gangguan di kilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku ingin menceritakan kisah aku sewaktu aku bekerja di sebuah kilang yang agak ternama dan tidak asing lagi dari kita semua. Kisah ni bermula sewaktu kami semua berpindah ke kilang baru yang lebih luas dan selesa. Pada mulanya kami sangat seronok kerana persekitarannya yang bersih dan selesa tapi semuanya berubah apabila kemasukkan pekerja baru yang diambil oleh agent lebih kurang 20 orang.

Pada mulanya semuanya baik baik saja sampailah hari ketiga mereka masuk. Pada waktu itu aku sedang buat kerja aku tanpa hiraukan keadaan sekeliling maklumlah HR ada HAHAHAHA kalau tak aku dah merayap dari satu line ke line yang line. Tiba tiba aku terdengar orang menjerit dari bilik rehat, aku terkejut pada mulanya aku ingatkan mereka bergurau tapi tidak. 3 orang perempuan menjerit ketakutan sambil menekup muka. Aku sudah meremamg memandangkan ini pertama kali aku melihat situasi ini in real life hahaha. Seorang demi seorang mula jatuh tak sedarkan diri dan diusung oleh leader dan rakan rakan mereka. Aku mula jadi tak keruan dan tak fokus kerana jeritan dan suara orang menangis dimana mana dan aku sejenis boleh rasa akan kehadiran ‘makhluk’ tu

Tiba tiba di depan meja aku seorang lagi perempuan menjerit jerit dengan suara yang sangat garau, aku terkejut terus peluk rakan sekerja aku. Aku tak boleh dengar orang menjerit nanti aku akan jadi takut dan menangis. Mereka perasan ada sesuatu yang tak kena dengan aku, lalu HR mengarahkanh semua orang turun ke bawah dalam kadar segera. Belum sampai di pintu, seorang perempuan india telah menjerit dan berlari menghentam dinding, beberapa orang berlari dan menahan si dia dari terus menghentam dinding takut perkara yang tak diingini berlaku. Dan terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan kuat tapi tak pasti dari mana datangnya, aku apa lagi cabutlah bag apa semua tinggal huish meremang engko!

Sampai bawah semua berkumpul dan cerita apa yang berlaku, aku apa lagi sap kok dulu, sambil sembang pasal benda ni, terus hilang takut aku HAHAHA. ,Manager mengarahkan kami pulang awal dan beberapa orang membawa turun bag kami.

Esoknya kami ingat semua sudah okay tapi makin teruk! Seorang perempuan telah dirasuk tapi dia tidak meronta, dia cuma cakap kami ganggu tempat dia, perempuan tu belakang aku je taw, mahu tak seriau aku. Tapi HR menjerit supaya buat kerja masing masing dan jangan takut anggap ini cobaan otak dia hahaha. Disebabkan aku perempuan maka ramai lah buaya darat yang acah berani konon nak teman aku buat kerja huh dasar buaya, tiba tiba perempuan tadi makin agresif dia baling semua barang barang diatas meja dan ketawa dengan suara yang sangat garau. Ustaz pun datang untuk memulihkan keadaan dan kami sekali lagi diarahkan berkumpul dibawah.

Haa masa ni lah aku gatal pergi locker nak ambil phone, tapi member aku tunggu kat luar sebab ni locker perempuan orang jantan jangan masuk, dalam keadaan samar samar aku mencari bag aku ( lampu locker terbakar, time ni lah terbakar ea) aku pun jumpa bag aku, masa nak ambil tu aku rasa aku pegang tangan manusia ! aku apa lagi terus terkaku, dengan tak nampak apa semua, aku pegang lagi sekali bag aku ehh takkan sejuk macam ais bag aku, sini mana ada aircond. Aku tutup mata terus sambar bag aku terus mengelibas keluar HAHAHAHA. Dan aku ternampak ada seorang perempun kot, dok tepi tangga sambil senyum yang menyeramkan kat aku. Hawau betul terkejut aku, terus aku rasa longlai nak pitam, nasib baik member aku terus tutup mata aku dan bawa aku keluar dari situ.

Dan akhirnya terbongkar akan semua ini terjadi, bangunan kilang tu pada asalnya adalah hutan tebal di kawasan bukit, dah rumah dia, dia marah lah tiba lak ada rumah lain, setahu ‘dia’ rumah dia diperbuat dari pokok dan daun daun tiba pula ada bangunan besar lagi besar dari rumah dia, mau tak bengang dia, habis port gua.

Dan rupanya angkara budak baru yang menggunakan minyak dagu untuk cari jodoh katanya, sambil dia sapu tu dia baca mantera lah nak panggil benda tu. Haihh macam macam kan, tapi dah okay dah kilang tu cuma kadang kadang je orang nampak dia kat bilik air department atas, dia nak isap rokok lah tu, kat bawah kang kena pau rokok payah dah lah rokok dah naik harga sekarang..

Aku pun dah tak berkerja disitu lagi, dapat rezeki tempat lain. Tapi surau dia pun kadang ada ‘perempuan’ dok dalam tu sambil berdiri, kadang kala siapa yang bernasib baik dapatlah jumpa dengan artis kak maya kita tu, tu sampai menjerit jerit mungkin terkejut sebab maya karin lepak dalam tu. Sampai sini saja ya, jaga diri dan cekalkan jiwa & raga anda semua….

Hantar kis anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 2.2]
hamba allah

3 thoughts on “gangguan di kilang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.