ESTODANIA (Bhg. 1)

Salam sejahtera semua. Ini permulaan cerita yang saya cuba hasilkan. Maaf kalau pembaca bosan. Saya bercadang untuk menulis cerita fiksyen pengembaraan mistik. Jadi saya harapkan komen dan teguran. Kecam boleh. Tapi jangan kecam sangat. Saya ni berhati tisu. Hehehehe. Kalau ada soalan, tanya je dalam komen. Nanti saya akan cuba balas. Oh, ya! Plot cerita ini saya cadang ditentukan oleh pembaca. Game Book concept.


BAHAGIAN 1 : MENJEJAK FARIS

Ayyan mendongak ke langit. Hamparan kelam malam disulami malap cahaya bulan menggitari pandangannya. Malam ini bintang kurang kelihatan tidak seperti biasa kelana Ayyan sebelum ini. Mungkin disebabkan kepulan awan yang memenuhi segenap sudut langit sejak maghrib tadi. Ayyan melihat jam tangannya. Kurang tiga minit masuk pukul sembilan. Masih jauh lagi perjalanan menuju ke Estodania.

“Faris, tunggu aku datang. Aku dalam perjalanan. Bertahanlah sahabat.” ujar Ayyan perlahan lalu melepaskan hembusan nafas ringan. Perjalanan menuju ke Estodania terpaksa direhatkan sebentar. Di hadapannya kini terbentang luas Laut China Selatan. Dia buntu memikirkan cara untuk melintasi laut itu. Malam ini, dia akan berhenti rehat di pinggir Belawai ini untuk memikirkan ilham menyeberang hamparan laut di hadapannya itu. Sepatutnya dia sudah berada di Tanah Emas sebulan yang lepas. Sepatutnya sekarang dia sudah hampir dengan Estodania yang terletak di penghujung tanah Asia itu. Sepatutnya dia sudah hampir dengan sahabatnya, Faris. Selepas Tanah Emas, Ayyan hanya perlu berjumpa dengan Tok Kandek yang telah berjanji membawanya ke Estodania. Ayyan melabuhkan punggungnya di atas batu besar yang mengunjur ke arah selatan.

Estodania. Satu kerajaan muluk yang terletak di hujung tanah besar Asia. Kerajaan Estodania adalah antara kerajaan yang kaya dan paling kuat di rantau Nusantara ini. Kerajaan yang ditadbir oleh Permaisuri Isabella itu sudah lama menguasai perdagangan air dan udara. Faris, sahabat sepermainannya telah merantau lebih awal ke tanah serba moden itu demi mengejar cita-citanya. Faris yang berkulit sawo matang bermata bundar bercadang hendak menjadi juru terbang. Cita-citanya itu tidak mungkin dapat dicapai jika dia terus mendiamkan diri di tanah leluhurnya.

“Aku kalau dah besar nanti nak pandu jet macam tu,” Faris menunjukkan jari ke langit. Lima buah jet pemantau Kerajaan Estodania terbang melalui perkampungan mereka menuju ke arah utara. Memang Estodania merupakan kerajaan yang sangat maju sejak dulu lagi.

“Kau nak jadi tentera Estodania ke?”

“Yup. Kalau nak pandu jet macam tu kenalah jadi tentera Estodania kan?” Faris berkata dengan yakin.

“Estodania jauh sangatlah Faris. Kau ingat senang ke nak pergi sana!”

“Ayyan. Sejauh-jauh Estodania, akak kau dah sampai sana. Duduk menetap di sana sehingga beranak-pinak dan tak pulang-pulang. Maksudnya tak jauh manapun.” ujar Faris membela niatnya.

Memang benar, kakak sulung Ayyan sudah hampir lima tahun meninggalkan kampung halaman kerana pergi merantau ke Estodania. Katanya, hendak menuntut ilmu di sana. Kebetulan pada masa itu, Permaisuri Isabella sedang mencari guru wanita yang boleh menjadi pendidik di Istana baginda. Namun, selepas tiga tahun di perantauan, kakak sulungnya senyap tanpa mengirimkan sebarang berita. Entahkan bernyawa atau tidak. Walhal, awal kelananya, mereka selalu bertukar khabar.

“Kau rasa Farihah masih hidup tak?” tanya Faris. Mata mereka masih dihalakan ke Laut Sulawesi. Kulit kayu mati dikupas-kupas sebagai hiburan.

“In shaa Allah dia masih hidup. Selagi kami belum dikirimkan mayatnya, selagi itu dia masih hidup. Kita fikir yang baik-baik. Mengapa? Rindu?” ujar Ayyan.

