Forest/Missing Tape (Full Story)

β€œKisahnya bermula ketika saya berumur 10 tahun. Tidak banyak yang saya ingati ketika itu. Namun, ada satu perkara yang tidak dapat saya lupakan. Kejadian disebuah hutan”.

Aku terbangun dari tidurku, selepas terdengar bunyi bising dari luar khemah ku. Perlahan aku membuka zip khemah, dan mendapati bahawa keadaan diluar sangat sunyi sepi. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Mama dan adik aku sudah pun hilang. Setahu aku, mereka masih tidak tidur, sebelum aku terlena sebentar tadi.

β€œMama, Hasanah!!”. Laung aku seorang diri. Namun mereka tidak menyahut.

Risau akan perkara yang berlaku terhadap mereka, Aku membuat keputusan untuk mencari mereka. Aku kemudiannya cuba mencari lampu suluh. Sudah! Lampu suluh juga telah hilang. Aku terlihat kamera video aku yang aku bawa bersama untuk merakam percutian aku bersama keluarga. Nasib baik kamera itu ada night vision. Selepas menghidupkan kamera itu, aku memulakan pencarian.

Sudah 10 minit aku berjalan-jalan di dalam hutan yang menyeramkan itu, namun tiada satu hidupan pun yang aku temui. Padahal, masih ada rusa dan monyet yang aku telah lihat petang tadi.

β€œZsshhhh…”. kedengaran bunyi semak bergoyang. Aku berhenti melangkah dan menghalakan kamera aku kepada semak-samun itu. Kerana takut untuk pergi kesitu, aku zoom kan kamera ku. β€œhuh…huh..huh”. aku mula berdebar. Namun tidak ada benda yang muncul, lalu aku meneruskan perjalanan aku, namun dengan langkah yang lebih laju.
Walau bagaimanapun, semakin laju aku melangkah, semakin kuat bunyi yang datang dari semak, juga dicelah pokok. Aku menghentikan langkah aku, lalu menjerit β€œHasanah, jangan main-main lah!!”.

Sebaik saja aku menjerit, bunyi itu tidak kedengaran lagi. Namun, kelegaan aku hanya seketika, selepas munculnya lembaga tidak berkepala dihadapan aku! Apa lagi, aku terus berlari sepantas mungkin, namun lembaga itu sangat laju dan hampir menangkap aku. Walau bagaimanapun, aku β€˜terselamat’, selepas aku terjatuh dari bukit…

β€œAlong, along! Rakam lah adik!”. Aku terdengar adikku memanggil aku. Kamera aku dialihkan kepada adik serta mama ku yang sedang mandi bersama-sama di sungai. Memang jernih sungai itu. Sementara aku merakam adik, aku terperasan seorang budak perempuan yang mengintai kami dari belakang pokok. Kamera aku kemudiannya terpadam, apabila aku menghidupkannya semula, budak itu telahpun hilang….”.

Ehhhh…? apa..? aku terpinga-pinga selepas mendapat kesedaran semula. Rupa tadi hanyalah memori aku. Aku lihat bukit yang aku terjatuh sebentar tadi. Agak tinggi juga. Tidak aku sangka bahawa aku masih terselamat, walaupun kaki aku terseliuh sedikit. Melihat kawasan yang lebih gelap, aku menghidupkan semula kamera aku, dan alangkah terkejutnya aku bahawa tempat yang aku terjatuh itu merupakan tempat longgokan mayat manusia! Begitu busuk baunya! Aku segera keluar dari tempat itu, sebelum menemui sebuah terowong.

Disebabkan tertarik dengan terowong tersebut, aku melangkah masuk ke dalamnya. Agak aneh juga, bagaimana terowong ini ada di dalam hutan sebegini? Aku terus melangkah dan pada masa yang sama, kamera aku terakam beberapa cahaya merah di atas. Aku mengambil batu, dan melemparkannya kepada cahaya kecil itu. Rupa-rupanya itu adalah sekumpulan monyet yang ganas! Mereka mula mengejar aku, dan sama seperti tadi, aku berlari sepantas mungkin. Salah seekor daripda mereka melompat ke arah aku dan mencakar wajah aku. Nasib aku baik kerana cakarannya tidak mengenai mata aku.

β€œArghh!!” Aku menendang monyet itu dengan sekuat hati, sebelum melarikan diri sekali lagi. Namun, kekuatan kaki aku mulai hilang, disertai oleh kecederaan kaki aku sebentar tadi. Sedar tidak sedar, monyet-monyet itu sudah mengepung aku. Aku terus menggigil. Tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Aku menoleh keadaan sekeliling. Tidak ada kayu yang boleh dibuat senjata. Aku pasrah. Dan ketika mereka mahu menyerang aku, seorang wanita yang cukup aku kenali, membaling mercun kearah mereka, menyebabkam binatang tersebut melarikan diri.

β€œAlong…” Kata Mama yang dalam kecederaan parah. Aku menghampiri Mama dan terlihat kesan d***h dikepalanya. β€œMama okay tak ni?! Mana Adik?!”. Aku menyoal mama aku. Ya, Adik tidak kelihatan. β€œMama….dah cuba cari Adik. Tapi… Mama tak jumpa tempat persembunyian mereka”. Ujar Mama yang masih lagi kepenatan. Aku hairan. β€˜Mereka’? Siapakah β€˜mereka’? β€œAda…Ada sepasang suami isteri yang telah culik Adik. Mereka kata mereka akan bawa Adik ke sebuah gereja”. Bagai dapat memahami kehairanan aku, Mama menjawabnya.

Namun aku masih lagi hairan. Apakah hutan ini sebenarnya? Bagaimanakah ada gereja di kawasan sebegini? β€œTak apa lah Ma. Mama berehat saja disini. Biar Along pergi cari Adik”. Mama mengangguk perlahan. Aku kemudiannya meneruskan perjalanan. Kini aku sudah memahami separuh daripada apa yang berlaku. Pada masa yang sama, hujan mula turun. Perlahan, sebelum menjadi lebat. Namun, ia tidak mematahkan semangat aku untuk mencari Adik. Ketika itu, kamera aku merakam benda yang tidak sepatutnya. Lembaga seorang budak perempuan, persis seperti budak perempuan di sungai sebentar tadi.

β€œK – Kamu siapa?”. Aku cuba memberanikan diri aku. Selepas kejadian lembaga tidak berkepala dan monyet ganas sebentar tadi, aku sudah sediki lali dengan perkara aneh. β€œAlong….Along….Along…”. Lembaga itu hanya berkata begitu. Kamera aku mengalami glitch seketika dan apabila ia elok, lembaga itu hilang. β€œArghh, aku peduli apa. Aku mesti cari Adik dan keluar dari hutan aneh ini!”. Aku mengomel seorang diri. Setelah beberapa minit kemudian, aku menemui kawasan perkuburan dan terlihat seorang perempuan yang agak berumur, melawat sebuah kubur. Kira-kira wanita itu ialah isteri yang menculik Adik.

Aku mula mengekori wanita itu. Dan ia, wanita itu memasuki sebuah gereja, mengesahkan syak aku. Aku mengintai wanita itu melalui tingkap yang pecah. Kelihatan wanita itu memasuki sebuah bilik, sebelum keluar dan menolak sebuah katil, dan diatasnya ialah Adik yang diikat. D***h aku mula mendidih. Ingin saja aku menerpa dia, namun niat aku terhenti selepas terdengar perbualannya bersama Adik. β€œJangan risau ya. Kami bukan mahukan kamu. Kami cuma mahukan ABANG kamu!”. Terus terkejut aku dibuatnya. Sebelum aku dapa berbuat apa-apa, seorang lelaki muncul dibelakang dan…
β€œBedebuk!”

