Gangguan Pengkhianat

Hai, salam sejahtera para pembaca cerita mistik berhantu alam maya Fiksyen Shasha. Kali ini, aku nak bercerita tentang gangguan. Ha! Ha! Ha!

GANGGUAN PERTAMA

Ini terjadi sendiri pada aku. Aku pernah alami sakit kepala dan sakit perut yang teramat sangat sakitnya. Sampai termuntah-muntah. Nak tidur malam pun tak boleh. Bila pergi klinik buat check-up, cuma sakit perut biasa. Dan bila aku keluar dari rumah tu, sakit aku dah berkurang. Tapi bila aku masuk dalam rumah tu, sakit aku kembali.

Akhirnya, mama aku kata, mungkin ada orang khianat. Abah panggil kawan dia, Abang Wan, aku panggil dia. Dia memang pakar menangkap hantu, kononnya. Sekarang, aku tak tahu dia ada di mana. Dia macam hilang. Ada yang kata dia pergi bertapa. Aku tak percaya perkara karut-marut macam tu. Biarlah.

Bila dia datang rumah, dia buatlah ‘upacara’ dia. Dan hasilnya, dia berjaya menangkap seekor anak kerak yang bertapa di perut aku. Sebab tu aku sakit perut yang amat sangat. Period pain pun tak sakit macam tu. Korang tahu tak anak kerak tu apa? Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang d*****h sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan d*****h dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan. Hah, macam tu lah.

Abang Wan tunjuk figura anak kerak tu yang dia masukkan dalam sebuah botol kaca kepada mama dan abah aku. Diorang cakap, memang nampak dengan mata kasar. Aku tak tengok pun, keadaan masih lemah. Abah ada bertanya, siapa yang hantar? Tapi Abang Wan cuma diamkan dan senyum. Mungkin itu memang syarat mereka, tidak boleh dedahkan siapa pengantarnya.

GANGGUAN KEDUA

Aku sering terdengar bunyi pasir dari bumbung rumah aku. Seram kan kalau bunyi pasir atas bumbung rumah, tengah-tengah malam? Berselang-seli dengan bunyi benda berlari. Yang berlari tu, aku think positive jer. Maybe kucing ke, tikur ke, kan. Ada sekali tu aku ternampak satu cahaya merah berada tepat sebelah tingkap bilik aku. Padahal sebelah bilik aku tiada apa, hanya sebuah kampung kosong yang dah dipenuhi dengan hutan belantara. Kampung aku, rumah jauh-jauh, selang 30-40m, baru jumpa rumah jiran. Antara selang itu, dihuni oleh hutan belantara lah. Yang aku maksudkan cahaya merah tu, dia macam laser pointer pen tu. Ya, lampu laser pointer warna merah!

Menjadi kemusykilan aku, siapa yang nak menyuluh lampu tu, dalam gelap macam tu. Bukan boleh nampak pun. Lain lah kalau lampu torch light. Isu itu, aku diamkan jer. Tak cerita kat sesiapa.

Aku pernah juga kena tindih. Semua benda nie terjadi, dalam masa yang dekat dan singkat. Lepas dengar pasir, aku nampak lampu merah. Lepas lampu merah, aku kena tindih. Seram wei, macam nak m**i dah time tu. Aku takut. Aku cuba menjerit, tapi tak terkeluar suara aku. Aku cuba menggelupur, tapi badan aku tak boleh bergerak. Kaku. Aku cuba buka mata, tapi macam terkunci. Tak boleh buka mata. Apa yang mampu aku buat, aku baca ayatul kursi dalam hati aku, sekuat hati aku, secara berulang-ulang. Dan alhamdulillah. Aku boleh buka mata, dan boleh bangun.

Bila aku nak tidur balik, aku takut ‘dia’ datang ganggu aku lagi. Aku cuba tidur mengiring ke dinding. Bila aku nak masuk alam lena, aku terasa ada satu tangan pegang pergelangan tangan aku. Lembut wei. Macam tangan baby. Halus dan licin. Siapa tak suka pegang tangan baby kan? Tapi kalau macam nie, korang suka tak? Sekali lagi, aku buka mata. Aku husnuzon jer. Kau letih sangat nie, Aie. Termimpi-mimpi pulak. Aku pejam mata untuk lena balik. ‘Benda’ yang sama datang pegang tangan aku. Dalam masa yang sama, aku terasa ada mata yang sedang memerhati aku tidur. Dalam gelap, aku nampak bayang hitam dari sudut bilik aku.

Akhirnya, aku tak tahan, esok aku kerja shift pagi kot. Pukul 3 pagi, tak boleh nak tidur lagi. Aku lari masuk tidur dalam bilik adik aku. Dia pun hairan lah.

“Akak, awat mai tidur sini?”
“Tak boleh tidur. Esok lah cerita!”

Family aku kenal aku macamana. Kalau aku tak tahan, aku takkan lari pergi tidur dengan adik aku. Tapi ‘benda’ nie sangat mengganggu aku, terpaksalah aku buat macam nie. Aku pernah tinggal seorang diri dalam rumah, bunyi derap kaki, bunyi air kolah, bunyi benda jatuh di dapur. Semua dah aku alami. Tapi, as long as ‘diorang’ tak kacau aku, aku okee jer. Tapi bila ‘diorang’ kacau aku tidur, takkan aku nak biar jer ‘diorang’ kacau aku.

Pagi tu, aku cerita kan mama, sebelum pergi kerja. Mama gelak. Mama kata, dalam rumah memang ada gangguan, sebab tu asyik kena kacau jer. Ada orang nak kami anak-beranak keluar dari rumah tu. Tapi kami buat derkk jer. Last-last, gangguan tu dah takde. Tak larat nak ganggu dah kot. Hahahaha!

GANGGUAN LAST

Gangguan last nie, selingan jer ya. Aku baru balik dari kerja. Kerja aku habis 12 tengah malam. Time nie, musim orang pam air sawah. Jalan balik rumah aku tu, ada lah dua ke tiga ekor burung hantu yang bertenggek atas tiang elektrik. Bukan karut yer, serius kampung aku ada burung hantu. Ada seekor tu warna putih. Comel jer diorang.

Aku tengah drive motor, laju. Tiba-tiba dari jauh aku nampak ada satu benda melintang tengah jalan. Warna putih dan besar. Dari pembahagi jalan belah kiri ke pembahagi jalan belah kanan, ‘dia’ baring. Dalam hati, astaghfirullah al’azim. Aku tak pernah nampak ‘benda-benda’ macam nie. Dan minta simpang, jangan nampak. Aku tabahkan hati, teruskan jugak. Tiada jalan lain dah. Sepanjang perjalanan tu, ayatul kursi tak berhenti dibaca.

Bila sampai dekat ‘benda’ putih melintang tengah jalan tu, aku terkejut. Rupa-rupanya, pam air bendang, diorang balut dengan guni baja warna putih. Terkejut aku wei… Aku belah jer lah air pam tu…

Sekian sahaja cerita ku di kala ini. Terima kasih, admin. Sudi baca cerita aku lagi. Salam peace dari Cik Lupa Nama. Okee, bye…. 😀

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cik Lupa Nama

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 28 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.