“Mestilah rindu. Takkanlah tak rindu pujaan hati.” balas Faris sambil merebahkan dirinya di atas pasir. Tangan didepakan.

“Don’t you miss her too? Your sister.”

“Of course, I do! Akak sendiri kot. Tapi kita hanya mampu mengirimkan doa. Tak kan lah nak pergi Estodania cari dia. Tak mampu aku. Masih budak lagi”

“Jujurnya, aku ragu dia masih hidup. No offense! Dengan apa yang berlaku di Estodania tiga tahun yang lalu, tipis peluang nak bernyawa,” luah Faris jujur tanpa mempedulikan bahawa dia sedang mendakwa bahawa kakak Ayyan itu sudah meninggal dunia.
Ayyan mengambil segenggam pasir lalu membalingnya ke muka Faris.

“Kurang ajar punya member! Kau memang nak akak aku mati ke?” pasir dibaling berkali-kali. Faris bingkas duduk lalu menepis tangan Ayyan.

“Ooii.. rilekslah aku cakap possibility je kot! Nak mengamuk kenapa?!” ujar Faris diiringi dengan tawa.

Bayu dari Laut China Selatan membelai kulit Ayyan dengan lembut. Dia biarkan. Mindanya menerawang jauh ke kisah-kisah yang berlaku setahun lalu. Ketika Faris masih menjadi sahabat yang menemaninya menjala ikan di perkampungan mereka. Sungguh saat itu dia rindu kepada sahabat sepermainannya itu. Dia dan Faris membesar bersama. Rumah mereka saling berhadapan antara satu dengan yang lain. Hampir setiap hari, Faris menjadi rakan sembang bersama Farihah, kakaknya. Sehinggalah Faris meluahkan rasa cintanya kepada Farihah. Tindakan Faris itu menyebabkan Farihah mula mengasingkan diri daripada mereka lalu akhirnya memilih untuk merantau ke Estodania.

“Ayyan! Ayyan!!” suatu petang Faris bertempik memanggil namanya. Ada nada kegirangan pada suaranya. Ayyan pada masa itu sedang menjahit pukat datuknya yang koyak. Duduk di atas batang pokok kelapa yang telah ditebang-tebang. Pukat di hadapannya diikat pada tiang-tiang kayu yang disusun rapat dan bersilang.

“Hah… kau ni dah kenapa macam toyol terjumpa guli terkinja-kinja?” tanya Ayyan sebaik sahaja Faris tiba di sebelahnya. Faris hanya melemparkan senyuman sumbing seperti kanak-kanak yang diberikan permainan baharu.

“Macam mana kau tahu toyol kalau terkinja macam aku buat tadi? Kau pernah nampak toyol?” sakat Faris.

“Pernahlah. Dia nak curi ikan aku..”

“Seriuslah? Sekarang dia ada tak?”

“Dah dah.. tak payah nak mengarut. Ada apa? Kenapa kau happy tak ingat dunia ni?”

“Baca ni!” Faris menghulurkan sehelai kertas berwarna emas yang digulung-gulung.

Ayyan membuka gulungan kertas tersebut. Ada tinta merah yang menghiasi kertas emas tersebut. Kertas berwarna emas seperti ini dia pernah nampak tiga tahun yang lalu. Tampak kertas tersebut sama dengan kertas yang diterima Farihah ketika dia mendapat surat lantikan menjadi Fuqaha di Istana Estodania. Kertas berwarna emas ini tanda urusan diraja dan hanya surat-menyurat rasmi dari istana sahaja yang dibenarkan dicetak di atas kertas seperti itu. Maksudnya, Faris juga mendapat lantikan untuk menjadi tenaga kerja di istana mega itu? Ayyan membaca satu-persatu perkataan yang dicatat menggunakan tinta merah. Jemputan Kadet Juruterbang Diraja.

“Tahniah Faris.. Akhirnya tercapai juga cita-cita kau,” ujar Ayyan. Suram.

“Laaa… tu je reaksi kau?” rungut Faris.

“Dah tu? Kau nak aku buat macam mana?” Umumkan sekampung?”

“Tidaklah sampai macam tu sekali… agak-agak lah.” Faris merampas kembali surat tawaran di tangan Ayyan lalu mengambil tempat duduk di sebelah kanan Ayyan. Ayyan menyambung kerjanya menjahit pukat yang koyak.

“Kau tak happy ke, Yan?” tanya Faris. Senyuman di wajahnya mulai pudar.

“Yang dapat kerja tu kau, bukan aku. Aku tumpang bahagia je lah,” jawab Ayyan.

“Yang kau tak nak apply dulu kenapa?” bentak Faris. Ayyan memandangnya.

