Gangguan Penginapan Pelajar

Salam perkenalan buat semua pembaca Fiksyen Shasha. Nama aku Su bekas pelajar di sebuah universiti swasta di Pahang. Kisah yang aku nak cerita ni berdasarkan pengalaman seram aku di sana. Bila diingatkan semula, meremang juga. Tapi tidak pasti kalau korang pun rasa seram. Tanpa basi basi lagi, aku mulakan cerita.

2014

Kisah pertama:
Tahun 2014 merupakan tahun pertama aku masuk ke universiti ini sebagai junior. Masa ni aku tak tahu kisah kisah seram yang terjadi sebab senior fasilitator takde cerita apa apa. Macam biasa la mula mula orientasi, buat aksi itu ini sampai lah habis. Penginapan pelajar kami macam apartment (ada ruang tamu, dapur, 2 bilik dan 2 tandas) so memang selesa. Nak dijadikan cerita, rumah aku blok 1 tingkat 1, dan berhadapan dengan rumah aku ada pelajar pelajar yang suka buat bising macam gelak ketawa dan pasang lagu kuat kuat. Kuat dia tu boleh dengar sampai blok sebelah.

Benda ni berlaku selepas seminggu tamat orientasi. Aku memang tidur tak ingat dunia masa kejadian tu berlaku sebab aku tidur jenis pasang ayat-ayat al-Quran kat handphone. So mesti korang tertanya, macam mana aku boleh tahu ada gangguan? Esok paginya aku tengok kat depan setiap rumah ada taburan garam kasar dan lada hitam (sebab mak aku cakap kalau nak halau sesuatu ada yang gunakan bahan tu). So waktu rehat tengah makan, kecoh lah satu blok yang rumah tu kena gangguan macam buka paip air keluar d***h dan dengar orang ketawa mengilai. That’s why mereka kena gangguan macam tu, sebab yelah universiti dekat kawasan hutan. So itu rumah ‘diorang’, kita menumpang kena beradab. Pelajar pelajar tu tak duduk rumah tu dalam seminggu, panggil ustaz untuk pulihkan. Lepas tu dah okay, keadaan macam biasa.

Kisah kedua:
Kisah ni dari mulut kawan aku sendiri, Ani. Kejadian ni berlaku blok 1 tingkat 2 (berhadapan dengan blok 2), ada kisah seram tersendiri. Wallahualam, aku tak tahu benda ni betul atau tidak. Ani ni cerita lah, dulu dia bergaduh dengan housemate dia sebab tak sebulu. Permulaan untuk kenal tu biasa lah kan. Lain orang lain pembawaan. Ani ni terlalu marah dengan housemate sampai nak pindah rumah lain, duduk seorang pun takpe. So dia pergi jumpa pegawai yang menguruskan daftar rumah. Pada awalnya, pegawai tu tak benarkan dia pindah rumah sebab rumah full.

Ani pun pelik lah, sebab tadi dia lalu la kawasan yang takde orang duduk kat tingkat 2 tu. Dia marah marah lah sebab dia ingat pegawai tu malas nak layan dia, proses pertukaran rumah rumit. Sekali pegawai tu cakap “Kalau awak berani sangat nak duduk kawasan tu, duduklah. Kalau ada apa-apa masalah gangguan, kami tak bertanggungjawab”. Sudahnya Ani terdiam. Kenapa dengan deret kawasan tu takde orang, dia pun tanya senior yang ada kat blok 2 tu. Rupanya kawasan rumah yang dikosongkan tu ada sebab tertentu, dulu ada student b***h diri akibat terlalu stress. Tapi Alhamdulillah, lepas beberapa bulan, kawasan tu dibuka untuk pelajar duduk (dah dirawat agaknya).

Kisah ketiga:
Benda ni terkena dengan aku sendiri. Aku ni boleh dikatakan orang lemah semangat sebab dari kecik arwah atuk aku selalu ubatkan aku dengan bacaan ayat ayat al Quran dan kunyit hidup letak disetiap sendi sendi di anggota badan aku ni. Kekuningan aku masa kecik kecik dulu. Sebelum aku sambung cerita, sedekahkan Al-Fatihah buat arwah atuk ayah mak, nenek ayah mak, paklang, pakusu dan sesiapa yang telah meninggal dunia.

