuh terutamanya nakk sembuhkan hati dan perasaan. Macam mana aku sembuh? Satu malam tu aku mimpi sejak sekian lama aku tak jejakkan kaki ke ‘dunia mimpi’ tu lagi. Aku mimpikan sesuatu yang menakutkan umpama mengetahui  kebenaran yang mereka sembunyikan disebalik ‘topeng’ yang mereka pakai.

Aku takut nak kongsi, takut jadi fitnah. Nanti tak pasal-pasal aku kena serang oleh  peminat mereka pula. Lepas aku mimpi tu, aku tambah stress. Otak aku dah nak pecah hadam semua yang ada dalam  fikiran aku. Rasa nak m*ti je masa tu. kawan-kawan aku pelik dengan perangai  aku yang berubah secara drastik.

Aku dah tak tahan, akhirnya ego aku yang tinggi kukuh hancur musnah. Time ni lah baru aku cari sejadah dan telekung. Sembah tuhan yang maha Esa, minta jawapan dari persoalan yang aku tak mampu nak selesaikan.

Aku mengaku selama ni aku lalai tunaikan kewajipan, tambahan aku free hair. aku tahu ini adalah ujian yang ALLAH  turunkan untuk aku, sekali je ALLAH jentik aku dah tersungkur. ALLAH tak beri apa yang aku nak, tapi aku dah dapat ketenangan, itupun dah cukup untuk aku. Sembuh tu tak lah sepenuhnya, aku still follow mereka dekat sosial media, ikut perkembangan mereka tapi taklah hardcore sangat macam dulu.

Maaflah kalau cerita aku tak seram  dan berjela-jela. Aku nak kongsikan pengalaman yang menimpa aku selama ni. Some of you akan cakap cerita aku mengarut, keanak-anakan  tapi percayalah peritnya tanggung semua ni ALLAH je yang tahu.

Kepada pembaca yang bergelar ibubapa, pantaulah anak-anak kalian. Cari tahu apa yang mereka tonton dan lihat. Bagi yang ada kwan-kawan macam ni, janganlah terus2 jugde mereka dan suka hati tinggalkan dia. Bukan apa, bagi aku benda ni tak boleh bawa main-main, pengidap erotomania akan mengambil tempoh yang lama untuk sembuh, kalau tak dapat rawatan akan jadi gila dan bersikap ekstrem dan membahayakan  orang sekeliling mahupun  seseorang yang menyebabkan mereka erotomania.

Aku tak pakar sangat pasal ni. Korang boleh check kat mr.google untuk info lebih atauu mana-mana sumber. Itu je lah aku nak kongsi setakat ni. Dah panjang sangat ni.

Satu je aku nak pesan, kita ni kalau boleh janganlah terlalu bencikan sesuatu, terutamanya bencikan seseorang. Kita tak tahu suatu hari orang yang kita benci tu akan bertukar menjadi seseorang yang kita rindu pula.

-Gloomie

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Gloomie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

30 thoughts on “Erotomania: Bahana KPOP”

  1. ” Satu malam tu aku mimpi sejak sekian lama aku tak jejakkan kaki ke ‘dunia mimpi’ tu lagi. Aku mimpikan sesuatu yang menakutkan umpama mengetahui kebenaran yang mereka sembunyikan disebalik ‘topeng’ yang mereka pakai”…
    Hmmmm apa kebenarannya… Writer tolong jawab please

    Reply
  2. Aku pun bukan peminat kpop. Tapi x anti kpop pun.. basically aku pun hairan kenapa org bole taksub sngt ngn kpop ni. Aku ni generasi bsb, nsync, 5ive etc. Tapi zaman tu, fenomena nye x setaksub peminat2 kpop sekarang. Sampai bole gaduh disebbkn kpop.. Agaknye betul la member aku ckp, kpop ni ada ‘hantunya’ 😅😅
    Btw, pernah juga aku cuba layan. Aku start dgn black pink. Aku try tengok mv diorang, aku tertanya2 bila diorang nak start ‘menari’ ni? Rupanya aksi tunjuk2 langit, lentok kanan kiri tu la tarian diorng. Haha xdpt aku tengok tarian penuh jiwa mcm bsb. So dari layan black pink, akhirnya aku terus jumped layan konsert black parade mcr untuk sejam…😅😅

    Reply
    • Ada sejarahnya, mungkin la mungkin…ada aktiviti mcm penyanyi oppa gangnam. Depa ada buat ritual..ritual tu yg buat org tergila² lagu/band tu, mcm iron maiden/band lama² barat lain, siapa minat band ni tau la apa ritual band dia

      Reply
  3. mungkin ada something yg writer takleh nk expresskan..mmg berhantu pun kpop ni kalo terlalu memuja. tp masa zmn boyband meletop dulu, saya mmg minat gile gak, 90s boyband cuma so far time tu mungkin tidak memuja smpai thp bdk skrg memuja kpop. n zmn berbeza, 90s takde internet laju mcm skrg. skrg ni semua di hujung jari. kalo zmm saya dulu kehendak utk tonton music video n sbgnye tak semudah skrg. nk kena beli video tape kalo nk tgk vid klip. sbb tula, memuja kpop smpaikan remaja2 tahap meratap pasang lilin sbbkan mamat yg b***h diri tu pun sanggup membodohkan mufti. minta dijauhkan. na’uzubillahhiminzalik.

