#Fea- Tiga Sahabat

Assalamualaikum admin dan warga FS. Sofea disini kembali dan terima kasih diatas semua komen kawan-kawan. Mintak maaf cerita pertama saya pendek. Bukan tak nak buat panjang-panjang Cuma nak saya tak pandai mengarang. Saya cuba ye kawan-kawan. #siscuba

Cerita kedua ni berkenaan seorang kawan di pejabat saya semasa saya “intern” selama 4 bulan di salah sebuah syarikat yang tersohor di Kuala Lumpur. Okay, Let’s begin!

“Fuh! Leganya hati ni dah dapat tempat nak praktikal. Nasib baik dapat, kalau tak m**i aku nak mencari lagi” Aku bermonolog sendiri selepas menamatkan panggilan telefon yang aku jawab dari syarikat yang aku mohon untuk mulakan praktikal aku. Sahabat-sahabat aku yang lain semuanya sudah mendapat tempat di syarikat masing-masing dan kami berjanji untuk berjumpa seminggu sekali untuk menyiapkan laporan yang harus dihantar sejurus tamat latihan industri.

Aku melangkah dengan penuh yakin pada hari pertama aku disyarikat berkenaan dan aku berasa amat teruja kerana aku ditempatkan dibahagian yang amat aku minati iaitu Event & Marketing. Aku amat meminati bidang ini kerana aku tidak gemar duduk dipejabat menghadap komputer dan membuat rutin kerja yang sama. Aku lebih gemar berjumpa orang dan berinteraksi secara langsung dengan manusia.
Aku diperkenalkan dengan penyelia a.k.a Manager yang secara logiknya adalah bos aku. Bos aku ni special sikit sebab die lembut, jalan lenggang kangkung dan suka berjenaka. Aku memang suka berkawan dan bergaul dengan spesis macam ni sebab, walaupun diorang ni lembut dan kadang-kadang kau rasa nak terajang diorang, tapi hati diorang baik dan diorang selalunya jenis yang kuat berkerja. Tapi bos aku ni lain sikit, nanti aku ceitakan satu persatu okay.
Aku namakan bos aku ni Sally dan orangnya tinggi, hitam manis, berat lingkungan 80 kilogram, berpakaian seperti lelaki normal dan amat mementingkan kekemasan dalam berpakaian.

Aku ditempatkan dihadapan bilik Sally supaya sebarang kerja senang untuk dia beri kepada aku. Hari pertama aku disitu amat membosankan kerana aku tidak lagi mendapat sebarang tugasan. Biasalah kan hari pertama, mana ade kerja sangat. Masa itulah IT Department nak set up email kau, nak set up laptop kau, ID card dan macam-macam lagi kan?
Hari kedua dan hari seterusnya berlalu dengan amat baik sekali sehingga pada suatu hari Sally ni ajak aku out station dengan dia ke Kelantan. Aku teruja lah sebab aku tak pernah pergi Kelantan dan ini adalah peluang aku nak makan macam-macam makanan yang sedap-sedap lagi mengiurkan. Pada hari yang bersejarah itu, Sally jemput aku dirumah dengan kereta Myvi pink dia. Tersengih aku tengok kereta dia. Nasib baik dia tak pakai baju kurung ke blouse ke dress ke. Mau aku m**i tergelak.

Sally: Hah kau! Ape kau tersengih macam kerang busuk tu? Cepatlah masuk karang lambat sampai. Sengih-sengih! Ape kau ingat kau comel buat macam tu? Hah! Cepat!

Aku: Ala bos ni rilek ar! Chill la bos! Nanti kedut seyh muka U. Bos ni kalau membebel da serupa Deejay radio tau.

Sally: Yelah! Yelah! Ha cepat!

Entah ape yang dikejarkan si Sally ni. Kelam kabut nak cepat macam la Kelantan tu boleh beralih ke India kalau aku lambat 5 minit. Aku pun menyumbat beg aku kedalam bonet kereta. Fuh! Ape saja si Sally ni bawak, sampai 2 beg dia bawak. Lantak la dia janji jangan suruh aku angkat. Kami pun bertolak dengan penuh kegembiraan sementara si Sally ni mengomel 24 jam. Ade aje cerita yang dia nak borak. Aku macam biasa lah, pendengar setia dan tukang gelak melihat gelagat dia yang amat lucu itu. Korang mesti ada kawan-kawan lembut kan? Mesti korang asyik nak tergelak je tengok gelagat diorang kan?

Sampai di Gerik, Sally bercerita tentang cerita yang dia pernah dengar tentang kawasan Gerik itu.

Sally: Eh nok, kau tau pasal cerita-ceirta kat Gerik ni?

Aku: Ermm tak tau lah Cik Sally, saya pun first time ni pegi Kelantan. Itu yang excited ni. Ade cerita apa Cik Sally? Ceritalah, saya memang minat benda-benda mistik ni. Hehe!

Sally: Laaa! Kau first time ke pergi Kelantan? Ha tak pe nanti aku bawak kau jalan-jalan okay. Ok ni aku cerita ni kau jgn la percaya seratus peratus sebab aku dengar dari mulut orang jugak.

Aku: Ha ye lah cerita je lah.

Sally: Kau nampak gerai-gerai makan tepi jalan ni?

Aku: Ha nampak. Awatnya?

Sally: Kalau kau lapar ke haus ke jangan kau berhenti kat kedai-kedai tepi jalan ni sebab ade orang cakap diorang kat sini suka santau orang. Diorang nak test ilmu yang diorang ada. Ramai dah kene tau.

Aku: Ish! Sungguh ka ni? Tak kan lah gila diorang nk suka-suka santau orang. Habis tu susah la kalau nak berhenti mencekik kalau lapar.

Sally: Aku tak tau la betul ke tak, ni aku dengar dari orang je.

Aku: Ouh ha okay-okay.

