Gaun Putih Untuk Adelia

TAJUK : GAUN PUTIH UNTUK ADELIA
KARYA : SHARIZAL SUHAIMI

ADELIA

Aku adelia.
Cinta ku pada kamu
Setinggi pohon-pohon di rimba
Aku tidak pernah jemu untuk mencintai dirimu
Walau ribut datang melanda
Menguji cinta kita,

Aku tetap akan memegang
Dahan cinta kita.
Kau datang kepadaku
Bagaikan suatu nafas baharu
Yang menyegarkan hari-hariku

Cinta yang kau taburkan
Memenuhi ruang bilik ini
Hingga aku lena
Terdampar dalam kelembutan
Cinta mu.

Aku berjanji,
Akan tetap setia kepada mu

Wahai cinta ku.
Kau lah kekasih awal dan akhir ku.
Kau mengajarkan aku erti kasih dan sayang
Kau mengajarkan aku erti kesabaran
Kau mengajarkan aku erti kegembiraan
Sesungguhnya kau lah hidup aku
Kau lah cinta yang aku idamkan
Yang aku cari selama ini
sejak aku dilahirkan di bumi ini.
Ya… kau lah cinta hati aku.

KAMIL
Aku adalah hembusan nafasmu
Yang sentiasa hadir
Di setiap degupan jantungmu

Kerja ku adalah
Mencintai kamu
Melindungi kamu
Mengesat air mata mu
Ketawa bersama mu
Aku sentiasa ada untukmu
Wahai kekasihku…

Aku marah
Bila kau terluka
Aku menangis
Bila kau bersedih
Aku puas hati
Bila kau gembira

Impian aku
Adalah untuk hidup bersama
Bersama kekasihku
Adelia…

Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 10pm

“Del, please lah. Dah berapa kali mama kata mama tak nak dengar ape-ape lagi dari Del.”
“Tapi Mama… Kamil tu baik. Dia janji nak jaga Del sampai bila-bila.”
“Adelia!!!” Datin Zaharah begitu marah bila Adelia menyebut nama Kamil, lelaki yang tidak pernah dia kenal tapi sering disebut-sebut oleh anak perempuan tunggalnya itu.
“Tapi ma….” Adelia menundukkan muka. Setitis air mata jatuh dari mata bulatnya itu. Pipi gebunya kemerah-merahan menahan esakan tangis dari dalam hati.
“Del sekolah lagi. Tahun ni nak SPM kan. Tumpukan perhatian pada pelajaran. Nanti dah masuk universiti, dah kerja baru fikir pasal nak kahwin.” Tegas Datin Zaharah.

Adelia terus lari masuk bilik meninggalkan Datin Zaharah di ruang tamu.

Adelia kecewa dengan mamanya. Bukan dia pinta untuk berkahwin sekarang, tapi dia hanya mahu mama dan papanya merestui hubungannya dengan Kamil. Namun, kedua-dua orang tuanya itu tidak mengerti jiwa muda yang sedang dia alami.
Jiwa muda yang meronta-ronta inginkan disayangi dan dicintai. Jiwa muda yang inginkan seseorang yang mampu melindungi insan lemah seperti diri Adelia. Kamil adalah calon yang melengkapi ciri-ciri yang Adelia inginkan.

“Kenapa Adelia menangis?” soal Kamil yang muncul ditingkap bilik Adelia.
“Kamil, Mama tidak mahu Adelia jumpa Kamil. Mama tidak merestui hubungan kita” Air mata Adelia terus mengalir deras sebaik sahaja kekasih hatinya itu muncul. Seperti biasa, Kamil sentiasa ada ketika Adelia dalam kesusahan,
“Adelia nak Kamil jumpa Mama ke?” soal Kamil.
“Ehh, tak payah lah Kamil. Nanti akan mengeruhkan lagi keadaan.”
“Kamil tak boleh tengok Adelia bersedih. Kalau Adelia bersedih, kamil akan turut bersedih jugak.”
“Terima kasih, Kamil. Sebab itu Adelia sayang Kamil.” Adelia mengukir senyuman.
Kamil mengesat air mata yang mengalir di pipi gebu merah Adelia. Wajah yang sentiasa menjadi pujaan hati Kamil. Kalau boleh, Kamil tidak mahu Adelia bersedih.

Tiba-tiba ketukan pintu bilik Adelia memecah kesunyian malam itu. Adelia segera memandang ke arah Kamil dengan memberi isyarat untuk segera bersembunyi agar tidak dilihat oleh sesiapa.

Pintu bilik dibuka dan muncul Dato’ Zainal mendekati Adelia.

“Del cakap dengan siapa tu, dengan Kamil?” soal Dato’ Zainal
“Ehh, mana ade.” Cemas Adelia melihat wajah papanya yang mula mengesyaki kehadiran Kamil.
“Del tau kan, mama nak Del tumpukan perhatian pada pelajaran?”
“Tau, papa..”
“Jadi, Papa nak Del lupakan Kamil tu dan fokus kepada pelajaran. Jangan jumpa Kamil lagi, boleh?”
“Tapi papa…kenapa Papa dengan Mama tak boleh nak terima kamil?” soal Adelia.
“Sebab Del satu-satunya anak kami. Papa dengan Mama tak nak ape-ape jadi pada Del.” Dato Zainal memandang tepat ke arah bola mata anak tunggalnya itu. Bersinar mata Dato’ zainal melihat anaknya itu. Pandangan mata yang penuh dengan seribu satu makna yang sukar untuk diluahkan. Adelia mengangguk tanda faham ape yang cuba disampaikan oleh papanya itu sebelum papanya berlalu meninggalkannya seorang diri.

Adelia hanya melihat papanya keluar bilik dengan wajah yang sayu. Dia tidak tahu apekah perasaan yang harus dia tunjukkan ketika itu. Perlukah dia bersedih? Perasaan sedih sebab mengecewakan orang tuanya atau sedih kerana terpaksa akur dengan permintaan orang tua yang melahirkannya.

Adelia melihat keluar tingkap dan mencari Kamil. Belum sempat Adelia membuka tingkap, Kamil sudah muncul di luar tingkap bilik Adelia.
“Kamil dah dengar semuanya. Kamil faham kalua Adelia tak nak bersama Kamil.”
“Kamil… Adelia masih sayangkan Kamil.” Adelia mengusap pipi Kamil.
Kamil menggenggam tangan Adelia dan menyerahkan satu bungkusan. Adelia memandang wajah Kamil. Wajah yang baru sahaja dia kenali beberapa minggu lalu. Wajah yang menjadi pujaan hatinya sehingga terbawa-bawa dalam setiap mimpinya.
“Ini gaun putih untuk Adelia. Kalau Adelia sayangkan Kamil, esok malam Adelia datang jumpa Kamil pakai gaun putih ni.”
“Tapi Kamil, Adelia takut…” perlahan suara Adelia takut didengari papanya.
“Jangan takut Adelia, Kamil ada.” Kamil meramas-ramas genggaman tangan Adelia.
“Esok Kamil akan tunggu Adelia. Kita akan hidup bersama-sama. Kamil akan pastikan tiada lagi kesedihan dalam hidup Adelia. Kamil akan bahagiakan Adelia.” Adelia seolah-olah terpukau dengan janji-janji Kamil.

Sabtu, 17 Ogos 2019, 8pm

Adelia sampai ditempat yang dijanjikan. Dia membuat keputusan untuk bersama dengan kekasih hatinya. Dia sudah nekad untuk menerima segala kesan dari keputusannya ini. Meninggalkan rumah ketika papa dan mamanya tiada dirumah untuk hidup bersama kekasih hatinya.

Keputusan yang paling besar yang pernah dia buat dalam hidup sepanjang 17 tahun gadis itu hidup. Dia mahu bersama kekasih hatinya.

Gaun putih dikenakan pada tubuh gadis berusia 17 tahun itu. Sangat cantik dan padan dengan tubuh langsing gadis itu. Bagaikan bidadari syurga, Adelia turun dari kereta sewa yang ditempah melalui aplikasi grab.

KEDAI KOPI BAKAR VIRAL

Adelia memandang papan tanda pada kedai dihadapannya. Itu lah kedai yang dijanjikan oleh Kamil. Kamil berjanji akan mengambil Adelia di kedai ini. Hujan renyai-renyai membasahi gaun putih yang dipakai oleh Adelia menampakkan tubuh kecilnya. Adelia berteduh di sebuah pondok diseberang jalan untuk menunggu kekasih hatinya, Kamil.

Adelia menghubungi Kamil namun tiada jawapan. Adelia membuat keputusan untuk menunggu Kamil di pondok tersebut.

Adelia mundar-mandir memandang kedai kopi seberang jalan untuk melihat jika Kamil menunggu di sana namun hampa. Kelibat Kamil langsung tidak kelihatan. Adelia sudah mulai risau. Macam-macam persoalan yang muncul dalam fikirannya. Adakah sesuatu terjadi kepada Kamil? Atau mungkin kenderaan yang dinaiki Kamil rosak? Atau mungkin juga Kamil sedang dalam perjalanan?

Adelia yakin tidak mungkin Kamil mengingkari janji yang telah mereka buat. Adelia yakin Kamil tidak akan mungkir janji kerana dia sangat percaya bahawa Kamila mat menyayangi Adelia. Tidak mungkin Kamil mungkir janji. Adelia semakin resah menanti Kamil.

Tiba-tiba, sebuah kereta menghampiri pondok tempat Adelia berteduh. Adelia berlari kea rah kereta tersebut disangkakan Kamil tetapi bukan. Pemandu kereta tersebut adalah seorang lelaki yang memakai baju uniform putih. Lelaki tersebut membuka tingkap keretanya

.
“Adik buat apa seorang diri kat tempat ni? Nak tumpang abang ke?”soal lelaki itu.
Adelia menggelengkan kepala setelah menyedari lelaki tersebut bukan lah Kamil.
“Bahaya adik tunggu sorang-sorang kat sini. Kalau adik nak abang tumpangkan pergi pekan, naik lah. Abang kerja kat hospital di pekan tu.”

Adelia menggelengkan kepala lagi. Apa yang Adelia tahu, dia hanya akan menunggu Kamil. Dia tidak akan memungkiri janjinya untuk menunggu Kamil.

“Adik, tak takut ke tunggu kat kawasan depan kubur ni?” lelaki itu memandang sekeliling pelik melihat budak perempuan didepannya itu tetap membisu dan hanya menggelengkan kepala.

“Okaylah, abang nak pergi kerja ni. Kalau adik tak nak abang hantar ke pekan, abang pergi kerja dulu lah ye. Hati-hati.” Pesan lelaki tersebut sambil terus memecut laju keretanya.
Adelia memandang sekeliling dengan wajah pelik.

“Kubur?? Gila ke lelaki tadi? Tak Nampak ke banyak rumah dan kedai kat sini?” soal Adelia dalam hati.
“Ni mesti orang jahat nak kenakan aku lah tu!” Bisik hati Adelia sambil tersenyum.
Tidak beberapa lama selepas itu, datang sebuah lagi kereta. Sekali lagi Adelia menyangkakan Kamil yang datang. Adelia terus menahan kereta tersebut dengan wajah yang gembira.

“Wahhh, ada bidadari syurga depan kubur lah geng…” Salah seorang lelaki dalam kereta tersebut tersenyum memandang Adelia. Dua orang lagi lelaki turut membuka tingkap kereta untuk melihat Adelia.

Adelia mengundur diri kebelakang setelah menyedari bahawa bukan Kamil yang memandu kereta tersebut.

Ketiga-tiga lelaki tersebut terus keluar dari kereta lalu berjalan menuju ke arah Adelia.
“Hai cik adik…buat apa kat depan kubur ni?” soal lelaki bermisai kontot berusia lewat 30an itu.

“Macam mana boleh ada bidadari syurga macam adik ni dekat sini? Tunggu boyfriend ke tunggu abang-abang ni?” Tersengih seorang lagi lelaki itu.

“Sa…saya..tunggu…tunggu kawan saayaa..” jawab Adelia perlahan.
“Mana ada orang dekat sini. Takde orang yang datang kat tempat macam ni..”
“Kawan saya akan datang kejap lagi. Jangan datang dekat saya…” makin mereka datang dekat pada Adelia, makin adelia mengundur kebelakang.

“Hahahaha….sah budak ni gila!! Mana ada orang dekat sini. Jom kita pergi syurga malam ni…Yeahhhh” Salah seorang daripada lelaki tersebut memegang tangan Adelia dan menarik Adelia kearah mereka. Adelia cuba menarik tangannya tapi lelaki tersebut lebih kuat. Adelia menjerit kesakitan.

Adelia meronta minta dilepaskan namun lelaku bermisai kontot itu terlebih dahulu memeluk adelia. Adelia menjerit-jerit meminta pertolongan namun tiada sesiapa yang mendengar. Didalam hatinya hanya tuhan yang tahu.

Adelia cuba melawan namun dia tidak mampu untuk melepaskan diri dari pelukan tiga orang lelaki dewasa yang berbadan sasa itu.

Air mata Adelia mengalir deras menahan kesakitan dipukul, dilempang dengan kasar lelaki-lelaki tersebut. Di dalam hatinya hanya berharap Kamil datang menyelamatkannya. Ya, Kamil yang selalu ada saat Adelia memerlukan. Kamil yang tidak akan membiarkan diri Adelia disakiti malah dilukai.

Dimanakah Kamil yang berjanji akan melindungi Adelia?
Dimakakah Kamil yang tidak sanggup melihat Adelia menangis?
Dimanakah Kamil yang akan sentiasa menjaga Adelia?
Dimanakah Kamil yang hanya mahu melihat Adelia gembira?
Kamil yang ditunggu tidak mampu buat apa-apa ketika itu. Adelia diratah oleh lelaki bertopengkan syaitan denagn penuh nafsu. Kesucian Adelia telah diragut tanpa tinggalkan sedikit pun. Koyak rabak gaun putih yang suci pemberian kekasih hati Adelia. Penuh lumpur pada badan Adelia, lumpur yang walaupun dipadam tetap akan meninggalkan kesan selama-lamanya. Lumpur yang tetap kotor walau dipadam. Tiada apa yang mampu Adelia pertahankan ketika itu.
Adelia menangis teresak-esak sedangkan ketiga-tiga lelaki itu tersenyum kepuasan. Adelia cuba melarikan diri saat ketiga-tiga mereka membalut tubuh mereka dengan pakaian suci mereka. Baru beberapa langkah Adelia cuba melarikan diri, salah seorang dari mereka menyedari perbuatan Adelia itu dan sekali lagi mereka menarik Adelia. Adelia sempat mencapai batu dan memukul kepala lelaki itu dan berdarah kepala lelaki itu.

Belum sempat Adelia untuk senyum kepuasan kerana Berjaya memukul kepala lelaki durjana itu, satu tusukan tertanam tepat kedalam perut Adelia.

D***h keluar dari perut adelia akibat tusukan pisau oleh lelaki bermisai kontot. Adelia rebah jatuh tersungkur ke bumi. Tiada apa-apa yang dapat Adelia lakukan lagi.

Kesucian dicemari
Maruah Diratah
Nyawa diragut
Dalam satu malam semuanya hilang dalam sekelip mata. Tiada apa yang dapat dikesali oleh Adelia. Dia telah berjanji untuk tidak menyesali keputusan yang dibuat sebelum meninggalkan rumah. Adelia tidak akan menyalahkan sesiapa akibat dari keputusan yang di ambil.

Sabtu, 17 Ogos 2019, 11:59pm

“Hai Adelia. Lama Kamil tunggu. Kenapa Adelia lambat?”
Adelia terpinga-pinga ketika melihat sekeliling yang masih gelap. Tiada lagi hujan renyai dan lelaki-lelaki bertopengkan syaitan itu. Namun perutnya masih terasa sakit.
“Kamil pergi mana tadi? Lama Adelia tunggu.” Soal Adelia sambil memegang perutnya menahan kesakitan.
“Kamil ada je tunggu Adelia di sini dari tadi. Cantik gaun putih yang Adelia pakai.” Kamil senyum memandang kekasih hatinya yang sungguh menawan mengenakan gaun putih yang diberinya semalam.

“Adelia sakit perut ni, jom Kamil bawak Adelia pergi hospital kat pekan tu”
Kamil masih lagi kaku tersenyum memandang Adelia…..

fb : Sharizal Suhaimi

Sharizal Suhaimi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

1 thought on “Gaun Putih Untuk Adelia”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.