Gangguan Di Hari Gawai Dayak

Salam semua. Selama menjadi silent reader FS selama beberapa tahun ni, terasa juga mahu kongsikan pengalaman saya yang masih menjadi tanda soal kepada diri saya sendiri sehingga hari ini. Terlebih dahulu, terima kasih kepada admin sekiranya sudi memaparkan cerita saya ni. Maaf lah, saya ni kurang berpengalaman dalam bab menulis ni. Ok, begini ceritanya.

Masa tu saya masih menuntut ilmu di sekolah menengah. Waktu tu cuti pertengahan dan musim sambutan Hari Gawai Dayak. Jadi kami sekeluarga balik kampung. Kami tinggal di rumah panjang. Rumah panjang ni ada banyak la pintu-pintu (bilik) dan setiap pintu ni didiami saudara-mara terdekat. Kecuali pintu di bahagian hujung rumah tu yang masih belum siap so dari jauh memang nampak macam abandoned construction. Lagi satu, rumah kami ni masih lagi dikelilingi hutan tebal masa tu. Dan rumah kami sangat dekat dengan perkuburan. Saya assume sebab orang dulu-dulu kalau uruskan jenazah semua tu memang hantar by hand dan jalan kaki ja. Sebab mana ada transportation mau hantar jauh-jauh kan. Sebab tu kot dorang buat dekat ja dengan perumahan. Sekarang ni tempat tu sudah dibangunkan dan ada kilang besar yang beroperasi di kawasan sana.

Jadi berbalik kepada cerita tadi, kami balik kampung dan uruskan apa yang patut untuk persiapan Hari Gawai. Hari pertama tu elok ja urus, bersihkan dan hias-hias rumah. Sampai la ke lewat petang kira-kira jam 5 begitu, aunty saya ni sama suami dia dan saudara saya pergi mandi di sungai yang terletak di bawah bukit. So, rumah panjang kami di atas bukit dan di bawah tu ada sungai kecil. Kalau dari rumah memang tak nampak sungai di bawah tu sebab dikelilingi pokok-pokok dan rumput-rumput panjang. Jadi dorang ni pergi mandi sana lewat petang tu. Sebenarnya orang-orang tua di rumah kami memang tak galakkan untuk turun pergi sungai senja-senja begitu. Tapi disebabkan tidak cukup air hujan di rumah jadi terpaksa turun pergi sungai untuk bersihkan apa yang patut.

Ini berdasarkan apa yang dorang ceritakan balik kepada kami. Masa dorang mandi tu, tiba-tiba aunty saya ni rasa betul-betul pening sampai rasa mau pitam. Jadi dia hentikan dulu mencuci baju dan duduk di wap air sambil urut-urut kepalanya. Suami nya ajak la dorang tiga beranak ni balik, kiranya esok ja la cuci kain yang selebihnya tu. Lagipun mau gelap suda. Aunty saya ni bersetuju la. Sesudah dorang simpan barang-barang mandi dan bersiap mau pulang, tiba-tiba anak dorang (setahun tua daripada saya) menjerit. Matanya terbeliak memandang ke arah atas pokok besar yang bertentangan dengan wap air tu. Dia pejamkan matanya sebelum berlari ke arah ayahnya. Pada masa yang sama, aunty saya ni pengsan. Mungkin disebabkan peningnya yang berlarutan tadi. Situasi menjadi semakin panik sebab anaknya balik-balik suruh ayahnya tengok benda di pokok tu. Mungkin saudara saya ni mahu ayah dia pastikan apa yang dia nampak tu betul ke tidak, mungkin lah. Ayah dia tau anaknya nampak sesuatu disana tapi dia tak tengok pun pokok tu. Uncle saya ni dukung isterinya dan bawa anaknya balik rumah. Since anaknya berpegang erat di lengannya, senang la uncle saya mau heret dia sekali sambil dukung isterinya. Barang-barang mandi dorang tinggalkan ja di sungai tu. Lantak la, yang penting tubuh sampai di rumah.

