Gangguan Malam

Assalamualaikum semua pembaca fisyen shasha, aku sebelum ni ialah pembaca setia dah bertahun lamanya. Harini tergerak hati nak share dengan hangpa semua kisah aku kena gangguan. Harap ada yang sudi baca tau. Kisah aku ni takde lah scary sangat tapi nak juga aku share dengan hangpa semua untuk pengajaran. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita aku ni di publish. Mohon di hide profile.

Ok jom aku start. Kisah ni berlaku time aku bujang sekitar tahun 2011-2012. Aku menyewa dirumah flat 5 tingkat. Rumah sewa aku ni tingkat nombor 5 dan rumah aku ni jenis yg kembar 2 biji sahaja. Tangga di bahagian tengah bangunan, rumah 2 buah kiri dan 2 buah lagi di kanan bangunan. So means 1 level hanya ada 4 buah rumah sahaja.
Aku menyewa berdua ja dengan housemate aku tapi dia ni jarang ada di rumah. Selalu outstation oversea, sekali kalau outstation tu dalam 1 bulan juga la baru nampak muka dia balik ke rumah.
So kebanyakkan masa aku duduk sesorang je. Aku ni keje office hour, so waktu balik tu pukul 5 petang tapi disebabkan aku duduk sesorang ja dekat rumah so aku ni selalu la lepak dekat office dengan member-member sampai pukul7 macam tu baru la aku gerak balik.

Setiap hari aku akan sampai rumah dalam timing nak maghrib macam tu, around 7.20-7.30. Sampai rumah tu pun dah nak gelap dah. Sampai ja rumah aku selalu akan mandi, cuci diri semua. Dah jadi kebiasaan lampu rumah aku akan on 1 ja di ruang dapur. Sebab dapur dengan ruang tv tu bersambung. Yela, rumah flat kan kecik ja. Nak jimat elektrik aku buka 1 ja lampu dekat area ruang tapu dan dapur tu.haha punya la kedekut kan.hahahaha. Suasana tu tak de la gelap sangat. Cahaya just nice sendu-sendu untuk mood tengok tv. Hehe. So aku pun on la tv layan mata sat sementara nak ambik mood nak lena.

Oh. Lupa nak cerita, aku ada jiran tapi dia pun macam sat ada sat takdak. Macam chipsmore jugak .haha tapi jiran aku ni lelaki, dia stay sorang ja. Aku pernah la jumpa sekali dua tapi tak pernah berkenalan pun sebab timing kerja kami tak sama. Aku rasa jiran aku ni keje kilang sebab selalu malam dia jarang ada dirumah. Maybe dia kerja shif. So jarang-jarang la jumpa. Hujung minggu pulak selalunya dia takdak,aku rasa dia balik kampung la kot. Aku agak-agak jela sebab tak kenal betul-betul pun jiran aku. Rumah jiran aku ni selalunya sunyi ja, tv pun aku tak pernah dengar dia on. Tak tau la kalau dia ada tv atau tak.hahaha.

Ok sambung, sambil dok layan tv tu aku punya feeling ni macam ada sikit tak syiok la. aku dapat rasa macam ada orang dtengah pandang aku dari sudut gelap. Aku boleh rasa dan aku macam boleh nampak hujung mata aku ni yg ada susuk badan tengah berdiri tengok aku. Jantung aku time ni dah start laju dah macam orang lari 100meter dah oii. Masa ni tobat lahum la aku dah tak focus dah cerita Hindustan dekat tv tu. Mata aku dok tumpu ke handphone ja. Aku Cuma la bermessage dengan boyfriend aku. Kekonon nak tenangkan hati sendiri. Aku ignore perasaan takut aku tu.

