#FIZI : Pengakhiran sebuah misteri.

Assalamualaikum admin dan peminat FS , bertemu kita lagi , semoga sihat sejahtera untuk semuanya. Maaf jika masih ada kesilapan tatabahasa dan juga susunan ayat dalam entry sebelum ni. Bagi yang baru mengikuti kenalkan saya Fizi 29 lelaki . Okay cukup dari saya untuk intro. #FIZI: Santau & #FIZI: Tukang Urut Dan Si Laku

Misteri.seringkali kita difaham jika misteri mesti sesuatu yang mampu membuat kita berdebar-debar,meremang bulu roma dan sebagainya. Kadang-kadang ia seperti terbawa-bawa pada kehidupan seharian kita. Misteri selalunya akan melibatkan roh-roh yang tak tenteram,sihir,tempat yang ditinggalkan,hostel,pejabat dan sebagainya seperti yang banyak kita dengar ,lihat atau alami sendiri.

Tapi apakah punca yang jadi sehingga ianya menjadi misteri dan menghantui orang ramai? Adakah kita terfikir kenapa jadinya misteri tersebut dan apa kisah yang terjadi sebelum ianya menjadi sebuah misteri.. hehe panjang pula. Baik mari kita renungkan kisah ini , yang baik buat pedoman dan yang jahat wajib dihindarkan..

2006 , aku menyambung pengajian ke peringkat diploma waktu itu. Diterima masuk ke salah satu kolej di pusat bandar yang pesat membangun dan jaraknya cuma 30km dari rumah, tapi aku memilih untuk duduk di hostel dan merasai pengalaman berdikari seperti budak lain yang sebaya. Berat hati mak nak bagi aku duduk jauh dari pemantauannya kesan dari apa yang jadi kepadaku sewaktu sekolah rendah.. Daring.. ya masih ingat Daring? ‘kawan’ yang tak pernah jemu untuk merapatkan diri dengan aku. Waktu itu aku tidak lagi melihat beliau. Mungkin dah ada kawan baru kot. Hehe. Okay , cerita bermula disini.

Hostel yang aku panggil Rivera, apartment luar yang digunakan kolej untuk student yang memerlukan. Hostel ni juga campuran dengan budak Kolej Uniersiti Islam Selangor (KUIS). Kalau salah nama kolej tu sorry yer sebab aku memang tak campur mereka ni. Ada 3 blok bersambung dalam apartment tu. A,B dan C. blok A semuanya budak KUIS. Hostel ni campur lelaki dan perempuan.! Blok A dan B masing2 ada 8 tingkat manakla blok C di tengah-tengah antara A dan B mempunyai 11 tingkat dan mempunyai lift di setiap blok.

Bagi perempuan tingkat mereka dari 4 – 7 dan lelaki tingkat 1-3 bagi setiap blok. Untuk blok C tingkat 8 dan keatas kesemuanya kosong Cuma ada kuil yang disediakan di tingkat 9 untuk pelajar india satu masa dulu. Ini yang diberitahu oleh warden la. Time aku masuk sana semua melayu je takde pula india jadi kuil dah kosong.warden tinggal di blok A tingkat 3 manakala blok aku (B). Di tingkat 8 Cuma ada rumah owner Rivera saja ditingkat tu. Harap korang jelas dengan keadaan tempat aku cerita ni.

Selesai semua pendaftaran dan tiada apa yang pelik pun masa ni. (Untuk kelancaran pembaca aku tak panggil hostel ni bilik tapi rumah sebab memang rumah pun, bukannya bilik-bilik seperti hostel lain). Dalam rumah aku ada 8 orang iaitu amir,ryan,azlan,zaim,yan,afif dan rizal.

