Gangguan Pocong

Assalamualaikum wbt admin dan pembaca FS. Aku Naz, 27. Thanks admin sudi terbit cerita “Kawan atau Lawan 1&2”. Kali ini, aku nak ceritakan kisah gangguan pocong pada sebuah keluarga ini.

Tajuk :- Gangguan Pocong
Pencerita :- Ikin
Lokasi :- Dirahsiakan (atas permintaan pencerita)
Tahun :- 2006

Apa yang anda akan lakukan apabila anda rasa ada yang memerhati apabila anda sedang tidur? Apa yang akan anda buat jika anda diekori ‘sesuatu’ dari belakang?

************************************

Pengebumian arwah Tasya selamat dijalankan. Tidak ramai orang kampung yang hadir ketika itu malah sanak saudara juga ramai yang tidak menghadirkan diri. Ikin dan keluarga hanya membantu apa yang patut sebagai seorang sepupu. Kali pertama dia uruskan hal seperti itu malah mungkin hal seperti itu juga merupakan kali pertama terjadi pada keturunan Tok Haji Ariffin.

Jika arwah seorang pembunuh atau penjenayah dan ditembak polis atau musuh, masih lagi kita boleh kebumikan sebagai seorang muslim. Urusan pengebumian arwah akan sama seperti muslim yang lainnya seperti dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan cuma mungkin akan terdapat pandangan serong dan penghinaan diterima oleh makhluk didunia. Tetapi bagaimana jika b***h diri? Bagaimana hendak diuruskan? Setahu Ikin, kubur untuk insan yang b***h diri ini tidak boleh ditanam dan dikuburkan didalam kawasan tanah perkuburan. Kuburnya hendaklah diletakkan diluar pagar perkuburan.

Natasya, seorang gadis yang sangat baik, penyayang dan lemah lembut. Menjadi kebanggaan seluruh keluarga Tok Haji Ariffin. Ikin yang hanya berstatus sepupu pun turut mengagumi Natasya. Natasya seorang gadis yang cantik dan bijak sampaikan arwah selalu mendapat kedudukan nombor satu didalam sekolahnya malah arwah turut mendapat anugerah ‘Tokoh Pelajar Terbaik PMR’ sekolahnya.

-Beberapa bulan sebelum SPM-

“Adik! Panggil Kakak turun makan. Ajak sekali Abanglong, Kakngah dan juga Andak.” Ibu mengarah Dayah, anaknya yang bongsu yang sedang ralit menonton televisyen.

“Alaa….” Dayah bangun dengan malas sambil merungut kecil. Geram apabila cerita kegemarannya diganggu namun dituruti juga arahan ibunya. Perlahan-lahan tangga rumahnya didaki.

“Kakak! Kakak! Ibu ajak turun makan, makan sama-sama.” Pintu bilik Natasya diketuk. Tiada sahutan.

“Kakak! Ibu suruh turun makan sama-sama.” Sekali lagi diketuk pintu bilik kakaknya namun masih sama, tiada sahutan. Dipulas tombol pintu bilik kakaknya namun berkunci.

Dayah beralih ke bilik Abanglong, Kakngah dan Andaknya pula. Begitulah rutin harian abang dan kakaknya. Keluar dari bilik setakat untuk makan dan pergi kesekolah atau kelas tuisyen. Waktu yang selebihnya dihabiskan didalam bilik mengulang kaji pelajaran. Ini semua arahan dari bapa mereka, seorang askar berpangkat tinggi. Tiada yang berani membantah.

“Abanglong, adik dah panggil Kak Uda keluar makan tapi Kak Uda tak menyahut, pintu pula berkunci. Abanglong tolong panggilkan ya, nanti abah marah.” Dayah berkata sambil menarik lembut hujung baju Syazwan.

“Okay! Adik dan yang lain-lain turun dulu, Abang long panggil Kak Uda.” Syazwan berkata sambil tersenyum kearah Dayah. Kakinya bertapak menuju ke bilik Natasya. Dia tahu Natasya sedang bersedih, sarapan pagi dan tengahari pun Natasya tidak turun makan bersama-sama. Mereka hanya membiarkan kerana tahu Natasya masih bersedih selepas dimarahi bapa mereka. Natasya baru pertama kali mendapat kedudukan nombor dua didalam peperiksaan namun habis teruk dimarahi bapa mereka semalaman. Walaupun bapanya seorang askar namun tidak pernah dinaikkan tangan kepada mereka adik beradik namun kata-kata bapanya mungkin lebih berbisa daripada satu pukulan tangan dan sebatan.

Bapanya awal-awal pagi selepas subuh sudah pergi bekerja jadi sarapan pagi dan tengahari tidak mengapa jika tidak makan bersama-sama namun pukul enam petang bapanya sudah balik dari tempat kerja jadi, hendak atau tidak, mereka wajib makan bersama-sama. Selepas pukul tujuh, tidak boleh makan sebarang makanan.

“Uda! turun makan. Abah sudah balik. Mari makan sama-sama.”

Tiada sahutan.