Perjalanan kami diteruskan dan hari beransur senja. Aku mula rasa seram dan mata aku melilau tengok depan, kanan, kiri sebab aku takut kalau-kalau gajah liar buat gila landing kat jalan raya. Alhamdulillah kami selamat sampai dan terus check in hotel. Hari pun dah lewat, kami ambil keputusan untuk order bungkus makanan sebelum masuk hotel. Bilik aku bersebelahan dengan bilik Sally tapi aku cuak jugak duduk sorang-sorang.Jangan la ade jembalang nak bergurau senda dengan aku.
Sally pun angkat beg dan terus masuk bilik dia. Sempat lagi Sally berpesan pada aku esok pagi tunggu dekat Lobby 9am. Aku mengangguk tanda faham dan terus masuk bilik. Aku pun berjalan kearah katil dan meletakkan beg. Aku membuka televisyen dan mengambil keputusan untuk mandi kerana badan dah rasa berlengas dan tak selesa. Mandi setel, makan setel, solat setel, aku pun naik keatas katil dan aku membelek telefon aku. Hantar wasap kat mak bagitahu dah selamat sampai Kelantan dan semuanya baik-baik.

Baru aku nak melelapkan mata, aku terdengar orang ketuk pintu. Aku ingatkan suara dalam televisyen yang aku pasang. Aku tak matikan televisyen sebab aku takut bila sunyi sangat. Aku pun sambung tidur balik. “Tok! Tok! Tok!” Pintu aku diketuk lagi dan kali ni memang aku yakin dari pintu bilik aku. Aku berkira-kira nak bangun ke tak? Kalau orang dari pihak hotel, macam mana? Entah-entah ada benda diorang nak cakap ke kan?

Aku pun berjalan kearah pintu dan mengintai dari lubang pintu. Tak ade orang pun. Aku beranggapan mungkin staff hotel tu sudah beredar. Baru aku nak lelap mata, pintu diketuk lagi dan kali ni aku nekad untuk buat tak tahu. Hati aku dah berdebar-debar dan aku berselubung dalam selimut. Entah pukul berapa, aku terlelap dan sedar-sedar dah subuh.

Usai solat subuh, aku menyelongkar beg baju aku dan aku memilih baju yang nak dipakai pagi nanti. Tugasan yang kami kene selesaikan ni tak susah mana pun, Sally bagi presentation, discussion sikit lepas tu close deal. Aku? Tugas aku da siap seminggu sebelum bertolak. Aku da siapkan slide untuk Sally present dan aku hanya meneman Sally saja. Dalam kepala hotak aku, dah berangan nak makan kuih taik itik, nk makan nasi kerabu, nak cari etok-etok. Seronoknya!

Berangan punya berangan, jam dah pukul 7.30am aku bergegas mandi dan bersiap. Nanti aku lambat mau Sally bertukar jadi Hulk lepas tu confirm die bebel sampai hari kiamat. Turun saja di Lobby pukul 8.50am ingatkan aku awal, rupanya Sally dah terpacak depan Lobby. Sally mengajak aku sarapan diluar kerana makanan diluar lagi best katanya.
Selesai makan sarapan, kami terus menyudahkan kerja kami. Sepanjang kami didalam bilik meeting dan Sally dengan rancaknya berucap kepada “client” aku pulak merenung jauh pada kejadian semalam. Siapa yang ketuk pintu aku semalam? Kalau malam ni die ketuk lagi macam mana? Nak bagitau Sally ke tak? Erm aku risau Sally ni buat giler kang die suruh aku teman dia tidur. Ish! Kerja gila. Lebih baik aku senyapkan aje hal ni.

Selesai semua urusan, aku mengemas laptop dan kertas-kertas yang digunakan semasa perbincangan tadi. Aku amat kagum dengan Sally, kebanyakan “client” yang dia jumpa, semuanya dia dapat close deal dan amat jarang untuk “client” mengatakan “We will call you later for confirmation”. Selalunya “client” akan terus bersetuju. Aku amat kagum dengan cara Sally menyakinkan “client” dan aku ingin menjadi seperti Sally suatu hari nanti.
Habis sahaja semua urusan, kami berjalan-jalan sekitar bandar dan mencari makan tengah hari. Semasa makan,

Sally: Nok, kau ok ke? Kenapa banyak senyap? Kau tak sihat ke?

Aku: Takdelah Cik Sally, saya okay Cuma mungkin semalam tak cukup tidur.

Sally: Kenapa? Semalam kene kacau ke?

Aku: Eh! Takde lah mana ada. Saya okay ajer dalam bilik tu.

Sally: Kau tak payah takut. Semua tu dia nak usik kau ajer.Kalau kau takut sangat dia suka la nanti.

Aku: Eh Cik Sally ni, jangan la cakap gitu. Saya tidur sorang malam ni. Nasib baik mlm ni last kalau kene stay lagi 3,4 hari mau saya menangis.

Sally: Kau ni penakut sangat. Baru kene kacau ketuk pintu.

Aku: Eh! How do you know someone was knocking my door last night?

Sally: Err! Err! Aku teka je lah!! Dah la cepat habiskan makanan kau. Banyak lagi urusan aku.

Aku: okay!

Aku menyuapkan baki makanan aku sambil berfikir, macam mana Sally boleh tau ni? Dia kene kacau jugak ke? Kenapa die tak takut pun? Erm… pelik Sally ni. Lembut tapi tak sangka gagah juga. Hehe!

Lepas kami selesai solat zohor, Sally mengajak aku ke suatu tempat. Aku memang kagum dengan Sally ni, walaupun dia lembut dan menggedik, tapi solat dia memang tak tinggal.

Sally: Fea, kau tunggu sini ye jangan keluar kereta. Aku pegi sekejap je kang kalau apa-apa kau call aku.

Aku: Err! Cik Sally tempat ape ni? Ada urusan ape kat sini? Ish! Kenapa saya tak boleh ikut?

Sally: Kau ni ngada lah. Duduk la diam-diam kejap. Aku pegi kejap jew.

Aku: Ala nak ikut. Please!!!!

Sally: Ye lah ikutlah tapi kau jangan tanya apa-apa. Diam je mulut kau tu.

Aku: Yes!

Sebenarnya aku bukan takut tinggal sorang dalam kereta tapi aku nak tahu sangat apa yang Sally ni nak buat dekat tempat seolah macam kuil Budha. Urusan apa yang nak diselesaikan? Mushkil aku ni dengan tindak tanduk Sally ni.

Kami disambut seorang lelaki berpakaian seperti sami Budha. Yang berpakaian kuning siap berkaki ayam dan kepala botak. Aku membontoti Sally sambil mata aku melilau melihat keadaan sekeliling. Anjing ada 3 ekor elok je bersidai depan rumah. Ini kalau dia kejar aku, mau tak cukup tanah aku lari. Mencicit aku lari balik KL.

Kami disuruh tunggu di ruang tamu dan Sally memberi amaran kepada aku sekali lagi. “Ingat! Jangan tanya apa-apa.” Aku mengangguk setuju tapi dalam kepala hotak aku macam-macam soalan aku nak tanya. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tua memakai pakaian biasa dan kain pelikat sambil tersenyum kearah kami. Aku pun sengih ajelah karang dia ingat aku biadap pulak.
Sally terus duduk rapat dengan lelaki itu dan bercakap sesuatu yang aku tidak dapat dengar. Lelaki itu senyum dan menggangguk-ngangguk tanda dia memahami segala butir ucapan dari Sally. Selepas itu, lelaki itu bangun dan berjalan kearah biliknya. Tak lama kemudian, lelaki itu muncul dan memberikan Sally sebotol minyak. Botolnya kecil dan aku tak dapat nak lihat dengan lebih jelas. Sepanjang Sally berbual dengan lelaki itu, lelaki tua itu tidak lepas melihat aku dan aku memang tak selesa dengan pandangan dia. Tapi lelaki itu pandang aku tanpa reaksi muka dan langsung tiada senyuman.
Selepas Sally memberikan pengeras, dia mengajak aku pulang ke hotel. Aku pun berjalan membontoti Sally. Aku sempat toleh ke belakang untuk melihat lelaki tadi. Dia senyum kearah aku dan melambai aku. Aku pun sengih dan mengangkat tangan tanda aku menyambut lambaian beliau. Tapi aku rasa seram pulak tengok dia senyum macam tu. Tempat apa ni? Siapa lelaki tua tu? Minyak ape Sally beli tadi?

Aku terus masuk kedalam kereta dan memasang tali pinggang keledar sementara Sally dengan pantas menyimpan minyak tersebut kedalam beg dia. Aku baru nak bukak mulut bertanya kan hal minyak itu, Sally dengan pantas meletakkan jari telunjuknya rapat kebibir nya. Tanda menyuruh aku senyap. Aku pun terpaksa membatalkan niatku untuk bertanyakan hal minyak dan siapa orang tua tadi?

Sally: Nanti aku cerita ye. Kau rilek je jangan risau aku tak libatkan kau pun. Tulah kau tadi sebok sangat nak ikut kan?

Aku: Yelah saya ingatkan Cik Sally nak beli budu ke ape? Saya nk ikutlah.

Sally: Kepala hangguk kau beli budu kat kuil budha. Hahahahahahahahahaa!

Aku: Gelak pulak dia ni. Dah lah jom balik hotel, nak asar dah ni. Lagipun saya penat lah.

Sally: Ye la cik siti wan kembang setaman, marilah kita berangkat ke hotel untuk beradu.

Huh! Aku mencebik tanda menyampah. Sally masih gelakkan aku dan sesekali dia mengusik aku pasal budu tadi. Sakit pulak hati aku dengan bapok ni. Sampai Hotel, Sally berpesan nanti malam nak pegi makan dia call aku. Aku jawab okay!
Kami masuk kedalam bilik masing-masing dan aku terus mandi dan setelah selesai solat, aku terus bukak laptop dan “google” berkenaan lelaki tua tadi. Aku taip “Bomoh Kelantan” terus keluar no satu “Esau Bomoh Siam Kelantan”.

Aku rasa teruja nak tahu pasal lelaki ni sebab kenapa die ni terkenal sangat sampai no satu dalam google. Aku pun baca la semua fakta berkenaan beliau. Wow! Bomoh siam rupenye! Aku pun menyiasat lebih dalam dan aku cuba hubungkan kaitan Sally dengan bomoh terbabit. Aku syak Sally ni main bomoh untuk kepentingan dia.

Malam tu semasa makan malam, Sally bukak cerita pasal kejadian petang tadi,

Sally: Fea, sorrylah aku tak cerita kat kau. Aku bukan ape, aku takut kau fikir bukan-bukan je.

Aku: Saya jenis open la Cik Sally, saya x peduli ape Cik Sally nk buat janji tak libatkan saya.

Aku menipu Sally dengan harapan dia bukak cerita. Konon la sangat aku tak amek peduli padahal aku dah google bagai. Hahahaha!

Sally: Sebenarnya aku selalu jugak jumpa bomoh tu untuk ambil minyak. Minyak tu bkn pape pun, hanya pendinding diri sebab di pejabat tu ramai yang tak suka dengan aku. Jadi aku berhati-hati saje.

Aku: Oooo….siapa yang tak suka Cik Sally tu? Sebab ape tak suka?

Sally: Mana la aku tau sape tak suka aku. Kalau aku tau, senang sikit aku santau dia. Haha!

Aku: Ape gila Cik Sally ni? Nak santau orang?

Sally: Aku gurau la nok! Kau ni lurus bendul betul. Dah tak payah fikir sangat.

Aku: Tapi minyak tu guna untuk ape?

Sally: Minyak tu aku sapu kat kening, belakang telinga aku. Tujuan aku supaya org tak buat jahat atau khianat dengan aku.

Aku: Oooo…macam tu.

Sally: dah la jom balik tido esok pagi nak gerak KL.

Aku: Ha, jom!

Dalam bilik aku terkebil-kebil teringat cerita Si Sally tadi. Jauh tersasar Sally ni, kesian. Tapi dia bos aku, kang aku nasihat dia mau die sentap pastu kang dia santau aku pulak! Ah! Lantak kau lah itu kau dengan Allah. Kalau ade peluang nanti aku cuba nasihatkan dia dan ingatkan dia dosa menduakan Allah. Aku tengok Sally ni macam terlalu berhati-hati dengan orang sekeliling tapi dengan aku dia tak teragak-agak untuk cerita hal peribadi dia.