Makin lama makin aku tak boleh tahan pulak, jantung aku makin laju nebes semua ada. Aku pun mengadu la dekat boyfiend aku yg aku ni dah tak sedap hati, kenapa tah tetiba aku rasa takut lain macam. Lepas tu dia paksa aku kemas bag p tidur rumah member aku yg lain sebab risau keselamatan aku, dah la aku sesorang memalam pulak tu. Takut jadi apa-apa nanti susah. Aku ni ego time tu taknak keluar rumah kekonon semua ok la.tapi sebenarnya aku malas nak kemas barang-barang keperluan baju mekap semua tu sebab esoknya masih kerja. Padahal hati aku ni memang tak sedap dah.

Aku masih ignore lagi perasaan aku ni. Aku tak berganjak pun dari posisi aku, masih mengadap handphone. Posisi tv di hadapan, di bahagian kanan aku ialah dinding kosong yg connect dengan rumah jiran aku. Kiri pulak dinding bilik aku.
Lepas tu aku dengar sayup-sayup ja bunyi guli macam di campak dan tuju ke dinding kanan rumah aku yg connect dengan rumah jiran. Mula-mula aku dengar guli tu di campak slow-slow ja. Aku macam dengar tak dengar. Aku ignore lagi. Makin lama makin laju guli tu dicampak nonstop ke dinding. Ya tuhan.. masa ni aku dah tak keruan gais. Aku rasa something wrong somewhere ni. Aku rasa benda tu macam sesaja je nak aku alert yg dia ada disitu sebab tu makin kuat dia campak guli. Bunyi makin kuat makin laju makin nyaring gais. Serius takut yang amat. Tak pernah lagi aku rasa takut macam ni sejak aku stay rumah tu.

Aku dah tak keruan. Aku turn off tv ,aku terus lari masuk bilik tak tengok tempat lain dah dengan lampu dapur pun aku tak off suiz. Punya la nebes. Aku biar je terang sampai ke siang. Aku masuk bilik lock pintu bilik ,aku terus baring dalam gelap. Aku tidur mengiring mengadap pintu bilik tapi aku jadi takut sangat. Aku rasa macam ada something follow aku. Aku tak berani nak bukakan mata, aku pejam ja tapi hati ni masih tak keruan,aku jadi gelisah. Aku ubah posisi baring membelakangkan pintu bilik pulak. Masa ni aku baca ayat kursi pun tah betul tah tidak dah weiii main dengan takut, nebes semua ada la. Aku hentam ja baca yg mana aku tau. Belakang badan aku rasa panas-sejuk. Meremang habis bulu roma aku satu badan. Serius aku tak berani nak pusing untuk tengok apa yg ada belakang aku. Aku tawakal aku ulang-ulang baca ayat kursi. Aku cuba pejam mata kuat-kuat. Berpeluh sejuk aku rasa malam tu. Dalam otak aku ni terbayang lembaga berambut panjang, berbaju putih…uishhh tak sanggup nak toleh. Aku tak nak ambil risiko. Aku Tarik selimut berselubung dalam selimut tu. Tak tau la berapa lama aku berada dalam situasi tu. Dekat luar sunyi je, takde pulak bunyi motor lalu lalang. Lepas tuuu..

Lepas tu bila aku terjaga aku tengok dah cerah dah siang rupanya. Ya tuhan, leganya aku rasa. Aku pun tak sedar pukul berapa aku terlelap semalam. Aku bersyukur sangat la dia tak menunjukkan diri yg sebenarnya dekat aku. kalau tak memang tak tau la apa akan jadi dekat aku masa tu.hehehe.
lepas kejadian tu aku dah tak berani balik time maghrib lagi. aku akan pastikan aku akan sampai rumah sebelum maghrib atau kalau aku lepak terlewat aku akan make sure aku sampai rumah selepas maghrib dlm 830pm macam tu. Pengajaran la untuk aku sebelum ni tak dengar pesanan orang tua sangat kan. Jangan berjalan time maghrib. Hahaha. Mendapat la sekali dalam hidup aku rasa paling takut macam tu.hihi sorry la kalau story aku ni tak menakutkan untuk hangpa baca, tapi cukup la pengalaman tu menakutkan untuk aku.hahaha. terima kasih..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Si Bunga Mekar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 65 Average: 3.1]

1 thought on “Gangguan Malam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.