Gangguan Bermula Dari Hutan Panti

Assalammualaikum..hai warga FS semua…Terima kasih sebab sudi siarkan kisah noor ni…Noor nak kongsi pengalaman sewaktu belajar masa ambil sijil kemahiran dulu dalam tahun 2002…

Kisah bermula sewaktu program minggu suaikenal pelajar baru diadakan..Noor sendiri termasuk dalam kumpulan pelajar baru tu..bermula sesi suaikenal dikolej….Untuk pengetahuan semua kolej Noor ni biasa-biasa jerk…Siapa yang duduk area Stulang sebelah The Zone mesti tau bangunan kedai 4 tingkat yang ada dekat situ…Kalau malam area stulang ni femes dengan deretan kedai makan yang sedap-sedap…haa…dekat situlah terselit “bekas” kolej Noor…sekarang ni tingkat 4 bangunan kolej tu dah lama terbiar kosong…

Selepas suaikenal dan sambutan maulidur rasul dekat kolej kami telah diberitahu yang sesi suaikenal ni akan disambung di Hutan Panti, Kota Tinggi (kawasan perkhemahan jalan air terjun kota)..Dua hari sesi suaikenal di Kolej, pagi rabu kami beramai-ramai selamat sampai ke tapak perkhemahan. Macam biasa kami diberi taklimat tentang keselamatan dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang berada dihutan tu. Dengan jadual yang padat dan pelbagai acara yang telah dirancang oleh senior…

Malam pertama kat dalam hutan tu, takde yang pelik, masuk hari kedua, aktiviti hari ni kami akan mendaki Gunung Panti, sebelum pergi sesi taklimat telah disampaikan kepada kami semua tentang keselamatan dan peraturan yang perlu dipatuhi untuk pastikan aktiviti ni berjalan lancar. Pukul 9.30 pagi kami gerak dari tapak khemah..AJK beritau utk mendaki ambil masa dalam 2 jam perjalanan…Alhamdulillah kami selamat sampai ke puncak dalam pukul 12 tengahari..

Selepas berehat, solat dan lakukan aktiviti ringan dipuncak kami bergerak turun ke tapak perkhemahan dalam pukul 2 petang…perjalanan yang sepatutnya ambil masa 2 jam berlarutan sampai ke maghrib, kami sesat…Puncanya, sewaktu dalam perjalanan turun ada sorang rakan menegur benda yang tak sepatutnya ditegur, kami semua disuruh berhenti dan berehat sementara senior cuba dapatkan bantuan dari AJK yang tinggal di tapak khemah. Sewaktu berehat tu tiba-tiba sorang kawan noor (panggil dia Dee) menjerit mengilai. Suara dia pun dah bertukar jadi garau., dia mengamuk kata kenapa kacau tempat dia..beberapa orang AJK cuba untuk tenangkan Dee dengan membacakan beberapa p****g ayat Al Quran. Bila Dee dah senyap sorang lagi peserta perempuan dalam kumpulan lain mengilai dan menangis keadaan ni berlarutan sampai lima orang peserta perempuan dan seorang peserta lelaki dirasuk..

Cuaca masa tu dah makin gelap, waktu maghrib kami masih lagi dalam hutan, bantuan pula belum sampai lagi sedangkan peserta yang kena rasuk tu makin meracau silih berganti. Dalam waktu darurat macam ni lah semua benda yang diperlukan macam lampu picit sume takde. Kami bergelap dalam hutan tu tunggu bantuan dari AJK sampai. Pelbagai cara dah dibuat, ada yang laungkan azan, ada yang baca Yassin tapi hampa..dalam pada bergelap tu kami dengar suara perempuan mengilai, bunyi benda bergayut dari dahan ke dahan dekat atas pokok dan macam2 lagi..

Lebih kurang dalam waktu isyak baru bantuan sampai..itu pun setelah minta tolong dengan imam dari kampong yang berdekatan..sebelum turun kebawah imam tu buatkan air penawar, suruh semua yang dirasuk minum sorang sikit untuk pulihkan semangat mereka..Kami selamat sampai ke tapak perkhemahan dalam pukul 10lebih..

