Gangguan di Pejabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca dan admin
Terima kasih andai cerita aku tersiar, aku merupakan peminat tegar FS. Aku sudah lama teringin nak berkongsi pengalaman aku. Cuma aku tidak diberi kesempatan untuk menulis disebabkan kesibukkan aku sebagai ketua keluarga.

Hari ini, aku agak lapang semasa dipejabat. Jadi aku terdetik dan terpanggil untuk menaip cerita pengalaman aku sendiri, untuk makluman pembaca banyak pengalaman yang aku lalui tapi aku suka nak mencerita kan kisah aku di pejabat dulu.

Untuk makluman semua, aku diterima bekerja disalah sebuah syarikat yang telah diswastakan. Aku ditempatkan di bahagian yang menguruskan kakitangan seluruh malaysia, jadi sedia maklum kerja aku begitu padat. Aku dan rakan sepejabat aku yang umurnya 10 tahun lebih tua dari aku.

Pada hari jumaat kami bersepakat untuk hadir bekerja pada hari sabtu untuk menyelesaikan beberapa perkara yang penting. Maka salam pengenalan dari alam sana pun bermula, aku bangun pagi dan lebih kurang jam 8.30 pagi aku bergerak ke pejabat. Pejabat aku ni tingkat 6, jadi aku pun naik lif… tanpa memikirkan apa aku berjalan terus ke pintu office pejabat aku, untuk ke pejabat aku aku perlu membuka pintu rintangan api.

Setiba je aku di pintu pejabat aku, aku dapati pintu pejabat aku telah terbuka penuh dan sedang bergerak tutup dalam keadaan perlahan. Aku masa tu tak fikir pun apa-apa yang pelik. Aku fikirkan kawan aku dah sampai, aku pun terus masuk tanpa perlu membuka pintu tersebut. Aku pun cari la kawan aku tu…. pejabat aku tu menempatkan hampir 25 org staf, jadi pandai-pandailah korang bayangkan keluasan pejabat aku tu, ditambahkan lagi dengan store file.

Aku dengan beraninya, “abg khairul…oooo abg khairul..abg khairul dah sampai ke”…
“jangan main-main bang” dalam masa yang sama aku menuju ke setiap sudut untuk mencari kawan aku tu si abg khairul…

Aku siap cari kat dalam store, tapi tak jumpa…time tu baru aku terfikir…
“Siapa pula yang buka pintu tadi, dan mana abang khairul?” bermonolog dalaman aku ketika ini…
Rasa takut aku mula datang, yang geli hatinya..aku sempat ambil pen dan sehelai kertas, aku tulis “bang dah sampai call saya” aku letakkan atas meja abg khairul. Mujur tidak ada sebarang penampakkan semasa aku mencari…

Aku pun terus ambil pas kerja aku dalam poket dan sentuh pada scan pintu untuk membuka pintu, apa lagi aku terus keluar lepak kedai makan area pejabat aku…

Aku duduk dalam 30 minit mcm tu, abg khairul pun call aku… dia tanya aku kat mana…aku pun cakaplah aku lepak kedai makan, dia suruh datang lobby…aku pun terus menuju ke lobby pejabat..sampai je sana…dia ckp “ko tgglkan note atas meja aku suruh call ko kenapa?”
Abang khairul mcm dah tahu apa yang berlaku…dia pun tak berani duduk atas seorang diri, terus dia turun tunggu aku kat lobby..hahahaha

Aku pun cerita apa yang berlaku…kami pun berbincang sama ada nak naik buat kerja atau tidak…kata aku pada abg khairul, “abg kalau tak naik, kerja tak siap…isnin dah nak kena submit” jadi kami pun naik buat tak tahu naik siapkan kerja… Alhamdulillah tiada apa yang berlaku…

isnin aku dtg kerja, dengar ada seorang pekerja yang datang bertugas pada hari tersebut juga terkena. Begini kisahnya…dia datang bekerja di aras 3, dalam tengah buat kerja tu. Dia dengar bunyi-bunyi bising diruang kerja anak-anak buah dia. Dia ni dalam bilik, jadi dia dah tension dengan bunyi bising.. dia pun dengan lagaknya bersuara “ kalau ko berani sangat tunjukkan rupa ko depan aku”….huhuhuhu
Apa lagi, benda tu pun tunjukkan diri dia…tapi pembaca tau mcm mana dia menjelma… kertas-kertas atas meja dia berterbangan dan membentuk satu lembaga besar yang sedang berdiri didepan meja dia, tinggi benda tu sampai ke syilling…terus pengsan dia kat situ, dia tersedar pun sebab bini dia call malam tu, demam dia 3 hari…

Setelah 2 minggu selepas kejadian tu… aku ingat-ingat lupa hari apa aku kena ganggu…hari tu aku tak tahu kenapa aku mengantuk sangat…jadi tgh hari aku putuskan untuk tidak keluar makan, abg khairul dan kawan-kawan seangkatan dengan aku pun keluar pergi makan tengah hari…