Aku sebilik dengan Amir dan Rizal. Afif,zaim dan yan satu bilik dan Azlan dan Ryan sebilik.Mereka ni memang jenis tak reti bahasa sikit. Suka hati dorang nak buat apa, nak cakap apa tanpa pedulikan sensitiviti orang sekeliling. Sebagai junior kami tinggal di tingkat 3 manakala senior tinggal di tingkat 1 kesemuanya.tingkat dua untuk budak yang dah 3-4 sem. Selepas 2 bulan disana bermula la peristiwa yang sangat menyeramkan aku setiap kali aku teringat.

Kami di fahamkan supaya tidak naik ke tingkat 8 sebab owner apartment tu tak suka pelajar berada di tingkatnya. aku cuma ambil remeh saja dengan perkara tu. Warden akan meronda setiap 2 jam bagi memastikan kami tidak ke tingkat pelajar perempuan. Tingkat kami paling hampir dengan pelajar perempuan dan kami paling di pantau oleh warden. Aku dapat tau dari senior hostel ni ‘keras’ kerana ada satu kejadian yang berlaku tapi mereka taknak bercerita lebih lanjut pasal tu.

Di satu hari dimana bermulalah misteri yang aku ingat dah berakhir semasa aku kecil dulu. aku ceritakan balik apa yang terjadi. Untuk pengetahuan korang Azlan orangnya alim,solat tak tinggal,dia ni sopan santun orangnya dan mempunyai ‘kelebihan’ seperti aku juga yang mampu melihat benda yang tak semua orang nampak. Pada malam tu kami berdua saja dirumah sebab yang lain pergi melaram kat town. Yela malam minggu la katakan, tambahan pula aku nak berdating dengan awek tingkat 5 masa tu . kalau tak ,memang aku takkan alami peristiwa ni,mungkin sudah sampai masa dan ‘rezeki’ aku waktu itu.

Tengah syok berdating kat depan rumah awek tu aku terdengar perempuan menangis kat tepi lif. Aku terus rasa tak sedap hati sebab jam dah pukul 11 malam kot. Nak pergi jenguk memang tak la.Takkan aku nak pergi menempah bahaya. “eh sapa pula nangis tu,mesti gaduh ngan boyfren” awek tu tiba-tiba bersuara. Rasa macam nak lempang je muka dia. “mana ada!jangan lah mengarut.takde sape pun nangis” ujarku sedikit geram.

Dalam hati kuat merasakan akan jadi sesuatu yang buruk kejap lagi ni. Sesudah je aku habiskan perbualan tadi , DANGGGGGGGGG! pintu lif berbunyi kuat seperti ada orang rempuh. Begitu kuat. Aku yang berdiri hampir dengan lif hanya terkedu tanpa sebarang reaksi. Awek tu lagi tak boleh pakai terus lari masuk rumah tutup pintu. “cilaka” getusku perlahan. “oi takkan u tinggalkan I kat luar ni” aku sedikit jerit bila aku rasa ‘benda’ tu semakin hampir. Baunya aduiiii tak dapat aku ungkapkan. “masuk” awek tu panggil.

Aku yang ketika itu mula rasa takut berlari masuk kedalam rumah tu tanpa fikir apa-apa. “nasib u buka pintu,kalau tak …” kata-kataku m**i disitu. Baru aku perasan yang sebenarnya rumah tu KOSONG !! siapa yang aku jumpa tadi dan mana dia sekarang? Pelbagai persoalan bermain didalam minda. “apa lagi ni” aku mula merintih dalam hati. Aku mencapai telefon dan terus hubungi azlan tetapi hampa azlan tak jawab panggilanku.

Azlan tau aku ke tingkat 5 untuk berjumpa awek. “ aku rasa kau jangan pergi la ji.perasaan aku tak sedap ni.siapa pun kau nak jumpa tu aku rasa akan bagi kesan buruk pada kau nanti.” Azlan membebel masa aku nak keluar rumah tadi.aku tidak pedulikan kata-kata Azlan. “biarlah” kataku dalam hati sambil berlalu pergi.

“kau yang nak masuk tadi kan, kenapa kau takut?” satu suara bertanyakan padaku tapi tak nampak apa dan siapa. “ si…si. Siapa kau?” mengigil suaraku. “aku dah lama perhatikan kau” kali ni suara tu berbisik lembut sambil sedikit ketawa. Tiba-tiba suasana jadi sepi. DUM..DUM..DUM ! pintu depan diketuk. “ ji .oooo. jiiiiii , mana awak. He he he..” satu suara yang aku cukup kenal. “tak mungkin” bicaraku perlahan.

Aku cukup kenal suara tu. tapi kenapa dia. Seakan lemah jasadku memikirkan ketika itu. aku kumpulkan segala kudrat yang bersisa didalam diri. Baca ayat kursi didalam hati sambil menangis ketika itu kerana mengenangkan apa akan jadi malam ni. “kenapa awak masih nak mengelak dari saya ji?” suara tersebut agak bertegas kali ni. Kreeeekk pintu terbuka dan ya ! betul sangkaan ku. “Da…ring .!” terketar ketar aku melihat Daring yang semakin menghampiriku.

Wajah nya tak ubah seperti aku cuba kepala saja yang botak. “sekarang kau dah jauh dari ‘zon selamat’. Apa mampu kau lakukan sekarang?” Daring seakan mengugut. “ kau nak apa lagi sekarang dari aku? Kan aku dah cakap aku taknak berkawan dengan kau.” terangku sambil terduduk.

“tidak semudah itu kau boleh pergi dari aku.” Keras suara Daring kali ini. Tanganku seakan-akan ditarik pula kali ni. Aku tak pasti aku di alam mana sekarang , gelap gelita pandangan aku,adakah aku di tempat lain atau pun masih di dalam rumah tu. “Allahuakbar..allahuakbar..” laungku ketika makin keras tarikan di tanganku.

Aku melawan sedaya mungkin sebelum tersungkur kerana gengaman tersebut terlepas dari tangan aku. Aku cuba bangun tapi sekarang tiada daya lagi. ada sesuatu menghimpit aku. “lepaskan aku Daring, lepaskan.” bentakku apabila dapat sedikit kekuatan dengan membaca ayat kursi didalam hati. “ kau nak m**i?” ugutnya

“jika ditakdirkan aku m**i malam ini aku redha! Bukan kau penentu untuk aku m**i atau tidak..Allahuakbarrr !!” laungku sekuat hati. Tiba-tiba aku rasa seperti ditampar dengan kuat sekali. “allahhhhhhhhh” rintihku lagi. keadaan kembali sepi tanpa sebarang bunyi. Aku cuba berdiri walaupun mengambil masa ,aku tetap cuba. Sehingga aku mampu untuk berdiri dan terus melangkah untuk mecari jalan keluar dari rumah itu. Makin aku jauh aku melangkah , makin berat rasa dikaki. “kau rasa kau mampu nak lari pada aku ?” tiba tiba Daring bersuara lagi. “kenapa kau tak henti-henti mengacau aku.apa salah aku sampai hari ini kau berkeras mahu berkawan dengan aku.?” Jawabku.

Pangg!! Sekali lagi aku rasa seperti ditampar. Terduduk aku dikerjakan ‘kawan’ ni kali ni. “Allahhhhuakbarr !” jeritku lagi. “kau tidak berhak dilindungi oleh Nya, kemana Dia saat ni.. HAHAHAHA” Daring mula marah kali ni. “aku tidak sesekali tunduk kepadamu syaitan yang dilaknat. Kau tidak mampu untuk membunuhku jika bukan dengan keizinanNya!” jawabku tegas kali ini. Aku segera bangun tapi tidak boleh seolah olah ditahan sesuatu.

Daring menghampiri pula kali dengan riak muka yang sangat marah. Aku cuba mengudur dan..Bedebukkk jatuh terlentang dek tersadung sesuatu. “ lihat la diri kau,lemah! Aku beri kau peluang terakhir, jika engkau menerima kau sebagai kawan sekarang juga aku berhenti menyiksa kau. ha ha ha ha…” pinta Daring sambil menindih aku.Ya Allah, berat sungguh ku rasakan.

“Allahhhhuakbarrr, allahhhhhuakbar, tiada yang berkuasa di muka bumi ini melainkan allah s.w.t dan aku tidak aku tunduk kepadamu walaupun maut yang akan datang” kali ini aku jerit semahuku dan terus tidak sedarkan diri. Sedar-sedar aku dah kat hospital. Dalam keadaan mata masih kabur aku ternampak dua susuk tubuh yang aku sayangi iaitu mak dan ayah.

Keadaanku masih lemah dan aku tidak dapat bersuara lagi ketika itu. terasa lemah dan sangat kosong deria rasaku. Mak perasan aku membuka mata lalu memelukku. Mengalir airmata mak tengok keadaanku ketika itu. “Allahhhhhuakbar, syukur kepadamu allah” tak habis habis mak mengulangi kata-katanya. Ku lihat ayah berdiri memegang tanganku. Di matanya kulihat ingin mengetahui apa yang aku lalui.

Aku dilaporkan hilang selama 4 hari selepas keluar dating dengan awek yang aku cakap tu. Azlan memberitahu pada warden kerana aku tidak balik selepas keluar malam tu. Azlan cuba melarangku tetapi aku tidak mengendahkan kata-kata azlan. Dan menurut mak dan ayah mereka dimaklumkan oleh pihak kolej hanya selepas 2 hari tidak datang ke kelas. Mereka bergegas ke hostel untuk mendapatkan penjelasan dariku. Selepas dijelaskan oleh Azlan , mak dan ayah sudah tau sesuatu yang tidak kena.

Mereka risau memikirkan dimana aku ketika itu, usaha mencari dilakukan tapi masih tiada hasil. “saya rasa sesuatu sedang perhatikan fizi ni makcik” azlan berkata pada mak. “eh..kenapa kamu cakap macam tu nak” mak aku menceritakan semula padaku. “sebab setiap kali kami bersama saya dapat rasakan sesuatu sedang melihat kami” terang azlan lagi. disebabkan itu juga Azlan melarangku untuk keluar malam itu. Selepas diberitahu oleh Azlan mak dan ayah hubungi seorang ustaz.

Dan aku ditemui pada hari keempat aku hilang. Terbaring kaku tidak sedarkan diri. Ustaz ada beritahu yang Daring dah selamat dikurung dalam botol dan dihanyutkan di satu sungai. Dimana tempatnya aku sendiri tidak tahu. “ lebih baik tidak tahu dan anggap saja ini pengajaran buat kamu” ustaz berkata padaku.

Korang rasa siapa awek yang aku jumpa? Adakah itu benar-benar awek atau sekadar ilusi yang Daring guna untuk memperdayakan aku ? persoalan yang aku tidak dapat jawab sehingga kini. Selepas kejadian itu,aku tidak lagi melihat awek tu di mana-mana lagi tambahan pula aku diterima masuk ke Universiti sebulan lepas kejadian tersebut.

Aku ingin melupakan segala pasal Daring. Daring ada memberitahu yang dia berdendam padaku kerana disebabkan aku ibunya m**i gara-gara ustaz mahu selamatkan aku. Dan disebabkan itu dia berjanji akan terus menghantui aku sehinggalah kejadian di apartment itu.Mujur aku baru saja berjinak-jinak nak kenal dengan awek tu. kalau tidak, aku sendiri tidak tau apa nasib ku sekarang.
Azlan pula?siapa azlan?adakah betul betul manusia?hehe hanya aku yang tau siapa Azlan.