Malam tu aku tido dengan aman damai sehinggalah entah pukul berapa pintu aku diketuk lagi. “Tok!Tok!Tok!” Aku terjaga dan mengesat mata sambil mencari telefon untuk melihat jam. Pukul 3.00 pagi. Sapa pulak ketuk pagi-pagi buta ni. Aku alihkan selimut untuk bangun tapi niat aku untuk bangun terbantut sebab telefon aku berbunyi. “Ting! Ting!” Wasap dari Sally “Tak payah layan sape ketuk pintu tu. Tido je.”

Aku tergamam dan terus membalas “How do u know? Weh jgn la main-main.”

Sally balas “Esok aku cerita” Aku terus masuk semula dalam selimut dan cuba lelapkan mata.

Makin galak pulak “orang” kat luar tu main ketuk pintu. Lagi aku abaikan, lagi dia seronok ketuk. Aku dalam hati membaca segala surah yang aku tau dan berharap aku terlelap.
Untuk mengelakkan perasaan takut ni menebal, aku membuka televisyen dan kuatkan suara televisyen. Aku tengok jam baru pukul 3.20am. Wei cepatah subuh! Tiba-tiba ketukan dipintu berhenti dan aku merasa amat lega. Aku cuba untuk tidur dan tiba-tiba, aku terdengar bunyi flush di tandas berbunyi seperti orang lepas guna tandas tu.

Menggelabah aku bangun bukak semua lampu dan aku cuba periksa siapa dalam tandas tu. Tapi malangnmya tak ada sesiapa pun. Toilet pun tak ada tanda-tanda orang guna. Aku naik semula ke katil dan cuba untuk tidur. Sampai subuh mata aku segar dek gara-gara insiden terbabit.

Pagi itu selesai sarapan, kami bertolak ke KL. Dalam kereta aku bertanyakan kepada Sally hal semalam.

Aku: Cik Sally, macam mana semalam Cik Sally tau saya kene ganggu?

Sally: Aku tau la sebab aku pun kene.

Aku: Tapi macam mana Cik Sally yakin giler saya pun kene time tu? Ngam-ngam pulak tu timing Cik Sally wasap saya time tu.

Sally: Eh kau ni banyak tanyalah! Lain kali aku biar je kau. Padan muka!

Aku: Eh jangan la macam tu. Alaaaa!

Sally: Dah jangan tanya, lepas tu, apa yang aku cerita pasal minyak tu kau jangan cerita kat sesiapa tau. Nanti timbul fitnah pulak. Nanti orang cakap aku bomohkan orang pulak padahal aku nak lindung diri aku aje.

Aku: Ye lah! Baik bos! Tapi tak kira subahat ke bos? Dosa saya ni. Bos tak yah la main bomoh bos, dosa seyh!

Sally: Kau tak faham.

Aku terus diam dan sambung makan keropok yang aku beli tadi. Cik Sally senyap seketika semasa dia memandu dan aku pun dah mengantuk dek kerana tak cukup tidur malam tadi. Aku terlelap dan tahu-tahu dah sampai Ipoh. Aku bangun terpisat-pisat sambil menggeliat.

Sally: Puas kau tidur? Seronok kau kan? Aku dah pishang ni sorang-sorang.

Aku: Hehehehe! Sory bos ngantuk giler la. Bagi saya drive bos sian bos penat.

Sally: Ha ade pun hati perut kau. Aku memang letih ni.

Sampai KL, terus Cik Sally menghantar aku pulang, malam tu aku terfikir kejadian yang menggangu aku dihotel semalam. Aku tak ceritakan kepada Sally sebab aku makin seram dengan dia. Aku masih tak faham macam mana dia tahu aku kene ganggu malam tu.

Esoknya kerja macam biasa dan aku pun dah lupakan hal bomoh dan hotel itu. Satu hari tu, ada “Potluck” kat pejabat dan semua orang bawak macam-macam makanan. Aku bawak cup cake jer, itupun aku order dengan kawan aku. Nak harap aku buat memang jahanam kek tu nanti. Ada yang m**i pulak nanti makan kek aku buat. Cik Sally bawak pulut kuning, rendang ayam, kuih talam dan koci.

Weh, favourite aku tu kuih koci! Ape lagi aku cekik la kaw-kaw. Makan-makan, sembang-sembang dengan kawan-kawan ade seorang mak cik ni datang dan tanya aku. Aku namakan dia Milah.

Milah: Eh Fea, keje ok ke kat sini? Selesa tak?

Aku: Okay kak. Saya okay je.

Milah: Fea, bos kau tu rajin ek buat makan-makan. Kitorang seronok betul kat sini asyik makan je.

Aku: Tu lah kan? Murah rezeki Cik Sally tu. Kadang-kadang macam-macam makanan dia masak bagi kita makan kan?

Milah: Benda free weh memang la sedap.

Kami ketawa bersama sambil tangan menyuap rendang yang amat lazat itu kedalam mulut.

Hari Sabtu menjelma. Aku tak kemana-mana hari itu hanya melepak depan TV sambil makan kuaci. Mak dan adik-beradik aku semua tak ada dirumah. Tiba-tiba “Ting! Ting! “ Wasap masuk dari Cik Sally. “Nok, meh la dtg rumah aku buat laksa ni.”

Aku ape lagi, laksa beb! “Bereh boh sat g sampai!” Aku melompat dari sofa terus capai tuala nak mandi dan bersiap. Aku start kereta terus berdesup kerumah Cik Sally. Sampai dirumah Sally, aku nampak ade seorang perempuan duduk dimeja makan sambil ketawa bersama Sally. Siapa pulak tu?

Aku memberi salam dan Cik Sally menyambut aku masuk. Perempuan itu pusing tengok aku, Laaaa Ema ke! Kawan sepejabat rupanya. Tapi aku tak tahu pulak Ema ni rapat ngan Sally. Aku pun duduk sebelah Ema sambil Sally berlalu kedapur mengambil mangkuk untuk aku. Aku terus bertanya kepada Ema.

Aku: Ema, kau dtg ngan sape?

Ema: Sally amek aku kat umah tadi. Aku pulak tak ade buat ape arini.

Aku: Ouh! Sama la aku pun tak ade program arini.

Sally: Fea, makan lah, aku tau kau suka laska kan?

