Gangguan Misteri

Salam kepada semua yang membaca fiksyen shasha. Nama saya Letizia orang panggil Zia. Ini merupakan cerita kedua yang saya hantar dalam page ini. Cerita saya bermula apabila saya telah mendapat tawaran untuk menyambung belajar di sebuah Universiti di Sarawak. Nama university ini saya tak la mau dedahkan .

Ceritanya begini, setelah mula belajar di sini saya telah bertemu dengan banyak rakan yang baru daripada pelbagai tempat Sabah, Sarawak dan semenanjung juga. Di sini saya telah berjumpa dengan geng yang sama kepala ala sama-sama gilaa laa kunun hahaha..Kemana sahaja kami pasti bersama aku, Bae dengan Jess. Aku ada kenal dengan sorang lelaki ni, mula-mula kami berkawan la tapi lama kelamaan rapat namun bagiku tedalah timbul rasa cinta.

Sehingga satu hari tu lelaki cakap “Zia, saya betul-betul suka kau” . Aku tediam akibat terkejut lalu dengan baik aku menolaknya dan mengatakan bahawa segala yang aku rasa adalah sekadar kawan. Tidak ku tahu mana salah silap yang aku katakana membuatkan dia marah lalu berkata “Sekiranya saya tidak dapat dengan kamu, saya akan pastikan orang lain juga tidak dapat bersama kamu” lantas dia berlalu pergi meninggalakan aku yang masih tertanya-tanya apakah maksud ayat yang disampaikan olehnya.

Sejak dari hari itu, dia menghantar mesej yang pelik-pelik sampaikan aku sendiri yang malas sudah mau melayan. Satu malam dia teks aku cakap yang dia mau jumpa aku sekejap untuk minta maaf, aku pun teda syak apa-apa kan jadi aku keluar pergi ke blok yang memang selalu menjadi tempat student belajar secara kumpulan. Masa tu masih ada 3-5 orang pelajar di situ yang masih mengerjakan tugas masing-masing. Secara spontan dia menyentuh tanganku lama dia merenung tanganku, perasaanku jadi macam lain suda laju aku menarik tanganku . “ apa kmu mau cakap? Cepatlah saya mau buat kerja ni” kataku. Dia pun menjawab “ teda laa, suda buat pun apa yang saya mau buat” katanya lalu bangun meninggalkan aku. Malam tu dibilik, aku rasa lain macam ja.

Petang keesokan nya, aku rasa mau beli makanan di kedai berdekatan, aku ajaklah kawanku si Bae “ bae, jom teman aku beli makanan” aku ckap lepastu kami beli lah apa yang patut mau kasi tambah stok makanan di bilik kan. Balik tu kira jam 7 lebih mau dekat jam 8 , asyik berjalan aku rasa macam terpandangkan lembaga hitam dari jauh sedang memerhatikan kami. Aku lajukan langkah kakiku trus aku cakap “ Bae jum laju lagi” . “Letih saya” jawab c bae.

Sampai ja di bilik, masih lagi aku tngok tu lembaga kali ini betul-betul di depan pintu bilikku. Sudahlah roommate ku dua orang masing-masing balik ke rumah jadi tinggalah aku sendirian dalam bilik. Untuk pertama kali aku melihat benda ini astaga rasa macam kena cabut nyawa jaa.
Lembaga hitam yang tinggi terus memerhatikan aku di luar bilik dengan matanya yang membulat seakan ingn menerkamku. Aku menjerit sekuat hati dari situ aku langsung tak sedar apa yang berlaku.

Aku sedar ja aku lihat ada senior, housemate yang lain dan kawanku si Bae. Aku pelik “ kenapa ni?” tanyaku seniorku berkata “ Kamu tak ingt ke zia?” aku pun pelik “Kamu kena hysteria tdi” kata bae pula.. terdiam aku terus bulu roma ku berdiri. Rasa takut aku makin menjadi- jadi sehinggakan aku sering mendengar bunyi yang pelik-pelik tengah malam. Apa yang paling aku takutkan bunyi tu ada nada bila aku sendiri ja dan aku tak dengar pun tu bunyi bila aku dengan kawan-kawanku. “ Kau okey?” Tanya Jess lembut. Aku pandang Jess “ Ok. “ jawabku sepatah.

Entah kenapa soalan itu sering keluar dari mulutnya beberapa hari lepas kejadian hysteria tu. Aku juga selalu melihat benda yang pelik-pelik tapi aku berusaha untuk mengabaikan nya sehinggalah pada malam 26/12 aku tinggal sendirian lagi di bilik manakala Bae di biliknya sendiri dan Jess masih di café dengan kawannya. Jam 1 pagi , aku yang sedang duduk di meja belajar menonton running man teredengar tingkap bilikku diketuk, awalnya aku ingatkan kucing jadi aku tak kisah sangat. Selang beberapa minit aku terdengar ointu bilikku berbunyi seperti dicakar, aku fikir c jess jadi aku buka pintu cek semuaa nya kosong.

Perasaan takut aku abaikan lalu aku masuk semula ke bilik. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk kuat. Di luar aku dengar nama ku dpanggil “ Ziaaa, buka jap” rupa-rupanya senior Rin. Aku buka pintu “ Napa rin?” aku Tanya. “wey, kau dengar ka ada orang main ketuk tingkap bilik aku” katanya dengan mimic muka yang takut. “ kucing kot” kataku. “ wey tinggi kot tingkap aku tu teda beranda atau jalan pun disitu macam mana dia boleh disitu. Lagi satu kucing pandai mengetuk ke? kepala otak kau” sempat lagi dia berlawak. Aku ketawa “aku dengar tadi pintu bilik aku dicakar. Takut aku zia, bagilah aku duk bilik kau kejap sementara kawan aku sampai” dia ckap. “ haah bahikkk” jawabku memang kmi selalu menyebut perkataan “ bahik”

Ini lah pengalaman yang aku lalui baru-baru ni, tak tahu mahu kaitkan dengan apa. Kaitkan dengan lelaki yang aku kenal tu atau dah memang gaya kehidupan belajar jauh begini. Sampai sini sjaa yang dapat aku ceritakan. Maaf andai ada terkasar atau tersilap bahasa. Sekian terima Kasih .

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Letizia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Gangguan Misteri”

  1. Gangguan misteri daripada cinta seram seorang lelaki!

    Nasib baik terkena gangguan misteri cinta-cintun — betul-betul terkena love-scam lagilah jahanam.

    Dalam akhbar Sinar Harian, tiap-tiap hari admin baca ada saja laporan berita — pompuan ditipu hidup-hidup oleh love-scam — Si Pompuan kena tipu oleh love-scam, ambik kaw! Beratus-ratus ribu duit dikebas dek love-scam.

    Sedih jer Si Pompuan kena tipu dek love-scam — takde pula meroyan-royan macam macam tersempuk dek hantu sesudah ditipu hidup-hidup.

    Hahahahaha!🤣

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.