Gangguan di Hostel Pelajar ILP

Pertama sekali aku nak ucap ribuan terima kasih pada pihak Fiksyen Shasha kerana sudi post cerita aku ini.

Baiklah aku mulakan pengalaman seram aku di Hostel pelajar di sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Utara Malaysia. Pada waktu itu aku baru naik jadi pelajar senior. Maka semua pelajar senior akan berpindah ke hostel baru. Hostel itu 4 tingkat. Aku dan roommate lama aku dapat bilik di tingkat atas. 1bilik boleh muat 6 orang pelajar. Dan bilik mandi serta tandas dihujung koridor luar daripada bilik.

Sebulan pertama jadi penghuni hostel tu tiada apa yang berlaku pun, kami jalani rutin harian seperti biasa. Pagi pergi kelas, tengah hari balik hostel berehat lepas Zohor pergi kelas, petang buat aktiviti riadah dan bersukan. Sehinggalah bulan ke 2, kami di gemparkan dengan peristiwa yang menyeramkan apabila pelajar perempuan sering terkena histeria. Tiap malam ada saja yang meracau. Ada juga yang bercerita dia ternampak seorang perempuan berambut panjang melekat di dinding sambil menjilat pad wanita pada waktu malam dalam salah satu bilik pelajar junior.

Jadi akibat peristiwa itu, pihak ILP memberi cuti peristiwa untuk pelajar semua pulang selama 2 hari. Tapi mana yang tidak dapat pulang atau rumah di luar negeri masih boleh duduk di hostel cuma tidak boleh berkeliaran pada waktu malam dan tidak boleh tidur berseorangan di bilik.

Di jadikan cerita pada hari pertama cuti itu, sepatutnya aku dan kawan aku Saiful tinggal di bilik untuk temankan aku seorang saja yang tidak pulang untuk aras atas, tapi last minute Saiful kena balik rumahnya di Kedah. Atas sebab keluarganya tidak jadi ke Kuala Lumpur pada hari itu. Jadi tinggallah aku seorang di bilik. Bilik lain sudah penuh sebab sudah bagi bagikan pelajar yang tidak balik dan duduk sebilik.
Jadi tinggallah aku keseorangan penghuni aras atas. Walaupun takut terpaksalah aku beranikan diri untuk tidur seorang diri. Waktu pagi aku tidak buat apa apa sangat cuma siapkan assignment yang diberi dan bermain game di laptop saja. Sekali sekala aku datang ke aras bawah untuk lepak sekejap. Sehinggalah petang aku pergi bermain bola sehingga masuk waktu Maghrib.

Dan bermulalah pengalaman seram aku. Setelah selesai bermain bola, aku naik ke bilik siap siap untuk ke surau. Aku capai tuala dan berjalan ke arah bilik mandi. 1 aras ada 6 bilik ,tapi bilik terakhir aras aku dibuatkan sebagai bilik stor untuk barang rosak. Seperti katil, kerusi, dan almari yang rosak. Semasa aku sampai di bilik stor tu, tiba tiba anak mata aku ternampak seperti ada orang sedang berdiri dalam bilik tersebut. Aku pun cepat menoleh, tapi bila aku toleh dan melihat dalam bilik itu tiada orang pun. Aku pun mengendahkan apa yang aku terlihat tadi dan terus berjalan.

Masuk ke dalam bilik mandi aku pun mandi. Selang beberapa minit, aku dengar pintu bilik mandi di sebelah dibuka dan dengar bunyi shower. Aku pikir mungkin pelajar lain tumpang mandi di aras aku. Aku pun keluar bilik mandi dan lihat memang betul ada orang sedang mandi. Aku pun tegur “Bilik mandi dekat bawah penuh ke?” Tapi tiada orang menyahut. Aku fikir mungkin dia tidak dengar. Aku pergi ke sinki untuk suci muka. Sedang aku leka membasuh muka aku dengar shower ditutup dan pintu bilik mandi di buka betul betul belakang aku. Aku bertanya sekali lagi, masih lagi tiada sahutan. Cuma kali ini aku dapat rasa seperti ada orang sedang bernafas di telinga aku. Dengan muka penuh dengan sabun pencuci muka aku menoleh. Aku buka sedikit mata aku lihat tiada orang pun disitu. Aku terus membilas muka aku.S ekali lagi aku dapat rasakan ada orang bernafas di telinga aku.T erus meremang bulu tengkuk aku. Kebetulan pula Azan maghrib berkumandang. Aku terdengar seperti bunyi tapak kaki orang berlari keluar dari bilik mandi. Habis saja bilas aku pun terus melihat gerangan siapa yang kacau aku. Aku berasa hairan, lantai koridor tiada kesan tapak kaki ataupun selipar. Sebab bilik mandi itu lantainya basah, jika orang pijak pasti akan ada kesan tapak kaki basah di koridor. Aku mula hairan dan tidak sedap hati.

