Gangguan Jin Marah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Nama aku Syakur atau korang boleh panggil Syak. Aku nak kongsikan pengalaman aku ketika menjadi fasilitator dan memegang jawatan sebagai ketua aktiviti di kompleks belia rakan muda klang.

Aku sebenarnya bukan nak sangat join benda ni, tapi sebabkan nak tolong “kawan” dan juga teringin nak cuba benda baru, aku pun buat keputusan ambil langkah kanan. “Kawan” aku ni Khairul Khusaini sebagai ketua program, dia ni nak cuba benda baru , tapi kedekut modal , ahli pun tak ada , jadi aku pun tolonglah sikit-sikit. Aku ajak kawan-kawan yang lain pernah satu sekolah sekali untuk tolong Khairul ni.

Suatu hari, aku dan rakan-rakan yang lain diarahkan berjumpa, selepas semua hasil usaha dan kerah tenaga selama ni, kami pun “meeting”. Macam biasa, jumpanya di rumah dia je, “save budget” la sangat . Dalam perjumpaan tu, tempat diberitahu dan kerja dibahagikan. Dengar je nama tempat tu Kompleks rakan muda, aku dah boleh bayangkan apa aktiviti yang aku nak buat. Aku digandingkan dengan “partner” perempuan, kawan sekolah jugak la, Aina.

Bermulalah hari pertama program, semua berjalan lancar. Peserta program datangnya dari pelbagai sekolah menengah sekitar daerah klang. Penginapan disediakan dan program akan berjalan selama 3hari 2 malam. Bilik yang disediakan agak luas, kawasan program pun besar .

Aku pun memulakan aktiviti pagi, macam kira senaman pagi la, buat gaya-gaya, lompat-lompat, jerit-jerit macam tu. Sepanjang siang tu, semua seronok dan macam-macam aktivit tampak baik.

Tiba-tiba, malam tu salah seorang dari peserta perempuan kena rasuk didalam bilik dia. Salah seorang rakan bilik dia panggil kami. Jadi, Khairul ni la yang turun padang lebih dulu dari kami. Setibanya di bilik peserta tadi, Khairul cuba menenangkan peserta tu, tapi dia meraung dan meronta macam haiwan yang kelaparan. terkumat kamit mulut khairul membaca ayat-ayat. Entah apa yang dibacakannya, semuanya di tangkis peserta yang kerasukan tu. Aku bisik pada khairul, “kalau tak tahu, buat cara tak tahu. Benda ni bukan main-main”. Namun, diendahkan sahaja. Akhirnya, budak tu tertidur dengan sendirinya mungkin kerana keletihan dan mungkin juga jin tu “pergi” untuk seketika.

Keesokkan pagi, aktiviti berjalan seperti biasa. Peserta yang dirasuk tu tampak normal namun agak lemau. Mana tidaknya, mungkin dia tidak dapat tidur dengan lena. Seperti yang dijangkakan, tatkala malam menjelma, peserta yang sama “tumbang” dalam seksaan jin yang menghuni kawasan tu. Rasukannya kali ini lebih parah. Ketika itu pula, kami sedang menjalankan aktiviti malam kebudayaan di bilik aktiviti tingkat 2. Malam tu, para peserta masing-masing menampilkan aksi dan bakat terpendam mereka. Kami hairan sebab peserta yang kena rasuk semalam belum naik ke atas sedangkan rakannya yang lain telah selesai menyiapkan diri. Oleh kerana tak sedap hati, Khairul ajak kami turun cari hingga kebiliknya.

Sampai dibiliknya, terkejut aku saat melihat peserta tu tengah mencangkung diatas katilnya sambil menjengket serta tangannya seakan mencakar katilnya, Khairul terus ke laci kecil sambil menggapai senaskah yassin, dibacakan ayat-ayat suci dan dihembus kepada peserta itu. Bukan mudah ia berakhir, jin didalam tubuh peserta itu melawan kembali sambil menyeringai dan tersenyum sinis. “itu saja yang kau boleh buat? HAHAHA ” meremang bulu tengkuk kami lepas dengar suaranya yang garau tu. Sejurus selepas tu, kami terus membantu Khairul dengan memegang tangan, kaki dan badan peserta tadi supaya tidak bergerak. Tanpa diduga, Khairul menghembus satu ayat dan dikilas bersama yassin tadi dari atas kepala hingga hujung kaki menyebabkan peserta tadi seperti kaku tak bergerak. Jin didalam tubuhnya seakan terkunci, tak berkata malah tidak merasakan sakit. Keadaan menjadi tenang semula. Lalu, Khairul mengarahkan beberapa orang untuk menjaganya didalam bilik dan mengarahkan yang lain naik keatas untuk meneruskan aktiviti.

