Salam guys, zarra biey here. Terima kasih banyak2 yang tak terhingga kepada admin dan pembaca FS sebab sudi baca dan menerima cerita aku ( Kem: Aku Temui Kebenaran) .
Setiap cerita yang aku tulis memang takkan ada sambungan dan aku pun tak suka menyambung cerita that why lambat untuk aku postkan.
Ok , hari tu aku dah habis cerita pasal kem, pasal zaman sekolah dan sewaktu dengannya. Aku baru nak berganjak ke alam kehidupan baru memandangkan umur aku ni baru 20 tahun. Baru nak belajar hidup kata orang.
Yelah, pengalaman masa kecil dengan masa sekolah dulu tak sama jika nak dibanding dengan apa yang aku bakal lalui di masa akan datang.
Betul tak??? Jadi, ramai yang sangka ada sambung, sebenarnya aku tak terfikir pun nak kongsi apa2 certia lagi. Tapi sebabkan korang nak tahu cerita aku selanjutnya , aku berbesar hati berkongsi kisah seterusnya. Mungkin pendek je yang, sebab hanya berkaitan dengan gelang. Pendek mana aku tak tau hehe.
Bila dah dapat gelang tu ,balik dari kem sampai mak aku tak percaya. Aku ambil keputusan untuk balik kampung lepas exam spm. Aku bagitau mak aku yang aku nak ambil angin kampung. Walaupun atuk dan nenek dah tak ada tapi masih ada lagi beberapa orang mak sedara dan tok sedara. Tujuan aku kepada tok sedara nilah. Aku panggil Tok Wan.
Tok wan ni orang lama, aku fikir mungkin dia tahu pasal gelang yang aku dapat tu. Tok wan ni walaupun dah berusia 70 lebih tapi masih lagi gagah mengajar anak2 muda bersilat bersama anak2 buahnya di kampung tu. Ada la jugak sekali sekala aku balik kampung dia ajar aku silat.
Bolehlah setakat nak lindung diri sendiri. Kebetulan hari aku balik kampung, sepupu aku kahwin meriah la. Dahlah dapat jumpa saudara mara, dapat pulak tengok macam2 persembahan.
Dan TANPA AKU DUGA kejadian ni berlaku betul2 depan mata aku. Sebelum rombongan pengantin lelaki sampai, persiapan semestinya dibuat rapilah kan. Aku pun melangkah masuk ke dalam bilik pengantin, mak andam tengah make up kan dia, aku panggil dia Afie sebab aku dengan dia beza setahun je. Aku senyum dia senyum, yelah mana boleh bercakap kan tengah make up kan lari pulak make up tu. Aku sajalah belek2 baju dia , cantik yang amat buatan songket tradisional asli.
Memang berbaloi sangat la dia tempah dengan pereka yang berkualiti. Sedang aku ralik tenung baju tu, tiba2 “Bukk” bunyi benda jatuh. Aku pusing , tengok2 Afie pengsan!!! Terus aku pergi dekat dia nak angkat dia letak atas katil, tapi badan dia berat yang amat. Ya Allah!!! Adik dia si Arin pergi panggil Tok Wan yang sedang sibuk kat luar rumah. Sampai je Tok Wan kat depan pintu bilik, terus dia azan. Serta merta tubuh Afie menggeletar.
Tak semena-menanya muka aku kena pelempang free sebab duk dekat dengan tangan dia. Sakit jugak!!!! Lepas tu, dia bangun jalan entah ke mana, aku dengan yang lain follow laju2. Sampai kat pentas tempat orang buat persembahan tu sekali lagi dia pengsan. Aku baru nak menapak pergi tolong, abang Zam anak buah Tok Wan sekat tangan aku.
Dia cakap, “Kamu jangan masuk dekat nanti berjangkit”. Aku pun undurlah. Tok Wan datang dari belakang tepuk belakang aku. “Kamu nak lawan dia?” tanya Tok Wan. Aku geleng. Sumpah tak berani dah lepas apa yang jadi kat kem tu. Tok Wan ajak anak2 buah dia berkumpul mengelilingi Afie yang sedng terbaring kaku.
Mak Teh dengan Pak Teh hanya memerhati dari jauh. Memang kalau benda macam ni jadi Tok Wan tak bagi sesiapa masuk dekat. Aku je jenis berani tak bertempat tu pasal selalu mendapat. Aku beranikan jugak diri aku bergerak dekat ke pentas. Aku duk tepi kak Syira, anak buah Tok Wan yang perempuan. Kitaorang main angkat kening haha lawakla kak Syira ni. “Allahhhhhhukhbar!!!!!!” Tok Wan jerit kuat. Afie pun jerit jugak “Sakit!!!!!” .