Gangguan itu tidak berhenti disitu saja. Selepas habis solat Maghrib, aku duduk di surau saja sampai habis waktu Isyak dan makan tengah malam di dewan. Aku pergi lepak di bilik kawan aku di aras 2. Sehingga pukul 12 macam tu aku pun balik ke bilik sebab mata sudah mengantuk sangat.
Sampai di bilik tukar baju dan seluar,a ku rebahkan badan atas katil. Aku terus tidak sedarkan diri. Entah pukul berapa aku tersedar. Aku dikejut oleh seseorang. “Bang ada makanan tak? Saya lapar.”
Bilik aku memang ada jual Maggi, biskut dan roti. Memang selalunya waktu malam akan ada orang mahu membeli akibat lapar tengah malam. Dengan mamainya aku jawap “Mana ada, tauke maggi balik kampung. Pergi cari bilik lain.”Aku sambung tidur. Selang beberapa saat aku terus terbeliak .Aku baru sedar yang aku dah kunci pintu bilik.
Aku pun berlari pergi ke pintu dan check kunci pintu bilik. Memang betul semua sudah berkunci. Memang susah untuk orang luar masuk.
Aku kebinggungan. Adakah aku bermimpi atau kejadian itu benar benar berlaku? Aku sambung balik tidur. Tapi malangnya aku jadi sukar untuk lelapkan mata. Badan aku jadi seram sejuk dan meremang. Aku paksa juga lelapkan mata tapi tidak boleh.

Tiba tiba, aku terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan di dalam bilik aku. Bunyinya dari pintu masuk dan menghala ke arah aku. Aku jadi takut dan aku tidak berani untuk melihat. Aku yang mulanya sedang baring terlentang terus mengereng menghadap ke dinding. Bunyi tapak kaki itu semakin dekat. Dan ia tidak berhenti disitu saja.
Aku dapat merasakan seolah olah ada orang sedang duduk diatas katil aku. Terasa katil aku melendut. Aku mula takut dan berpeluh. Berpeluh seperti baru lepas main bola. Dan tiba tiba, aku merasa seperti ada tangan memegang bahu aku dan menarik aku daripada belakang, seolah olah ingin aku menoleh kearah belakang. Aku keraskan badan aku. Tapi makin aku keraskan makin kuat dia menarik. Air mata mula mengalir. Aku berasa takut yang teramat.

Pada waktu yang sama aku ditarik, aku dapat merasakan ada rambut panjang merangkul daripada bahu kanan ke leher aku. Aku tidak boleh buat apa apa. Aku ketakutan.
Makin lama makin kuat dia menarik aku .Aku kumpulkan kekuatan diri aku terus menjerit Allah sekuat hati dan terus menepis. Dengan mata tertutup akibat terlalu takut aku terus terduduk. Tapi telinga aku terdengar seperti ada orang berlari keluar daripada bilik aku.
Perlahan lahan aku buka mata. Dalam samar samar cahaya lampu koridor, aku ternampak di katil hujung bilik aku, ternampak ada seorang seperti perempuan tua, sedang memandang aku sambil tersenyum. Mata tepat memandang aku. Aku pun berlari keluar daripada bilik.
Sedang aku hendak kunci pintu bilik,aku terdengar suara seseorang, sama macam yang mula mula kejutkan aku.
“Bang, nak pergi mana tu? Tunggulah, aku lapar ni.”Sehingga sekarang aku masih ingat suara tu, dan paling aku tak boleh lupa gelakkan kecil dia. Masih terngiang dalam fikiran aku.
Aku terus berlari ke aras bawah. Sampai saja di bilik kawan aku, aku berasa lemah dan tidak sedarkan diri. Dan apabila aku sedar aku sudah berada di hospital. Aku lihat, warden hostel dan lecturer aku ada di sebelah aku. Bertanyakan apa yang berlaku. Aku pun mula bercerita pada mereka.
Dan mereka sudah pun memanggil pakar perubatan untuk sembuhkan semangat aku dan memasang pagar di ILP.Dan sejak dari itu, tiada lagi gangguan di ILP lagi. Dan aku berjaya tamatkan pelajaran aku dengan jayanya disana. Sekian Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Afiros

1 thought on “Gangguan di Hostel Pelajar ILP”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.