Sesampai ditapak khemah, kesemua enam orang peserta ni dirasuk balik…ada yang mengilai, ada yang menangis, ada yang bersilat bagai…suasana waktu tu memang haru biru…walaupun surah Yassin dah sedia terpasang, makin rancak mereka-mereka ni beraksi. Termasuk lah Dee. Waktu ni kami disuruh duduk mengikut kumpulan dan kumpulan Noor masa tu cuma Noor berdua dengan Dee perempuan selebihnya empat orang lelaki. Nasib baik ada kakak AJK tolong..Dee dah mula beraksi, dengan mata dijengilkan suara dah bertukar garau dan meronta minta dilepaskan. Bila dibacakan yassin Dee kata panas. Nak atau tak kena jugalah kami ramai-ramai habiskan bacaan Yassin.. Sejam kemudian keadaan agak terkawal bila mana semua yang dirasuk seolah olah dah kehabisan tenaga termasuklah kami yang cuba nak tolong tenangkan peserta yang kerasukan..

Tiba-tiba, diatas pokok kami dengar bunyi dahan patah, bila seorang AJK suluh kearah bunyi tu, takde apa-apa pun, dan tak semena Dee menjerit sambil tunjuk ke atas ke arah datangnya bunyi yang kami dengar tadi sambil cakap…Tuuuu, dia ada kat atas tu..Tuuuu…masa ni, memang meremang satu badan nak nak bila noor dengan senior (AJK perempuan) berdua pegang Dee untuk tenangkan, makin kejab kami pegang makin kuat Dee meronta nak lepas. Akhirnya Dee dapat ditenangkan setelah imam bacakan beberapa potongan ayat Al Quran dah bagi Dee minum air..Alhamdulillah sampai kesubuh keadaan tenang dan terkawal..

Pagi tu sempat Noor tanya dekat Dee apa yang dia nampak, dengan seloroh Dee cakap “tu sebelah hang tu ada lagi bendanya, kakak cantik”..adeiii…terus meremang satu badan. Sejak tu terus tak berani lagi Noor nak tanya Dee.Petang tu kami semua berkemas nak balik kolej, sessi suaikenal yang sepatutnya sampai hari sabtu terpaksa dipercepatkan atas nasihat imam yang membantu kami malam tadi..

Yang bestnya, masa dah siap semua ambil tempat duduk dalam bas, Dee panggil kami dan tunjuk kearah tapak perkhemahan sambil suruh kami lambai kesana, Dee jadi ketua suruh kami ramai-ramai melambai kat situ konon nya sebagai tanda selamat jalan pada benda yang dia nampak tu…kisah ni tak habis sini. Sampai dekat kolej, sekali lagi mereke yang dirasuk kena balik, dah riuh satu bangunan mana tak nya dari bawah sampai ke tingkat 4 atas bersilih ganti lepas sorang-sorang mengamuk histeria..

Kolej yang dulu nya ceria kini dah bertukar suram lepas kejadian tu…Dee pun dah berapa kali histeria dekat kolej. Yang pelik mereka kata dekat rumah ok jek takde apa-apa, bila datang kolej baru kena, dan bermulalah peristiwa pintu tandas dihempas sendiri, lampu dalam ofis dibuka tutup, mesin printer tiba-tiba cetak sendiri, speaker tiba-tiba on dan macam-macam lagi. Ada yang dah pergi berubat lepas kejadian tu kata ‘benda’ tu ikut balik sampai ke kolej dan terus tinggal kat situ..

Sekarang ni, bila lalu area stulang tu tu, bila tengok bangunan kolej tu terbayang ada yang melambai dari tingkat atas. Kolej tu pun dah lama tutup, tak silap dua tahun selepas Noor habis belajar kolej tutup sebab tak dapat sambutan. Sampai sini dulu kisah yang Noor nak kongsikan…inshaaAllah ada masa nanti Noor kongsikan kisah lain yang pernah Noor lalui…Sekian dulu…terima kasih sebab sudi luangkan masa baca kisah Noor ni..semoga berjumpa lagi dilain kisah..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Noor

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

3 thoughts on “Gangguan Bermula Dari Hutan Panti”

  1. dulu sekolah saya pun pernah kena gangguan..puncanya, ade buat lawatan kelab persatuan di bukit jugra banting..balik aje dari lawatan tu..lebih kurang 1 bas kena histeria..penat ustat nak ubatkan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.