“Abang long tahu Uda masih sedih tapi nanti lagi teruk Uda kena marah dengan abah. Uda macam tak tahu, abah marah sekejap sahaja lagipun bukan Uda buat salah besar pun. Next time, try harder. Masalah kecil je tu.” Syazwan cuba menenangkan adiknya namun Natasya masih tidak bersuara. Syazwan memulas tombol pintu bilik Natasya namun benar seperti kata-kata Dayah, pintu bilik Natasya berkunci. Hatinya tiba-tiba rasa tidak tenang.

“Ahhh… tak mungkin Uda sanggup buat macam tu.” Syazwan cuba memujuk hati. Kunci pendua yang tergantung di kotak kecemasan ditengah ruang tamu bilik atas dicapai dan dimasukkan kedalam lubung kunci tombol pintu bilik adiknya.

“YA ALLAH! IBU! ABAH!!!” Hanya kata-kata itu yang mampu diucapkan. Bibirnya mengeletar, kakinya lemah lalu dia jatuh terduduk didepan pintu bilik adiknya.

Berlari-lari seluruh ahli keluarganya menuju kebilik Natasya, semua tergamam dan menangis. Jasad Natasya tergantung dikipas siling biliknya dengan menggunakan kain telekung miliknya. Ibu meraung macam orang gila menyuruh bapa menurunkan jasad Natasya. Dipeluk dan dicium jasad arwah berulang kali sambil menangis.

**************************************

Orang tua-tua kata kalau orang m**i b***h diri, rohnya tidak tenteram kerana rohnya tergantung antara langit dan bumi. Tidak diterima amalannya walaupun sebelumnya arwah adalah insan yang baik. Ikin pada awalnya tidak percaya sehinggalah dia laluinya sendiri.

Makcik Intan, ibu kepada Natasya mengalami emosi yang tidak stabil maka sebagai adik yang paling rapat dengan Makcik Intan, Ibu kepada Ikin ni pun setuju untuk menjaga Intan sampai betul-betul kakaknya sembuh. Zambri, ayah kepada Natasya, tiga hari selepas urusan pengebumian arwah Natasya terus menghilangkan diri. Ikin dan ibunya telah mendapat izin dari bapanya untuk menetap di kediaman Makcik Intan. Adik beradik ibunya yang lain tidak peduli malah malu dengan kejadian itu.

Ikin berkata dia pasti tiada satu pun keluarga yang mahu perkara itu terjadi kepada ahli keluarga mereka. Mengapa dihukum dan dipandang serong keluarga arwah? Jika boleh dielak dan dihalang, Ikin yakin seluruh ahli keluarga Makcik Intan akan cuba menghalang namun semuanya sudah terjadi.

“Hu~ Hu~ Hu~”
Satu tangisan halus kedengaran di cuping telinganya. Tidur Ikin terganggu.

“Siapalah yang nangis malam-malam ni?” Ikin mengomel kecil. Ditarik bantal dan dipekukkan ditelinganya. Dia sambung tidur.

“Hu~ Hu~ Hu~” Tangisan itu berbunyi lagi. Ikin menekan kuat bantal ketelinganya, berharap suara tangisan itu tidak lagi kedengaran.

“Malam-malam duk nangis pasai apa? M**i laki ke?” Jiwa Ikin memberontak. Dia tahu Dayah masih bersedih dengan pemergian Natasya tetapi ketika ini sudah larut malam, kenapa tidak menangis sewaktu mereka bercerita pukul sepuluh malam tadi sebelum masing-masing masuk ke bilik.

Ikin tersentak. Ya, dayah ada mengajaknya tidur bersama-sama namun dia sendiri yang menolaknya dan lebih selesa tidur sendirian dibilik arwah Natasya. Jadi, dibilik itu ketika ini hanya terdapat dia seorang sahaja. Milik siapakah suara tangisan itu?

“Ikin~ Ikin~ Tolong aku Ikin. Aku terseksa. Hu~ Hu~ Hu~”

Suara itu sekali lagi menangis sayu. Ikin cukup kenal suara itu. Ya, suara arwah Natasya. Kipas siling berputar seperti ada sesuatu tergantung padanya. Difikiran Ikin mula terbayang pocong tergantung dikipas. Dia tidak berani membukakan matanya.

Jantung Ikin berdegup laju apabila dia baru teringat bahawa tiada kipas di bilik itu. Sebelum tidur, dia hanya memasang aircond kerana selepas mayat Natasya diturunkan, keluarga Makcik Intan terus membakar kipas siling tersebut. Ikin memejamkan matanya serapat yang mungkin. Hendak dibacakan surah-surah Al-Quran, bibirnya mengeletar dan fikirannya kosong.

Kipas yang tadinya berbunyi bising berputar tiba-tiba terhenti.

“DUMMM!!!”

Bunyi seperti sesuatu jatuh ke lantai.

“Ikin… Tolong aku, Ikin. Tolong aku.” Suara itu berbunyi lagi. Sangat sayu.