Tumbukan lelaki itu terlalu kuat dan aku terus hilang kesedaran
β€œAlong sayang Adik tak?”. Soal Adik selepas selesai mandi. Aku terus pelik, kenapa dia bertanyakan soalan sebegitu? β€œLah… mestilah sayang. Kalau tidak, tak adalah Along sanggup cuti kerja dan bawa Adik serta Mama bercuti!”. Ujar Aku. Adik terus memeluk aku dengan bajunya yang basah itu. Cis! Habis basah baju aku! Tak mengapa, asalkan….Adik aku bahagia…

β€œEhh…Apa..?” aku terpinga-pinga. Kepala aku masih lagi pusing. Aku juga mendapati bahawa diri aku sekarang ini diikat pada sebuah kerusi usang. β€œAhh, akhirnya kamu sedar juga”. Kata wanita itu. β€œHmm…kena tumbuk sikit dah pengsan. Lemah!”. Kata lelaki yang menumbuk aku. β€œSayang, jangan kata begitu. Nanti Leticia marah!”. Ujar wanita itu lagi. Sah, mereka merupakan suami isteri yang menculik Adik.

β€œMaafkan kami kerana terlalu berkasar pada kamu. Tapi jangan risau. Sebaik saja kamu menyertai keluarga kami, segala kesakitan itu hilang!”

Aku kehairanan. Ya, aku masih bahawa aku merupakan sasaran sebenar mereka. Tapi, apa yang mereka mahukan dari aku? β€œApa yang kamu berdua mahukan dari aku? Keluarga apa yang kamu berdua maksudkan?”. Soal aku. Si Isteri mengambil sekeping gambar dan berkata,Β β€œdulu… kami merupakan keluarga yang sangat bahagia. Kami juga dikurniakan dua orang anak. Lelaki, abang. Dan perempuan, adik. Kami sebagai ibubapa sangat menyayangi kedua anak kami. Dan Leticia, anak bongsu kami, juga sangat menyayangi abangnya. Tidak kira apa yang berlaku, mereka tidak dapat dipisahkan. Sehinggalah pada satu hari, sungai yang menjadi tempat mereka berdua bermains, menjadi deras dan Leticia hampir lemas. Namun abangnya menyelamatkan Leticia dan nyawanya menjadi pengganti.

Sejak hari itu, kehidupan kami berubah. Leticia menjadi murung dan menyalahkan dirinya. Pada satu hari, Leticia m******h dirinya! rohnya yang tidak tenang itu terus dan terus menghantui kami. Ketika itu kami sedar, Leticia perlukan seorang abang yang dapat menenangkan rohnya. Sudah beberapa orang telah kami culik, namun semuanya tidak disukai oleh Leticia. Dan kamu…”
β€œAku ialah orang yang sesuai?”

Aku akhirnya dapat memahami apa yang berlaku. Dan siapakah lembaga budak perempuan yang selalu muncul didalam rakaman kamera aku. Dia hanya mahukan seorang abang. Tapi….aku hanya ada seorang adik. Dan adik aku itu menjadi mangsa, kerana mereka berdua! β€œTidak, aku takkan jual diri aku untuk orang macam kamu! Dan aku sudah ada seorang adik! Nama dia Hasanah!” jerit aku, tanda protes. Karena berang, si Suami mengheret Adik dan menghalakan sebilah pisau kearahnya. β€œSudah lama kami dikacau oleh roh anak sendiri. Dan aku takkan biarkan kau rosakkan kebahagiaan kami!”

Si Suami sudah tekad untuk m******h Adik. Mungkin kerana kerusi yang usang itu, atau ikatan yang tak seberapa kuat, aku berjaya melepaskan diri dan menyerang Si Suami. Si Isteri mencapai pisau suaminya dan cuba m******h Adik. Namun pada saat itu, Mama muncul dan menghentak kepalanya sehingga pengsan. Perbuatan Mama itu membuatkan Si Suami terdiam seketika. Aku mengambil peluang itu untuk menumbuknya sehingga pengsan. β€œJom keluar dari sini!”. Ujar Mama. Sebelum keluar, aku terperasan kamera yang masih lagi terpasang. Aku mencapainya dan terus keluar.

β€œCepat!” jerit Mama seraya mendukung Adik. Sebaik saja aku keluar dari bilik itu, aku melihat keadaan gereja yang cantik tadi, sudah bertukar menjadi usang. Mama juga menghampiri kereta aku. Rupa-rupanya Mama berpatah balik ke kereta kami dan memandunya kesini. Pada waktu itu, Si Suami muncul dan menyerang aku. β€œMama bawa Adik keluar! Mereka mahukan Along, itu saja!”