Aku: Mana bos tau ni? Saya mmg hantu laksa. Hehehe! Eh Ema kau dah makan ke?

Ema: Belum la aku tunggu kau ni.

Sally pun keluar dari dapur membawa 2 mangkuk laksa yang masih berasap. Ya ampun! Semerbak harum bau laksa ni. Aku bangun kedapur untuk cuci tangan walaupun pakai sudu makan laksa, dah menjadi tabiat aku basuh tangan sebelum makan. Ema mengikut bontot aku ke dapur. Sekembali dari dapur, kami makan bertambah-tambah laksa yang dibuat Sally.

Lepas melepak dirumah Sally sampai ke petang, kami mintak diri untuk pulang. Macam-macam cerita yang disembangkan. Baru aku tahu yang Ema dengan Sally bestfriend dah lama cuma aku yang tak perasan. Tapi aku tengok cara Sally layan Ema ni lain macam. Seolah-olah die macam nak pikat Ema tapi macam tak mungkin sebab Sally kan lembut. Mesti dia suka lelaki. Haha! Pandai-pandai je aku kan?

Masa nak balik tu, Sally bungkuskan laksa sorang satu untuk aku dan Ema. Tapi yang peliknya die siap tulis nama kat plastik tu. Takut tertukar katanya. Aku tanyalah, kenapa ada nama? Laksa ni sama je kan? Saya punya ade telur gajah ke kat dalam?

Sally menjawab, ouh tak tadi kan Ema tak makan bawang, jenuh aku tengok dia asingkan bawang. Ni aku tak letak bawang untuk Ema.

Aku pun ok ajelah kan. Boleh aku melantak laksa lagi malam ni. Lepas aku hantar Ema, aku terus pulang kerumah. Laksa yang aku bawak balik tadi aku simpan dalam peti ais. Nanti lapar aku panaskan balik. Aku masih tak boleh “move on” teringat cara Sally layan Ema. Aku tertanya-tanya yang Sally ni suka Ema ke?
Ema ni orangnya cantik, putih gebu, pendek je orangnya, comel, pandai bergurau dan dia nampak selesa dengan Sally. Sejak kejadian makan laksa dirumah Sally tempoh hari, hubungan kami bertiga makin akrab. Aku pun dah habis praktikal kat syarikat tu tapi disebabkan Sally suka berkawan dengan aku, dia dapatkan aku kerja di syarikat itu. Makin akrab la aku, Ema dan Sally.

Hujung minggu kami selalu bertiga dan kami kerap kerumah Sally untuk makan-makan. Sally ni dia pandai masak dan memang sedap semua masakan dia. Satu hari tu kami breakfast kat rumah Sally, Sally masak nasi lemak lauk sambal sotong. Tapi aku pelik sebab ngam-ngam kami sampai, Sally da siap sendukkan nasi semua bagai. Wah! Layanan first class. Aku pun duduklah dekat meja makan tp baru aku nk duduk, Sally berkata,

Sally: Eh nok! Kau duduk sini. Tu Ema punya.

Ema: Laa x pe lah Sally, sama je kan nasi nye.

Sally: Eh! Korang ni suka tau nak bidas aku. Dah! Ema duduk sini, Fea duduk sana.

Aku dengan Ema angkat bahu sambil menjuihkan bibir. Terus kami tarik kerusi, duduk dan makan. Tak berani nak bertekak dengan Sally. Makin hari makin sayang kami berdua dengan Sally sampai tahap tak nak balik rumah kalau boleh. Aku pun makin lama makin kenal siapa Sally sebenarnya.

Sally rupanya lelaki lembut yang mempunyai nafsu kepada lelaki dan perempuan. Dua-dua dia boleh layan. Die pernah confess kat aku yang die suka Ema tapi die takut nak luahkan sebab die tau “taste” Ema lelaki macam mana. Tapi die sayang Ema.

Geli aku sekejap! Lelaki die nak, perempuan pun die nak! Eh pilih boleh tak? Jangan tamak sangat.

Suatu hari tu, Ema ajak tidur rumah Sally tapi aku macam tak nak sebab gila kau Sally tu lembut pun die ada nafsu tau kat pompuan. Tapi Ema ni beria ajak tidur rumah Sally. Aku pun lemah lutut bila Sally pujuk untuk datang tidur rumah dia. Aku pun tak tahu lah kenapa aku memang tak boleh bantah cakap Sally ni.

Malam tu kami melepak depan TV bergelak sakan tengok running man sambil makan kuaci, keropok, macam-macam la kami melantak malam tu.

Akhirnya aku dengan Ema amek keputusan nak tidur. Kami tidur dibilik tetamu dan memang selesa lah rumah Sally ni. Pandai dia kemas dan susun atur perabot. Mata aku dah tak boleh bukak sebab kenyang sangat tapi si Ema ni ajak borak lagi. Aku layan je dia sembang lama-lama aku terlelap. Tiba-tiba entah pukul berapa aku tersedar sebab aku perasan macam ade orang pijak tilam. Aku ni memang sensitive kalau tidur, walaupun tombol pintu tu terpulas memang aku akan bangun.
Aku pun bangun nak tengok kalau-kalau si Ema ni buat gila main lompat-lompat atas katil malam-malam buta. Tapi Ema elok dengkur kat sebelah aku. Aku pun tengok pintu masih bertutup tapi aku nampak bayang kat bawah pintu macam orang berjalan. Sebab ade cahaya lampu dari luar, aku boleh nampak la org berjalan depan bilik aku. Bayang tu macam mundar mandir. Aku syak si Sally ni sebab siapa lagi dalam rumah tu kan?
Aku bangun la nak bukak pintu niat dihati nak tanya Sally ape dia nak? Aku bukak aje pintu tak ade sesiapa kat depan pintu. Eh! Tadi macam ade orang. Aku tutup pintu, tarik selimut, sambung tido. Ema tiba-tiba bangun dan bertanya dekat aku,

Ema: Nape Fea?

Aku: Tak ada ape lah aku pegi toilet tadi.

Ema: Oh! Weh kau jangan la himpit aku sesak aku rasa nak tido.

Aku: Ha? Ye ke? Sory tau. Okay okay.