Setibanya di bilik aktiviti, program pun berlangsung semula. Namun, tak sampai 5 minit, salah seorang peserta perempuan lain tiba-tiba duduk di penjuru dinding. Aku perasan dan aku berbisik pada kawan aku “aku rasa dia tu dah kena tu, cuba tengok”. Tekaan aku tepat, ketika aku laungkan azan secara perlahan dekat peserta tu, tiba-tiba dia menangis dan teriak. Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku memberanikan diri untuk berbicara dengan jin didalam tubuhnya, aku bacakan ayat quran dan hembus ke jari telunjuk aku, lalu dicucukkan kearah perut peserta tu beralaskan kain. Aku tak lah pandai sangat, tapi cuba-cuba je .

Sejurus itu, jin itu pun merintih kesakitan. “Inilah peluang aku untuk bertanya tujuannya”. Kecil dihatiku berkata. Diceritakan pada aku satu persatu. “kenapa kau masuk kedalam tubuh budak ni ?” tanya aku. Jin tu pun memberitahu dalam nada yang marah, “sebab korang bising sangat! anak-anak kami tak boleh tidur! sepanjang hari nak main, tak nak duduk rumah, malam-malam korang bising jerit-jerit dan sebut nama kami, merosakkan kediaman kami! sekarang anak kami tak nak duduk rumah.” Selepas mendengar sebab dan alasan jin tersebut, aku memujuk dia untuk keluar dan meminta maaf atas kesilapan yang tak disengajakan.

Belum sempat selesai, 4 orang lagi tumbang serentak. Oleh kerana ketakutan, ramai yang menangis. Aku dan fasi yang lain cuba menenangkan mereka dengan menyuruh membaca ayat kursi sebagai perlindungan secara beramai- ramai dan berulangan. Peserta yang sedang kerasukan itu menjerit dan bergelak ketawa secara menyeringai sambil mata mereka merayau memandang ke atas syiling bilik. Disebabkan kekurangan ahli yang pandai bab-bab alam ghaib ni, kami buntu dan memutuskan memanggil darul syifa’ datang untuk “berunding” dengan jin-jin itu. Seraya, kami pun turun kebawah dan mengangkat peserta yang dirasuk jin awal malam tadi. Meskipun budak tu kurus dan kecil, tapi berat dia macam angkat orang 100 kilogram keatas. Kami memerlukan 7 orang lelaki untuk mengangkatnya keatas. Tercungap – cungap masing- masing kerana keletihan.

Setibanya darul syifa’, semua peserta yang menangis dalam ketakutan diarahkan dan tunggu di entrance bawah. Aku dan 2 orang rakan aku diamanahkan untuk menjaga mereka. Dalam 3 jam kesemuanya selesai. Setelah itu, aku dan 2 orang rakan aku diamarankan oleh ustaz yang mengubati peserta-peserta itu tadi ” lain kali, masuk tempat “orang”, jangan pagar sesuka hati tanpa ilmu! Ini kawasan dia ! Kenapa nak kena pagar ?!” Aku dan kawan yang lain kebingungan tapi hanya diam dan setuju dengan kata-kata ustaz. Selesai malam itu, ketika didalam bilik, kami tertanya -tanya siapa yang pagar kawasan ni? Persoalan itu sekadar terbang diawangan tanpa jawapan.

3 hari selepas itu, kami dipanggil khairul untuk berjumpa semula. Kali ni berjumpa dekat taman di klang. Khairul menceritakan pengakuannya. Rupa-rupanya, dia lah puncanya dan mengaku salah. Sejak hari pertama dia disana, dia dah tabur garam dan lada hitam diserata kawasan atas alasan tak mahu jin masuk dan membuat gangguan sekaligus telah “mencerobohi” kawasan jin itu selain buat bising. Kami semua menyesal kerana telah membantunya tanpa “BAYARAN”.

Sekian terima kasih. Maaf andai ada yang kurang. Harap korang baca dan dapat jadikan teladan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syakur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

6 thoughts on “Gangguan Jin Marah”

  1. Kamu suka ke klw umh kamu org luar boleh masuk ikut suka hati depa nk buat apa pon..mmg la ni bumi ciptaan allah sbb tu la kita sama2 kena hormat..klw p umh org pon ada adapnya..mcm tu jgk alam depa..depa xkn kacau kita klw kita xkacau..bising or ceroboh tmpt depa..klw aku org buat mcm tu kat umh aku mmg aku pon boleh naik hantu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.