Aku pun apa lagi, jam menunjukkan pukul 1 petang..aku masuk store..store aku ni, buka saja pintu kau akan nampak lorong berjalan dalam 20 kaki kedapan dan lebar dalam 6-7 kaki, kiri dan kanan lorong tersebut dipenuhi dengan “mobile cabinet file”. Berhampiran dengan pintu masuk ada diletakkan trolly untuk mengangkat file…

Aku tanpa melengahkan masa lagi, masuk dan kunci pintu dari dalam…aku baring ditengah-tengah lorong tersebut sambil memandang syilling dengan lengan aku satu melapik kepala, dan satu lagi menutup mataku…

Tengah sedap tido, tiba-tiba terdengar mcm ada orang tolak trolly, trolly kalau ditolak akan menghasilkan bunyi tayar yang sukar aku nak bayangkan pada pembaca..tetapi bunyi tersebut aku rasa pembaca boleh bygkan.. sambil trolly ditolak aku dengar suara abg khairul “ehhhh tgh hari pun nak tidur, dah bangun-bangun!” habis je suara tu trolly tersebut terus melanggar kaki aku…”tapppp” aku tersedar…tapi aku tak boleh buka mata dan tubuh aku kaku keras, seolah2 seperti diikat….aku dah xsedap hati..aku melawan untuk cuba bangun…akhirnya aku kepenatan..

Bila aku rasa aku seperti dipermainkan oleh sesuatu..aku mula baca ayat Kursi dalam hati dalam masa yang sama aku usaha untuk baca kuat…dalam aku sedang membaca tu, aku cuba juga melawan untuk buka mata…Alhamdulillah dengan izin Allah SWT…

Aku berjaya membuka mata, tapi taklah begitu jelas penglihatan aku..aku dapati ada sesosok tubuh seperti kepulan asap hitam seperti sedang berdiri dan sedang mengangkang tubuh aku… korang bayangkan waktu aku ketika itu… waktu tu, aku nak kata takut, tak juga..takut-takut berani jugalah…Alhamdulillah aku diberikan secebis kekuatan… aku mula marah…sebab dia kangkangkan aku…

“ustaz aku ada pesan klu nampak lembaga atau sebarang makhuk jgn takut, kalau dia kacau kita, guna je perkataan kesat maki hamun dia, sbb dia yang kacau kita..nanti dia yang akan takut balik”
masa aku dapat tengok lembaga tu duk kangkang kan aku, aku secara automatiknya memaki hamun benda yang kankangkan aku tu…hahaha lucu jugak bila difikirkan kembali… “P&*%&*#… S*&^…kau kangkangkan aku..nak kejut pun elok-elok lah” (masa aku ckp ni, suara aku mcm lepas tak lepas) lepas aku ckp begitu…aku punya geram terus aku cuba untuk ludah dia, elok je aku ludah mcm keluar tak keluar je air liur aku…terus aku dpt bangun dengan kaki masih lagi melunjur dan hanya badan aku sahaja yang terangkat dan aku mengadap pintu store…

aku dapati trolly tadi betul2 berada dikaki aku, aku pun tgk jam dah 1.50 petang…aku pun bermonolog dalaman, ni bukan mimpi…aku pun mula cemas…cepat-cepat aku bangun dan keluar… keluar je dari store aku cari abg khairul…ternyata dia belum balik pejabat lagi….

sampai sekarang aku tak tahu apa motif makhluk tersebut..dan aku tidak lagi berani nak tidur di dalam store tersebut sampai lah ke hari ini…alhamdulillah aku tidak demam dan tidak ada apa-apa yang buruk berlaku ke atas diri aku…

begitulah kisah aku, sekiranya kisah aku ini tidak seram dan tidak membuatkan pembaca meremang bulu roma, aku mohon kemaafan dan sekiranya terdapat kesalahan mengeja dan tatabahasa dalam penulisan ini, aku mohon maaf lagi sekali..

terima kasih, kerana sudi membaca, sekiranya penulisan aku diterima baik walaupun gaya penulisan aku tidaklah sebaik sifu-sifu yang ada di FS, insyaAllah akan ku kongsikan kisah-kisah yang lain…

-Panglima T-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Panglima T

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

5 thoughts on “Gangguan di Pejabat”

  1. ayat berterabur…macam karangan budak2 sikit..

    perkemas lagi la..aku lepas perenggan jumpa abg khairul tu, aku tak baca dah…bosan n berterabur penceritaan

    Reply
  2. masa aku baca cte nie, aku kat medan selera tgh mkn. sampai part bunyi troli tu, tetbe ada cleaner tgh tolak troli kat sini. terkejot aku.

    Reply
  3. Adoi!

    Jatuh larr standard nama “Panglima T” kisah seram yang ditulis macam budak WeChat.

    Nampaknya Panglima T nak kena berguru dengan Jembalang untuk memantapkan lagi penulisan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.