Gangguan semasa Family Gathering

Assalamualaikum pembaca Fiksyen Shasha. Ribuan terima kasih jika pengalaman saya dpt publish. Sorry ye kalau penulisan sya kurang faham.
Sya perkenalkan diri saya sebagai aku.

Aku dan satu keluarga buat meeting nk buat family gathering. So kami decide pergi port Dickson. Aku anak tunggal so nak kemas barang  senang je. Abang saudara aku dan semua org ahli keluarga dah smpai rumah aku. Kami pun masukkan barang masing2 dalam kereta masing2. Lupa nak bagitau….semasa aku kemas baju nk letak dalam beg, hati aku rsa macam something wrong. Aku rasa macam tidak selesa, tapi aku tak pentingkan sangat. Aku pun teruskan kemas baju2 semua.

Bila dah siap berkemas, kami pun memulakan perjalanan ke tempat yang telah ditetapkan. Kami pun sudah tiba di satu homestay. Homestay tu nak dikatan seram boleh lah sebab bangunan itu macam bangunan lama jugak. Dan sebelah kiri homestay kami ada rumah using yang tiada tingkap, tiada pintu, tiada apa2. Dalam rumah itu memang tiada orang.

Homestay itu ada 3 bilik dan 2 bilik air . Aku dan abang saudara aku tidur di ruang tamu. Kami cadang untuk buat bbq dekat halaman homestay itu. Gangguan  bermula semasa sibuk sediakan bbq. Mak aku suruh aku pergi ambik cawan dekat dapur yang kami bawa. Semasa aku pergi ambik dan keluar dari pintu utama aku pusing ke sebelah kanan….’ Uishhhh’ apa benda tu”, dalam hati aku.. Aku nampk satu makhluk tengah duduk mencangkuk atas bumbung rumah usang yang terletak sebelah kiri homestay kami. Aku perhati dengan penuh tanda tanya. Lantas aku panggil abg saudara aku suruh dia tengok….Cuma nak pastikan apa yang aku tengok tu bukan la mimpi kononya…..abang saudara aku pun Nampak benda yang sama.

Yang peliknya, bila aku buka lampu suluh dan arahkan dekat makhluk itu dia hilang bila tutup dia ada. mcm dekat movie”Lights out” kan…ye memang macam tu. Sorry lupa nak bagitau… Ayah aku pernah ajar satu ilmu… so dalam hal2 ni memang aku tak takut…. Hanya takut Allah SWT sahaja. Okay sambung balik ….Lepastu abang saudara aku cakap biarkan dia.. Janji dia tak kacau kita….. Ayah aku juga nampak makhluk itu tapi dia diamkan je. Tapi dalam masa yang sama, ayah aku start baca ayat2 yang sepatutnya untuk menghalau makhluk tu dan akhirnya hilang. Semua tya dekat ayah aku kenapa tiba2 baca ayat2 Quran. Ayah aku cakap tidak apa Cuma untuk kelindungan saja.

Bbq pun sudah habis dan semua rasa penat. Aku dan abang saudara aku tidur dekat ruang tamu. Kami Cuma baring2 main game mobile legend. Tiba-tiba abang saudara akubawa pula jalan- luar rumah..

Abang saudara: Ajmeer jom pi round2 kat luar rumah.
Aku: abang tgok dah pukul brp ni,  1am lah…takkan nak pergi round sekarang.
Abang saudara: alaaaaaaa skejap je lah…jom.

Aku pun ikut je lah kemahuan dia. Semasa kami berjalan, tiba2 abang saudara aku hilang (untuk pengetahuan pembaca…aku berjalan sambil tengok telefon, abang saudara aku jalan belakang aku). Aku tak sedar dan  ingatkan abang saudara aku tengah ikut aku. Aku dah rasa cuak mana pula dia pergi tinggalkan aku. Tiba dalam 10 minit kemudian aku dengar satu suara dari rumah usang yang ada di sebelah kiri homestay kami.  Aku tengok abang saudara aku ada di sana.

Aku terkejut dan cepat2 ke sana tpi aku tak dapat masuk. Aku tanya kenapa dia pergi sana. dia kata Saja je kemudian menjemput aku masuk tengok-tengok keadaan rumah tersebut.  Tapi cara dia seolah-olah ada seuatu yang tidak kena.. Dia bercakap dengan nada yang lembut sambil senyum. senyuman penuh makna.

Apabila aku cuba untuk masuk tetapi kaki aku tak boleh nak langkah ke depan …maksudnya ada benda yang dia tak bagi aku masuk ke dalam rumah itu sebab semasa aku masuk aku tengah baca ayat Qursi dalam hati. BBaru ku tahu betapa powernya ayat kursi sebagai pendinding diri.

Tidak lama selepas tu, aku terdengar lagi satu suara di belakang aku….. “Ajmeeeeerrrrrr……….”, Bila ku toleh, rupanya abang saudara aku panggil aku dengan jeritan yang kuat. Aku terkejut…sebenarnya abang saudara aku di belakang aku….habis siapa yang di dalam rumah usang itu dengan serupa abang saudara aku. Aku pun dengan langkah yang agak laju sedikit terus mendapatkan abg audara aku dan terus membawa balik ke homestay. Sebelum tidur, kami sempat lagi bercerita kejadian yg berlaku tadi.

Kami habiskan masa bercuti dengan pengalaman diganggu makhluk halus. Apa yang aku ceritakan hanya lah pengalaman pada pihak aku. tak tau la pula keluarga yang lain.

Itu sahaja yang kisah seram semasa family gathering….
Terima kasih kerana sudi baca cerita benar aku… minta maaf sekali lagi kalau kurang faham penulisan saya

Yang Benar
Ajmeer

Ajmeer

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

2 thoughts on “Gangguan semasa Family Gathering”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.