    Reply
  4. Hahahaha lawak (sorry) actually aq Minat gak K-pop tp xde la sampai tahap orang Tu milik aq sorang je Dan Alhamdulillah X sampai tahap angau tp masuk dlm mimpi Tu ade la buts still X smpi angau

    Reply
  5. budak wecat ni…pls la…..ko sendiri yg gila kpop salahkan hantu..kang persatuan hantu serang kau baru tau….penyakit misteri konon…….

    Reply
    • Terang2 dia ckp erotomania. Benda bukan main2, budak wicet mana tau benda alah semua ni. Erotomania ni salah satu type of obsessive disorder. Benda ni ada jadi kat semua org , bukan pada subjek kpop je. Org yg jadi erotomaniac akan cenderung perasan org yg dia suka tu cinta dia jgk. Erotomania ni yg buat someone tu mula stalk people, jadi over protective pasal org tu.

      Reply
  6. tak salah nak dengar apa jenis music sekali pun, cuma jangan terlalu taksub. aku ni layan kpop dari umur aku 11 tahun sampai sekarang 20 tahun, itupun start sebab drama fullhouse then start minat korea then music diorang. Tak salah pun minat sesuatu asalkan pada masa yang sama tidak lupa Tuhan dan hidup tu biar berlimit sikit. jangan nak enjoy je

    Reply
  7. Hahahahhaa, jahat betul komen2 ni. Tpi aq prnah rasa jgak. Nk kata fanatik xtau la, tpi tu jdi sumber kekuatan ja. I felt exactly the same way. But now bila dh blik ke realiti, mcm hilang sumber jdinya. Step la into reality, moga2 ada kemudahn tuhan beri

    Reply
      • Rasanya wannaone x pown Boyz… Ah lantak la… Cuma jgn lah kecam.. Ni Komen semua dok kecam… Dia just share cerita Jew.. sekurang kurangnya Ada gak tambah serba sesikit ilmu d dada… Sy juga pminat kpop… Something pernah rasa mcm yg dia rasa cuma sampai nak marah2 bila org lain minat gak tuh xdew la… Sometime sy rasa at Ni dah blh join fanatic group.. tp alhamdulillah… Syukur Allah masih sygkan sy… Still ngan kpop n dlm Masa yg sama Cuba utk dekatkan diri lg dgn Allah… Sbb sy yakin yg kpop adalah puppets kpd pemuja Dajjal.. cuma sy still xleh nak putuskan dr minat kpop… N masih lg mcuba utk elakkan diri agar x jd pemuja… Setiap Kali org panggil mereka idol setiap Kali itu juga sy akan ingat Allah… Allah itulah satu satunya IDOL tiada yg lain

        Reply
  8. aku pn paham perasaan tu. sblm ni aku pn macam tu..benci gile kpop..mg sgt skeptikal dgn dorg esp. bab rupe dorg yg sgt jambu tu. lagu pn bile tdengar sikit2..mcm xleh masuk lnsg. ala2 electropop je sume.tp ntah cmne boleh tersangkut kat satu group ni mase 2012. kebetulan group tu pn baru buat comeback mase tu, aku pulak tertengok mv dorg mase tgh keboringan. ntah cmne boleh jatuh cinta n jd sgt curious psl dorg. dah terjebak..terus kagum, takjub, maniac kat dorg nih.sume hal dorg aku korek..lagu dorg pn kalau sehari xdengar boleh jadi kosong jiwe. tp skg da xmanic cm dlu la.layan je lagu dorg cume xdela hardcore cm dlu. bile pkir alik mg pelik..ntah ape mandrem la dorg pakai agaknye smpi ttbe bole idolize dorg..haih

    Reply
  9. Sori kalau sy cakap ni tak logik. Ni semua mainan sihir.. Sampai taksub sangat kpop ada yg ikut depress, nak b***h diri..itu tanda terkena sihir.. Cuba la rukyah diri semula.. Jauhkan diri dari tonton mv dorg kalau pernah ada sejarah begini. Maaf sy tak anti kpop atau apa saja hiburan. Cuma akhir2 zaman ni kurang2lah berhibur.. Hafal surah AlKahfi ayat 1-10 & 100-110. Semoga jauh dari fitnah dajjal InsyaAllah..

    Reply
  10. Kalau ikut pengalaman, jangan benci sangat pada sesuatu dan jangan obses sangat. Bersederhana saja. Risau termakan kata2 sendiri. Tak salah kalau suka atau tak suka, cuma berpada-pada

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.