Okay, masa ni aku dan housemates aku pindah rumah ke blok 2 sebab blok 1 digunakan untuk setiap intake baru. So sampai sekarang aku masih ingat lagi “Rumah DI2-01-10”. Masuk masuk je rumah, kau boleh tahu rumah tu suram atau tidak. Aku masuk je rumah tu, aku rasa tak sedap badan sebab yelah dah lah suram, kotor pulak tu. Katil aku di ruang tamu, so macam seronok lah boleh terus lepak kat beranda rumah. Fi pun katil dekat ruang tamu, sama course accounting, acah acah buat tol siapa nak lalu sidai pakaian diberanda kena bayar. Memang lawak lah masa tu.

Aku rasa masa tu pelawanan bola sepak AFF Championship Malaysia vs Vietnam kut, aku dan Ain sungguh sungguh buka laptop nak tengok bola kat katil aku. Memang rancak bising gila-gila lah. Aku pun masa tu lupa diri, seronok memekak dengan Ain. Habis je siaran langsung tu, terus siap siap nak tidur. First aku terlupa nak pasang bacaan ayat ayat al Quran, dan lupa nak basuh kaki sebelum tidur. Malam tu aku susah gila nak tidur, mengereng ke kiri ke kanan. Lalu aku pun ambik earphone, pasang lagu instrumental untuk tidur, so memang tertidur lah.

Dalam jam 4.44 pagi aku terbangun, aku tengok handphone. Masa tu aku mengereng ke kiri, bila aku alih badan ke kanan. Aku terus rasa aku kena himpit dengan sesuatu. Sumpah demi Allah, berat sangat sangat sampai nak terputus nafas aku dibuatnya. Punya aku bergelut nak lepaskan diri, tiba-tiba bunyi kerusi meja makan kat ruang tamu tu bunyi gesekan besi dekat lantai bergerak menuju ke arah antara katil aku dan Fi. Aku bukak mata sikit sikit, so nampak bayangan kerusi tu. Aku jerit sekali “Allahuakbar”, terlerai himpitan makhluk tu dan aku bukak mata tiada kerusi kat situ. Fi yang tertidur terus terjaga dan pasang ayat ayat al Quran.

Lepas tu aku dengar Ain meracau dalam bilik tidur kuat gila. Aku dan Fi terus melompat dari katil dan tengok keadaan Ain, Alhamdulillah lepas Eli (kawan sebilik Ain) baca ayat Kursi hebus di umbun, Ain terdiam dan tidur macam biasa. Aku macam biasa terus longlai dan call parents aku untuk balik buat rawatan dengan ustaz. Nasib baik takde kelas esoknya, cancel. Kitorang satu rumah balik kampung masing masing untuk berubat. Tapi sebelum balik tu, rumah tu ayah Ifa azankan dan letak garam kasar bersama cili kering dalam satu mangkuk di tengah tengah rumah.

Ahad tu kitorang semua balik serentak ke universiti. Ayah aku azan dulu dalam rumah setiap sudut, dan mak aku letak daun limau purut berserta batang duri kat pintu, tingkap dan beranda. So lepas tu okay, takde gangguan. Tapi tak berapa lama kemudian, jiran aku “Rumah DI2-01-11” kena gangguan, tapi dalam bentuk lembaga hitam dalam toilet dan ruang tamu. Jadi aku dan housemates aku bantu dorang buat bacaan Yaasin beramai ramai. Benda tu keluar dari rumah. Tapi silapnya benda tu masuk ke rumah kitorang, setakat kena gangguan panggil nama je lah. Bergilir gilir kitorang semua buat bacaan Yaasin setiap hujung minggu.

