Assalammualikum wbt . Hai peminat setia fiksyen shasha, admin tlong hide kan nama saya tau . Biar saya perkenalkan diri dulu. Saya sha (bukan nama sebenar) dari terengganu . Umur tak payah ckap la 😂 saya nak cerita tentang kisah2 seram yang berlaku dalam diri saya . selamat membaca ye 🙂
Cerita nya bermula di sini , dulu masa tahun 2015 aku ade mendapat berita tentang kwan aku masa tu dia masih sekolah f4 kot xsilap . aku mendapat berita dia kena histeria di sekolah , aku pun membuat keputusan untuk jenguk dia di rumah untuk pastikan dia baik2 saja . Selepas selesai semua, aku pn meminta diri untuk pulang . Semasa perjalanan pulang memang tak ada apa2 gangguan , balik rumah mandi2 solat cam biasa la makan2 2 pinggan kot tambah nasi sedap betul mak aku masak hahaha.
Berbalik pada cerita, malam tu aku rasa susah sangat nak tidur walaupun aku ni memang burung hantu , tpi kalau aku nak tidur sekejap aje lena , malam tu susah sangat nak tidur . tengok jam dah pkul 2 pg . aku pun cuba lagi lelapkan mata yang keras macam batu ni. tiba2 terjaga pukul 4 pg sebab aku terdengar seperti suara orang bersembang , buka je mata aku ternampak satu sosok hitam berdiri betul2 depan tandas , kebetulan katil aku ni mengadap ke tandas , masa tu aku cuak gila aku tak tahu nak buat apa. Mulut aku seakan akan terkunci , sebab panik sangat aku pejam mata dan tarik selimut sampailah ke pukul 12 tghari (xboleh buat bini ni bangun lewat) hahahha . Masa terjaga tu dada aku sakit sangat , aku pusing je badan nak mengadap ke kiri , lembaga hitam yang semalam betul2 ade sebelah aku. terbeliak mata aku dan aku pn jadi kaku macam semalam lalu terus tak sedarkan diri. Aku pun terjaga lagi tengok jam dah pukul 3 ptg mak aii!!! ni kalau mak aku ade kt rumah memang cair la tahi telinga aku . Aku pun bergegas mandi masuk je tandas aku nampak peha aku banyak lebam2 kiri dan kanan. Maka aku pun mula teringat dengan lembaga hitam tu , boleh pulak ko terbayang kan hantu tu dalam tandas erkk . Terhenti lamunan, aku pun mandi cepat2. Lepas tu rasa nak tengok cermin , org ppuan ni kalau masuk tandas tak sah kalau tak tengok cermin. BilaTengok je cermin, aku mula panik dan rasa seram. Aku tak nampak pun muka aku dalam cermin. Apa yang aku nampak hanyalah muka yang sngat2 buruk , hodoh, mata merah sambil memandang aku dengan tajam. Rambutnya panjang dan menutupi muka dia yang hitam buruk mcm benda yg hangus terbakar. (sorry terkutuk). Aku tak tau nak buat apa. perasaan teramat takut menyelubungi diriku. aku takut gila sampai menangis. Ku kuatkan diri lantas cepat2 keluar dari tandas . Dah la Masa tu aku sorang2 kat rumah dan yang lain semua keluar. Aku capai fon dan call ayah minta dia supaya segera balik. Bila ayah sampai sahaja, aku pun ceritakan semua kat dia kejadian yang menimpa aku berlaku selepas menziarahi kawan yg histeria. Ayah aku marah aku sebab pergi ziarah kawan yang lepas kene rasuk. sebab benda tu masih ade dengan dia .
Ayah cakap esok nak ubatkan aku. Ayah aku ni pandai berubat dah merata tempat dia pergi untuk ubatkan orang . Malam tu pulak aku kena ganggu lagi dengan benda tu , kali ni dia p kacau aku tidur , dia henjut nye katil aku sampai aku terjaga, masa tu pukul 3 pg kot. Aku dah malas nak layan dan aku sambung je tidur walaupun ada rasa takut dan seram… tapi buat tak tau je. Lepastu terjaga lagi sebab aku kena tindih ngan benda tu . Ya allah dugaan ape lgi ni apesal ko tak kacau je jiran sebelah dia dah lama duda aku jugak ko nak kacau dalam hati aku. Kalau korang nak tahu bila kita kena tindih ni mmg tak boleh bergerak dan sesak nafas dan kekadang mata terbeliak . dalam hati aku cuma ingat Allahuakhbar!!! dan benda tu terus lepaskan aku , punya la sesak nafas aku sepertinya org yg kene menyelam 5 minit. kalau berterusan tmbah lgi 10 minit silap2 dah arwah rasanya .
Sebenarnya cerita masih lagi panjang tapi sebabkan masa tak mengizinkan terpaksa stop sini dulu. Nanti dilain masa, aku akan perbaiki lagi cara bercerita. Risau juga ada yg tak berapa faham dan tak seram. kalu nak lagi komen tau . Sorry guys nanti ada masa aku share lagi ye . Bye assalamualaikum
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Of course la kena sambung. Relate kan tajuk awak tu dengan cerita ni. Apa yg dimaksudkan dgn kau milik aku? 👻
Kesan lebam tu dia sedut peha awk kiri kanan tu..kekadang faraj awk pun dia jilat dan sedut cuma awk x sedar
Mana kau tahu
Aduu asal tak habiskan je haihh
Mengelabah tol la….ko taw tak tajuk xsame dgn cerita xkene bongok name nye…..
Mata sy keras macam besi
Dah tau ada makhluk kacau blh ek kau wat rilek jer blh sambung tido plk tu. Sepatutnya kali ke2 kena kacau tu dah blh bgtau ayah
Aku rasa aku baca laju sebab ayat nya pendek-pendek. Dan penulis macam syok sendiri contohnya, “Mulut aku seakan akan terkunci , sebab panik sangat aku pejam mata dan tarik selimut sampailah ke pukul 12 tghari (xboleh buat bini ni bangun lewat) hahahha” Tak perlu lah ayat yang dalam kurungan tu.
knp siarkan cerita2 yg x kene dengan tajuk ni..adoiii syok sendiri la budak ni..ape kau nk sampaikan sebenanye ni dik?tajuk kau dgn story kau pun dah lari.klu ak jd admin dah lama aku buang cite entah ape2 kau ni.