Sesudah dorang sampai di rumah, banyak yang bertanya apa yang berlaku. Uncle saya tak banyak cakap, dia bawa isterinya pergi bilik dan baringkan. Sampai ja di bilik, aunty saya ni tersedar balik. Nasib baik tak jadi apa-apa yang serius. Tapi, lepas aunty saya sedar tu. Dia lain. Dah macam lain, macam kena rasuk, bukan. Lain macam dia murung dan tak banyak bercakap. Sebab aunty saya ni jenis yang happy sentiasa. Memandangkan ramai yang mengelilingi aunty saya masa tu, especially budak-budak (saudara-mara), uncle saya kata aunty saya gastrik dan pening terus dia tak sedarkan diri. Jadi orang-orang yang mengharapkan cerita menarik ni pun perlahan-lahan beredar. Meanwhile cousin saya ni, anak aunty saya tadi tu, dia dah mula buka cerita pasal penampakan di pokok besar tu. Dia cerita dia nampak lembaga hitam bertenggek di atas pokok besar tu sambil memandang tepat ke arah dorang. Rambutnya yang panjang lebih kurang macam urat-urat kayu yang berjuntai di pokok besar tu. Disebabkan benda tu tak bergerak, dia ingatkan benda tu kayu atau ranting kayu yang besar dan dia ingatkan dia tersilap nampak. Sebenarnya dia mula perasan ada benda pelik atas pokok tu masa dia tolong maknya cuci baju lagi. Tapi dia senyap ja dan balik-balik pandang tempat yang sama untuk pastikan benda tu betul-betul ranting kayu. Masa dia usha-usha tu, tiba-tiba dia perasan ada kelainan daripada yang tidak bergerak dari awal tadi. Dia nampak ada dua mata merah menyala yang berkedip dan memandang terus ke arah mereka. Masa itu lah dia mula menjerit dan maknya pengsan pada masa yang sama.

Petang yang sama juga saya pergi bilik keluarga saya untuk tolong siapkan makan malam. Masa tu saya terdengar perbualan ayah dan mak saya. Ayah saya kata esok akan ada upacara miring di awal pagi. Upacara miring ni saya tak pasti sangat la sebab keluarga saya Kristian, biasanya kalau sambut Hari Gawai di kampung mak saya, kami tiada upacara miring. Kami selalunya sembahyang ja. Yang saya tahu, upacara miring ni adat lama kaum Iban untuk “bagi makan” kepada nenek-nenek moyang yang telah meninggal ataupun untuk tuhan-tuhan yang disembah. Kira macam tu la. Dan yang saya tahu, tahun tu kami serumah panjang ni bercadang untuk tak buat upacara miring sebab yang balik bergawai sikit ja dan yang ada balik pun kebanyakan keluarga sudah menganut agama Kristian. Kecuali ketua rumah panjang iaitu datuk saya dan beberapa orang-orang tua yang tinggal sana serta beberapa keluarga kecil sahaja yang berpegang kepada kepercayaan animisme atau pagan. Jadi mak saya tanya la kenapa bagitau last minit sebab untuk upacara miring ada banyak mau sediakan. Ya kami tak terlibat dengan upacara tu tapi parents saya tolong juga sediakan apa yang patut. Masa tu la saya dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya dengan aunty saya.

Ayah saya ceritakan balik apa yang uncle dan aunty saya cerita kat ketua kampung. Masa aunty saya pening-pening tu, ya dia memang betul-betul pening dan pandangan dia gelap-gelap suda. Tapi masa dia mau adjust pemandangan dia tu, dari samar-samar begitu, dia ternampak sangat ramai orang yang bermandi manda di sungai tu. Antara kedipan matanya tu, dia macam sekejap nampak sekejap tiada siapa-siapa di sungai tu kecuali mereka bertiga. Aunty saya ni macam kes anaknya tadi tu la, dia tak yakin dengan apa yang dia nampak jadi dia tak kata apa-apa dan ok ja bila dibawa balik. Sampai la dia pengsan bila rasa pening dia datang menyerang sekali lagi. Dalam keadaan tidak sedarkan diri tu, dia bermimpi. Dia bermimpi bahawa dia sedang bermandi manda di sungai tu bersama-sama dengan ramai orang lain. Kebanyakkan dia tidak kenal tapi ada yang dia kenal. Yang dia kenal tu datuk moyang dia dulu dan ayah saudara dia dan keluarga yang lain. Dan orang-orang yang dia nampak dan kenal ni semuanya keluarga kami yang sudah lama meninggal. Dan dalam mimpi tu ada sorang datuk tua yang tanya aunty saya ni. Dia tanya, “Nak, kenapa kamu orang tak sudi makan dengan kami lagi?” (dlm bahasa Iban ya, saya translate pegi bm) Lepas orang tu tanya begitu, aunty saya terjaga dari pengsannya. Aunty saya kata memang betul dia rasa takut dan seram sejuk tapi yang paling terasa katanya, dia rasa sangat sayu dan sedih.

Maka  keesokan paginya jam 5 pagi. Kami semua bangun  untuk tolong apa yang patut untuk upacara miring. Jam 6 pagi mula suda upacara miring dan, amin… Semuanya berjalan dengan lancar.

Cerita saya bermula dari sini. Pada hari kedua setelah kes aunty saya. Macam biasa pada waktu siang kami siapkan semua hiasan rumah yang perlu. Dan malam tu saya berkumpul dengan saudara mara yang lain di ruai datuk saya(ruang tamu besar yang memisahkan kaki lima dan bilik). Kami tengok TV. Masa tu tengok Shin Chan di ntv7. Saya berbaring dan tengok Tv. Masa tu berat sangat rasa mata tu. Mengantuk betul-betul padahal baru jam 7 lebih. Saya assume akibat penat la tu. Jadi saya tertidur di ruang tamu tu.