Yang silapnya bila dah nak dekat waktu final exam, kitorang kekurangan bekalan limau purut dan batang durinya. Dah kecut, Fi pergi buang kat tong sampah. Last paper esok harinya, jadi kitorang buat la rumah ni macam kelas study group. So memang akan bising dengan suara kitorang menghafal. Ana kawan satu course Eli pun join sekali masa tu. Okay malam tu, aku, Ifa dan Ana set masa nak study pukul 4 pagi. Aku pun kunci jam bunyi ayam kokok. Fi tidur kat katil dia sorang. Aku, Ifa dan Ana tidur kat lantai berdekatan dengan meja makan. So kejadian sama, pukul 4.44 pagi aku terbangun sendiri tengok jam. Aku kejutkan si Ifa ni, tapi Ifa tidur lena. Begitu jugak dengan Ana. Oh sebelum aku lanjutkan cerita, aku ni rabun jauh.

Bila aku alihkan mata aku nak tengok meja belajar aku, aku ternampak “Fi” berdiri tegak mengadap aku. Aku dah rabun, tak nampak muka “Fi” dengan jelas. Yang aku perasan rambut “Fi” tutup muka, pakai t-shirt merah, berkain batik dan ada tuala suci putih terang sangkut dibahu. Aku pulak mamai pergi tegur “Fi nak pergi mandi ke?”. “Fi” pun angguk tanpa bersuara. Aku pun balas je lah “Oh pergi lah mandi”. “Fi” tu pun beransur pergi dan aku tidur balik. Dalam pukul 5 pagi tu, aku nak pergi tandas nak buang air. Aku pun bangun tanpa pakai spek terus masuk tandas. Bila keluar tandas tu, aku nampak sesuatu benda hitam kat bilik mandi. Aku pun fikir mungkin kain batik basah kut. Terus aku lalu dan tidur balik.

Paginya pukul 6:30, Ifa kejutkan aku untuk solat dan study. Aku pun bangun mandi dan solat. Terus ambik nota dan hafal. Macam takde berlaku apa apa kan? Hahaha. Lepastu kitorang semua lapar, turun ke foodcourt beli makanan bungkus makan kat rumah. Masa syok syok lepas makan, aku pun pegang nota sambil tanya Fi kebetulan Ifa join makan dengan Fi, “ Fi, pagi tadi ada mandi ke?”. Dorang berdua gelak gelak, assume betul la kut. Aku pun satu gatal tanya soalan bukan bukan “Jadi betul lah pagi tadi mandi pukul 4.44 pagi?”. Terus air muka dorang berubah dan cakap mandi pukul 6:15 pagi.

Wah aku tegur siapa pagi tu. Aku pun cerita ciri ciri “Fi” yang aku tegur pagi tu. Terus pucat muka Fi sebenar, dia bagitau yang tuala dia jemur kat beranda malam tu dan warna pink bukan putih suci terang. Ah sudah, aku tegur jelmaan macam dia. Nasib baik petang tu last paper, dan aku pass dapat A+. Orang cakap last last paper ni memang kena ganggu yelah kita pun dalam keadaan serabut kan. Terus kitorang semua packing barang dan terus balik kampung.

2015

Kisah keempat:
Kisah seram kat blok 4, yang dahulunya 7 tahun tak pernah bukak, akhirnya bukak atas sebab student ramai masa tu. Jadi kitorang split rumah, sebab aku duduk dengan Ani, Sher dan Mim. Eli dan Ain duduk dengan housemate baru. Ifa dan Atin duduk penginapan lain. Fi duduk dengan roommate baru, senior. Yang ni kisah seram setakat main bunyi dan berbisik. Nak dijadikan cerita, housemates aku ni jenis suka cerita cerita seram. So petang tu aku ada kelas dalam pukul 4 – 6 petang, Sher dan siapa tak ingat mintak suggestion cerita seram apa best. Aku pun bagilah cerita seram tu tapi pesan “tengok sampai habis sebab dalam tu ada bacaan bacaan, nanti masa ending kisah ni ada ayat penutup”. Dorang pun angguk dan layan. Aku pun terus ke kelas.

