Assalamualaikum,nama saya Izham… panggil saja Iz, pertama sekali saya ingin mohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan ejaan…saya ingin menceritakan pengalaman saya yang diganggu di sebuah Maahad Tahfiz yg terletak di Kedah..(Maahad Tahfiz kat Kedah bukan satu)
Pada hari pertama di MT.. semua berjalan dengan lancar,saya ditempatkan di asrama 1(untuk pelajar menengah)katil saya berada di hujung asrama tepi tingkap… kira-kira ada 8 orang penghuni asrama 1..pada mulanya ianya agak kekok sikit (first duduk asrama kot),..tapi setelah 5 bulan.. barulah serasi dengan pelajar kat situ…dan pada waktu itu juga barulah terdapat tanda-tanda gangguan,kawan saya Ijan,dia seorang yg gagah la jugak…sebab ramai pelajar yang takut dengan dia..tapi saya boleh kata rapat jugak la dengan dia..hehe, okey.. berbalik kepada gangguan..
Suatu hari tu, saya dengan Ijan rancang nak bangun pukul 3 pagi (nak solat tahajjud & hafal Quran) jadi kami pun tidurlah awal dalam pukul 10:45 gitu.. setelah enak dibuai mimpi… saya pun terjaga..jam tangan saya menunjukkan pukul 2:50 pagi…saya pun bingkas bangun dan kejutkan Ijan.. setelah itu saya pergi mandi dan bersiap untuk ke surau…(kami lakukan rancangan tu tanpa pengetahuan pelajar lain, ustaz kami pun tak tahu..taknak riak la katakan,hehe)lepas kami berdua dah siap..kami pun melangkah perlahan-lahan menuju ke surau… keadaan surau gelap gelita..jadi saya bawa lampu suluh
(seludup, haha) untuk suluh surau tersebut…saya pun cari la suis lampu dan buka hanya dua lampu sahaja (2 orang 2 lampu) Ijan pula sedang bancuh kopi 3in1 untuk halang kami dari mengantuk… selepas selesai solat tahajjud..saya pun capai Al-Quran saya untuk mulakan sesi menghafal..jam menunjukkan pukul 3:15 pagi.. ketika itu keadaan sunyi sepi hanya kedengaran suara kami berdua mengaji sahaja…
Jam menunjukkan tepat pukul 3:30 pagi..saya memberitahu kepada Ijan yang saya nak ke tandas untuk kencing…Ijan pun menyatakan yang dia juga mahu ke tandas…(bukan buat benda lain ..) tandas kami terletak di belakang surau… belakang tandas itu pula adalah hutan… sebelum kami melepaskan hajat masing-masing..kami berpakat untuk tidak menyakat sesama sendiri (menyakat maksudnya kacau gitu) setelah selesai kencing..saya pun keluar dan tunggu didepan pintu tandas untuk menunggu Ijan…dekat 15 minit saya tunggu tak keluar juga Ijan ni…
haih…saya ambil keputusan untuk mengetuk pintu jamban yang Ijan gunakan…tiada sahutan… mungkin dia sedang membuang air besar agak nya..saya tunggu seketika dan ketuk sekali lagi…masih tiada sahutan…saya mula rasa hairan+cuak, hehehe…saya mula memanggil nama dia…dan yang pelik lagi seram nya adalah saya dengar suara sahutan Ijan dari dalam surau..lalu saya cepat-cepat lihat di tingkap surau,dan kelihatan sosok Ijan sedang mengaji sambil tersengguk-sengguk (mengantuk agaknya)lalu saya menuju kembali ke tandas dan melihat semua pintu tandas terbuka…saya mula merasakan tidak senang hati…kalau dalam surau yang tengah mengaji itu adalah Ijan.. siapa yang dalam tandas tadi…dan macam mana pintu jamban yang saya melihat Ijan gunakan tadi terbuka?siapa buka??
Saya mula terpinga-pinga memikirkan tentang hal itu…tak silap saya tadi saya ada memberitahu kepada Ijan yang saya nak ke tandas dan dia juga begitu…saya malas nak memikirkan dan saya ambil keputusan untuk mengambil wuduk dan teruskan mengaji sehingga pukul 5:00pagi… setelah jam menunjukkan pukul 5:00 pagi..saya memberitahu Ijan yang saya ingin kejutkan pelajar lain…Ijan setuju…lalu saya menuju ke asrama 1 untuk kejutkan pelajar disana… setelah itu saya menuju ke asrama 2(asrama budak kecil baru nak up)lalu saya kejutkan mereka… setelah semua pelajar telah bangun saya kembali ke surau semula…
Pada petang kemudian ketika jam menunjukkan pukul 5:00 petang…(itu waktu kami bebas riadah/sukan)saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan semua pelajar asrama 1 untuk berbincang mengenai hal semalam… dari pendapat mereka, mereka kata itu mungkin mainan fikiran saya memandangkan ketika itu adalah waktu pagi dan mereka fikir saya mungkin terlalu mengantuk ketika itu…saya pun bersetuju dengan pendapat mereka itu…selang beberapa hari kemudian ketika hendak cuti…kami berpakat untuk tidak tidur sehingga pagi (nakal sikit biasalah) ustaz pesan kepada kami jangan tidur terlalu lewat tapi kami biasalah lelaki yang nakal..haha..
kami cadang untuk bancuh air kopi dalam baldi (budak asrama je yang pandai buat benda macam ni) dan kami cadang untuk membuat rondaan sekeliling kawasan Maahad tersebut (macam paranormal la gituu) semua telah bersetuju…dan apabila malam telah menjelang, ketika itu jam menunjukkan pukul 10:00malam… semua pelajar telah diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing seperti (membawang ,main kejar-kejar,dan macam-macam lagi) biasalah dah nak balik…takkan ustaz nak tegas lagi…mesti ada keseronokan sikit untuk kenangan kann..