Bila saya bangun dan buka mata, yang peliknya saya tak rasa macam baru bangun dari tidur. Rasanya macam kita tutup mata kejap, then buka balik. Saya perasan masa tu saya tak lagi berbaring di ruang tamu. Saya dah baring atas tilam di dalam bilik besar ketua kampung. Kami saudara mara satu geng memang suka tidur sama beramai-ramai di bilik datuk kami. Saya cuba ingat-ingat balik, bila masa pula saya bangun dan balik ke bilik. Takkan abang saya atau parents saya pegi dukung saya masuk bilik. Masa tu saya dah besar panjang dan berat. Confirm la dorang bangunkan saya kalau mau saya tidur di bilik terus. Yang lagi pelik bila saya dongak ke arah kanan saya, masa saya terbangun tu saya berbaring lurus, kaki tangan semua lurus dimana sangat jarang saya tidur begitu. Dan saya nampak saudara saya tengah meniarap dekat dengan saya di tilam sebelah. Dan dia tengah berbual rancak dengan saya. Dia tengah bergossip dan ceritanya di klimaks suda, saya lupa dia cerita pasal apa terus saya p****g percakapan dia dengan bertanya jam berapa suda. Saya ingat saya tertidur tengok Shin Chan jam 7 lebih. Cousin saya tengok ke arah jam di dinding yang jauh sana (saya rabun jauh) dan dia jawab “Jam 10.30, kejap lagi atuk mau matikan generator. Kalau kau mau pegi tandas esok ja la. Ataupun kau suruh aunty An temankan. Aku malas suda mau jalan ni.” Dia kata dan terus baring.

Kejap, jam 10.30? Lama suda saya tidur ni. Macam mana mau tidur balik. Lagi-lagi electric generator mau dipadam suda. Apa saya mau buat dalam gelap-gelap. Saya merungut la dengan cousin saya ni yang saya tak rasa mengantuk langsung. Dia tanya saya balik, itu yang membuatkan saya makin bingung. Dia tanya, saya ni tak rasa penat kah lepas main dan menari tadi. Bila masa pula saya main? Dan menari? Saya ni memang tak tahu dan tak suka menari. Lagipun saya tidur. Lepas tu cousin saya tambah lagi, “Pandai juga kau ngajat eh. Di mana kau belajar?”

Ini lagi la pening aku dibuatnya. Serius, aku tak pandai Ngajat langsung. Ngajat ni tarian tradisional kaum Iban. Pernah dipaksa Ngajat dan aku kaku dan hanya mampu ayun-ayunkan tangan ja. Dan tak pernah berpeluang untuk belajar Ngajat pun. Masa ni aku kata la cousin aku ni merepek dan merapu dan berbaring lurus balik dalam keadaan yang lagi selesa la.

Dan waktu tu, generator dipadamkan. Masa generator dipadamkan, bukan terus gelap mengejut macam blackout tu. Bila generator dipadamkan, lampu akan malap-malap dan perlahan-lahan keadaan sekeliling menjadi gelap. Masa samar-samar tu, sebelum lampu padam gelap sepenuhnya, masa tu lah saya nampak seorang perempuan berambut pendek aras bahu berdiri di hujung kaki saya. Benda tu betul-betul berdiri di hujung kaki saya yang diluruskan tu. Saya cepat-cepat pejamkan mata dan buat-buat tidur. Saya ni bukan jenis yang menjerit, jadi saya pejamkan mata betul-betul dengan harapan benda tu tak kacau saya sebab saya tidur sudah kononnya. Padahal jari jemari saya bergegar dengan kuatnya sebab takut. Masa tu baru la saya rasa segala kepenatan dan kelelahan kembali singgah ke badan. Tak sampai 5 minit pun saya dah tidur dengan lenanya.

Keesokan paginya saya bangun dengan rasa fresh betul. Lepas tu baru saya teringat kejadian malam semalam masa tu. Saya balik-balik fikir siapa perempuan tu. Tapi cerita saya ni saya tak ceritakan dengan mana-mana ahli keluarga saya termasuk cousin rapat saya. Saya tak mau disebabkan penampakan beberapa detik tu menjadikan dorang takut untuk tinggal di kampung sendiri. Dan apa yang saudara saya nampak di atas pokok tu memang sering diceritakan orang-orang tua di rumah panjang saya. Pokok tu ada benda tinggal di situ. Sebab itu lah tidak digalakkan untuk mandi di sungai tu lewat petang. Sebab masa tu benda begitu keluar. Yang saya tidak tau, apa yang terjadi dengan saya malam tu. Ibarat memori saya dipadamkan untuk beberapa jam tu. Tapi saya bersyukur tiada apa-apa kecederaan yang berlaku.

Maka sampai sini saja la cerita saya. Kalau cerita ini disiarkan, maaflah kalau susah difahami dan tak seram mana pun. Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

akuanakmalaysia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Gangguan Di Hari Gawai Dayak”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.