“Tak minat!” jawab Ayyan pendek lalu menyambung kerjanya.

“Tak pe lah Faris. Kau pergi je. Okey lah tu. Allah dah tunaikan impian,” sambung Ayyan. Tangannya masih rancak menjahit mana-mana bahagian pukat yang koyak. Hanya ada sedikit lagi yang perlu dijahit selepas hampir sejam duduk di pinggir pantai tersebut.

“Nanti kalau ada pengambilan baru, kau apply lah.. Boleh kita tinggal sekali. Sewa rumah sama-sama,” ujar Faris.

“In shaa Allah. Jangan risaulah. Lagipun aku malas nak tinggalkan kampung. Siapa yang nak jaga datuk aku di sini. Farihah dah hilang tanpa khabar. Kalau aku menyusul, kelak menangis pula orang tua tu. Kau pula, jangan hilang macam akak aku,” ujar Ayyan. Faris tergelak.

“Tak pelah.. kalau hilang,, hilang bersama cinta hati. Sweet ape… sehidup semati,” balas Faris.

“Sweet kepala otak kau!” bentak Ayyan. Cobang diketuk ringan di dahi Faris.

“Nanti kalau ada apa-apa berlaku, cari kami di Estodania tau. Siapa tahu suatu hari nanti, kota raksasa itu diserang garuda.” senda Faris.

“Tengoklah kalau aku ada mood”

Ayyan melepaskan nafas berat. Permintaan Faris itulah yang mendorong dia meninggalkan kampung halaman. Lagipun, datuk yang dia sayangi telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lepas. Meninggal dunia tanpa sebab. Tiba-tiba sahaja datuknya itu terlentok rebah ketika mereka sedang bersembang di pangkin rumah. Usai dikebumikan, Tok Ketua menyampaikan amanat datuknya. Dia diminta ke Estodania mencari Farihah.

Ayyan bangun dari batu tempat dia duduk. Kaki diatur ke kawasan berpasir. Kapsul Bulma dikeluarkan. Hanya berbaki tujuh biji. Pondok kecil dijelmakan untuk dia berteduh malam itu. Usai diwujudkan pondok tersebut. Ayyan mengambil air wuduk lalu mendirikan solat Isyak dan dilanjutkan dengan sedikit zikir pada wiridnya. Sekadar untuk memohon perlindungan dan bantuan daripada yang Maha Khaliq. Sesungguhnya, perjalanannya ke Tanah Emas tidak semudah yang dia sangkakan. Selepas jatuhnya empayar gagah Permaisuri Isabella, seluruh Nusantara seperti dilanda malapetaka sehingga hampir semua teknologi yang mereka miliki tidak berfungsi sama sekali.

Selesai memuji-muji Allah yang Khaliq, Ayyan menyediakan ruang pembaringannya lalu kembali termenung mengimbas kisah-kisah yang memaksa dia memulakan kelana ini. Pandangan dipancarkan ke bumbung pondok. Gelap.

“Tok Ketua! Tok Ketua…!” tergopoh-gapah Pak Ethihar berlari ke rumah Tok Ketua. Kebetulan pada masa itu, Ayyan sedang menemankan datuknya bertemu Tok Ketua.

“Estodania dilanda musibah!” lapor Pak Ethihar terketar-ketar.
Tok Ketua cuba mengawal reaksi mukanya yang sedikit kaget mendengar perkhabaran ini.

“Sekali lagi?” soal Tok Ketua.

“Belintar liar menyerang kota sehingga semua musnah. Banyak pesawat marak disambar api..” sambung Pak Ethihar.

Pesawat? Faris! Jantung Ayyan berdegup kencang mendengar khabar yang dibawa oleh Pak Ethihar itu. Faris merupakan salah seorang juruterbang diraja. Sudah pasti dia akan menjadi kemudi hadapan jika berlaku sebarang petaka di kota perkasa itu. Usai mendengar berita itu, hati Ayyan meronta-ronta hendak menyusul Faris ke Estodania. Datuknya sendiri menyedari hal ini dan memintanya ke Estodania. Tetapi, Ayyan tidak mahu meninggalkan datuknya seorang diri di kampung tersebut. Apabila ajal tiba menjemput datuknya, barulah Ayyan boleh meninggalkan kampung halaman dengan tenang iaitu beberapa hari selepas berita musibah Estodania disampaikan oleh Pak Ethihar.