jadi kami pun mulakan rancangan kami… salah seorang dari kami mencari baldi yang sesuai dan BERSIH,(kopi dan Maggi adalah diantara yang tidak dibenarkan dalam Maahad, tapi kami berjaya seludup, hehehe) setelah selesai bancuh kopi dan masak Maggi…kami tutup pintu dan tingkap dan tutup semua lampu asrama kami…nasib baik ustaz kami supporting,bolehlah kami bodek sikit…jam menunjukkan pukul 11:25 malam… kebanyakan pelajar telah tidur dan yang tinggal hanyalah pelajar asrama 1 dan ustaz… ustaz kami memberitahu kepada kami yang dia hendak ke rumah kawannya sebentar yang terletak kira-kira 3km dari sini…(kami apalagi seronok laa..)
untuk pengetahuan ,ustaz kami ada 3 orang,2 orang telah balik awal kerana ada masalah peribadi.. berbalik kepada rancangan kami…jam menunjukkan pukul 11:40 malam..kami cadang untuk buat storyround(buat bulatan dan cerita kisah masing-masing mengikut giliran)ada yang cerita hantu,ada yang cerita kelakar,ada yang cerita tentang diri kena curang (kesian, hahaha) setelah jam menunjukkan pukul 12:37 tengah malam…kami mulakan operasi paranormal… memandangkan kami ada 8 orang..jadi kami agihkan kepada 2 kumpulan… kumpulan A dan B…saya pula didalam kumpulan A…
Kumpulan saya menuju ke kawasan padang dan kumpulan B menuju ke kawasan asrama 2… ketika di padang,saya dan kawan saya yang bernama Hafiz bercadang untuk tunggu di tiang gol belah kiri..Ijan dan Syakir akan bergerak ke tiang gol belah kanan …kami melihat sekeliling kawasan tersebut kelihatan sepi… setelah 15 minit di padang kami mula bergerak ke kawasan tandas…kami sengaja tutup semua lampu tandas dan surau untuk menampakkan suasana seram…
kumpulan B pula telah bergerak ke padang… kami berempat berpecah kepada 2 bahagian..saya bersama Syakir dan Ijan bersama Hafiz… saya dan Syakir pergi kawasan tandas dan Ijan dan Hafiz pula pergi ke kawasan surau… ketika di tandas, saya melihat keadaan disitu amat menyeramkan…saya berpesan kepada Syakir supaya berhati-hati dan kekal bersama… ketika saya sedang melihat dikawasan di belakang tandas… tiba-tiba saya mendengar suara kawan saya dari kumpulan B,Bob…saya lalu bergegas ke arah suara kedengaran…saya melihat Ijan, Hafiz, Syakir ,Bob dan yang lain sedang berkumpul di depan pintu asrama 1…saya lalu kesana segera dan menanyakan kepada mereka apa yang berlaku… mereka kelihatan terkejut dengan saya…(ini dialognya)
Bob: hang pi mana tadi…
Saya: aku pi tandas dengan Syakir tadi, awat?
Syakir: apa hang merepek ni… sejak bila aku
ikut hang…kami semua tengah gelabah cari hang tau tak…
Ijan: hang hilang waktu kat
padang tadi,puas kami
cari tapi tak jumpa..
Syakir:macam mana hang
boleh kata yang aku
ikut hang?
Saya: sebab aku nampak
hang yang ikut aku
Pastu aku nampak
Ijan ngan Hafiz kat
surau…
Bob:aku rasa yang ikut
hang tu bukan orang
saya: serius la
Bob: ha la…habis kalau
bukan depa ikut sapa
lagi…hantu la tu
Ijan: Bob,. jangan sebut
kuat sangat….naya oi
saya: jom la tidur…aku
seram dah ni…
Bob: jom
Kami buat keputusan untuk batalkan rancangan kami tu…kami pulang ke katil masing-masing dan bersiap untuk tidur…jam menunjukkan pukul 1:55 pagi, ketika saya sedang tidur…saya rasa seperti seseorang sedang memanggil nama saya secara samar-samar…saya lalu terjaga lalu melihat Syakir sedang memanggil saya untuk temankan dia ke tandas di belakang asrama kami….saya lalu menemankan dia dalam keadaan amat mengantuk (kenapa aku tak tidur ja) semasa sedang menunggu syakir…saya menjenguk ke dalam tingkap dan yang mengejutkan saya ialah saya melihat sosok Syakir sedang tidur lena di katil nya…lalu saya mula fikirkan siapa yang ajak saya ke tandas tadi? atau saya mungkin tersalah mengecam wajah?
Saya lalu melihat pintu tandas tersebut , perlahan-lahan ianya terbuka… setelah ia terbuka, saya ambil keputusan untuk melihat siapa yang ada di dalam… alangkah terkejutnya apabila saya melihat tiada sesiapa pun di dalam tandas tersebut…saya lalu berlari dan terus melompat ke atas katil saya dan tidur…
Keesokan harinya, Bob bertanya kepada saya kenapa saya berlari semalam…saya hanya mendiam kan saja… setelah semua nya selesai (gotong royong,kemas asrama,kemas beg) kami diberikan nasihat oleh ustaz…dan kami mula menunggu kehadiran ibubapa masing-masing untuk menjemput kami pulang…TAMAT___
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Maaf la kalau rasa ceritanya kurang seram atau kurang menarik…nak buat mcm mna, saya waktu tu pelajar tahfiz, jd mungkin hantu tu jarang keluar kot…tu yg kurang seram tu..hihihi 🙂