Aku mengharapkan bahawa jika aku tinggal disitu, mungkin Mama dan Adik akan selamat. Namun jangkaan aku meleset, Si Suami tetap ingin m******h aku! β€œKalau kau tak nak jadi keluarga kami, maka matilah!!!!”. Jerit Si Suami. Ketika itu, angin menjadi kuat secara tiba-tiba, dan muncul satu lembaga menyerang Si Suami. β€œN-Nanti dulu, Leticia!!!”. Kata Si Suami kesakitan. Lembaga itu tidak peduli, dan mematahkan leher Si Suami. β€œAlong, cepat!” Panggil Mama. Tapi aku tidak mempedulikannya. Aku masih terasa sedih selepas mendengar kisah Leticia. β€œLeticia…kamu..mesti terima takdir bahawa abang kamu sudah tiada. Kamu tidak boleh m******h orang sesuka hati. Hanya untuk mengisi kekosongan didalam hati kamu.”

Kata aku. Leticia mula tenang sedikit. Aku menghampirinya secara perlahan. Entah kenapa, ketika itu aku mengusap kepalanya. β€œSudah…tenanglah kamu disana”. Ujar Aku lagi. Pada waktu itu, Leticia senyum pada aku, dan terus hilang. Agaknya, aku berjaya memberikan kedamaian kepadanya. Aku melihat bateri kamera aku yang hampir habis. β€œMama, jom kita balik”. Kata aku, sebelum menyedari bahawa Mama dan Adik sudah tidak kelihatan, bersama kereta aku. Aku terus kehairanan. Gereja juga hilang sekelip mata. Aku kemudiannya berjalan- dan terus berjalan, sehinggalah aku menemui jalan raya

Rakaman itu terhenti. Terhenti setakat itu. Zul, Wahidah dan lain-lain sudah kehairanan. β€œMinta maaf, rakaman itu hanya terhenti setakat itu. Pihak polis pun dah kata sebegitu”. Kata seoang wanita kepada mereka. β€œJadi, Abang kamu memang tidak pernah dapat keluar dari hutan itu kah? Cik Hasanah?”. Soal Wahidah kepada Hasanah, yang kini menginjak 20 tahun. β€œYa, macam saya kata, kejadian ini berlaku ketika saya berumur 10 tahun, jadi, tidak banyak yang saya ingat. Terima kasih kepada rakaman yang arwah abang saya buat ni, barulah saya tahu kisah sebenarnya”.

Ujar Hasanah. Zul kemudiannya berbisik kepada Wahidah, β€œNampaknya ini masih tidak mencukupi untuk mengumpul bukti mengenai hutan tersebut”. Wahidah mengangguk seraya berkata β€œNampaknya kita perlu bertemu dengan detektif itu pula.”

Setelah bertemu dengan Hasanah, dab mengetahui serba sedikit mengenai hutan tersebut, Zul, Wahidah dan yang lain terus menuju ke rumah Iqmal, seorang lagi β€˜mangsa’ hutan tersebut. Dalam perjalanan ke sana, salah seorang daripada mereka berkata β€œUm…guys? Aku tahu yang kita buat semua ni untuk Aiman. Tapi, bukankah semua kerja menyiasat ni kerja polis. Kita ni cuma krew penggambaran yang tak terkenal”. Ujar lelaki bernama Zakuan itu.
β€œPeduli apa aku. Aku tak kira, aku mesti tahu apa sebenarnya yang ada didalam hutan tu”. Balas Wahidah pendek. Zul terus menatap wajah Wahidah. Begitu tegas sekali. β€œHei, kau masih merakam lagi ke, Zul? Nanti habis bateri kamera tu”. Kata Ganesh, yang terperasan bahawa Zul masih lagi merakam. Mendengar kata Ganesh itu, Zul terus menutup kameranya.