Jadi, itulah kisah penamat buat Daring dalam hidup aku, mungkin hampir meragut nyawaku dek kelalaian dan iman yang tidak utuh ketika zaman remajaku. Ingat lah korang bahawa apa yang dilihat adalah tak semuanya seperti yang kita lihat .Mungkin ini amaran buat aku yang ketika itu jauh dari keluarga. Apa-apa pun jika ada musibah, keluarga lah yang perlu kita rujuk terlebih dahulu. Dan untuk pengetahuan korang,aku jadi lalai ketika jauh dari keluargaku waktu itu. jarang menghubungi mak dan ayah. Solat entah kemana dek kerana khayal dengan keseronokan dunia. Bila dah lalai, mudah saja aku diperdaya oleh Daring walaupun 10 tahun sebelumnya ,Daring tidak mampu untuk mendekatiku walaupun sebatu jauhnya.

p/s :- Kak yulie ni jawapan untuk soalan akak tempoh hari , ya Daring membesar ikut usia saya dan lebih kacak serta berbaju lengkap persis seorang lelaki biasa. Cuma rambut saja yang botak. Bagi korang yang tengah baca tu jaga-jaga kang Daring berdiri kat belakang baru tau. Hehehe..melainkan Azlan, nama budak-budak lain yang aku mention dipermulaan cerita hanya untuk perincian saja. mereka semua takde kena mengena dalam apa yang menimpa aku waktu itu.

sekian dari saya buat masa ini. Sehingga berjumpa lagi.

Salam ~~ Fizi

Fizi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

44 thoughts on “#FIZI : Pengakhiran sebuah misteri.”

  1. roh yang tak tenteram tak kut..sbb roh manusia takkan pernah menjelma jadi hantu or iblis. Jelmaan roh2 kah maksud tuan?

    Reply
  2. setia betul si daring tu tunggu awok..pengajaran nya jgn sesekali lalai ingat Allah..’bende’ tu stand by je time kte lalai..

    Reply
    • “Untuk pengetahuan korang Azlan orangnya alim,solat tak tinggal,dia ni sopan santun orangnya dan mempunyai ‘kelebihan’ seperti aku juga yang mampu melihat benda yang tak semua orang nampak….”

      Haaa…tu Fizi dh mention awal2 Azlan tu orang…
      Heheheheheh…

      Reply
  3. “Dan aku ditemui pada hari keempat aku hilang. Terbaring kaku tidak sedarkan diri…”

    Kay copp coopppp…
    Jumpe tu kat mane????
    Kat umah kosong tu ekkk???
    Untongler kamu Azlan tu perihatin, ngambek berat…
    Baguihler buat menantu Azlan tu yer…
    Azlan tu orgler kot…
    Xkanler makhluk halus plak…
    Sebabnye mak pak kamu boleh steady jer borak ngan Azlan tu…

    Elok sgtler kamu x berdamping ngan Daring yg kacak+ensem+botak+daring tu…
    Akk ghiso kang aweks dh x mandang kamu asyik nk mandang Daring jer…
    Ate kesianler deme kena caras sesaje…
    Heheheheheh…

    Reply
    • “Dalam rumah aku ada 8 orang iaitu amir,ryan,azlan,zaim,yan,afif dan rizal.

      Aku sebilik dengan Amir dan Rizal. Afif,zaim dan yan satu bilik dan Azlan dan Ryan sebilik…”

      Haaaa tu awal2 dh habaq kata Azlan tu ORANG…

      Reply
  4. ketelitian yang amat sempurna.. fokus baca ya kak yulie. azlan orang , saja nak test .. azlan sekarang dah berjaya. nanti saya ceritakan kisah azlan.

    Reply
  5. riviera? Konfem ko budak Cybernetic nie. Hostel tu share skali ngan budak KUIM ngan Polytech MARA. Bilik warden tingkat 3, depan lif. Aku duk umah pertama sebelah kiri umah warden tue.

    Hostel tu katanya keras sbb ada budak pompuan terjun b***h diri dari tgkat 4, jatuh dekat ngan kolam. Katanya kalau ujan gerimis lepas asar, kalau tak bernasib baik, leh nampak die lari kat koridor pastu terjun. Itu apa yg senior ceritakan la. Aku batch 2002/2004 tpi duk situ kjap je sebelum menyewa kat belakang kolej.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.