Air mata Ikin laju mengalir, disumpah seranah tubuhnya kerana tidak mampu berbuat apa-apa ketika keadaan sulit begini. Andai kakinya mampu bergerak, dia akan berlari selaju yang boleh ke arah pintu bilik itu. Andai mulutnya mampu bersuara, akan dia menjerit sekuat-kuatnya meskipun teriakannya menggangu seluruh ahli rumah itu. Namun, seluruh badannya seolah-olah terkunci. Dia terlalu takut sehinggakan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Tap! Tap! Tap!”

Bunyi seperti sesuatu sedang melompat. Semakin lama semakin kuat. Ikin yakin, benda itu sedang melompat-melompat ke arahnya. Walaupun dia tidak melihat, dia yakin ‘sesuatu’ itu adalah pocong.

“PAP!”

Pintu bilik diterjah dari luar. Terlihat Abanglong Syazwan dan Andak Fitri berada didepan pintu. Ibunya berlari mendapatkan Ikin. Teruk juga Ikin menangis waktu itu sehingga merayu ibunya untuk pulang ke rumah mereka ketika itu juga namun ibunya memujuknya supaya bersabar dan tenangkan diri.

*****************************

Rupa-rupanya seluruh ahli keluarga Makcik Intan selalu diganggu oleh penampakan pocong. Walaupun tidak pernah nampak wajah pocong tersebut, namun suaranya persis milik arwah Natasya. Kakngah Dila dan Dayah cuba melarang Ikin dari tidur di bilik Natasya tetapi Ikin marah dan seakan-akan mengamuk jika tidak dibenarkan dia tidur dibilik tersebut. Entahlah, Ikin kata dia tidak sedar, yang dia tahu mereka sedang ralit bercerita mengenai arwah Natasya dengan Kakngah Dila dan Dayah. Selepas itu dia minta izin nak masuk tidur dan buka sahaja matanya dia sudah berada dibilik. Tidak diketahui bila dia marah atau mengamuk.

Kakngah Dila beritahu setiap kali dia melewati bilik arwah Natasya, dia terasa seperti ada benda melompat-melompat mengikutinya dari belakang dan akan berhenti ketika dia melalui sekali lagi di hadapan bilik arwah. Ikin beritahu yang Makcik Intan turut dikacau. Sebelum maghrib, sudah menjadi kewajipan untuk tutup semua pintu dan tingkap rumah yang ada. Ketika hendak menutup tingkap dibilik Makcik Intan, dia terlihat kelibat pocong dibawah pokok belakang rumahnya. Pocong itu menangis dan memanggilnya ibu berulang kali, nasib Andak Fitri menepuk bahu Makcik Intan ketika itu, barulah Makcik Intan tersedar jikalau tidak dia seperti dipukau.

Ikin beritahu aku bahawa sepanjang dia dan ibunya berada dirumah Makcik Intan, mereka sering diganggu oleh penampakan pocong yang menyerupai suara arwah Natasya. Sudah dibuat pendinding rumah dan bacaan yassin namun gangguan itu kerap berlaku seolah-olah arwah cuba memberitahu bahawa dirinya kini tidak tenang dan terseksa.

Masa Ikin beritahu aku kisah keluarga ini, aku mula-mula meluap juga la kemarahan aku pada Pakcik Zambri, bapa kepada Natasya ni tapi bila Ikin beritahu sampai akhir jalan ceritanya barulah aku paham kenapa dan mengapa. Ya lah kan, bapa mana yang boleh terima anaknya m**i disebabkan b***h diri?

Okaylah, sampai sini dahulu aku menaip, esok inshaAllah aku sambung kisah gangguan pocong pada keluarga Makcik Intan dan ke mana Pakcik Zambri menghilang.

Cuma pesan aku satu sahaja, guys… apa-apa pun berlaku, sejauh mana kau sayang seseorang, seberat mana ujian kau lalui, seperit mana kesedihan yang kau alami, jangan pernah sesekali kita lupa pada Allah SWT. Letakkan Allah nombor satu dalam hati, inshaAllah kau akan jumpa ketenangan dan jalan keluar disetiap masalah.

#staysafeguys
#tqfrontlinersMalaysia
#stayathomeguys

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Naz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

5 thoughts on “Gangguan Pocong”

  1. Aahhh mmg salah bapak dia pun. Tasya tu maybe alami tekanan perasaan yg menyebabkan dia x dapat fikiran waras. Tu lah kalau nak marah biar lah berpada. Ni sebab dapat nombor dua. Bukan nombor dua terakhir dlm kelas. Amnde tah

    Reply
  2. Menguruskn mayat adlh frdhu kifayah..tdk ad sbrng hukum utk mngasingkn mayat org yg mmbunuh diri. Kita smua sama disisi allah. Yg menilai cara kematian adlh URUSAN allah.. Yg islam urus ikut cara islam

    Reply
  3. Perlu diingat tdk ad sbrang HuKum, dalil yg mngatakn mayat org yg b***h diri prlu diasingkn/tnam luar pagar. ?? Menguruskn mayat adlh fardhu kifayah,, mengikut agama msg2. Seisi kg akn mndpt balasan jika tdk d uruskn mayat trsebut. Yg selebihnya adlh urusan allah. Siapa kita pndai2 tnam luar pgr?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.