β€œAre we rolling?”
Soal Wahidah kepada Zul, yang sedang menghidupkan kamera dirumah tersebut. Didepannya terdapat seorang lelaki yang berkerusi roda. Zul mengangguk, memberikan isyarat kepada Wahidah untuk memulakan temu ramahnya bersama lelaki bernama Iqmal itu. β€œBaik encik Iqmal, bolehkah anda bercerita mengenai hutan tersebut, dan apa yang berlaku sehinggakan anda mengalami lumpuh?”. Soal Wahidah dengan tenang. Iqmal menghembuskan nafasnya. Dia menatap gambarnya bersama 2 orang lagi lelaki. β€œsaya tak peduli jika saya lumpuh atau m**i. Tapi…sejak kejadian tu…memori saya yang lumpuh, lumpuh untuk selamanya. Kerana hutan aneh itu…..

….Adakah encik sanggup menerima kes ini?
Soal seorang wanita kepada kami. Aku yang sedang merakam itu agak terkejut dengan ceritanya. Cerit mengenai hutan yang disumpah. Hassan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Atau mungkin ia memang gatal. β€œPuan, kami bukan tak mahu menerima kes ini. Tapi, ia tidak masuk akal. Mana ada hutan berhantu, atau disumpah” Ujar Hassan, cuba untuk menolak permintaan wanita itu. Namun, wanita itu terus dan terus memaksa Hassan, aku dan rakan sekerja kami, Daud untuk membantunya. Siap sanggup membayar kami dengan harga yang sangat tinggi. Disebabkan agensi penyiasatan kami mengalami krisis kewangan, akhirnya Hassan menerima kes tersebut.
Kami kemudiannya bertolak ke hutan itu, dan tugas aku seperti biasa, merakam setiap detik untuk menunjukkan kepada pihak berkuasa bahawa orang seperti kami mampu membantu orang awam. Perjalanan kami dengan menaiki van itu, akhirnya kami tiba di hutan itu. Sebaik saja aku menjejakkan kaki ke tanah, aku sudah mengalami perasaan yang tidak baik. β€œUishh, sejuk betul hutan ini. Dah lah tebal”. Ngomel Daud seraya mengeluarkan barang-barang kami. Badannya yang agak sasa itu mampu membawa banyak barangan kami. β€œAla, harap saja badan besar. Sejuk sikit dah merungut”.
Kata pula Hassan sambil menepuk bahu Daud. Kami kemudiannya berjalan kaki selama setengah jam, sebelum kami menemui tapak perkemahan yang terbiar. β€œTengok tu, tak menjaga alam sekitar langsung!”. Ujar Hassan. Aku terlihat beberapa barangan budak kecil. Barangkali budak berumur 10 tahun.
1 jam kemudiannya, kami masih lagi berjalan. Ada juga terjumpa beberapa perkara, seperti kesan d***h dan kesan terbakar. Hassan yang mula teruja itu, ingin terus membuat penyiasatan, disebalik tekanan daripada Daud. β€œWei, aku rasa kita patut balik. Lagipun kompas yang kita bawa ni tidak berfungsi”. Rungut Daud. Namun, Hassan yang tetap dengan pendiriannya terus memarahi Daud. β€œHei, kalau kau tak nak ikut dari awal, cakap sajalah. Sampai sini baru merungut!”.
Sementara mereka berbalah, aku menemui sebuah rumah agam. Rumah agam ditengah-tengah hutan belantara. Apakah yang lebih aneh lagi? β€œHei, kawan-kawan! Cuba lihat ini!”. Aku memanggil Hassan dan Daud. Kami masing-masing terpegun melihat rumah tersebut. Walaupun terbiar, ianya tetap menganggumkan. β€œHm, apa lagi. Jom kita masuk”. Ujar Hassan seraya membuka pintu pagar yang tidak berkunci itu. Walau bagaimanapun, Daud tetap takut untuk memasuki kawasan itu. Selepas didesak oleh Hassan, akhirnya Daud mengalah.
β€œKrakkk…” Pintu rumah itu berbunyi nyaring selepas Hassan membuka pintu. Begitu usang dan kotor, menunjukkan bahawa tempat ini sudah lama ditinggalkan. Rumah itu juga mempunyai 2 tingkat. β€œDaud, kau pergi lihat kawasan diatas. Iqmal, kau ikut aku”. Arah Hassan kepada kami berdua. Sementara Daud menuju ke tingkat 2, kami menuju ke kawasan dapur. β€œPerghh…besar betul rumah ini. Siapalah pemilik rumah ini?”. Hairan Hassan, sambil tangannya menyuluh lampu, dek kerana keadaan rumah yang begitu gelap.
Dalam keadaan samar-samar itu, kami terdengar suara orang seperti sedang berzikir. Namun, agak lain bunyinya.
β€œLa Ilah, La Ilah, La Ilah!!!”
Ya, begitulah bunyinya. Aku dan Hassan sudah berpandangan antara satu sama lain. Bulu roma sudah tegak. β€œHe-Hello…? Siapakah itu?”. Panggil Hassan dengan perlahan. Namun orang itu tidak menyahut panggilannya. Malah, suara itu sudah hilang. β€œMungkin perasaan kita saja”. Kata ku, cuba menenangkan keadaan. Pada masa itu, Daud memanggil kami.
Aku dan Hassan segera naik keatas. Ketika kami naik keatas, kami terlihat Daud yang terpaku, seperti patung. β€œKenapa Daud?”. Soal Hassan, sebelum terpaku seperti Daud. Aku juga begitu. Mana tidaknya, beberapa bungkus jenazah berada di hadapan kami! Peluh mula membasahi wajah kami. Pada masa yang sama, kedengaran bunyi zikir aneh itu lagi. Bunyinya itu semakin kuat dan kuat.
β€œLa Ilah, La Ilah, LA ILAH!!!!!”.
Tanpa kami sedari, mayat itu bangkit dan menyerang kami. Kami cuba melarikan diri, namun Daud ditangkap oleh lembaga itu. Tanpa toleh kebelakang lagi, aku dan Daud cuba keluar dari rumah itu, namun pintu rumah itu ghaib secara tiba-tiba. β€œAlamak!! Masaklah kita!!”. Aku menjerit ketakutan, sementara Hassan mendapat idea untuk keluar. β€œBukankah ada pintu belakang sebentar tadi?”. Katanya. Apa lagi, aku dan dia terus menuju kedapur, namun dihalang oleh sekumpulan atuk.
β€œMarilah nak, marilah berzikir bersama kami. Kamu akan tenang nanti”
Kata salah seorang daripada mereka, manakala mereka yang lain berzikir seperti sebentar tadi. Tiada pilihan lain lagi, aku dan Hassan terpaksa melarikan diri ke tingkat atas. Rupa-rupanya Daud masih selamat, dan membawa kami berdua memasuki sebuah bilik.