Kami pun sambung tidur tapi aku macam pelik sebab aku jenis tidur static bukan lasak. Aku abaikan Ema dan sambung tidur. Tiba-tiba entah pukul Ema kejut aku.

Ema: Fea! Fea! Bangun! Ape kau ni mengigau teruk sangat!

Aku: Ermm? Apa kau ni Ema? Aku mengantuklah.

Ema: Kau jangan buat gila Fea, mengilai pulak kau. Nak tidur, tidur ajelah, ni siap mengilai sambil main rambut. Kau jangan buat gila nak bergurau malam-malam buta.

Aku: Ntah pape la kau ni.

Aku sambung tidur sebab mata aku berat sangat. Pagi pun menjelma, dah selesai solat subuh, Sally ajak kitorang pegi pasar, nak masak nasi ayam katanya. Aku ape lagi, menggelejatlah sebab aku memang suka nasi ayam.

Si Ema ni senyap je macam murung tak tahu la apesal. Balik dari pasar, aku dengan Ema nak tolong la Sally masak tapi Sally tak bagi. M**i-m**i dia tak bagi tolong hatta kupas bawang pun. Aku dengan Ema lepak la depan TV sambil menguyah ice cream Cornetto yang kitorang beli tadi.

Ema: Fea, sini sikit. Aku nk tanya kau ni.

Aku: Apa dia? Kacau la hang ni.

Ema: Weyh semalam kau apehal? Mengilai time tidur?

Aku: Ape kau cakap ni Ema? Aku dari malam tadi tak faham kau merepek ape?

Ema: Sumpah weyh! Aku tak bole tidur lepas terjaga tu, aku pun main fon la. Tibe-tiba kau gelak tapi gelak yang slow je sambil mengilai.. Heee! Heee! Hee! Aku tengok kau tutup mata. Aku buat bodoh lagi, lepas tu kau siap main pintal-pintal rambut. Kejadah weh kau?

Aku: Erm… sumpah aku tak sedar Ema.

Tiba-tiba aku rasa haus nak minum, aku tanya Ema dia nak air tak? Aku ambilkan sekali. Aku pun berjalan ke dapur. Masa aku nk masuk dapur, aku nampak Sally tengah menumis bahan masak sambil terkumat-kamit mulut dia. Aku tegur la,

Aku: Sally, nak saya tolong tak?

Sally: Eh tak payah pegi duduk depan.

Aku: Baca ape tadi? Kumat-kamit mulut?

Sally: Aku selawat la sebab tu masakan aku sedap.

Aku: Oh patut sedap! Petua hebat ni!

Sally: Kau nak ape ni?

Aku: Nak air, haus. Ema pun nak.

Sally: Nanti aku buatkan. Dah kau pegi depan.

Aku tergaru-garu kepala yang tak gatal. Ape ke pelik Sally ni langsung tak bagi orang masuk dapur dia. Lantak lah mungkin dia takut aku rembat resepi dia kot? Malam kedua tidur rumah Sally aku nekad nak tidur lambat sebab aku nak tengok ade lagi tak bayang-bayang depan pintu. Ema dah selamat berdengkur, aku menunggu penuh debar. Tiba-tiba aku dengar tingkap diketuk tapi halus je bunyi nya mcm bunyi kau ketuk slow-slow.

Aku abaikan aje mungkin jiran mengusik. Tapi cop! Rumah Sally tingkat 10 celah mana jiran nak ketuk? Ah sudah! Aku buat tak tahu dengan harapan bunyi tu akan berhenti. Tiba-tiba tombol pintu bilik dipulas tapi tak dapat dibuka sebab aku kunci. Aku dah keras kejung sebab risau Sally nak rogol kami berdua. Heh aku pijak Sally ni kalau die brani nak usik aku. Tapi tombol tu dipulas dua kali saje dan terus berhenti. Aku bangun dekatkan telinga kat pintu nak cuba dengar apa-apa.

Aku dengar bunyi orang bercakap tapi tak jelas apa yang disembangkan. Aku pun bukak pintu nak tengok Sally sembang dengan siapa. Waktu tu pukul 3:30 pagi. Aku tengok kat ruang tamu kosong, aku berjalan pergi dapur, kosong jugak. Aku pun patah balik nak masuk bilik, tiba-tiba terdengar orang mandi dalam bilik air tapi lampu tak bukak. Aku pun cakap lah, “Sally, kejadah kau mandi pagi buta tak bukak lampu pulak tu?” Tapi tak ade sahutan dari Sally dan serentak tu senyap dalam bilik air.

Baru je aku nk pegi bukak pintu bilik air tu, Sally keluar dari bilik dia. Aku tergamam la! Bila masa Sally keluar dari bilik air? Aku tanya dekat Sally,

Aku: Weyh nok, kau dalam bilik air tadi kan?

Sally: Merepek kau ni! Aku kan baru keluar bilik ni.

Aku: Habis siapa dalam bilik air tadi?

Sally: Ah kau mimpi ni. Mana ade orang. Kau asal tak tidur lagi ni? Kau lapar ke sampai pegi dapur?

Aku: Tak lah aku dengar macam orang bercakap tadi. Galak sungguh sembang sampai dalam dengar. Pastu aku nak tengok la kau sembang ngan balak mana? Tapi tak ade sape pun.

Sally: Kau mengingau ni. Dah la pegi tidur.

Aku berlalu masuk bilik, tutup pintu, kunci dan baring. Aku terkebil-kebil fikir apa yang baru berlaku tadi. Macam pelik. Ke aku memang mimpi tido berjalan? Pagi itu lepas subuh kami siap-siap terus masuk pejabat dan kejadian malam tu aku tak cerita kat Ema sebab aku tau dia penakut. Nanti ntah ape-ape dia fikir pulak. Dah la kejadian aku mengilai tu dia macam fobia nak tidur dengan aku. Baik aku senyap je.

Makin lama, perangai Ema makin pelik. Dia asyik melekat dengan Sally sampaikan kawan-kawan dipejabat syak diorang bercinta. Aku la mangsa yang diorang nak dapatkan info. Aku cakap diorang kawan, semua tak percaya. Tapi memang orang tak kan percaya sebab Ema ada tunang sebenarnya dan Sally lembut pulak tu. Lama-lama, Ema bagitahu aku dia tak ade hati dekat tunang dia. Aku pun malas nak campur urusan peribadi dia, lantak la nak putus ke ape.