Aku pun dah berdiri bulu roma. Sengal balik kepala aku. Ok , kita fokus pada Afie.
Afie : Aku taknak dia kahwin, aku sayang dia. Dia tak boleh jadi milik orang lain. (Suara garau)
Tok Wan: siapa kau???
Afie : (macam biasa dia…..) Hahahahaha
Tok Wan : aku bagi kamu peluang keluar dengan sendiri jika tidak aku putuskan kamu terus.
Afie: aku takkan keluar melainkan ada gantinya.
what?? Ganti?? Oh pless
Tok Wan: apa kamu mahu sebagai ganti??
Afie: aku mahu salah seorang cucu kau jadi pengganti perempuan ini.
Aku? Terbuntang biji mata. Ternganga mulut.
Afie: kalau tidak aku akan terus kekal dengan perempuan ini!!! ( jerit dia)
Tok Wan berdengus kasar.
Nampaknya Tok Wan dah marah. Mulut Tok Wan terkumat-kamit baca sesuatu. “Panas!!! Panas!!!! Panas!!!!” “Tolong!!!!! Tolong!!!! Tolong!!!!”, jerit ‘benda’ yang dalam tubuh Afie tu. “Aku bagi kamu pilihan keluar secara elok atau aku sakiti kamu atau aku hapuskan kamu terus”,terang Tok Wan. Kepala ‘dia’ berpaling kiri dan kanan beberapa kali sebelum ‘dia’ tenung aku lama.
Keadaan aku memang tak senang duduk. Abang Zam turun pentas dan datang pada aku. “Arra kamu pakai tali ni”, sambil dia ikat tali tu kat tangan aku. Itu tali perlindungan diri. Orang panggil tali AZIMAT. “Aku nak dia (tuju arah aku) gantikan perempuan ni”, mencerlang mata ‘dia’ tengok aku. “Tak boleh!”, bentak Tok Wan. “Dia bukan sebarangan dan tidak sesuai dengan kamu”,sambung Tok Wan. ‘Dia’ cuba datang dekat pada aku tapi tak boleh sebab aku pakai tali tu. Sesekali ‘dia’ mengerang geram. Banyak kali dia cuba tapi tak berjaya.
Tok Wan: sekali lagi aku tanya siapa yang menghantar kamu kemari mengganggu cucu aku???
Afie: hahahahaha. Tuan aku sudah lama menyukai dia setelah mereka berkawan di facebook(istilah aku).
Dia sering masukkan gambar2 yang cantik dan menarik. Tapi sayang dia menolak tuan aku dan memilih jantan lain (ujarnya dalam nada marah). Aku dihantar untuk hapuskan perempuan ni!!!
Tok Wan apa lagi terpaksa guna cara kasar untuk tarik ‘benda’ tu keluar. Lepas semua dah reda, nampak sangat badan Afie tu letih. Langsung tak ada semangat dia.
Pucat kalau ditoreh dengan pisau konfem tak keluar d***h. Tok Wan bagi dia minum air penyembuh semangat untuk meneruskan majlis. Tok Wan cakap belum selesai lagi tapi dah pagar diri Afie untuk mengelakkan kejadian tadi berlaku lagi.
Majlis semua berjalan dengan lancar walaupun pengantin perempuan keletihan sebelum majlis bermula. Pada waktu malam, Tok Wan dan anak2 buahnya berkumpul untuk berbincang pasal apa yang jadi siang tadi. Semua ahli kelurga pun tidak terkecuali. Aku duduk sebelah Afie.
Tok Wan: kamu ( tunjuk pada Afie sambil goyang tangan) dan yang lain2 jangan sesekali ulangi perkara ni faham (marah Tok Wan denga nada yang agak tinggi dan keras). Masuk gambar dalam facebook, laman sosial inilah padanya.
Nak tunjuk habis kat semua orang yang kamu tu cantik , lawa glamor, habis semua badan ditayang. Afie aku mahu kamu padam semua gambar2 kamu dan yang lain2 pun sama. Tengok apa dah jadi siang tadi. Menyusahkan, memalukan!!! Kalau benda ni jadi lagi lain kali aku tak mau tolong lagi dah, kamu semua tanggung sendiri. Jangan harap aku bagi muka. Memalukan keluarga. Gila!!! (Bangun masuk bilik dia).