β€œHei Daud, kau okay tak?”. Soal Hassan sebaik saja bertemu dengan Daud. Dia menggelengkan kepalanya. Kami akhirnya dapat menghembuskan nafas lega. β€œTak guna! Apa yang berlaku? Siapakah mereka? Hantu? Syaitan?”. Hassan yang begitu takut sekarang ini, mula bertanya soalan. Benda yang dia tidak percaya bahawa wujud, akhirnya muncul didepan matanya. Aku juga keliru ketika itu. Daud pula bangun secara tiba-tiba dan membawa ke sebuah bilik. β€œIkut aku”. Katanya pendek.
Kami mengikut dia saja. Mana tahu dia tahu jalan keluar. Namun, sebaik saja memasuki bilik itu, Daud hilang. β€œEh? Mana dia pergi?”. Hairanku. Ketika itu, kepala aku dihentak oleh sebuah objek yang keras, dan sipelakunya ialah Daud! Sambil berzikir, dia menyerang Hassan dengan agresif. Aku yang sedang pening-pening itu tidak mampu untuk membantu Hassan yang semakin diserang oleh Daud. β€œWoi Daud, kenapa dengan kau??”. Jerit Hassan. Dia mencapai satu botol kaca dan menghempaskannya kepada kepala Daud. Tetapi, tiada kesan langsung.
Pada masa itu, suara zikir itu semakin bergema, termasuklah Daud. Ketika itu, aku yang sudah mendapat kekuatan semula, cuba melarikan diri. Walau bagaimanapun, atuk-atuk itu sudah mengepung aku. Tiada pilihan lain, aku merempuh kearah mereka, sebelum atuk itu hilang dan aku terjatuh dari tingkat 2 kebawah!
β€œArghhhh”. Aku betul-betul sakit ketika itu. Kaki ku sudah tidak boleh digerakkan. Barangkali sudah patah. Ketika itu, Hassan muncul dengan kecederaan parah, namun masih cuba mengangkat aku. β€œI-Ikut aku”. Entah kenapa ketika itu, Hassan bertindak agresif dengan menarik rambut aku, sebelum mengheret aku kedalam sebuah bilik. Bunyi zikir aneh itu kembali bergema. Aku kira, mungkin zikir itu merupakan sejenis mantera untuk mengawal atau merasuk orang. Aku tidak mahu menjadi seperti Hassan dan Daud. Aku cuba bergelut, namun ternyata Hassan yang dirasuk itu lebih kuat.
β€œTerima kenyataan….hanya tuhan kami yang mampu menenangkan kamu! Terimalah Dia! La Ilah!!”. Kata Hassan dengan suara garau. Aku berjaya mencapai sebatang kayu, dan aku memukul Hassan dengan kayu itu. Akhirnya aku berjaya melepaskan diri dan melarikan diri keatas. Tak silap aku, terdapat sebuah lagi bilik yang masih tertutup. Sebaik saja aku tiba diatas, Daud muncul dan menerpa kearah aku. Tiada pilihan lain, aku memukulnya dengan kayu yang masih aku pegang.
Aku mengambil peluang terus dengan memasuki bilik itu, sebelum menghadang pintu itu dengan sebuah almari usang. Namun, aku terperangkap didalam bilik itu. Aku lihat tingkap bilik itu ditutup dengan kayu. Dengan kekuatan yang masih ada, aku mengopak kayu-kayu itu. Hassan dan Daud pula berusaha keras untuk masuk kedalam bilik.
β€œLA ILAH, LA ILAH, LA ILAH, LA ILAH!!!”
Laung Hassan dan Daud. Sebaik saja mereka berjaya memasuki bilik, aku juga berjaya membuka tingkap itu dan melepaskan diri dari rumah agam tersebut. Aku lari, lari, lari dan lari sepantas mungkin, dalam keadaan kaki yang patah! Walaupun dengan jarak yang jauh, aku masih lagi terdengar laungan zikir aneh itu…