Tapi kelas tu dalam 1 jam je, sebab pensyarah ada urusan. So aku balik la nak makan, lapar weh. Lepas tapau, terus balik rumah. Bila aku masuk je bilik, dorang dah tengok cerita lain. Aku pelik lah sebab cerita tu 2 jam tak silap. Aku geram lah kenapa tak tengok sampai habis. Dorang cakap seram tak sanggup. Lah masak aku kali ni, mesti pelik pelik berlaku. Malam tu memang kaw kaw aku kena ganggu. Masa ku tidur, aku pusingkan badan aku ke kiri, aku nampak langsir bilik aku macam ada yang menyelak. Rupanya Sher tak tutup tingkap masa tidur. Angin takde masa tu, sebab semua tingkap bukak, tapi yang terselak atas kepala Sher je. Dalam hati aku, ah m**i aku. Aku terus tutup mata buat buat tidur kononnya. Lepas beberapa minit, kunci rumah aku berbunyi macam ada orang main. Lagi sekali aku pusing badan ke kanan, cakap dalam hati lantak kau lah, aku nak tidur esok kelas pagi. Tengah aku fokus nak tidur, tiba tiba aku dengan bunyi suara budak perempuan gelak gelak. Suara tu berbisik kat telinga aku “hehehe, akak tak tidur lagi ke tu?”. Aku terus capai earphone aku, bukak mata sikit tengok handphone dan pasang ayat ayat al Quran. Langsung terus tidur. Esok nya aku cerita dengan housemate aku pasal tu.

Kisah kelima:
Bilik masih sama cuma seram dia tak ketara sebab masa tu berlaku sekejap je. Semester baru, masa tu Ani masuk rumah awal. Jadi dia lepak kat rumah kawan lain sementara tunggu aku dan Sher masuk petang tu. Nak dijadikan cerita, malam tu kitorang tengok cerita lawak, serik nak tengok cerita hantu. Malam tu, kami tak dengar bunyi pintu depan. Tapi aku dan Sher memang malam akan tutup pintu bilik dan kunci. Kitorang nampak bayang orang lalu terus je. Assume tu Ani la kut. Kitorang buat bodoh je lah. Lagi sekali bayang hitam tu lalu tapi berhenti kat depan bilik kitorang. Lama jugak, lepas tu bayang tu lalu menuju ke ruang tamu. Sher pun rasa cuak terus whatsapp Ani, “Hang dah balik ka? Awat tak ketuk pintu kitorang”. Sekali Ani reply “Aku masih kat rumah kawan aku lah, aku belum balik lagi. Kau jangan takutkan aku. Esok lah aku balik kalau macam ni”. Lepas tu takde dah kejadian pelik. Yang pelik masa nak dekat final exam, just bunyi gayung atau cebok air jatuh dari tempat flush air. Aku dan Mim je dengar masa tu, tapi buat tak kisah sebab esok paper accounting killer. Lantak dia lah nak main apa.

Kisah keenam:
Ini sekadar perkongsian pendek dari Ana, sebab ana ni jenis hijab terbuka. Kat blok 4 tu memang ada macam macam. First, budak kecik yang gelakkan aku tak tidur tu, asalnya ada kat rumah Eli. Second, kat tangga laluan kitorang ada satu gadis baya baya 20-an berdiri tegak tengok orang lalu. Jangan risau, sebab dia tak ganggu orang. Itu je yang aku dengar dari mulut Ana. Selebihnya takde apa apa yang pelik.

Semua kejadian aku cerita ni masa aku diploma. So, waktu diploma je lah yang kerap kena usik dengan benda benda ni. Even kat kawasan kampus ada juga Cik Cong. Bila dah degree ni jarang sikit kena, ada lah tempias sikit. Well, banyak kena junior aku. Ada kes histeria, tu kelakar sikit. Tapi takpe lah, nanti nanti aku share untuk kisah seram degree dalam universiti yang sama. Terima kasih sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur Syuhada

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 43 Average: 4]

1 thought on “Gangguan Penginapan Pelajar”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.