Bentak Tok Wan. First tengok Tok Wan marah naik angin macam ni. Semua menunduk je. Afie pulak menangis tersedu-sedu. Aku tak boleh buat apa, betul jugak apa yang Tok Wan cakap tu, bila jadi macam ni habis satu keluarga malu. Hmmm nak upload gambar tak salah cuma tengoklah keadaan gambar yang kita upload tu macam mana. Jangan sampai menampakkan apa yang sepatutnya. Lepastu jangan sesuka hati terima request orang yang kita tak kenal.
Kalau chatting pun jangan layan. Maaf ye siapa yang chat saya tak balas. Iya betul lepas post aku pasal kem tu keluar ramai yang add , and aku terima sebab aku tahu korang suka dengan cerita aku. Berbalik pada kisah aku pulak, memang tidur awal la malam tu dan Tok Wan merajuk. Hehehe kenalah pujuk balik. Esokkan pagi aku bangun awal2 sebab nak ikut Tok Wan pergi kebun.
Biasa kebun buah-buahan je. Kebun lain Tok Wan pergi petang. Itu pun nak tengok hasil buah je. Arin pun ikut sama. Taklah kekok sangat aku dengan Tok Wan. Sampai kat kebun buah tu, aku ikut je Tok Wan tengok pekerja kebun sedang kutip buah yang dah masak dan boleh dijual. Lepastu aku duduk kat bangsar.
Selalu Tok Wan akan ambil buat dan bagi kat aku dan bolehlah aku tunjukkan benda penting kat Tok Wan. Si Arin pulak entah ke mana , suka sangat kutip buah sendiri. “Nah, makan ni”, seberkas Tok Wan hulur buah mata kucing. Orang sebut apa entah buah tu. Dia tahu aku suka gila buah tu. “Emmm tok. Arra ada benda nak tunjuk kat tok”, slow2 aku bercakap sambil tunduk. “Bagi gelang tu tok tengok”, terkejut aku. Tok Wan tahu pasal aku bawa gelang ni??? Ish dahsyat. Aku pun seluk poket keluarkan gelang tu bagi kat Tok Wan. “Kamu tahu gelang ni dari mana?”, tanya Tok Wan. Aku geleng. Tok Wan mendengus lembut. “Gelang ni banyak makna dan banyak juga bahayanya. Kamu tidak boleh pegang gelang ni tanpa ilmu yang kuat.
Kamu mungkin kecundang jika gelang ini bersama kamu”, ujar Tok Wan. Berkerut kening aku selepas mendengar apa yang Tok Wan cakap. ‘Habis tu kenapa gelang tu diserahkan pada aku?’ Soal aku dalam hati. “Kamu tahu Arra , gelang ni ada sejarahnya’,sambung Tok Wan. “Sejarah?”,soal aku terkejut. Tok Wan angguk sambil tenung bungkusan gelang yang ada di tangannya.
“Kamu nak tahu tentang kisah gelang ni?”,tanya Tok Wan sambil menunjukkan gelang yang ada di tangannya. Aku angguk sambil senyum.
Story of Tok Wan….
Di kampung yang menjadi kampung halaman aku dan keluarga sekarang ni merupakan sebuah tempat persinggahan sebuah keluarga yang berasal dari keturunan diraja (dengar kata dari kayangan-entah betul ke tak).
Keluarga kerabat raja tersebut berlayar jauh dari sebuah negeri dan mendarat di kampung aku serta membuka sebuah perkampungan dan didiami orang2 kampung sampai hari ni. Sebuah istana besar dibina sebagai tanda kebesaran diraja. Seorang raja bergelar Sultan menjadi pemerintah yang agung dan disegani.
Dia mempunyai seorang puteri dan putera. Tahun demi tahun kawasan persinggahan mereka telah menjadi sebuah kampung yang besar dan maju. Dan putera dan puterinya juga telah besar. Namun, adat dan istiadat tidak dilupakan.
Disebabkan puteri raja tersebut suka menari, maka diadakan persembahan tarian setiap satu purnama (wahh dah macam buku sastera aku tulis😂). Beberapa orang tukang diupah untuk mencipta perhiasan wanita yang diperbuat daripada emas dan perak yang mana bahan yang digunakan sangat canggih dan halus pembuatannya (maaf aku tak tahu bahan apa). Untuk anakandanya puteri, sultan telah mengupah seorang tukang yang amat mahir untuk mencipta gelang yang istimewa khusus buat puteri tersebut.
Gelang itu akhirnya siap dan dipakai oleh puteri pada malam gala sempena perayaan adat resam keturunannya. Sepasang gelang kaki dan tangan yang bergerincing bunyinya memikat dan memukau hati ramai orang apatah lagi pemuda2 yang masih bujang.