β€œDan tanpa saya sedari, saya berjaya menuju ke jalan raya dan menghubungi pihak berkuasa”.
Kata Iqmal, mengakhiri kisahnya. Kini, ia semakin jelas. Hutan itu sememangnya misteri dan aneh. Adakah mereka patut jejaki dan menyelesaikan kes rakan mereka yang bernama Aiman itu? β€œHm…terima kasih ya, encik Iqmal. Saya harap encik Iqmal selamat dan sihat”. Ujar Wahidah sambil bersalaman dengan Iqmal. Zul berpandangan dengan Zakuan. β€œwalaupun sudah beberapa kita pelajari mengenai hutan itu, namun kita masih tiada bukti sahih untuk membantu Aiman”. Kata Zakuan. Zul juga mengangguk, tanda bersetuju dengan katanya.
Ketika itu, Wahidah mendapat panggilan daripada seseorang. Selepas dia melihat nama pada skrin telefonnya, dia terdiam seketika. β€œKetua editor!”. Ujar Wahidah. Dia juga tidak melupai untuk menggunakan pembesar suara, supaya rakan-rakannya yang lain dapat mendengar kata-kata Ketua Editor. β€œDengar sini, pihak polis sudah menjumpai rakaman Aiman dan Farid. Pihak polis juga menemui sebuah lagi kamera yang masih lagi berfungsi”. Ujar Ketua Editor. Tidak mahu membuang masa, mereka semua terus beredar dari situ.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

amilmctavish
Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

19 thoughts on “Forest/Missing Tape (Full Story)”

    • sebenarnya ada 5 kisah dalam 1 cerita ni. lagi satu, saya nak asingkan 5 kisah ni dalam chapter yang berbeza supaya pembaca lebih faham. tapi admin fiksyen shasha suruh saya hantar yang full. waktu tu laptop boleh rosak pulak. so saya hantar chapter 1 dan 2 saja. tak sangka admin boleh tulis full story kat cerita saya. so saya faham kenapa semua orang keliru

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.