Tapi hubungan Sally dengan Ema makin rapat, sampai Ema ni setiap masa di pejabat, nak singgah bilik Sally. Habis bergossip la ofis tu. Nak dijadikan cerita, Ema ni makin saying dengan Sally sampaikan sanggup belikan Sally macam-macam hadiah. Aku dah start pelik sebab setahu aku Ema ni taste die lelaki macho, sado, bergaya. Bukan lemah gemalai macam Sally. Tapi jodoh gamaknya, aku biar je lah walaupun aku pelik bin ajaib.

Suatu hari tu, Sally balik kampung katanya dan dia ambil cuti panjang dalam seminggu. Dalam seminggu tu, Ema macam orang gila angau. Hari-hari berdiri depan pintu bilik pejabat Sally sampaikan semua orang pelik. Dasyat betul penangan cinta lelaki lembut ni. Aku tegur Ema,

Aku: Ema, kau ni kenapa? Ada hal penting ke nak jumpa Sally? Dia cuti kan?

Ema: Erm… Fea aku rindu Sally la. Jom balik kampong Sally nak?

Aku: Ish kau ni! Merepek je! Kau ni kenapa?

Ema: Aku tak boleh la tak tengok muka Sally. Rindu ya amat!

Aku da garu-garu kepala yang tak gatal. Tapi dalam hati aku dah syak bukan-bukan. Malam itu aku pegi rumah Ema, sebab mak Ema telefon aku bagitau Ema tak nak keluar bilik, makan pun tak nak. Aku pun datang lah rumah Ema dengan harapan dapat pujuk dia dan nak tahu ape benda yang jadi sebenarnya.

Aku: Ema! Ema! Bukak pintu ni. Kau ok tak?

Ema: Aku ok. Just leave me alone.

Aku: Ema, sian mak kau ni. Mari lah keluar kau tak makan lagi kan?

Ema: Aku tak lapar. Jangan ganggu aku boleh?

Aku: Ema, jom pegi cari Sally nak?

Sepantas kilat Ema bukak pintu dengan mata bersinar-sinar setuju dengan cadangan aku. Aku pujuk dia, makan dulu nanti pagi kita pegi kampung Sally. Padahal aku tak tahu kampung Sally dekat mana. Ema pun dengan pantas ambil pinggan dan makan lepas itu dia duduk dalam bilik senyum-senyum seorang diri. Aku cuba telefon Sally tapi tak dapat, telefon dia tutup.

Ema: Aku dah penat call Sally dari semalam tapi tak dapat.

Aku: Kau kenapa Ema? Sally baru dua hari balik kampung, kau da macam ni. Chill la beb.

Ema: Huu… Huu…. Huuuu! Tolong la Fea bawak aku cari Sally.

Ema menangis mendayu-dayu memeluk kaki aku merayu untuk bawak dia mencari Sally. Aku panggil mak Ema, aku suruh mak Ema cari mana-mana ustaz sekarang juga. Mak Ema menangis tengok anak dia jadi macam tu dan dalam sejam macam tu, seorang lelaki berkopiah datang. Ema merenung tajam kearah ustaz tersebut.

Ustaz: Assalamualaikum Ema.

Ema: Huh! Ape kau nak datang sini?

Ustaz: Kasarnya. Saya bagi salam tak nak jawab. Nama saya Halim, siapa kau?

Ema: Fea, siapa ni? Apa dia nak ni? Kau janji nak bawak aku jumpa Sally kan? Jom la Fea!

Aku pendekkan cerita, sebab dah 12 page ni. Proses rawatan bermula dan amek masa jugak untuk Ema sembuh sebab Ema dah terkena Pengasih. Ema gila bayang dengan Sally, mujur cepat berubat kalau tidak, entah la apa jadi dengan Ema. Sejak Ema berubat, Ema hantar surat resign tapi Sally langsung tak datang jenguk Ema. Aku pun ambil keputusan berhenti dari syarikat tersebut. Alhamdulillah Ema pulih dan sekarang Ema dah sembuh tapi sampai sekarang kami berdua tak boleh lupa apa yang Sally buat.
Kami berdua masih berkawan dan kami tak nak jumpa atau ada kaitan dengan Sally lagi.

Ustaz Halim beritahu kami, Sally mengamalkan ilmu salah, dia ada pendamping dan minyak pengasih itu memang tujuan untuk memikat Ema. Dia sukakan Ema tapi dia tahu Ema tak akan boleh terima lelaki lembut seperti dia. Makanan yang selalu dia masakkan untuk kami itu semuanya ada benda kotor. Diletaknya benda-benda kotor supaya kami dengar cakap dia dan kami sayang akan dia.
Sebab dia selalu asingkan makanan aku dengan Ema, adalah kerana makanan Ema dia dah letak sesuatu supaya Ema patuh cakap dia. Segala gangguan yang aku kene dirumah Sally, itu adalah peliharaan dia. Aku memang tak sangka Sally sanggup buat kami macam tu. Ustaz Halim banyak berpesan kepada kami supaya berhati-hati dalam berkawan, jangan mudah percaya orang.
Alhamdulillah, Ema pulih tetapi semasa rawatan Ema dengan Ustaz Halim, aku selalu kepanasan dan tak senang duduk. Aku selalu mengelak untuk berjumpa Ustaz Halim sebab aku tak selesa bila dekat dengan dia. Ustaz Halim nasihatkan aku untuk berjumpa dia secara peribadi dan bawak lah ayah sekali. Aku abaikan nasihat Ustaz Halim dan akhirnya aku mendapat padah.

Sampai sekarang aku tak pasti kejadain yang ganggu aku dihotel tu ada kaitan dengan Sally atau tak. Aku masih tak bole hadam semua kejadain yang telah terjadi. Yang aku tahu, Sally dibuang kerja sebab hilang tanpa berita dan kami berdua block dia dekat Facebook, Instagram, Twitter dan no telefon kami tukar,
Aku sambung next story sebab nanti korang bosan panjang sangat. Aku harap korang enjoy cerita aku kali ni. Inshallah, nanti aku karang lagi sambungannya. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sofea

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.4]

124 thoughts on “#Fea- Tiga Sahabat”

  1. sis , cerita sis ni bg pengajaran buat semua , padu ! semoga sis dgn kwn sis dilindungi dr segala perkara yg tk diigini berlaku ,
    sambung lagi sis 🙂

    Reply
  2. cite bes sampai terlupa nk komen pasal isu santau kt gerik tu. aku dok gerik. mana ada dah santau ni. zaman tok kadok bila tu. haha. jangan takut singgah gerik makan kat kedai tepi jalan ka gerai mana. ok je.

    Reply
  3. Best best best story ni. Tak sangka la Sally nak buat macam tu. Sepatutnya dia berdoa dekat Allah. Oh by the way, typo jaga jaga eh👻 Cha bagi 9/10.♥♥

    Reply
  4. Nie kisah benar atau hanya mereka cerita…maaf sbb sye koinfius dgn ayat awk kte xreti mengarang pjg2….😅…tu yg nk tahu kesah benar ke.?

    Reply
  5. aiyoyo itu sally ha…walaoweh..tamak nye smpai dua jenis nk rembat…hahaha xD…bahaya mcm ni..jatuh syirik tu…nauzubillahiminzalik..

    Reply
  6. Part yg mantap tu sptutnye xpyh dipendekkan,, wlaupn pnjg tp menarik sgt cite sofea nie, btw, aku jd seram pulak dgn mhkluk dua selera tu hahaha,, ngeri seh pompuan nak laki pon nak,, tamak sungguh 😅 yg main ketuk² pintu/tingkap tu maybe pendiding sotong tula nakal, kacau² sofea kan.. Mstila sotong tu tau sbb pendiding tu die pny kan..

    Reply
  7. Walaupun panjang tapi menarik dan seram . Gila seram baq hangg . Laki lembut yang ni dua dua jenis dia nak sapu . Gila betui

    Reply
  8. dulu msa sy study kt KUYM, fomerly known as KYM ade senior nma sally, mmg gelap² hitam manis,. lembut. mgkinkah dia?? 🤔🤔🤔. btw, cite ni mmg menarik. please smbung lg ya

    Reply
  9. Jutaan terima kasih untuk semua yang menyukai karangan sy ni..inshAllah sy akan cuba sehabis baik untuk cerita seterusnya dan maafkan typo yang sy terlepas pandang..by the way, selamat menyambut bulan ramadhan. Semoga kita semua dibawah lindungan-Nya dan selalu diberkati. Amiin…..

    Reply
  10. cerita best !! sambung berpuluh pages pon aku akan baca . jangan risau aku jenis tak suruh kau lukis kalau cerita panjang sangat hahaha ! fiksyen shasha dah kekurangan ceritaa menarik. cerita macam ni yg kami mahukan !! 😛
    cuma nak tanya kau dah berubat ke belum fea?
    aku syak sally letak benda dalam makanan kau tu. hihihihi

    Reply
    • alhamdulillah tq ye sudi baca…sy dah berubat tp rasanya mcm ade lagi..ye sally letak gak dlm makanan sy, and kwn2 kat ofis sbb die nk semua org dgr cakap die and sayang die…haram jadah punya sotong…

      Reply
  11. G Kltn ikut mana? Grik ke? Sbb tetiba ckp gtau smpai ipoh… N cam ne tau pasal etok… Jarang org luar tau tmbh yg x penah smpai sana… Btw… Citer adik Best… Moga sally tu insaflah hendaknya..

    Reply
    • aah ikut Ipoh sbb nk jln2 Ipoh..tp sy skip cerita Ipoh sbb singgah kejap je jln2 mkn nasi ganja…Etok2 tu x dpt pun merasa…kwn2 kelantan yg bgtau etok2 tu sedap…

      Reply
  12. Wey,.. tak bosan lah. nak lagi. Si Sally tu msti nama dia Salleh kn? mcm citer upin ipin tu. hihi..
    mana Sally pegi ek? Emmm……
    Ape2 pn baik ko pegi berubat. sbb ko dah makan benda kotor. nanti makin sebati dlm badan ko tu. Bahayooo

    Reply
  13. Dapnyeee etok dan nasi kerabu..

    Best cte Fea ni..xsabar nak tgu apa maksud Fea bila fea ckp y terkena sesuatu sbb x jumpa dgn ustaz tu..and sally tu mmg hilang cmtu jela?dia xde contact fea ke?kesian gk kt ema..

    Next story please!!

    Reply
    • tq..fea dah cerita dlm next story apa jadi ngan Fea masa berubat Ema and also pasal Sally..tunggu admin post ya…

      Reply
  14. Tak rasa bosan lansung baca cerita ni,bile scroll laaaa panjang jugak cita ni rupanya,tapi best! Terima kasih share,penting utk saya sebab dari tadika sampai spm saya mesti ade bestfriend dgn sutun.so lepas ni saya beringatlah incase terjadi benda2 cm ni.

    Reply
    • tq sudi baca…aritu first story pendek sgt…kwn2 mintak buat panjang…ok je kwn ngan sotong..x semua jahat..hati2 je lah ye

      Reply
  15. yg ni betul best.. penyampaian straight forward, takde huhu haha tak tentu pasal.. takde syok sendiri.. serius tak sedar pun pjg.. bila sampai part “dah 12 page ni” baru la tgk balik mmg pjg.. haha..

    Reply
  16. wah ! cerita best dan tidak membosankan .
    teruskan berkarya ! i bagi 10/10 .
    i pon ada kawan lembut mcm tu, best tp kasar hihi

    Reply
  17. apa yang aku suka kat fea nie dia jenis suka husnuzon..suka bersangka baik..lagi satu dia suka makan,, macam sy 😂.. nanti post next cerita yer..tak sabar 😊

    Reply
  18. Ni la first story yg betul2 aku blh hadam waktu membaca. Jalan cerita memang menarik dan x syok sendiri. Terus kn berkarya fea. Cerita mcm ni lah br puas aku baca walau pun panjang tp menarik dan terbaik.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.