Kisahnya bermula apabila seorang pemuda telah jatuh hati pada puteri tersebut namun puteri itu telah berkahwin dengan pemuda pilihan sultan yang juga berasal dari kampung itu dan merupakan anak seorang bangsawan yang terkenal. Dek kerana kemarahan dan api dendam yang membara pemuda tersebut telah membuat onar dalam kampung itu dengan merogol dan m******h anak2 dara di kampung itu. Saat itu keadaan amat huru hara, semua penduduk dikenakan perintah berkurung.
Setelah sekian lama menyepi daripada huru hara, pemuda itu akhirnya menyeroboh masuk ke rumah puteri tepat jam 12 malam(TokWan cerita bukan aku). Niatnya hanya satu, untuk mendapatkan gelang tersebut. Daim (aku bagi nama) masuk ke rumah puteri dengan berbekal ilmu yang dia pelajari daripada gurunya selama dia bertapa di sebuah gunung (tak tahu gunung apa). Zapppsss! Sepintas lalu Daim berjaya mengambil gelang itu untuk satu tujuan iaitu “Dendam”. Keesokkan harinya puteri tersedar bahawa gelang kesayangnya hilang lantas dia terus memberitahu kepada Sultan. Sultan langsung murka dan mengerahkan pengawal2nya serta penduduk kampung untuk memcari gelang tersebut.
Malam ketiga pencarian si pencuri juga gagal. Saat orang ramai berkumpul membincangkan cara untuk menangkap si pencuri, satu jeritan kedengaran dari rumah puteri. Semua terkejut melihat sang puteri berdiri teguh di bumbung rumahnya. Mukanya pucat seolah2 tiada d***h dan kelihatan dari dalam rumah d***h yang penuh dengan d***h manusia. Rupanya dia telah m******h suaminya menggunakan keris sakti diraja. “Allah…”, orang2 kampung terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka. Sultan amat berduka cita atas kejadian yang menimpa keluarganya. Puteri terpaksa diikat di katil untuk mengelakkan puteri bertindak ganas. Keadaan puteri sangat menyedihkan. Rupa dan badannya tidak lagi cantik seperti biasa. Sultan menitah kepada sesiapa yang mengenali pawang datang membawa pawang tersebut.
Kuasa Tuhan siapa boleh halangkan.
Dekat setahun puteri itu sakit, dengan tiba-tiba hadir seorang pemuda yang kacak wajahnya, pakaiannya semua putih, mukanya bersinar. Namun tiada siapa mengenali pemuda itu. Pemuda itu hanya meminta izin daripada Sultan untuk membawa puteri ke tempatnya yang tidak tahu dimana. Da bersama pemuda itu ada gelang puteri yang hilang dicuri oleh Daim. Setelah pemuda itu membawa puteri, ada yang mengatakan pemuda itu orang bunian kerana mereka tidak lagi melihat kelibat puteri dan pemuda itu sampailah hari ini.
Wallahualam aku sendiri tidak mampu mengesahkan sama ada Tok Wan bercerita benar atau sebaliknya. Apa yang terjadi pada aku bukanlah satu mimpi semata, malah kenyataan yang aku sendiri sukar untuk percaya.
Dan kepada korang semua aku minta maaf banyak² kerana tak dapat nak percepatkan penulisan aku dek kesibukan dan komitmen yg tidak dapat ak elakkan. Kepada yg friends di fb aku, maaf fb tu aku tak dapat log in tapi dah ada yg baru nama yg sama gambar yang berbeza.
Pesanan akhir aku, tidak kira lelak atau perempuan , silalah beringat dan berhati-hati. Jaga tutur kata dan tingkah laku. Kata² dalam hati juga harus kita jaga.
“Dalam dunia ni kita berkongsi dengan makhluk yang lain”
So sorry sebab amik masa yg lama untuk hantar cerita. Minta maaf juga kpd yg menanti.
alaa..npe tak abeskan citer.. pasal warning dari tok wan.. apa yang bahayanya gelang to pada diri Arra bila menyimpannya.. gelang puteri to pun tok wan takde sebut bahayanya.. sambung sambung sambung laaaa
best tapi tergantung..
Melalui gambar di Facebook mmg boleh terkena sihir
Tergantung cerita ni.. sambung lh plzzzz
nak dengar lagi cerita dari penulis..best
Ye..citer tergantung :
“Tok Wan mendengus lembut. “Gelang ni banyak makna dan banyak juga bahayanya. Kamu tidak boleh pegang gelang ni tanpa ilmu yang kuat.”