“Lindungi sahabatku Ya, Allah..” doa Ayyan lalu menutupkan matanya. Sekali lagi, nafas berat dilepaskan. Hembusan nafas itu sebenarnya adalah lambang keluhan yang disimpankan di dalam hati. Kelana seorang diri seperti ini sememangnya membosankan dan memenatkan. Rindu pada sahabatnya semakin menebal setaip kali dia memikirkan kelana sendirian yang dia lakukan.

Tiba-tiba, pintu pondoknya diketuk dengan kuat. Bunyi ketukan itu seolah-olah ingin merobohkan pondok kecil yang dia dirikan.

“Siapa itu?” tanya Ayyan. Senyap. Tiada sebarang jawapan. Bunyi ketukan pintu yang mengganas tadi juga diam.

Usikan alam sebelah mungkin. Gumam hati Ayyan. Dia membaringkan dirinya semula.

“Buka pintu!!” satu suara bertempik kuat kedengaran dari luar sehingga menyebabkan Ayyan terkejut. Dia bingkas bangun lalu membuka pintu. Tiada sesiapa. Hanya kelam malam dan bunyi deruan ombak yang kedengaran.

“Siapa di sana? Jangan bercanda wahai makhluk Allah” ujar Ayyan cuba memberanikan diri sendiri. Masih tiada jawapan yang kedengaran.

“Jika ada sebarang masalah, mohon tampilkan diri. Saya bantu setakat mampu,” ujar Ayyan lagi. Masih tiada jawapan yang diberikan. Dalam kepekatan malam itu, Ayyan dapat melihat kelodak air laut mula bertukar warna. Dari warna hitam kelam, rona-rona cahaya biru mula kelihatan. Kocak air semakin deras dan meninggi sehingga membentuk satu jasad.

Masya-Allah! Muslihat apa pula yang dikirimkan oleh Pawang Benayat kali ini. Bungkam Ayyan. Pencak kakinya mula dipasak. Dia sedar, malamnya kali ini tidak akan setenang yang dia harapkan. Pertempuran dengan alam sebelah akan bermula sebentar sahaja lagi. Walaupun luka di bahu kanannya masih belum kebah, dia akan cuba untuk bertarung sekudrat tenaga. Dia harus menang kerana dia harus hidup. Jika dia mati, bagaimana dia hendak menyusul Faris di Estodania.

Petaka yang menimpa Estodania sebenarnya adalah ulah Pawang Benayat. Walaupun warisan peninggalan arwah datuknya masih belum dikuasai dengan sempurna, dia harus mencuba untuk menang sekali lagi dalam pertarungan malam ini. Tidak boleh mati.


Cerita seterusnya saya akan tulis berdasarkan pilihan yang paling banyak dipilih pembaca. Keputusan pilihan saya akan ambil sehari selepas cerita ini disiarkan oleh admin. Nyatakan dalam komen. Let’s the game begin. Kalau tak dapat sambutan.. sendulah gamaknye. Have fun guys… be supporting.. hehehe.

Apakah yang berlaku kepada Ayyan?
A. Dibawa ke Alam Bawah Laut
B. Bertarung di Daratan.
C. Dihantar ke masa hadapan
D. Teleport ke Estodania.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Dhaifullah Az Zayyani
Hi, saya baru nak menulis. ini page saya... dijemput singgah. https://www.facebook.com/estodania.page/

201 comments

  1. Kapsul Bulma? Ini cerita Dragon Ball ke?haha
    Tanah Emas kan tanah Nusantara (Swarnabumi)…jadi dekat jelah Estodania tu.

    Cerita kurang jelas. Ayyan dah pernah ke Estodania ke belum?
    Mestilah pernah kan kalau tak macam mana dia dapat Kapsul Bulma?
    Dan lokasi keberadaan Ayyan sekarang di mana? Mesti bukan di Estodania kan? Sebab pilihan jawapan D tu dia teleport ke sana.

    Cerita ok. Tapi banyak boleh diperbaiki.

    Keep it up 7/10

    1. hahaha.. kapsul bulma tu mmg inspirasi dri dragon ball.. teknologi dari Estodania. Tanah Emas tu semenanjung Malaysia.. haha.. memang dekat sgt lerr.. Ayyan dah pernah sampai ke Estodania? Belom.. dia baru nak pi.. mana dia dapat kapsul tu? Akan dijelaskan dalam cerita akan datang. Dalam cerita ini… Ayyan sekarang di Belawai.. salah satu tempat di Sarawak. Tq feedbacknye Juri Adil.. hehehe

  2. Dhaifullah Az Zayyani.. adehh panjangnya nama nak taip . hihihi.

    Okay 1st thing. Ada beberapa spelling error yang dapat Maira kesan. So far cerita okay. Pls sambung.
    Untuk pilihan. Maira pilih B then A.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *