Gelang Pusaka 2

Atas permintaan ramai saya akan menceritakan kembali apa yang terjadi dan apakah kaitan kemalangan yang menimpa Alya ada kaitan dengan Tasha.

Baca sini dahulu kisah sebelum ini.

Seperti yang kita tahu , kami masih lagi mempunyai 2 hari untuk berlatih. Setelah mendapat khabar mengenai Alya , kami agak terkejut dan kami sempat melawat Alya di hospital. Alya hanya mendiamkan diri dan dia gembira kami datang melawatnya walaupun saya tahu ada kesedihan tampak di sebalik wajahnya. Alya sempat memeluk saya dan berbisik ” hati-hati dengan dia “. Saya tidak pasti apa yang Alya ingin sampaikan tetapi lambat laun nanti saya akan mengetahuinya cuma saya memerlukan sedikit masa untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh Alya. Semoga Alya tabah menghadapi apa yang terjadi dan banyakkan berdoa. Saya berdoa di dalam hati agar Alya dilindungi dari segala ancaman dan kuasa jahat yang cuba mengganggunya.

Keesokkan harinya , kami menyambung latihan kami di studio seperti biasa. Tasha sepertinya sangat gembira dan kegembiraan itu tampak jelas di riak wajahnya. Seperti ada sesuatu yang dia rencanakan berhasil. Bukan nak memfitnah tetapi saya tahu Tasha mempunyai ‘sesuatu’ yang tidak semua orang dapat miliki. Faham-faham lah. Setelah tamat latihan , macam biasalah saya orang terakhir yang akan keluar di studio ini. Saya periksa semua tempat untuk memastikan tiada apa yang ketinggalan , suis ditutup , dan berlalu pergi. Saya berasa sangat kosong semenjak kejadian itu menimpa diri saya dan juga Alya.

Saya pendekkan lagi cerita. Hari ini merupakan hari terakhir kami berlatih untuk persembahan esok. Agak berdebar rasanya. Tetapi entah mengapa hati saya terdetik nak mengajak Alya untuk menonton persembahan kami pada hari esok. Ya itu rencana saya. Kami semua berlatih bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan yang terbaik untuk penonton kami kelak. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Tasha kelihatan agak letih lalu saya menyapa dia . Hanya kami berdua tinggal di studio ini ketika ini.
“Tasha , you look so tired and you should go rest .”
Lalu dia pun berkata..
” Ehh kau sibuk kenapa ? Suka hati aku lah nak penat ke rest ke apa ke . Aku buat kau baring seumur macam si Alya baru tahu dan aku dah lama bersabar dengan kau tahu tak. Tahu lah akibatnya nanti kalau asyik nak menyibuk hal aku .”

Dia melanggar bahu saya dan saya berundur sedikit lalu terjatuh. Saya agak terkejut dengan kata-kata Tasha. Saya terdiam seketika dan jadi benar tekaan saya mengenai kemalangan yang menimpa Alya. Saya terduduk dan menangis. Saya cuba untuk bangun dan bangkit. Sepanjang ini saya diperhatikan oleh Tasha. Saya harus segera mencari Alya dan saya ingin mengetahui cerita sebenar daripada dia.

Pada hari persembahan tersebut , saya sudah berkali-kali menghubungi Alya tetapi gagal. Iwan. Ya hanya Iwan yang rapat dengan Alya dan mungkin Iwan tahu dimana Alya. Iwan ialah rakan sepasukan kami dan dia agak rapat dengan Alya dan dengar cerita dia menyukai Alya. Dan jangan lupa Iwan ialah bekas kekasih Tasha. Mungkin ada sesuati yang saya belum tahu sepanjang saya berada di studio ini bermasa dengan mereka. Hanya Alya yang tahu. Saya mencari Alya namun tidak jumpa. Akhirnya saya menemui Iwan dibelakang pentas bersama dengan Tasha dan tanpa sengaja saya mendengar perbualan diantara mereka berdua.

“Tasha , saya tau elo ada kaitan tentang kemalangan yang terjadi sama Alya kan ?! ( bercakap dalam bahasa indonesia well Iwan ni memang orang sini ) .” kata Iwan dengan nada yang agak kuat.
Tasha pun ketawa dan lalu berbicara ,
” Jadi ? Kalau iya pun saya , emang kenapa ? Kamu mahu buat laporan polisi , iya lapor aja , kamu gak ada bukti “. Sambil ketawa dengan nada yang agak lembut dan berlalu dari tempat itu. Si Tasha ni memang fasih kerana dia kacukan Indonesia.

Tidak dinafikan lagi memang si Tasha lah pelakunya. Saya tidak boleh berdiam diri dan saya harus membantu Alya. Dalam beberapa minit lagi kami akan membuat persembahan . Semua telah mengambil tempat masing-masing di belakang pentas. Sepanjang persembahan itu , kami semua fokus dengan step masing-masing dan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Alya , manakah Alya ? Saya mencari kelibat Alya namun hampa. Alya tiada disini.

Selesai sahaja persembahan , kami diakhiri dengan tepukan yang gemuruh , dari hujung kiri , saya melihat Tasha dan yang mengejutkan ada ‘seseorang’ di sebelah Tasha ketika itu. Sosok itu kelihatan seperti nenek-nenek dengan wajah yang menyeramkan dan memandang tepat ke arah saya lalu tersenyum lebar. Saya memejamkan mata dan sambil itu ‘bow’ dan berlalu pergi dari situ. Saya seolah-olah diperhatikan oleh kelibat itu.
Tamat sahaja persembahan , saya menghantar pesanan ke Iwan agar menunggu saya di tempat parking kereta.

Dia pun membalas “okay , tunggu dalam 5 minit “. Saya pun segera ke tempat parking. Dalam masa beberapa minit , Iwan pun menyapa saya dan bertanya ,
” Iya kenapa yan ? Ada apa , kok kamu keliatan khuatir ? Ada masalah apa kamu dan sejak kapan kamu keliatan kayak gini ?” . Dalam hati saya masa itu berkata alahai mamat ni banyak soal pula.
” Erm , you know where is Alya ? ”
“Ya , saya tau dia dimana. Emang kenapa ?”
“Saya ingin berjumpa dengan Alya dan perkara ini sangat urgent.”
“Ya udah , saya ikut deh. Tanpa saya kamu gak akan ketemu sama Alya karna tempat ini rahsia dan Alya menitip sama saya agar gak bilang sama siapa-siapa dimana keberadaan dia. Setuju apa gak ?”
Saya pun berfikir dengan sejenak dan bersetuju untuk membawa Iwan bersama saya.

Keesokkan harinya ( awal pagi juga saya dan Iwan berangkat dari bandar ni ) , saya dan Iwan ke suatu tempat , di kawasan perkampungan dimana Alya menyembunyikan dirinya. Kampung ini sangat indah kerana kawasannya yang penuh dengan kehijauan dan udaranya sangat segar. Saya termenung seketika.

Tiba-tiba saya dikejutkan oleh Iwan dan katanya kami sudah tiba di tempat penginapan Alya. Dari jauh saya melihat satu rumah yang sangat besar , dan cantik sepertinya rumah banglo. Kata Iwan banglo ini milik datuk Alya. Nampaknya Alya ni bukan anak orang biasa-biasa. Alya tinggal bersama datuknya sejak dari kecil lagi. Itu sahaja lah yang satu mengenai Alya. Back to the topic , saya terus memeluk Alya dan saya dapat merasai kesedihan yang dialami oleh Alya. Alya menyambut saya dengan gembira dan baik. Alya memang seorang gadis yang sangat baik. Saya berasa amat sedih melihat keadaan Alya sekarang ini. Alya hanya mampu bergerak dengan kerusi roda elektronik. Setelah selesai meletakkan barang di bilik tetamu , saya baring dan terlelap. Keletihan agaknya.

Pendekkan lagi cerita , Alya menceritakan kepada saya apa yang terjadi kepada dia sepanjang berada di studio itu. Rupanya Alya ni special , dia mempunyai kemampuan untuk melihat ‘benda’ itu. Tidak semua yang memiliki kemampuan seperti itu. Sejak dia memasuki studio itu dia memang sudah mendapat tahu bahwa Tasha mempunyai ‘pendamping’ dan ‘benda’ itu memang ingin memusnahkan hidupnya. Dia mencuba untuk melawan namun kekuatannya tidak dapat menandingi makhluk itu. Pada masa yang sama , ‘pendamping’ itu mengikuti Alya atas suruhan Tasha. Tasha ingin hidup Alya musnah karna Tasha mendapat tahu bahawa Iwan ingin melamar Alya untuk dijadikan isteri. Baru sekarang saya tahu bahawa Alya dan Iwan telah bertunang. Harap Iwan tabah dengan dugaan ini. Sekarang saya tahu dan saya berharap agar Tasha mendapat balasan atas perbuatannya.

Keesokkan harinya , saya pulang ke bandar semula.
Kenapa hati saya pada masa itu terdetik ingin ke studio seolah-olah ada sesuatu yang menyuruh saya untuk ke sana. Saya mengambil beg galas dan pergi ke studio. Suasana dekat studio ketika itu sangat sunyi , kebetulan masa itu saya terdengar sesuatu yang agak pelik bunyinya. Di sebalik cermin itu ada sebuah bilik , dulunya tempat ini dijadikan stor penyimpanan barang. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat tempat ini dijadikan tempat ritual. Dan pertanyaan saya apakah yang saya dengari tadi ?

Saya melangkah masuk ke bilik itu , sekilas pandang , saya terlihat gambar Iwan yang dikelilingi kain kuning bersama dengan paku dan juga rambut. Apa yang ingin Tasha lakukan kali ini ? Saya pasti ini milik Tasha kerana gelang pusaka itu ada di atas meja ini . Gelang ini dipenuhi dengan d***h.

Pada masa itu aku berdoa dengan nada yang kuat agar Iwan dan Alya dilindungi oleh Tuhan. Semasa saya sedang berdoa , kaki saya seolah dipicit dan dicubit. Saya memandang kaki dan terkejut melihat satu kelibat sedang menjengkam kakiku. Aku berdoa sekuat hati dan sempat mengambil gambar Iwan lalu berlari sekuat hati. Saya terus dalam perjalanan ke rumah seorang ustaz.

Ustaz ini ialah kawan kepada ayah saya. Saya mengetuk pintu rumah ustaz itu atau lebih dikenali dengan Pak cik Sali. Pak cik Sali terkejut dengan muka saya yang agak ketakutan dan pucat. Dia menyuruh saya untuk bertenang dan duduk di sofa bersama dengan isterinya. Saya menceritakan segalanya dengan Pak cik Sali. Pak cik Sali menyuruh saya untuk menghubungi Iwan dan Alya. Dia menyuruh saya membawa mereka berdua ke sini untuk diubati kerana mereka dalam bahaya dan sedang diperhatikan oleh makhlus halus.

Keesokkan harinya , Iwan dan Alya kesini dengan hati yang agak berdebar. Sepanjang mengubati mereka , saya mendengar bunyi nenek-nenek sedang ketawa dan tiba-tiba dia menjerit seolah-olah kepanasan. Adakah hanya saya yang mendengar atau mereka pun mendengarnya juga ? Terdapat banyak rambut yang keluar dari mulut Iwan. Di dalam Alya ada paku juga. Hanya Tuhan yang tahu apa yang terjadi dengan mereka sepanjang mereka dibawah pengawasan Tasha. Mereka berdua berasa selamat dan sangat berterima kasih dengan saya dan Pak cik Sali.

Selepas kejadian itu , saya tidak mendapat khabar dari Tasha. Kami juga telah berpindah ke studio yang lain. Gelang pusaka itu entah kemana. Tasha hilang tanpa berita.

Maafkan saya kalau cerita ini tidak seram kerana memang hanya ini yang terjadi selepas episod 1.
Sampai sini saja lah cerita saya.
Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshash.com/submit

Yan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

4 thoughts on “Gelang Pusaka 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.