“bersama pemuda itu ada gelang puteri yang hilang dicuri oleh Daim. Setelah pemuda itu membawa puteri, ada yang mengatakan pemuda itu orang bunian kerana mereka tidak lagi melihat kelibat puteri dan pemuda itu sampailah hari ini.”
Bahaya yang macam mana ?? apa kelebihan atau makna gelang tersebut ?
Pemuda dan puteri hilang bersama gelang sekali ? jadi bagaimana dan dari mana penulis or keluarga penulis dapat gelang berkenaan ?
Salam, hai … Nk tau macam mana sya dpt gelang tu , http://fiksyenshasha.com/pulangkan/
[24/09/2017, http://fiksyenshashpulangkan-versi-sekolah/http://fiksyenshas
Bukak link tu sbb sebelum post , sy prnah post dlu…ni smbungan n last story sya . InshaAllah ada story sya post lg
Assalammualaikum, pada yang masih tertanya tanya.. mana penulis dapat gelang dan apa kena mengena penulis dan keluarga dengan gelang tersebut. Sila la baca cerita penulis bertahun Mencari Kebenaran.
Ni sedikit copy paste yang saya kongsikan, ni sessi penulis berinteraksi dengan salah seorang pelajar yang dirasuk.
Puteri : janganlah tuan hamba risau. Hamba sudah beritahu mereka supaya tidak lagi mengganggu tuan hamba dan rakan2. (Senyum dia padaku). Kedatangan hamba pada malam ini adalah untuk berjumpa dengan tuan hamba sebelum tuan hamba berangkat pulang. Hamba ingin jelaskan sesuatu pada tuan hamba.
Aku: apa dia?
Puteri : tuan hamba, keturunan tuan hamba bukanlah sebarangan keturunan. Dalam diri tuan hamba telah ada sifat2 tidak takut pada orang2 yang berbuat jahat pada tuan hamba. Ingin hamba pesan, kawallah sifat itu kerana Raja tidak mahu tuan hamba cedera dan disantau orang lagi.
Aku: Raja???
Puteri: iya. Raja. Moyang tuan hamba yang terdahulu. Inilah sebabnya kedatangan hamba ke sini. Tuan hamba juga memiliki sifat cepat marah, kawallah marah tuan hamba setiap masa. Kelak tuan hamba akan didampingi oleh orang2 yang senang dengan tuan hamba. Sebagai pengakhiran perbualan kita, ambillah ini sebagai hadiah dari moyang hamba (dia menghulurkan sesuatu dalam bungkusan kain kuning, dan aku menerimanya). Selamat tinggal Tuan Puteri Ratna Cik Siti Wan **************. (Sambil lambai tangan dan aku pun balas lambaian tersebut tanpa berkata ap2).
Tak lama lepas tu aku rasa kelam. Pengsan mungkin. Sedar2 je dah ada kat bilik sakit. Aku nampak ustaz dan cikgu2 lain sedang berborak kat luar. Tak lama lepas tu muncul cikgu Fad. Dia nampak aku bangun terus dia datang dekat aku terkejut aku ingat dia nak terkam aku ke apa. Dia tanya “Apa jadi semalam?” Aku senyum dan jawab “biarlah saya dan ustaz yang tahu. Susah nak jelaskan sekarang”. Aku nampak muka dia tak puas hati. Ustaz datang dan senyum kat aku. Cikgu Fad keluar. Dan aku pun berborak dengam ustaz. Ustaz keluarkan sesuatu dari poket dia dan tunjukkan kat aku. Bungkusan kuning semalam??? Betul2 ke wujud ni ke aku yang mimpi?? Ustaz serahkan pada aku dan aku sambut. Aku buka balutan tu dengan cermat and jengjengjeng. Dua bentuk gelang emas dan perak yang dipakai orang2 zaman dahulu tu ada dalam tangan aku. Terbuntang mata aku. Nak percaya ke tak itu terserah , but itu yang jadi pada aku. Ustaz bersuara “Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah Taala. Apa yang jadi pada awak semalam adalah realiti kehidupan awak. Tiada yang tahu selain saya. Saya jumpa bungkusan tu selepas awak pengsan atas pentas semalam betul2 kat tepi kepala awak” terang ustaz panjang lebar. Aku ternganga. ‘Ya Allah betulkah apa yang berlaku semalam.
best arra
Tergantung sikit
takda klimaks dan jln cerita pun.. tak tahu mcm mana nak explain. sorry ey