Salam semua pembaca. Kisah yang berlaku bukanlah cerita yang seram sangat tetapi kita seringkali terdengar tentang gangguan yang berlaku bila mula berpindah ke rumah yang baru yang membuktikan makhluk lain yang tak nampak di mata kasar ini wujud.
Sebelum bermula aku ceritakan sedikit latar belakang hidup aku. Aku ni sememangnya dari kecil peminat mistik, dan bila meningkat dewasa aku amat suka ambil tahu dan belajar serba sedikit bila ada kesempatan. Kebetulan menjadi rezeki aku bila mula bekerja di Pulau Pinang. kesempatan terbuka luas. Kebetulan tuan rumah tempat aku menyewa semasa bekerja di sana adalah pengamal perubatan islam. Jadi aku selalu juga ‘ikut’ mereka berubat tapi aku bukanlah jenis yang terbuka hijab , boleh nampak benda-benda ‘halus’ ini. aku pun tak belajar banyak… cuma sekadar ikut-ikut saja.
Cuma kadang-kadang aku dapat merasai kehadiran makhluk-makhluk yang berniat jahat ini. Banyaklah cerita dan kisah yang boleh diceritakan dari pengalaman ‘ikut berubat’ tu (Mungkin jika ada masa boleh di ceritakan satu persatu). Sekarang yang nak ku sampaikan tentang kisah aku semasa masuk ke rumah pertama yang aku beli.
Alkisahnya bermula …. aku baru membeli sebuah rumah teres dalam bandar kecil, sesuai kemampuan aku yang baru ada anak dua. Dengan terujanya bila dapat kunci… aku dan isteri pergilah ke rumah untuk buat checking sebelum nak berpindah masuk. Teringat pesanan ;guru’ aku dulu… sebelum masuk ke rumah baru.. ‘buatlah sikit-sikit’ pembersihan rumah… jadi pada malamnya… aku pergi seorang diri untuk tidur dirumah baru sambil bawa air dan garam untuk di bacakan yassin.
selesai bacaan.. akupun buatlah pagar…merenjis2 rumah dan tabur2 garam… lepas tu tidur… tak lena pun, ye la kan… dengan perumahan yang sunyi sebab baru (aku antara yang terawal pindah masuk)… aku pejam mata dan cuba ‘merasa’ aura di dalam rumah.. so adalah rasa sedikit aura yang kurang baik di bahagian dapur dan bilik belakang…. “ah.. biarlah.. aku dah buat pagar pun” kataku dalam hati….
lepas seminggu.. aku dan isteri pun pindah masuk. pada awalnya semuanya ok… keadaan rumah tenang.. tapi selepas dua bulan… bermula gangguan2 ringan… bunyi guli atas siling… kdg2 mcm orang berjalan2 atas bumbung… tgh2 malam kadang2 mcm dengar org dok basuh pinggan mangkuk di dapur. Tapi aku diamkan aja.. risau isteri pula takut. Tapi masa tu aku dah mula rasa aura tak baik di dalam rumah, macammana rasa? alah.. korang pun biasa rasa…. kdg bulu roma tegak…. sampai ke leher, ada rasa mcm diperhatikan dan ada juga mcm bayang melintas laju. Cuma gangguan ni kerap berlaku di bahagian dapur dan bilik belakang. Aku buat dekkk aje… tapi aku pesan… Jangan kacau keluarga aku udah… makin lama makin aktif sampai isteri aku bersuara… dia rasa tak berasa selesa bila tinggal sorang2 dalam rumah. Ada sekali tu,, anak yang kedua (5 tahun) lari menjerit dari dapur ke ruang tamu.. bila aku tanya, dia bagitau macam ada bayang hitam mengejar. Aih.. dah makin mejadi.
Satu malam, aku terbangun dari tidur.. dah menjadi kebiasaan kalau terbangun, aku mesti jenguk2 anak aku yang tidur di bilik kedua.. maklumlah… dia sorang2 dlm bilik tu… bila aku jenguk rupanya dia tgh menangis.
“ kenapa menangis malam-malam ni?” tanya aku,
“Ada hantu usik kakak” jawab dia…
“ kat mana?” tanya aku lagi
“ Tu…. Atas almari baju tu” jawab anak ku tapi matanya dielakan utk melihat ke arah yang dia tunjuk… takut agaknya. Aku tengok tak da apa pun… dan tak rasa ‘aura’ apa-apa pun..
“ Tadi ada… dia bertinggung atas almari tu sambil tengok dan gelak kat kakak” kata anakku sambil menangis… . Ini sudah lebih.. dah mula menampakkan diri dan usik anak-anak. Aku mula terasa panas hati… Kena buat sesuatu ni… dah melampau…
Esoknya aku berjumpa sahabat-sahabat ‘ghostbuster” aku… setelah berbincang lebih kurang… semua bersetuju nak buat majlis sikit untuk pagarkan rumah aku. Selepas tetapkan hari… aku pun buat persiapan dan perpare nak buat kenduri makan-makan sikit, maklumlah… biasanya geng geng ni kalau datang.. tak kurang 10 orang. Petang tu.. sambal bersembang dengan jiran sebelah, aku jemput la dtg kenduri… ‘kenduri masuk rumah’ kataku…. Jiran aku tanya ada buat apa lagi… aku bagitau buat baca Yassin + pagar rumah…
“Buat kat rumah aku sekali” Jiran aku minta…
“Ha.. elok…. Buat rumah aku juga” kata yang sorang lagi….
“ada kacau-kacau jugak ka” tanya jiran aku…. Aku dapat tangkap… ada tak kena juga kat rumah diorang ni…
Jiran2 mula bercerita… kerap Nampak bayang melintas time dia dok masak-masak (sebab jiran ni meniaga makanan waktu pagi, selalu bangun sblm subuh) yang sorang lagi pula bagitau pernah tiba2 cawan terbang macam di baling… dan isiterinya kerap macam nampak kelibat dalam rumah…so bila bincang2… jadilah.. sederet 7 buah rumah nak buat pagar juga.
Malam tu.. setelah buat bacaan Yassin dan beberapa wirid khusus untuk buat pagaran … geng ghostbuster aku mula merenjis air dan garam ke 7 rumah kami ni. Alhamdulillah.. selesai buat, suasana agak rasa ‘ringan’ dan lapang sikit. (bagi yang boleh merasa… sebelumnya ada rasa ‘berat’ sesak dan rimas… gelisah menandakan ada gangguan. )
Alhamdulillah… Cuma malamnya.. bila nak tidur… baru nak terlelap (antara tidur dan jaga) macam terdengar riuh rendah orang bertempiaran berlari ke sana ke sini macam kampung kena bom (ini yang aku rasanlah) dan bila taya isteri aku..dia pun rasa macam tu. Esoknya bila berjumpa sahabat yang jadi ‘kepala’ masa buat pagaran tu.. dia bagitau…kawasan perumahan tu.. bahagian belakang termasuk dalam perkampungan mereka (jgn tanya mereka tu siapa aku pun tak tahu mungkin bunian mungkin jin.. Allahualam) masa tu perumahan aku di belakang ada bendang luas. So sahabat2 aku dah minta mereka berpindah ke belakang… selepas tu… dah kurang dengar gangguan….. kadang2 saja ada tapi dah tak ‘kasar’….
Sejauh mana nak mempercayai kisah ini terpulanglah pada diri masing2.. Tapi makhluk Allah ni wujud… Cuma tak tercapai oleh mata kasar…. Wallahualam….
Hantar ksiah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI